Bintang Akademi Fantasia Musim 1 Bakal Kembali Menggegarkan Industri!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa masih ingat para peserta musim pertama?
Mei ni mereka akan buat showcase! So, jangan lepaskan peluang korang tau sebab Bintang Akademi Fantasia Musim 1 bakal kembali menggegarkan industri!
AJ ingat lagi sebab masa Akademi Fantasia tu start, AJ baru pasang Astro...
Rancangan tu pulak baru diperkenalkan, memang sakan AJ tengok tanpa miss setiap minggu okay.....

Antara moment yang masih AJ ingat, Atie peluk kaki Adi masa penyingkiran....
Khai dapat Nemo yang paling digeruni oleh Nija...
Gossip antara Vince dengan Liza....
Airmata Nana masa menyanyikan lagu I Will Survive ke Lagu Misha Omar entah.... Yang ni lupa pulak...
Dan banyak lagi moment setiap peserta antaranya Azza, Burn, Azizi, Rosma dan Sahri....
Perghhhh... Dasat AJ tau.. Semua nama AJ ingat....
Masa tu AJ memang gile sangat dengan AF1, sampaikan AJ follow beberapa event dengan diorang termasuk Chit Chat Azwan kat Seremban....
Masa ni AJ menang tiket masa diorang buat promo kat KLCC....
Hahahahhahaha.... Tahap fanatik dah! Tapi berbaloi, dapat stay dan ikut program tu...

Macam mana nak tengok #AF1Reunion ni?

Showcase ini akan diadakan pada 6 dan 7 Mei 2017 bertempat di Planet Comedy, Great Eastern Mall...
Masa showcase ni nanti 12 orang bintang kesayangan korang akan buat kemunculan eksklusif...
Lama dah tak tengok mereka bersatu atas pentas kan?
Agaknya kan, nanti Pak Nil ada tak? Hehehhehe... Tunggu....
Mana tau ade surprise... Kan kan kan....



Tiket boleh didapati dengan menghantar whatsapp kepada #SUCIARAFFLAWLESSFOUNDATION di : www.wasap.my/60189049167
 Jom pakat whatsapp ramai-ramai....
AJ harap AJ berkesempatan nak tengok showcase ni jugak.....
Jom korang!

Nah AJ belanja sikit gambar masa photoshoot #AF1Reunion tu buat pengubat rindu...
Vince takde masa ni, dia ade hal lain...
Nanti Vince akan buat photoshoot asing....


Pastu kan kan kannnnn...
Meh AJ payung sikit gambar dengan diorang mase dedulu.... Hahahhaa....







Semua adalah pemenang, bukan pengalah!

Hahahahhaaha... Sila jangan gelak!
Ada lagi sebanarnya... Tapi kene cari balik...

  P/s : Tazabaaarrrrrrrr!

Baca Selanjutnya »

I-Sihat (ellVita) Premium Berry - Sihat di Dalam, Cantik diluar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Susu kambing merupakan susu yang banyak memberikan manfaat kepada tubuh badan kita. Selain tubuh badan, ianya juga sangat baik untuk kesihatan kulit. Tapiiiiii. Yang AJ tak tahannya susu kambing selalunya ada rasa hamis dan agak hanyir. Tu yang buat AJ tak mampu nak telan. Rase melekat hamis dia kat tekak!

Baru ni AJ ada cuba 1 produk berasaskan susu kambing I-Sihat Premium Berry untuk sihat di dalam, cantik diluar. Apa yang membuat AJ tertarik dengan produk ni? Ianya merupakan minuman kolagen dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik dan terpilih dari seluruh dunia. Perempuan, kalau dengar pasal cantik memang sukalah kan? AJ tak terkecuali! 😃😃😃

Nota : I-Sihat kini telah membuat penjenamaan semula dari I-Sihat kepada ellVita.




Mula-mula nak rasa tu AJ cuak jugaklah, takut tak mampu diterima tekak. Tapi Alhamdulillah I-Sihat (ellVita) Premium Berry, kena dengan tekak AJ. Selain rasa susu kambing yang tak hamis, Premium Berry ni ada rasa-rasa strawberry sikit. Sedap dan warnanya juga putih-putih pink je.

