Blogger Kecantikan Adalah Tikus Makmal???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


Blogger Kecantikan dilabel sebagai Tikus Makmal?
AJ penah dapat soalan macam ni : " Jadi beauty blogger ni kan kene cuba macam-macam produk, tak sedar ke korang sebenarnya jadi tikus makmal je???? "
Hurmmm... Susah jugak nak bidas soalan ni...


Memang AJ tak nafikan la, bila pilih nak jadi beauty blogger kita dah merisikokan kulit jugak...
Sebabnya, kita akan cuba macam-macam produk...
Dari produk penjagaan muka, sampailah ke alat solekan.....
AJ yang bukan beauty blogger sepenuhnya ni pun, cuba macam-macam jugak tau....
Kalau yang blog dia memang niche beauty tu lagilah kan...
Almost everyday agaknya cuba produk yang berlainan....

Okay sebenarnya, takde masalah pun kita nak cuba produk itu dan ini....
Janji korang alert dan tau kondisi kulit, isi kandungan produk dan lain-lain lagi..
Selalunya sebelum ambik offer untuk review dan mencuba sesuatu produk mesti dah buat kajian sikit pasal produk tu kan?
Takkan main sapu je... Kulit kita nak pakai lama kot....
So pada AJ, jadi blogger kecantikan bukanlah bermakna korang jadi tikus makmal...
Tapi kalau tak cuba macam mana nak tau keberkesanan produk kan?
AJ sendiri sebagai pembeli lagi percaya yakin nak membeli bile tengok orang yang review, cuba sesuatu produk tu sendiri...

So kat sini AJ nak kongsikan sikit tips yang AJ amalkan kalau amik offer atau cuba barangan kecantikan ni....

Buat sikit kajian mengenai produk atau prosedur kecantikan yang kita kene cuba tu...
Kalau rasa tak OK ataupun was-was, tolak je...

Kene tau kondisi kulit sendiri macam mana....
Janganlah terima kalau produk tu bukan untuk permasalahan kulit kita!

Kenalpasti kandungan aktif dalam produk yang kita cuba...
Haaaa.. Yang ni memang kene betul-betul alert.. Tak semua kandungan ataupun bahan sesuai untuk kulit kita....
Seeloknya baca dulu kandungan dan bahan dalam sesuatu produk...

Sebelum berlakunya kejadian tak diingini, baik STOP!

Tapi yang paling penting kalau nak jadi beauty blogger ni, korang kene YAKIN...
Kalau tak yakin, memang tak jadi ape la... Huhuhuhu...

Bab Tikus Makmal?
Entah la, tu mungkin pendapat ssetengah orang, pada AJ takla...
Beauty blogger bukan tikus makmal!

P/s : Tak sabar tunggu minggu depan!



Baca Selanjutnya »

Awas! Produk MESO WHITE Tiruan di Pasaran!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lambakan produk tiruan di pasaran bukan lagi perkara asing lagi...
Pelbagai barangan boleh dipalsukan termasuk produk-produk kecantikan...
Tidak terkecuali produk MESO WHITE....

Awas! Produk MESO WHITE Tiruan di Pasaran!

Produk Meso White merupakan produk keluaran Dermedics....
Baru-baru ni Dermedics telah membuka outlet terbaru yang terletak di USJ Taipan...
Tahniah Dermedics!



Masa majlis pembukaan tu, pihak Dermedics berkongsi macam mana nak bezakan antara produk Meso White yang original ataupun tiruan...
Jangan terkejut, produk tiruan ni hebat okay.. Boleh tiru hampir sama dengan produk yang original...
Sampaikan AJ sendiri pun tak dapat nak bezakan....

Sebelum AJ share dengan korang, meh AJ bagitau apa itu Meso White...?

✿ Diperkenalkan pada tahun 2013
✿ Berasal dari Eropah (Poland), mematuhi standart European Union dari segi keselamatan dan kegunaan semua produk
✿ Terdapat 16 jenis serum termasuk serum untuk kulit dan juga rambut
✿  produk ini 100% bebas Parabens, Alcohol, Colourants, Fragrances, Allergens & Formaldehyde

Produk ini telah dipalsukan kerana permintaan yang tinggi di pasaran Asia...
Hot stuff tau produk Meso White ni...
Sapa yang tak nak cantik? Nak pulak kalau korang boleh dapatkan dengan harga yang murah...
CHOP!!!! Kalau murah sangat tu, baik korang check balik.....

