Jom Sambut Tahun Baru 2017 di Citta Mall


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak lama lagi tahun baru 2017 bakal menjengah...
Kurang dari 6 hari je lagi...
Korang dah plan ke nak sambut tahun baru kat mana?


So kalau takde plan kat mane...
Jom sambut tahun baru 2017 di Citta Mall pada 31 Disember 2016 bermula jam 8 malam bertemakan 16 Going On 17!...
Terdapat pelbagai aktiviti yang akan disediakan untuk para pengunjung antaranya karnival mini...
Semasa karnival mini tu nanti, ada persembahan badut, ahli silap mata dan sebagainya...
Yang lagi menarik, shoppers yang membeli belah di Citta Mall dari 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017 berpeluang mengambil bahagian dalam CITTA challenge...
Game station pun ada dan banyak hadiah yang ditawarkan seperti barangan elektrik dari Harvey Norman...

Kemuncak acara tu nanti, korang akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis terkemuka seperti Dina Nadzir, Alvin Lee, Shawn Lee, An Honest Mistake, Rejuvenate Dance Crew dan akan di hostkan oleh Baki Zainal....
Kalau nak tengok sendiri persembahan mereka, jom ke Citta Mall..
AJ pun akan ade kat situ jugak okay!



22 Disember lepas, AJ ke Media Preview Night untuk beramah mesra serta bersoal jawab dengan mereka yang bakal membuat persembahan...
Dengarnya banyak kejutan masa countdown tu nanti....

Terima kasih kepada Mr. Dakgalbi yang menyediakan dinner untuk media influencer yang hadir... Kenyang AJ makan ramen tau...



So, jangan lupa tau save the date!
31 Januari 2016, 8 malam di Citta Mall...
16 Going On 17!

P/s : How time flies...


Baca Selanjutnya »

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bermula 23 Disember 2016 sehingga 25 Disember 2016, Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) akan membuka tirainya buat bakal mempelai di luar sana...
Inilah masanya buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan untuk mendapatkan tawaran dan pakej-pakej perkahwinan yang menarik....

malaysia wedding festival MEFA disember 2016

MEFA 2016 pada kali ini merupakan edisi ke-15... Diakui MEFA sebelum ini banyak membantu pasangan yang ingin membina mahligai mendapatkan pakej perkahwinan dari A to Z...
Dari pakej andaman, katering, khidmat fotografi dan videografi, kad jemputan dan pelbagai lagi...
MEFA yang dianjurkan oleh Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd ini sememangnya event yang tepat untuk bakal pengantin...

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini!

1. Persiapan perkahwinan akan menjadi lebih mudah

Bila fikir pasal persiapan kahwin, memang merumitkan...
Banyak perkara yang perlu kita fikir...
Kad kahwin, mak andam, katering semua nak kene amik tau...
Tapi dengan adanya MEFA korang boleh survey dan pilih khidmat yang korang nak dari lebih 100 booth dan lebih 60 vendor yang mengambil bahagian di bawah 1 bumbung...
Jadi korang tak payah nak pergi ke 100 tempat hanya untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik...
MEFA dah sediakan lebih 60 vendor terbaik khas untuk korang!

Image may contain: 1 person, text

2. Banyak hadiah menarik buat bakal pengantin!

Haaaa... Bakal pengantin yang menghadiri MEFA nanti berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik...
Ada pakej bulan madu, gajet dan tajaan perkahwinan...
Kata orang, rezeki orang nak kahwin ni murah...
Manalah tau kalau sangkut rezeki darah manis.. Alhamdulillah...
Dapat pegi berbulan madu di lokasi menarik seperti Maldives, Bali dan Krabi....
Tajaan perkahwinan pula sehingga RM 100,000.00!
1000 beg cenderamata untuk pengunjung terawal pun ada tau...

3. Tawaran menarik seiring bajet perkahwinan

Bab bajet perkahwinan memang isu yang sensitif bagi bakal pengantin...
So semasa di MEFA 2016 nanti, AJ dengar banyak vendor yang menawarkan pakej dengan harga kow-kow murah!
Yelah, bukan Shopping Mall je ada buat Year End Sale...
MEFA pun ada... So apa lagi yang membuatkan korang tak kata YES untuk menghadirkan diri ke MEFA 2016?