15 bahan aktif yang terdapat di dalam I-Sihat (ellVita) Premium Berry


Pembungkusan baharu

⭑Applephenon ⭑ekstrak bunga sakura ⭑astaxanthin ⭑kolagen ⭑buah strawberi ⭑buah beri ⭑badam ⭑kismis ⭑habbatus sauda ⭑buah tiin ⭑delima ⭑saffron ⭑kurma ⭑madu ⭑susu kambing


Kebaikan yang terdapat dalam I-Sihat (ellVita) premium Berry

✦ Kandungan Vitamin C untuk membantu mencantikkan wajah dan meningkatkan ketahanan tubuh

✦ Antosain dan antioksidan dari ektrak beri mampu membantu menajamkan penglihatan, melindungi dari penyakit jantung dan mengelakkan kanser

✦ Kolagen membantu memperbaiki masalah kulit dan rambut serta menjadikan kulit lebih anjal serta anti penuaan

✦ Melatonin yang tinggi dari ektrak sakura membantu mencerah, melembabkan kulit serta merawatkulit kusam

✦ Ekstrak Applephenon membantu mengurangkan pigmentasi kulit, mencerah serta mampu mengurangkan kolestrol LDL

✦ Astaxathin melindungi kult dari sinaran U serta mampu merawat ekzema dan dermatitis serta bersifat anti-fungal.

Cara minum I-Sihat (ellVita) Premium Berry

Dalam kotak tu ada 20 sachet, setiap 1 sachet tu ada 25grams. Boleh  diminum 2 kali sehari : Pagi (sebelum breakfast) dan Malam (sebelum tidur)

Cara nak bancuh I-Sihat (ellVita) Premium Berry ni senang je :

Amik 1 sachet dan tuangkan dalam setengah cawan air kira-kira 200ml. Jangan gunakan air yang terlalu panas tau, ianya boleh mengurangkan khasiat susu tu nanti. Seeloknya gunakan air suam sahaja. I-Sihat (ellVita) Premium Berry ni senang larut dalam air tau....

Kalau nak lagi senang, tengok je video AJ ni.



Selain dari I-Sihat (ellVita) Premium Berry, susu kambing ini turut didatangkan dalam 2 perisa lain iaitu :


I-Sihat (ellVita) Susu Kambing Asli - kini dijenamakan semula sebagai ellVita susu kambing orgalac
Susu kambing ASLI (orgalac) tanpa gula tambahan, organik, tanpa bau hamis, lemak berkrim. 

I-Sihat (ellVita) Vachoc 10
Vachoc Plus 10 amat baik untuk minda kerana mengandungi buah zaitun, buah tin, buah delima, kurma, kismis, badam, manna, saffron, habbatus sauda dan ginkgo biloba.

Untuk pengetahuan korang, semua produk susu kambing I-Sihat (ellVita) ni sesuai diminum oleh semua peringkat umur, lelaki dan juga wanita.....
Kalau ada cik abang yang nak minum Premium Berry pun boleh tau!



Pembungkusan baharu

Pembungkusan baharu

Harga Pasaran :

I-Sihat (ellVita)Premium Berry - RM 55
I-Sihat (ellVita) Susu kambing Asli (orgalac) - RM 45
I-Sihat (ellVita) Vachoc 10 - RM 45

Kalau korang nak dapatkan dan cuba sendiri produk-produk susu kambing I-Sihat (ellVita) boleh layari laman sesawang di bawah :

Website: www.ellvita.com
Careline: 019-2020 911
FB: ellVita Susu Kambing HQ
IG: @ellvita_susukambing_official



So apa tunggu lagi, cubalah sendiri. AJ pasti korang SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI!


P/s : Best gile!