Beza antara Produk Meso White ORIGINAL dan TIRUAN

✿ Perkataan "dermedics" pada produk original dan tiruan sangat berbeza

Original : Font lebih tebal, kecil dan rapat
Tiruan : Font tak " bold " dan agak besar



✿ Perkataan (DAB) pada kotak - bawah perkataan Meso White

Original :  Menggunakan huruf besar (DAB)
Tiruan : Menggunakan huruf kecil (dab)
Tapi ada juga kotak tiruan yang menggunakan huruf besar, so korang refer pada perkataan "dermedics" macam point kat atas... 👆


✿ QR code yang digunakan berlainan untuk setiap produk...
Ianya telah di " customize "

Customize QR code

Atas : Original
Bawah : Tiruan

✿ Warna dan tekstur antara produk original dan tiruan juga berlainan

Original : Lebih " milky white " dan teksturnya halus
Tiruan : Warna kekuningan dan teksturnya bertepung

Kiri : Original
Kanan : Tiruan


So dah tau macam mana nak bezakan yang palsu dan tiruan?

Mudah je sebenarnya, korang kena lebih alert je...

Nak lagi mudah??
Kunjungi je outlet Dermadics... Kat sini memang confirm menggunakan produk original!
Kat sini pelbagai jenis treatment yang boleh korang buat....

Kesan pengunaan produk Original dan Tiruan

Pengunaan produk pada kulit wajah mesti beri kesan kepada pengguna...
Kat bawah ni AJ nak tunjuk pulak kat korang kesan penggunaan produk original dan tiruan....
Eksperimen ni dilakukan sendiri oleh staff Dermedics tau...
Sebelah muka menggunakan produk original manakala sebelah lagi menggunakan produk tiruan..

Produk Tiruan

Produk Tiruan
Produk tiruan menyebabkan kulit wajah pengguna menjadi kemerahan dan berjerawat teruk...
Kulit juga macam ade kesan terbakar dan menggelupas...
Kesan ni boleh dilihat seawal 2 hari penggunaan....
Berani ke korang  nak guna produk tiruan lepas tengok gambar kat atas ni?

Produk Original

Di atas ni pula kesan penggunaan produk original....
Kulit jadi lebih cerah dan lebih bersih...
Mengurangkan cela pada wajah... Kesan boleh dilihat selepas setiap kali melakukan produk Meso White dengan melakukan Mesotheraphy treatment bergantung kepada keadaan kulit wajah....


Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu Mesotheraphy, ianya mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit sahaja....
Harga bagi setiap rawatan bergantung kepada jenis treatment dan keadaan kulit...


Terdapat 3 outlet yang boleh korang kunjungi untuk mendapatkan rawatan Mesotheraphy ni...

✾ Kuchai Lama (HQ)
✾ Puchong
✾ USJ Taipan (New)


Proses rawatan juga sangat selamat dan tak menyakitkan!

❃ Mi-cellar Water - menanggalkan kesan kotoran dan mekap
❃ Milk cleanser
❃ Soothing cream - 15 minit
❃ Produk meso white - mengunakan mesin khas
❃ HA gel mask - 10-15 minit (masa mula-mula letak mungkin pengguna akan rasa sedikit pedih)
❃ Soothing serum
❃ Moisturizer dengan SPF

Psssttt : Kesannya boleh dilihat sebaik sahaja selepas menjalani rawatan tau...
Kulit lebih cerah, lembut, tegang dan liang roma juga lebih mengecil..

Tak sabar pulak AJ nak cuba rawatan ni sendiri...
Nanti bila AJ dah pegi, AJ akan share dengan korang okay...

Maklumat lanjut mengenai produk dan jenis rawatan di Dermedics :

Website :

Facebook :

Berita baik untuk korang!

Untuk pelanggan yang pertama kali nak buat rawatan Mesotheraphy, korang boleh dapatkan dengan harga RM 168 (harga asal RM 988/sesi)
Dan korang boleh dapatkan diskaun 20% untuk pakej berikutnya....
Nak tau macam mana? Korang kene follow IG @ayuejean

Jangan lepaskan peluang okay....

#dermadics #dermbeauty #mesotheraphy #fakemesowhite #mesowhite #dermedicsmalaysia #mesoserum

P/s : Sebab tu AJ takut dengan produk tiruan!