Image may contain: one or more people and indoor

4. Pelbagai aktiviti menarik untuk bakal mempelai

Semasa berlangsungnya MEFA terdapat banyak aktiviti yang bakal dianjurkan antaranya perarakan pengantin, pertunjukan fesyen, pertandingan solekan dan banyak lagi...
Selain mencari barang dan pakej persiapan perkahwinan, korang boleh dapatkan idea-idea untuk majlis sepeti dekorasi, pelamin dan juga fesyen pengantin yang terbaru dari pertunjukan yang diadakan...
Selain tu, korang juga boleh belajar teknik dan tips-tips dari pakar untuk perkahwinan yang grand...
Mana tau dari idea tu nanti kawan-kawan menobatkan majlis korang tu sebagai Wedding of The Year.... =D

5. Menawarkan khidmat vendor-vendor terbaik dari seluruh Malaysia

Percaya atau tidak MEFA 2016 sememangnya menampilkan vendor-vendor yang terbaik dari seluruh Malaysia...
Malahan ada antara vendor yang terlibat sememangnya sudah dikenali ramai dan tidak asing dalam industri perkahwinan....
Bukan calang-calang vendor yang turut serta tau...
Perkahwinan korang pastinya akan jadi yang paling bersejarah dengan khidmat mereka nanti....
Kat MEFA 2016 korang bebas nak tanya apa sahaja dari mereka...
Mana tau nanti ada yang bermurah hati nak bagi lebih tawaran kan??

No automatic alt text available.

So tanak pegi ke???
Seriously, rugi kalau tak pergi! Sebab apa AJ kata rugi???
Mana lagi korang nak jumpa pameran perkahwinan all in one???
Lebih 100 booth serta lebih 60 vendor dengan tawaran hebat dan menarik di bawah 1 bumbung???
Hanya MEFA 2016 je la korang boleh dapat...

Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh follow mereka :

Website : www.mefa.my
Facebook : Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Instagram : Mefa Pengantin
Pertanyaan : 012 387 1775

Apa tunggu lagi? Jom ke MEFA 2016...

#malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016

 Disini AJ sertakan senarai penaja dalam menjayakan Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2016
Terima kasih para penaja....
  • Wedding.com.my (Rakan Media)
  • Majalah Pengantin (Majalah Rasmi)
  • Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama)
  • Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama)
  • Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi)
  • Foto Santai (Photobooth Rasmi)
  • Honey Vacation
  • Mega Bridal Creations
  • Botol Kacang Easy
  • Yann Rifft
  • Laman Kayangan
  • Sweet Pictures
  • EDM Events & Photography
  • De Gemilang Catering
  • KAY Gifts
  • Shahmie Catering & Event
  • Kashfi Zulkufli
  • KRULMATRIC Photography & Videography
  • Wens
  • Nana Bridal Boutique & Beauty
  • Coffee Corner Faizal Azzuri
  • Maldives4u
  • Istana Putih By Gee Cantik
  • Elenore Studio
  • Tepak Estate Venues & Events

Tak sabar nak ke MEFA 2016! Masuk adalah PERCUMA dari 10 pagi hingga 9 malam okay!
Dengar kata ada blogger yang bakal melangsungkan perkahwinan terpilih sebagai top 10 untuk pertandingan bakal pengantin MEFA 2016...
Nak tau siapa kene la datang sendiri...
AJ? Insyaallah jika diizinkan Allah S.W.T, adalah jodoh tahun depan....
Doa-doakan... 💝💝💝

Kredit gambar : MEFA 2016



Baca Selanjutnya »

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Anak Muda Buktikan Mat Motor Mampu Berjaya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lalu berlangsungnya FIM Asia Supermoto Championship 2016 di Stadium Shah Alam, Selangor...
Ini merupakan pusingan terakhir bagi tahun ini...
Pusingan pertama berlangsung di Australia, pusingan kedua pula mengambil tempat di Indonesia, manakala pusingan ketiga bertempat di Filipina dan pusingan terakhir, di Malaysia...



Melalui FIM Asia Supermoto Championship 2016, ramai anak muda berjaya membuktikan bahawa mat motor juga mampu berjaya...
Buktinya anak muda berusia 25 tahun, Mohd Habibullah atau lebih dikenali sebagai Gabit #27 dari Sungai Buaya, berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kategori Open International Class dan juga Asian Class....
Bapa kepada 2 orang cahayamata ini berjaya menjulang sebuah trofi serta membawa pulang USD 3000....



AJ berpeluang menyaksikan sendiri acara ini pada hari Sabtu yang lepas...
Walaupun cuaca agak kurang mengizinkan ianya tidak menghalang para pelumba untuk beraksi...
Dah lama AJ tak turun padang tengok sendiri race.. Masa kecik dulu Abah rajinlah bawak tengok cup prix...