Baca Selanjutnya »

Sambutan Hari Wanita bersama WeStyleAsia dan Celebrity Fitness


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

8 Mac setiap tahun merupakan sambutan Hari Wanita diseluruh dunia.....
AJ juga berkesempatan untuk menghadiri event Sambutan Hari Wanita bersama WeStyleAsia dan Celebrity Fitness.....


Masa event tu kan, kami disambut meriah dengan pelbagai aktiviti....
Antaranya Yoga, sesi mekap, hair do dan secret party!
Lokasi untuk secret party ni, memang dirahsiakan dari awal lagi.. So kitorang memang tak tau, nak dibawa kemana.... Surprise sangat!
Pihak WeStyleAsia cuma minta kami bawa baju untuk yoga dan party je...
Pasal mekap dan hair do, mereka akan uruskan....


Seawal jam 7 petang, kami dah berada di Celebrity Fitness, Lot 10 untuk sesi yoga... Ini kali kedua AJ beryoga...
Tapi yoga kali ni lain sikit tau sebab kami beryoga dekat Rooftop bertemankan bulan dan bintang...
Nasib baik cuaca malam tu memang okay...
Sebelum yoga tu kami semua diberikan minyak aromatheraphy dulu... Terus rasa segar selepas seharian bekerja...


Lepas hampir 45 minit beryoga, kami diminta bersiap untuk menghadiri secret party...
Secret party tu rupanya bertempat di Le Noir, TREC....

Kami kesana dengan menaiki Grab Car....
Sampai sana je, kami semua disolek bak princess... Seronok sangat! AJ ada buat live tau masa tu...
Siapa tengok?? 😃😃😃
Lepas tu rambut AJ pulak didandan ala-ala Rockstar! Sukanyaaaa...



Sambutan Hari Wanita malam tu, memang happening sangat....
Dengan aktiviti yang menarik dan dapat berkenalan dengan wanita-wanita hebat masa kat event tu....

Terima kasih kepada penganjur WeStyleAsia dan Celebrity Fitness juga para penaja Bloomthis, Joicy, schwarzkopfProMY...
Special thanks to Don from Manoah too!
Memang best sambutan hari wanita AJ kali ni...
Terasa sangat dihargai.... Be Bold for Change!


Photo credit : Elana Kong

Untuk sebarang info lanjut hubungi :

WeStyleAsia

Facebook | Instagram | Website

P/s : Thanks for the goodies! Full of surprises.. 😍😍😍


Baca Selanjutnya »

Baju Raya???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Huhhh... Baju raya??? Awal nau nak cari baju raya tau...
Bulan puasa pun belum lagi, tetibe seorang AJ keluar entri pasal baju raya....
Hahahahahhaha...


Al-kisahnya setiap tahun seperti biasalah AJ mastermind bab baju raya...
Nak pakai baju warna ape, beli kain, tempah kat mana semua AJ yang akan uruskan...
So start minggu ni AJ dah mula survey-survey tailor....
Yelah nanti kalau lambat-lambat, orang dah tak nak amik tempahan lagi...
 Bab tailor AJ dah settle... Alhamdulillah...
Ada 3 tempat yang AJ akan buat tempahan nanti....
1 untuk baju melayu abah dan MR. JR, 1 untuk tempahan baju AJ, mak dan kakak...
1 lagi pulak tempah kat salah satu tailor favourite AJ....
Baju raya AJ yang tahun lepas yang tak sempat siap tu pun belum siap lagi.. So AJ kate takpelah, boleh pakai raya tahun ni....
Pasal kes tu, AJ takdelah marah kat tailor tu.. Bende dah nak jadi.. Lagipun sebelum ni takde masalah pun...
AJ masih lagi percaya dengan hasil kerja dia.... Tak serik pun nak menempah kat situ... 😄

Hujung bulan ni, AJ dah kene start menjengah kedai-kedai kain...
Cuma AJ belum decide lagi nak pakai warna apa....
Bab warna ni memang mencabar tau.... Sebab tau-tau pagi raya berduyun pulak orang pakai tema sama....
Hahahahahahaha... Cam tahun lepas lagi best, tanpa sengaja 1 family AJ semua pakai royal blue termasuk abang-abang AJ yang beraya di Melaka dan Kelantan! Sehati sejiwa pulak..
AJ ni macam nak pilih warna yellow mustard tahun ni... Tapi belum finalize lagi....
Tengoklah raya nanti warna ape yang keluar....

