Adidas Climacool | Kekal Segar Setiap Kali Bergerak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni Adidas telah memperkenalkan rangkaian gel mandian terbaharu yang menjanjikan kesegaran setiap kali kita bergerak...
Nak kekal aktif memang mudah... Tapi nak kekal segar bila kita bergerak aktif tu bukan sesuatu yang mudah tau.... Bau peluh pasti buat kita tak selesa...
Nak pulak setiap kali lepas melakukan aktiviti luar ataupun bersukan.....


Gel mandian Adidas Climacool dirumus dengan teknologi "move-activated" ini membuatkan setiap pergerakan korang kekal segar... Lebih banyak bergerak, semakin segar baunya....
Fresh capsule yang terdapat dalam gel mandian ini merupakan formula magis dimana semasa mandi kapsul ini akan sebati dengan kulit dan mengeluarkan bau segar walaupun masa mengelap badan dengan tuala....
So bayangkan bila korang bergerak sepanjang hari? Memang makin menjadi-jadilah segarnya kan...
Jadual yang padat ketika bekerja, ke gym dan keluar dengan kawan-kawan bukan lagi 1 masalah utama dengan mandian berharuman zesty ini...

Bukan tu je, sekarang ni tak perlu nak letak banyak-banyak produk di dalam bilik air sebab Adidas Climacool ni 3 dalam 1...
Gel mandian, syampu dan pencuci muka semuanya lengkap dalam 1 botol sahaja!
Dalam erti kata lain,Adidas Climacool ni mandian top to toe.... Nak travel pun senang...



Selain gel mandian, deodorant dengan perlindungan bau selama 48 jam pun ada....
Bau yang kekal lama ni membuatkan setiap pergerakan korang lebih yakin dan berketrampilan....

Ianya didatangkan untuk lelaki dan wanita dengan bau dan fungsi yang berbeza...
Bentuknya juga dicipta unik dengan botol anti-slip untuk memudahkan gengaman pada produk....
Harga pasaran untuk produk Adidas Climacool juga berpatutan...

Gel mandian RM10.90 (250ml) dan RM14.90 (400ml)

Anti perspirant deodorant (spray) RM19.90 untuk lelaki dan RM15.90 untuk wanita

Anti perspirant deodorant (roll-on) RM8.90

Boleh didapati di farmasi dan supermarket di seluruh negara...


Semasa hari pelancaran di Work Out Studio, Kuchai Business Park, blogger yang hadir diberi peluang mencuba dan menghidu sendiri haruman produk Adidas Climacool...
Selepas itu ucapan alu-aluan dan presentation dari Ms Carolyn Kong, Marketing Manager of Coty Malaysia Sdn Bhd, kitorang kene join KpopX Fitness Class ataupun Treadmill Run...
AJ pilih KpopX Fitness Class.... Fuhhh... Berpeluh-peluh....
Tapi dengan Adidas Climacool, tak payah risau... AJ kekal segar sepanjang masa... =D





Terima kasih Adidas Climacool... Peluh dan berbau ketika banyak bergerak? Sekarang tak perlu risau....

P/s : Penat tapi seronok!


Baca Selanjutnya »

Menangi Beg Tangan LV, Macbook dan Ipad Air 2 Dari Bandoru Store!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tau tak Bandoru Store nak bagi peluang untuk korang memenangi hadiah berupa beg tangan LV, Macbook dan juga Ipad Air 2 bersempena pembukaan rasminya pada 5 November ini????

Haaaaaa.... Nak tau macam mana?
Caranya mudah je....
Korang cuma perlu join giveaway yang simple dengan mendaftar di Bandoru Store...
Dan share info tersebut dengan kawan-kawan lain untuk peluang menang yang lebih besar......

Kalau korang nak turut serta daftar di http://v.bandoru.com/ref/l3866172

Hadiah Utama : Beg Tangan LV (preloved original)
Hadiah Pertama : Macbook
Hadiah kedua dan ketiga : Ipad Air 2


Tunggu apa lagi???
Daftar sekarang dan jadi salah seorang pemenang....
Selain tu sekiranya korang mendaftar, secara automatik korang dapat diskaun 20% sekiranya nak shopping di Bandoru Store semasa hari pembukaan nanti...

Nak tau lebih lanjt mengenai Bandoru Store? nanti AJ cerita okay....
Dah jom daftar ramai-ramai..

P/s : Tak sabar nak jenguk Bandoru Store!






Baca Selanjutnya »

Sedih....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sedih....  I wish things could be better...
I just need someone to listen... Just listen.....


Semalam macam-macam hal jadi....
  Dari pagi sampailah ke malam, nasib AJ tak berapa baik......
Kemuncaknya, bila barang review dan giveaway hilang.....
Mungkin silap AJ jugak... AJ agree despatch Skynet tu letak dalam peti surat...
Selalu memang tak penah barang AJ hilang... Tapi semalam, barang tu hilang...
AJ tak kisah kalau barang personal yang AJ beli sendiri...
Ni barang dari client...
So AJ dah email client tu dan amik tanggungjawab bayar balik ganti rugi atas barang-barang tu...
Yelah, sebagai blogger AJ kene bertanggungjawab atas barang-barang yang AJ dah setuju nak terima..
Lagipun ni silap AJ sendiri... =(

Malam tadi memang AJ dah tak boleh nak bertahan...
Gugur jugak airmata yang AJ tahan dari pagi...
Takpe, mungkin Allah nak uji...