Baca Selanjutnya »

ZarraB'Joy Lipwear, Lipstick Matte Terbaru Keluaran Zarra B'Joy Cosmetics!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

ZarraB'Joy Lipwear, lipstick matte terbaru keluaran Zarra B'Joy Cosmetics telah selamat dilancarkan baru-baru ni...
Majlis pelancaran diadakan pada 29 Mac 2017 bertempat di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara...
Ramai makeup artis (MUA), pihak media dan juga blogger telah dijemput menghadiri majlis tersebut...
AJ juga tak terkecuali menjadi salah seorang tetamu pada hari tu...



ZarraB'Joy Lipwear boleh didatangkan dengan 7 rangkaian warna untuk kegunaan seminggu...
So korang boleh lah pakai satu warna setiap hari.... Orang kata kalau pakai lipstick yang berlainan pada setiap hari buat mood dan penampilan kita pun berubah...
Takdelah nampak sama je kan?
AJ sendiri pun dah cuba ZarraB'Joy Lipwear, memang best..
Bau dia wangi, bila disapu pada bibir rasa ringan dan lembut je.....
Kandungan aktif dalam lipwear ini ialah Shea Butter, Argan Oil dan juga Vitamin E melindungi bibir dari kering dan merekah...
Packaging nya pula berlainan dari lipstick yang ada dalam pasaran....
Bentuknya unik dan mudah untuk dimuatkan dalam tas tangan....


Menurut Datin Zamzarina Zambri, Beliau meletakkan 1 benchmark untuk ZarraB'Joy Lipwear supaya produk ini setaraf dengan jenama antarabangsa...
Ianya juga sesuai dipakai untuk semua peringkat umur....
Selain trendy, warna-warna yang ditawarkan juga sangat cantik dan tahan lama....
Paling best, " it's really matte! " Tak melekat pada gelas pun kalau minum air...
Bila pakai pegi kenduri kawen, penanggah pun tak payah susah-susah nak sental gelas.... Hehehehheh...



Jom kita tengok pulak rangkaian warna-warna ZarraB'Joy Lipwear...


Isnin - Zesty Rose
Selasa - Zenia Daisy
Rabu - Zazzy Verbena
Khamis - Zaftig Carnation
Jumaat - Zealous Dahlia
Sabtu - Zonal Peony
Ahad - Zappy Therapy

Memang best ZarraB'Joy Lipwear.. 

Duta ZarraB'Joy Lipwear, Cik Adriana Adnan menggayakan setiap warna untuk setiap hari!

Review peribadi AJ mengenai ZarraB'Joy Lipwear

❀ Lembut pada bibir
❀ Kemasannya sempurna
❀ Bibir tampak lebih mungil dan penuh
❀ Tidak melekit dan tidak berminyak
❀ Warna yang menarik dan cantik!
❀ tahan lama, tak perlu kerap touch up

Kalau korang nak dapatkan ZarraB'Joy Lipwear boleh hubungi talian dan laman web di bawah :

Toll Free Line : 1-300-22-7622
Facebook : ZARRA
Instagram : @zarrabjoycosmetics

Harga pasaran :
RM47

Tapi dengarnya ZarraB'Joy Lipwear tengah ada promosi sekarang?
Nak tau promosi yang ditawarkan ikuti setiap update di Facebook dan Instagram mereka ye....

P/s : Bila tak mekap sekalipun, lipstick mesti kene ada....
Kalau tak nampak pucat lesi je.... Huhuhuhu...

Baca Selanjutnya »

Jerawat! Why oh Why???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kebelakangan ni kan, muka AJ tetibe naik jerawat.. Why ohhh Why!?
Memang banyak gila... Tak tau pasal apa...
Start AJ balik dari Sunway Lagoon 2 minggu lepas tu, jerawat mula naik bagai diternak-ternak....
Kulit AJ ni memang sensitif sikit dengan panas....
Kalau berpanas je memang naiklah jerawat tu....
Dulu masa keje outdoor lagi teruk tau....