Semasa acara ini, kami dijuga dibawa ke setiap tent pasukan yang berentap untuk berkenalan sendiri dengan mereka...
Kalau nak tau, dalam acara ni bukan ada pelumba lelaki je, malahan pelumba perempuan juga turut beraksi...
Pelumba tersebut tak lain dan tak bukan, Siti Fatimah Husna yang pernah menjadi viral suatu ketika dulu..... Awek rider ni bhai! Tapi dah berpunya ye...
Jangan harap korang nak ngorat okay... =D





AJ harap pada masa hadapan lebih ramai yang menyokong industri permotoran ni...
Kalau ada yang nak turut serta pun bagus...
Ini baru betul dinamakan hero jalanraya... Bukannya merempit tak tentu hala...

Tak lupa juga nak ucapkan terima kasih kepada para penaja dan juga Sim yang memberi peluang kepada geng-geng #kelabBloggerBenAshaari turut serta dalam acara ini....
AJ harap tahun depan AJ dapat join lagi... =D


P/s : Berangan nak amik lesen B Full dah berabad dah...
Tapi entah bila nak amiknya tak tau la...


Baca Selanjutnya »

Kronologi Dan Dana Buat Loki...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nota : Dana untuk Loki secara rasminya DITUTUP....
Terima kasih semua...... Tapi kalau masih ade yang berniat nak menyumbang mungkin untuk treatment dia ke ape ke, boleh PM...

Sebenarnya AJ segan nak buat entri untuk Dana Loki ni...
Tapi atas nasihat dan sokongan kawan-kawan, AJ bukak jugak tabung dana untuk Loki...
Lagipun kalau orang tengok prfile AJ kat fb tu mesti orang cakap AJ mampu dengan kos rawatan dia...
Tapi itu adalah part kerja AJ sebagai blogger... Hakikatnya kalau kos cecah beribu memang AJ menung jugak....
Ini pun ada rakan-rakan yang menghulurkan bantuan jugak... Alhamdulillah...
Terima kasih sahabat...

Loki, kucing yang AJ kutip masa baby....
Kalau tak salah AJ umurnya 4 hari masa tu. Ibu dia mati digigit anjing...
Kawan AJ yang selamatkan, tapi dia takde ibu kucing...
Sebab kesiankan dia, AJ amik Loki dan lagi 2 beradik dia untuk menyusu kat ibu kucing AJ...
Dan tahun ni, merupakan tahun ketiga Loki dengan AJ....

Image may contain: cat


Kronologi sakit Loki

Jumaat - 2 Disember.

Kakak AJ cakap Loki macam tak sihat.... So dia monitor si Loki sebab malam tu AJ ada trip ke Johor...

Ahad - 4 Disember.

Kakak AJ call tanya bila AJ balik sebab dia kate Loki tak boleh bangun sebab dia tak boleh kencing...
AJ terus call klinik veterinar yang AJ selalu pegi.. Tapi malangnya dah tutup...
AJ tak berani nak bawak pegi klinik atau hospital swasta sebab AJ tau kosnya akan tinggi...
Untuk pengetahuan, sebelum ni ada jugak kucing AJ kene penyakit tak boleh kencing iaitu FLUTD...
Tapi kami perasan awal, so sempat buat rawatan awal...
Kosnya pula dalam 5 ke 7 ratus....
Loki ada habit suka kencing merata dan dia pun takde tanda-tanda tak boleh kencing macam kucing lain...
Jadi kami memang tak perasan sangat dia ada masalah....
Malahan dia boleh menggedik-gedik pulak dengan kucing lain sebelum-sebelum ni...

Isnin - 5 Disember.

AJ bawak Loki ke Hospital Veterinar Cheras...
Masa dalam bilik rawatan tu, Loki memang dah terbaring dan lemah...
Doktor yang check kata blander dia dah membesar dan boleh pecah...
Kalau pecah, memang nyawa Loki tak dapat diselamatkan....
So mereka minta AJ refer ke Hospital Veterinar UPM sebab diorang takde kelengkapan yang cukup...
Kalau diorang amik jugak kes Loki, nyawa Loki sangat berisiko...
Time tu memang AJ dah menangis-nangis....
AJ memang tak perasan yang Loki rupanya tengah sakit teruk....