Ada jugak yang penah tanye, kenapa AJ tak beli siap je... Suka sangat tempah?
Sama je pun fesyen nye dengan baju siap...
Sebenarnya dari AJ kecik lagi memang mak banyak menempah.... So sampai kat AJ la menurunnya sifat suka menempah baju...
Sebab, bila tempah AJ dah tak payah fikir pasal nak alter baju....
AJ ni size comel sangat, jarang nak ada baju yang ngam-ngam dengan badan..
Kalau jumpa pun mesti kain labuh, lengan terlebih panjang dan macam-macam...
Baik AJ tempah je.. Confirm-confirm ikut size kita... Dan citarasa kita sendiri kan...
Lagipun modal beli siap dengan menempah pun nak dekat sama... So tak rugi pape pun...
  
Ada ke orang yang sama dengan AJ sekarang? Baru bulan Mac dah sibuk fikir baju raya...
Hahahhaha.. Kalau ada sep sikit! kite geng... 😝😝

P/s : AJ nak buat fesyen apa pulak kali ni?
Mungkin baju "biasa-biasa" je kot...


Baca Selanjutnya »

Trip Tak Plan ke Melaka!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Last weekend AJ ke Melaka....
Ikut plan asal, kitorang nak balik hari je sebab Mr.JR nak pegi tengok kereta dan melawat kubur daddy dia je....
Tapi on the very last minute, jadi short trip pulak.... Ini namanya trip tak plan!
Plan balik hari tu sepatutnya kami berdua je naik motor...
Tetibe pukul 11 lebih malam, Jumaat tu AJ gatal mulut ajak stay sana...
AJ ni walaupun kampung kat Melaka, bile dengar nak gi jenjalan Melaka jadi super duper excited pulak!
Heheheheh...


So sebab tak jadi balik hari, kami ajak 2 orang blogger lain untuk join sama...
Takkan nak pegi berdua je kan???
Nasib Razi dan Nan free dan takde plan pape last weekend!
 Malam tu jugaklah kalut nak cari tempat nak stay bagai....
Cari punya cari, dalam pukul 2 pagi tu AJ decide untuk stay kat Mahkota Hotel Apartment....
Kami amik Deluxe 2 Bedroom Apartment...
AJ dah berapa kali dah stay kat sini.. So tahap selesa tu AJ dah tau...
Fasiliti kat situ pun best! Ada kolam renang... Hahahahahaha....

Sumber : Booking.com

Sabtu tu lebih kurang pukul 12 tengah hari kitorang gerak ke Melaka....
Kononnya la nak gerak pukul 9 - 10 pagi... Penyudahnya semua terlajak....
Kami gerak bertiga je sebab Razi akan naik bas, dia ade keje kat KL lagi.... 
Sampai Melaka dalam pukul 3 petang, amik key card dulu kat hotel, lepas tu kami cari makan...
Kat area Melaka ni kan, yang AJ perasan kalau nak makan siang-siang hari macam susah sikit....
Kat sini yang best mestilah Asam Pedas, sebab dah tahap kebuloq sangat kitorang makan kat Dahliea Ria, Kota Laksamana...
AJ order asam pedas tetel.... Sedap weh.. Pedas terangkat... Tapi sorry kengkawan,takde gambar..
AJ dah lapar gile... Hahahahahahah...

Lepas perut dah kenyang, barulah kami check in apartment...
Sampai tu bukan nak rehat... Tu haaaaaa... Sebesar kolam dah panggil! Hehehehehe....
Mase kat kolam, umur dah besar mak bapak budak pun sama naik kitorang ni... Hihihihi....
Sampai dekat Maghrib baru naik apartment balik! Nampak???? 😂😂😂

Malam tu lepas tengok kereta dan amik Razi kat Melaka Sentral kitorang pegi makan cheese naan Pak Putra....