Tapi yang kali ni punya outbreak punyalah payah nak hilang!
Macam-macam produk dah AJ guna.... AJ sekarang cuma gunakan essence dan night cream dari Shizens je untuk elak kulit kering....
Produk yang sebelum ni AJ pakai okay je pun tak mampu nak halang jerawat AJ...
Sedih jugak bila muka jadi gitu.... Terutamanya yang bawah dagu...
AJ pulak jenis gatal tangan.... Asal nampak ade jerawat je mulalah tangan tu gatal nak picit...
Penyudahnya berparut...
Buat masa ni AJ stop dulu guna produk-produk kecantikkan ni... Even mekap pun AJ tak pakai...
Pegi keje minggu ni memang muka polos gila....
Kawan-kawan pun pelik tengok AJ minggu ni... Hahahahahhaha....



AJ akui, selalunya kalau naik jerawat tu memang salah AJ....
AJ rajin sangat bermekap... Tang tu tak payah suruh pun AJ laju je... Hahahha...
Tapi AJ kadang-kadang malas nak cuci! So memang padan mukalah kan....
Yelah... Kadang-kadang balik dah jauh malam... Badan pun dh penat, sampai rumah dengan mekap mampan nye AJ terus tidur...
Kadang-kadang bulu mata pun AJ tak tanggal..
Nasib AJ tak pakai contact lens, kalau tak memang cari pasal lagi la.....
Huhuhuhuhuh...



So muka korang naik jerawat kan.... Apa yang korang buat?
Bolehlah kongsi-kongsi dengan AJ kat ruangan komen ye....
Manalah tau kalau petua korang mampu memberikan manfaat buat orang lain jugak?
AJ ingat nak cuba bekam lintah... Ada yang penah cuba tak?

P/s : Cepatlah kecut wahai jerawat!


Baca Selanjutnya »

Rangkaian VISAGE Terbaru dari Shizens, Buat Penggemar Solekan Natural


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Shizens percaya setiap orang ada kecantikan dan keunikannya yang tersendiri bukan untuk disembunyikan tapi untuk dipertontonkan kepada orang lain....
Jadi rangkaian VISAGE terbaru dari Shizens telah diperkenalkan pada bulan Mac ini untuk membantu setiap orang menonjolkan keunikan dan kecantikan kulit dari dalam ke luar.....
Rangkaian VISAGE ini merangkumi set penjagaan kulit dan juga set alat solek yang tampak natural untuk setiap orang....

AJ sendiri rasa sangat berbesar hati menjadi salah seorang daripada yang terawal mencuba rangkaian VISAGE dari Shizens....
Kali pertama menggunakannya AJ dapat rasakan kelainan pada kulit wajah...
Tekstur yang lembut dalam setiap 1 produk ni memang sangat menakjubkan....
Cara nak pakai juga sangat mudah dan hasilnya sangat bagus untuk kulit....



Jom kita tengok rangkaian VISAGE yang terdiri daripada 3 produk penjagaan kulit dan juga 6 produk solekan....

Sebelum mengenakan sebarang solekan, AJ mengenakan 2 produk dari Shizens sebagai persediaan kulit iaitu Time Resistace Essence dan Time Resistance Night Cream untuk menjadikan kulit lebih sihat...

LANGKAH PERTAMA

Time Resistance Essence
✮ Anti aging essence dengan skin regenaration Ceramid III yang membantu mengekalkan keanjalan kulit, meyamaratakan tona kulit, mencerah dan melembabkan kulit dari dasar sel kulit kita..
Sangat efektif dalam menguatkan dan membantu memperbaharui lapisan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit...

Time Resistance Night Cream
✮ Membantu menambah kelembapan kulit dan mengekalkan intipati untuk keanjalan kulit yang lebih  baik...
Boleh juga digunakan pada waktu siang....
*Kalau siang tu pakai nipis-nipis je....

Seterusnya AJ akan pakai mekap...
Terdapat 6 alat solek iaitu Natural Pore Nutrient Foundation PRO, Hue-Duo Eyeshadow (Mocha Glow), Aqua Eyeliner (Black), Aqua Eyeliner (Brown), Aqua Pore Perfection dan Smack Lips....
Paling AJ suka mengenai Shizens ialah warna-warna alat solek nya sangat natural....
Lepas tu senang je nak apply kat muka... kalau korang baru nak belajar mekap pun mudah!