P/s : Not a good day for me...
Semoga hari ini lebih baik...


Baca Selanjutnya »

Tang Kuan Hill di Songkhla Thailand


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak habis lagi kisah Songkhla kakak!

Tang Kuan Hill di Songkhla Thailand | Kalau mengunjungi Songkhla, tak lengkap perjalanan kalau korang tak naik ke Tang Kuan Hilltop. Masa mula-mula sampai kakak ingatkan Tang Kuan Hilltop ni rumah api je. Rupanya ianya sebuah temple kecil yeng terletak di atas bukit. Yang menariknya disini, korang boleh tengok persekitaran Bandar Songkhla 360 darjah dari atas tu. Daripada lautnya sehinggalah ke daratan.


Rentung kakak kat sana. Hahahhahah.


Nak naik atas ni korang tak payah risau la, tak perlu hiking pun. Dengan bayaran masuk 30 baht untuk dewasa dan 20 baht untuk kanak-kanak, korang boleh menaiki lif yang disediakan. Lif dia lebih kurang macam tram Bukit Bendera.




Sampai je atas tu kakak sure korang mesti terpegun kalau korang sejenis yang suka tengok pemandangan. Pemandangan dari atas ni kan, Subhanallah cantik! Keluar lif je dah nampak laut. Oh ya, kat atas tu banyak monyet. Setiap sekor monyet ni kalau korang perasan ada nombor kat badan diorang. Tapiiiiii. Monyet dia ni ada yang garang! Main tunjuk-tunjuk gigi pulak. Hahhahhaa.




Seronok sangat bila tengok pemandangan dari atas tu tau. Habis segala ceruk bukit kakak jelajah. Sampai ke bawah bukit pun kakak pegi. Tapi nak panjat balik atas tu menangis. Hahahahahahha. Putus nyawa rasa. Hahahaha! Okay kakak tanak cerita panjang-panjang. Jom kakak bawak korang tour kat atas tu.


 
Sala Phra Wihan Daeng



So kalau korang belum rancang percutian lagi. Plan cepat! Kat Thailand ni memang banyak tempat menarik korang boleh pegi. Sakan kakak berjalan kan??? Takpe, kata orang jauh perjalanan  luas pemandangan. Duit pun mengalir macam airrrr. Hahahahahah.


P/s : Tengah plan next destination untuk tahun depan... =D

Baca Selanjutnya »

Sabai Sabai Resort, Songkhla


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak lama lagi musim cuti sekolah akan bermula...
Mesti sekarang ni ramai yang tengah merancang percutian tak kira di dalam atau di luar negara kan??
Kalau korang ada plan nak ke Songkhla, Thailand AJ nak sarankan korang 1 tempat penginapan yang tak kurang menarik dan murah....

Sabai-Sabai Resort, terletak di sebuah perkampungan nelayan di Songkhla.....
Jaraknya ke Pantai Samila pun tak jauh.... Dalam 10 minit perjalanan je....
Tapi kat sini memang tenang, jauh dari hiruk piruk kota...
Harganya juga berpatutan serendah 600 bhat semalam sahaja....
Kalau convert duit kita mungkin dalam RM 65 macam tu, bergantung kepada kadar pertukaran mata wang la....
Kat sini juga menerima bayaran menggunakan kad kredit...



Bilik yang disediakan juga agak besar...
Kalau setakat 3-4 orang AJ rasa takde masalah pun...
Setiap unit ada garaj didepan, kalau korang memandu takde masalah dengan tempat parking... Macam rumah teres la..
Dari segi kemudahan pulak, setiap bilik dilengkapi dengan TV, heater, kettle dan juga WIFI!
Sebagai seorang blogger, wifi memang sangat penting... =D
Tapi AJ nak sarankan kat korang kalau berkunjung ke Thailand, tak payah la tengok TV....
Selain filemnya dialih suara, mereka ada 1 channel yang tak ingin korang lihat...
Especially yang bawak keluarga...
Hahahahahhaha....

Okay jom kita tengok sekitar Sabai-Sabai Resort...

 







Cantik kan??
AJ suka duduk sini sebabnya kat belakang resort tu ada jeti nelayan...
Korang boleh lepak-lepak kat sana, tengok sunset semua....
Insyaallah kalau takd aral, AJ akan kembali ke sini lagi...
Seronok sangat kalau dapat pegi Thailand... Rasa macam balik kampung!
Hehehehhehehe....

So nak tau apa lagi tempat menarik kat Songkhla?
AJ akan cerita kat entri lain pulak okay....

P/s : Rasa nak bercuti lagi!

Baca Selanjutnya »