Sampai kat Hospital Veterinar UPM, Loki terus dikejarkan ke bahagian kecemasan....
Doc bagitau yang keadaan Loki sangat-sangat kritikal dan antara hidup mati...
Time tu ada 4 orang staff yang handle Loki...
AJ diminta tunggu kat luar sementara diorang pasangkan drip kat Loki...
Lepas tu doc panggil AJ masuk dan bagitau anggaran kos rawatan...
Masa tu doc dah draft kos nya RM1,490 camtu.... Dan AJ perlu bayar deposit RM700...
Loki pulak perlu dikejarkan ke ICU....
AJ takde pilihan, AJ setuju je sebab nyawa Loki memang dalam bahaya...
Dan doc jugak minta AJ bersedia dengan segala kemungkinan sebab Loki berisiko untuk pergi buat selamanya masa tu....

Dari hari Loki dimasukkan AJ hanya berhubung dengan doc melalui panggilan telefon je...
Sebab AJ kerja... Dan waktu melawat pun pukul 3-4 petang sahaja...
Setiap hari AJ dapat panggilan dari doc mengatakan keadaan Loki tak berubah... Tapi makin teruk...
Ayat yang paling meruntun hati AJ bila doc cakap " I can't think he will make it for tonight "
Even masa entri ni ditulis pun, masih terngiang-ngiang ayat tu....
Allahuuu....

Khamis - 8 Disember.

Rabu malam, doc call minta AJ datang tengok Loki...
Sebab doc kate keadaan Loki semakin membimbangkan...
Ubat yang mereka bagi nampaknya tak berkesan dan keputusan ujian darah Loki memang tak begitu baik...
Pagi khamis sebelum AJ ke vet pun mereka ada call bagitau Loki semakin kritikal...
Petang tu AJ datang tengok dan nampak Loki hanya terbaring lesu..
Time tu Allah je yang tau perasaan AJ... Menangis AJ tengok keadaan dia...
Tiub pun dah dipasang kat hidung Loki sebab dia tak mampu makan sendiri...
Bila AJ panggil Loki, dia respon, dia cuba angkat kepala dia....
Bila AJ usap-usap pun dia respon...

Image may contain: cat

Lepas tu doc panggil untuk bagitau keadaan Loki...
Hasil pemeriksaan darah yang entah dah masuk berapa hari tu, memang sangat-sangat tak bagus dan sakit tu dah effect buah pinggang Loki..
Doc bagi AJ kata dua, kalau kedaan Loki berterusan macam tu, nak teruskan rawatan atau stop...
Ya Allah, masa tu Allah je tau perasaan AJ...
Nak buat pilihan antara hidup dan mati... AJ memang tak sanggup...
Terus berjurai-jurai airmata, AJ dah tak peduli dah orang pandang semua...
Akhirnya AJ buat keputusan untuk teruskan rawatan... AJ tak sanggup nak bagi Loki pegi...
AJ nampak dia melawan... AJ tau Loki AJ memang kuat...
Doc cakap kalau AJ teruskan rawatan, dia boleh stop sendiri...
AJ kata kalau dia stop sendiri AJ redha....
Masa tengok Loki tu AJ cakap kat dia...

" Kalau betul Loki mampu lawan, Loki lawan... Mummy tau Loki kuat...
tapi seandainya Loki dah tak mampu lawan sakit Loki, pergilah... Mummy redha... "

Image may contain: one or more people and people sleeping


Sabtu - 10 Disember

Keadaan Loki masih macam tu... Terbaring lemah....
Masa AJ datang ni Loki baru makan ubat...
So dia tak bangun pun bila AJ panggil-panggil...
Memang takde perubahan...

Image may contain: cat

Isnin - 12 Disember.

Doc ada call malam sebelumnya bagitau Loki dah ada energy sikit...
Masa AJ datang tu, Loki dah mampu angkat kepala sendiri...

Image may contain: cat and indoor

Tapi masih makan menggunakan tiub....
Alhamdulillah.. Masa ni AJ bersyukur bila AJ amik keputusan yang betul...
AJ tau Loki AJ kuat...

Rabu - 14 Disember.

Doc call malam tadi minta AJ cuba bawa makanan dari umah...
Sebab Loki takmo makan.... Tapi Loki nampaknya dah ada energy sikit...
Dia pun dah start nak bangun-bangun doc cakap....
Petang tadi AJ tengok Loki dah boleh duduk dan nampak makin better...
Alhamdulillah lega hati..

Image may contain: 1 person, cat and indoor

Tapi hasil ujian pulak tak berapa bagus...
Loki disahkan menghidap FIP dry form...
Virus ni bahaya sebab dia akan menyerang organ...
Buat masa ni buah pinggang dan hati Loki tak begitu baik....
AJ redha tapi bila tengok luaran Loki AJ kuat....
Doc dah buat ujian untuk tentukan ubat mana yang sesuai untuk Loki...
So sekarang Loki kene amik ubat yang strong sikit....