Best cheese naan in Malacca!

Cheese naan kat sini memang femes... Masa sampai tu kitorang kene beratur dulu....
Q dia tak payah cakap la.... Siap kene berdiri sebelah meja kat orang yang nampak cam nak abis makan...
Kalau tak, sampai ke sudah tak dapat meja! Hiihihih....
Lepas makan sume, plannye nak ke Jonker Walk...
Tapi sampai je sane, Jonker Walk dah tutup! Kahkahkah...
Padan muka!
 Makanya kami merayap ke Uptown dekat Dataran Pahlawan je la sambil tengok autoshow....


Ahad pulak, sebelum check out diorang gi mandi kolam dulu..
Tapi pagi ni AJ tak follow pun... Sorry guys sleep duty call! AJ mengantok sangat...
So AJ pilih untuk layan mata.... Hahahahahah...
Lepas je check out, kami menuju ke Kota Laksamana lagi sekali untuk makan...
Kali ni kitorang makan kat Asam Pedas Claypot Dua....
Kalau korang nak tau kan, restoran ni sama dengan restoran yang besar bukak memalam tu... Siang diorang bukak kedai yag kecik berdepan kedai besar dia.... Faham tak explanation AJ? 😆😆
Semalam kami tak perasan pulak restoran ni...

Usai makan kami menuju ke Stadhuys, Melaka....
AJ dah macam tourist guide diorang pulak... Hakikatnya AJ yang nak berjalan....
Nasib korang la... Disebabkan aku sorang je perempuan makanya "please treat me as a Princess" okay? 😜
Kali ni AJ buli diorang panjat Bukit St. Paul's....
Kalau nak tau kat bukit ni banyak sejarahnya.... Kat sini jugak dibina sebuah gereja dan juga makam-makam lama...
Nanti AJ cerita kat korang sejarahnya okay...
Kat atas tu dinding geraja masih utuh... Yang paling best kat sini bergambar la!
Kitorang kat atas tu je dah berjam-jam... Ralit memasing amik gambar tau....
Panas bukan halangan... Nampak kegigihan kat situ....
Abis segala macam pose keluar!
Hahahahhaahhahhaha....





Turun dari Bukit St.Paul's kitorang amik gambar kat A'Famosa yang terletak di bawah Bukit St. Paul's....
Kat situ terletaknya sebahagian bangunan A'Famosa dan juga beberapa buah meriam....




Tips : Kalau nak naik ke Bukit St. Paul's, AJ sarankan naik dari tangga Stadhuys...
Kalau korang naik dari tangga A'Famosa, tinggi woi!!
Anak tangga dia banyak....
Tak tau Stadhuys tu kat mana? Ala bangunan yang warna merah tu....

Sebelum balik KL, AJ ajak diorang jalan-jalan Jonker Walk... Hahahahhaa..
Macam mana pun, nak jugak dia berjalan masuk Jonker Walk tu kan.. Selagi tak dapat, rasa tak complete jalan Melaka... 😋
Hasilnya, masuk je tak beli pape... Cissss....
Nan memula nak beli kerusi, tapi dia kate harga kerusi tu dah mahal.. So tak jadi beli...
AJ pulak kalau masuk situ, lebih kepada nak cuci mata je...
Nak makan-makan kat situ banyak yang macam was-was je..... Nampak macam sedap...
Tapiiii.. Telan air liur je la.... Hahahahaa... 😀😀😀

So lebih kurang pukul 9 malam, kami bertolak balik KL...
Sampai KL pun lambat.. Balik tu jalan jem!
Minggu ni mungkin AJ akan ke Melaka lagi.. Sebab aritu tak sempat singgah kubur Daddy MR.JR....
Run out of time... Opsss... Sorry...

Okaylah korang.. Nanti AJ story lagi tau.....
Banyak trip lagi lepas ni.... 😬😬

P/s : Banyak cerita yang tak tercerita ni....
Huhuhuuhuhuh...
 
Baca Selanjutnya »