ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Aritu AJ dan beberapa orang rakan blogger sempat bersantap di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam....
Landmark di senang je, dekat bangunan Acapella Hotel & Residence je...
Dulunya D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat atau Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang menyediakan masakan secara steamboat sahaja.....
Pengunjung boleh pilih 2 pilihan kuah iaitu ayam dan tomyam untuk merebus segala jenis seafood dan pelbagai jenis sayuran lain dengan pelbagai jenis sos pilihan yang disediakan oleh Chef yang berpengalaman seperti sos cili thai, sos cili pedas, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo dan macam-macam lagi pilihan sos yang sedap!
Kambing bakar juga turut disediakan bagi penggemar makanan ini..
Kambing bakar kat sini memang special tau.... Antara menu yang femes kat sini okay!
Ianya dipanggang menggunakan arang BBQ untuk menaikkan aroma dan rasa kambing ni...
Dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan menambahkan lagi rasa kambing bakar tu....
Kemudian, salah seorang chef dari D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat, Chef Shahnizam yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan kepada menu makanan di D'Kayangan iaitu menu grill dengan perapan istimewa ayam, daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong....
Semua bahan-bahan ini diperap dengan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan juga beberapa jenis rempah ratus untuk menaikkan lagi rasa dan aroma perapannya yang dicampur dari stail Cina dan India dalam masakan...
Fuhhh.. Kalau tengok pilihan makanan yang ada, AJ tak tau nak pilih mana tau..
Rambang mata dibuatnya!
Ada Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi...
Kelazzzzzz gittew nama menu dia tau!
Selain itu beberapa menu menarik juga ditambah di buffet seperti hirisan ikan segar dengan sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan juga Icy Mnster sebagai pencuci mulut...
Tak dilupa kuih muih, puding, pelbagai jenis kek dan aiskrim serta ABC!
Banyak kan pilihan makanan?
Disini boleh memuatkan 400 orang dalam satu-satu masa....
So kalau korang nak plan buat gathering kat sini pun takde masalah....
Ada ruang parkir kereta yang luas dan juga pelbagai kemudahan lain seperti surau...
Info lanjut mengenai D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat :
Facebook :
Instagram :
Alamat :
Sri Acapella Service Apartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100 Selangor.
Tel :
012-297 1091
017-507 6274
03-5523 4979
Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu | 5pm - 1am
Ahad | 12pm - 12am
Harga :
Dewasa | RM 33++
Kanak-Kanak | RM18++
Best makan kat sana, AJ orang yang paling "awal" berhenti makan....
Hahahahhahaha... Nasib masih terkawal, kalau tak habis semua makanan kat sana AJ bedal!
Meriah! |
P/s : Nanti nak datang lagi....