Doc jugak ada bagitau kos rawatan kini dah meningkat ke RM 1,700++ (14/12/16)...
 Nanti AJ akan minta doc anggarkan dan amik gambar kos bil dia....

Nota : Sehingga entri ini ditulis, Loki masih lagi berada dalam ICU...
Dia masih perlu dipantau rapi oleh pihat Vet....

Dana untuk Loki.

AJ segan sebenarnya, tapi memandangkan kos semakin meningkat AJ buka juga tabung untuk Loki ni....

Kalau ade sesiapa yang nak hulur bantuan, Alhamdulillah.... Boleh hubungi AJ...
Kepada rakan-rakan yang ada hulurkan bantuan, Loki cakap terima kasih...
Semoga Loki semakin kuat...

RM 650 - pinjaman dari kawan-kawan yang dahulukan duit diorang...
Insyaallah AJ akan kembalikan dalam masa terdekat....

Total dana :

RM 800

Bayaran yang telah dibuat :

RM 700 (5/12)
RM 900 (15/12)

Jumlah keseluruhan bil : RM 2,150




Nanti AJ update lagi....
Belum termasuk caj ubat sume...

Kalau korang nak no acc Maybank mohon PM AJ di facebook sebab AJ guna acc kawan AJ..
Insyaallah Isnin atau Selasa ni AJ aktifkan acc Maybank AJ tu...

Bawah ni facebook dan Instagram untuk korang keep in touch dengan AJ...

Facebook : Ayue-Jer Rejaluddin

Instagram : @ayuejean

Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan tak mengapa...
AJ mohon korang doakan Loki dan juga share entri ini atau gambar Loki di facebook dan instagram...
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membantu jasa baik korang...
Insyaallah...


Baca Selanjutnya »

Mask Mediheal Line Friends dan Giveaway!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Korang penah dengar tak pasal Mask Mediheal Line Friends??
Baru-baru ni AJ ada cuba rangkaian mask Mediheal Line Friends dari Maystar Sdn Bhd tau...
Best dan mudah sangat nak guna....
Mask dia comel sangat tau! Ade karakter bear line yang cute tu lagi.... Mediheal Line Friends ni ada beberapa jenis dan fungsi yang berlainan...

AJ dah cuba 3 jenis mask dari rangkaian Mediheal Line Friends iaitu N.M.F Aquaring Ampoule Mask yang berfungsi untuk menghidratkan kulit yang kering...
Yang ni AJ paling suka sebab kulit AJ ni jenis yang kering dan senang menggelupas...
Bila pakai mask ni je kan, kulit jadi lebih lembab, lembut dan juga licin....


 

Selain tu terdapat P.D.F AC Dressing Ampoule Mask untuk menyembuhkan kulit yang bermasalah menjadikan kulit lebih bersih, bebas cela dan kulit yang lebih sihat...
Mask ini sesuai untuk pengguna yang memiliki kulit yang berjerawat....
AJ pakai ni kalau dekat-dekat miss P berkunjung.... =D

I.P.I Lightmax Ampoule Mask untuk mereka yang mengimpikan kulit yang lebih cerah dan sekata...
Ianya menenangkan kulit, mencerahkan dan juga mampu mengurangkan kedutan dan pigmentasi serta mampu menyamaratakan tona kulit....

Cara nak menggunakan mask-mask ni mudah je....
Selepas korang bersihkan wajah, buka mask dan tepekkan pada muka selama 15 ke 20 minit...

Paling AJ suka setiap helaian mask ni ada karakter kartun Line Friends yang comel tau!
Rasa tak nak bukak pulak bila pakai....

 

Kalau korang nak dapatkan rangkaian Mask Mediheal Line Friends, korang boleh layari :

Instagram : @maystarmy

Dan AJ ada berita baik untuk seorang pembaca / follower IG bertuah...
Korang cuma perlu follow IG @maystarmy dan of course IG @ayuejean dan komen gambar di bawah ni kat IG AJserta tag 2 orang kawan korang....

#medihealxayuejean
#mediheal 
#medihealmalaysia
 #medihealmask
 #medihealxlinefriends
 #medihealxlinefriendsmask

 Tarikh tutup : 21 Disember 2016



Good Luck korang!

P/s : My current favourite Mask!


Baca Selanjutnya »