LANGKAH KEDUA

Natural Pore Nutrient Foundation PRO
✮ Sapukan Natural Pore Nutrient Foundation PRO keseluruhan wajah sebagai asas mekap....
Tekstur foundationnya sangat ringan, halus dan lembut pada wajah...
Ianyan 100% talc-free dan membuatkan garis-garis halus dan pori wajah lebih hampir tidak kelihatan...
Intipati pelembab yang terdapat dalam produk ini kaya dengan Vitamin E....
Natural Pore Nutrient Foundation PRO didatangkan dengan berus halus bagi memudahkan penggunaan...


Hue-Duo Eyeshadow (Mocha Glow)
✮ Pembayang mata Shizens ini sangat natural... Terdapat 2 warna dalam 1 pembayang mata...
Ianya sangat berpigmentasi dan lembut....
Kalau nak tau, pembayang mata ni boleh digunakan sebagai highligh jugak tau.....

Aqua Eyeliner (Black) & Aqua Eyeliner (Brown)
✮ Aqua eyeliner ini merupakan salah satu daripada favourite AJ!
Eyeliner ini sangat unik sebab ianya merupakan cushion eyeliner...
Didatangkan dalam 2 warna iaitu hitam dan juga brown...
Selain dari eyeliner, boleh juga dijadikan eyebrow liner!
Eyeliner ini kalis comot dan juga mampu bertahan sehingga 12 jam....

Aqua Pore Perfection
✮ Tak lengkap solekan tanpa Aqua Pore Perfection..
Ianya didatangkan dalam bentuk cushion bagi memudahkan pemakaian...
Tak perlu nak sapu keseluruh wajah, cukup sekadar digunakan untuk sahding dan conturing...
Formlanya mengandungi Vitamin A, E dan F untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit juga melindungi kulit dari sinaran UVB...

Smack Lips
✮ Pada akhir solekan, AJ sapukan sedikit Smack Lips (Orange Tango)...
Ianya tahan lama dan matte membuat si pemakai nampak lebih stunning...
Smack Lips diperkaya dengan coconut oil dan sunflower butter yang membantu melembabkan bibir dan mencegah rekahan pada bibir...

LANGKAH KETIGA

Usai bersolek, AJ semburkan sedikit Ultimate Potent untuk membuatkan solekan tahan lama dan menegangkan kulit secara langsung!

Ultimate Potent
✮ membantu menyamaratakan warna kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan tampak lebih muda....
Boleh digunakan 2 cara sebelum bermekap atau selepas bermekap sebagai finishing....

So senang je kan nak guna Rangkaian VISAGE Terbaru dari Shizens ni kan?
Kurang dari 15 minit je dah siap!



Kalau korang berminat nak dapatkan rangkaian VISAGE, Shizens tengah adakan promosi dari 1 Mac sehingga 31 Mac ini...

❋ Smack Lips - Plum Wine
❋ Smack Lips - Orange Tango
❋ Aqua Eyeliner (Black)
❋ Aqua Eyeliner (Brown)
❋ Hue-Duo Eyeshadow (Mocha Glow)
❋ Shizens proffesional Brush Set ( 6 brushes)


Korang boleh dapatkan alat solek Shizens diatas dengan harga promosi RM199 sahaja (Harga asal RM 1,503)
Yup hanya RM 199 sahaja!
dapatkan sekarang! Rugi tau kalau korang tak dapatkan.... Bukan senang nak dapat offer suoer duper jimat dari Shizens ni....



Dan kalau korang gunakan code VISAGE01 korang boleh dapatkan makeover dari juru kecantikan Shizens...
Reserve your seat today di mana-mana Shizens store di bawah :

✦ Shizens Pavilion Flagship Store
✦ Shizens Mid Valley
✦ Shizens One Utama
✦ Shizens Sunway Pyramid
✦ Shizens Gurney Plaza
✦ Shizens Genting Sky Avenue
✦ Shizens Isetan KLCC
✦ Shizens Isetan Garden
✦ Shizens Parkson KLCC
✦ Shizens Parkson Pavilion
✦ Shizens Sogo KL

Lagi 1 berita baik buat korang, Shizens akan mengadakan roadshow di East Entrance Lobby, Mid Valley bermula pada 24 April 2017 selama 7 hari....

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai roadshow aktiviti dan promosi rangkaian VISAGE, boleh follow :

Facebook : Shizens Malaysia
Contact : 03-4024 8331 (Ms. CY Leow)

P/s : Jom cantik!

Baca Selanjutnya »