Brace 8 Slimming & Whitening, Kemam Je Kurus!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak kenalkan korang dengan 1 produk keluaran Brace Beaute iaitu Brace 8 Slimming & Whitening... Dengan mengamalkan produk ni kan, korang boleh maintain kurus tau!
Selain kurus, kulit pun boleh jadi putih.....
Produk Brace 8 Slimming & Whitening ni ialah produk 2 in 1...
Memang bagus untuk korang yang mementingkan penjagaan bentuk tubuh badan dan kecantikan kulit....
Nak cantik bukan luaran je... Dalaman pun kene sama jaga jugak... =D
Barulah betul orang kata cantik luar, cantik dalam...



Meh sini AJ cerita lagi serba sedikit kandungan bahan aktif dan cara penggunaan Brace 8...
tak susah pun.. Kemam je, kurus!


Kandungan Brace 8 Slimming & Whitening

1. Collagen

· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbarui sel kulit
· Melembutkan kulit

2. Teh Hijau

· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi 

3. Garcinia Combogia

· Merawat masalah perut buncit 
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis) 


4. Hoodia

· Memperbaiki metablisma tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

5. Guarana

· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan

6. Aloe Vera

· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit

Yang buat Bracee 8 ni lagi sedap kan, ianya berperisa coklat!
Masa first time AJ cuba kan, rasa macam nak telan terus sebotol...
Sedap sangat!

Cara Penggunaan/Pemakanan



Ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah.
Seeloknya diambil selepas makan pada setiap malam.
Banyakkan meminum air masak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah dan sayur-sayuran.
Jauhi minuman berkafein.3 in 1 atau bergas...
AJ sekarang memang amalkan detox, so bab nak jaga pemakanan dan minum tu taklah susah mana....
Cuma kene disiplin la....
Kalau korang jaga, lagi cepat korang nampak hasilnya pada tubuh badan dan kulit tau....


Kat mana boleh dapatkan Brace 8 Slimming & Whitening??

Kalau nak try sendiri korang boleh hubungi En Zul Fattah di talian : +60111684 0717
Jangan lupa sebut nama AJ tau! =D

Harga pasaran :

RM 210 (SM)
RM230 (SS)

Selain tu kalau korang nak tau lebih banyak info dan testimoni produk Brace 8 Slimming & Whitening boleh klik je kat facebook :


Jika korang berminat nak jadi agen pun dialu-alukan....
Boleh tengok kat FB syarat-syarat nak jadi agen... =D


P/s : Penggemar coklat!


Baca Selanjutnya »

Berdetox di TheLife Co Phuket


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pengalaman berdetox di TheLife Co Phuket memang takkan AJ lupa....
Sebelum ni detox semua AJ tak penah amik kisah...
Pada AJ, badan ni tak perlukan proses detox.....
Detox untuk mereka yang nak kurus sahaja....
Tapi AJ silap! Badan yang kurus tidak bermakna tak memerlukan detox!

Sebelum ni, AJ makan memang tak jaga langsung, AJ makan apa yang AJ nak makan....
Pada AJ aktiviti luar dan sukan yang AJ buat tu cukup untuk bakar lemak segala....
Lagipun AJ dah set dalam kepala, "aku memang susah nak naik, makan la apa pun dan banyak mana pun tapi body, berat tetap maintain..."

Sebenarnya apa yang kita makan tu akan jadi toksin....
Dan toksin tu sebenarnya punca utama penyakit yang  lebih serius...
Ye selama 30 tahun AJ tak penah sedar akan bahayanya toksin!
Tapi selama 4 hari 3 malam di TheLife Co Phuket, banyak yang AJ belajar...
Dan AJ rasa AJ perlu sebarkan kebaikan ni kepada kawan-kawan AJ kat luar sana.....

Detox ada 3 jenis iaitu : 

 Master Detox
Detox yang paling cepat dan efektif 


Green Juice Detox
Detox alkali untuk proses pengurangan berat badan yang cepat

 Green Salad Detox
Detox untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan dengan salad dan jus hijau yang menyihatkan

Selain detox kami juga didedahkan dengan program pemakanan sihat untuk anti-penuaan, kalori rendah dan ketogenik...
Nanti AJ akan terangkan 1 per 1 mengenai program-program kat atas dalam 1 lagi entri...

Sepanjang kat sana, memang makan dan minum terkawal..
Detox ni taklah susah kalau kita tau cara dan yang penting disiplin....
Kalau AJ kat sini susah nak disiplin...
Makanan yang dihidangkan kat sana memang 100% organik dan menyihatkan...
Langsung tiada bahan perasa tambahan....

Jom tengok apa yang kami makan dan minum sepanjang di TheLife Co Phuket

Green Salad

Green Salad

Green Juice

Saf-Raw

Saf-Raw Lunch

Saf-Raw Snack

Cayenne Lemonade

Chia Seed Pudding

Vegan Sushi

Persoalanya... Lapar? Susah?
Langsung TIDAK!

P/s : Seronoknya detox!


Baca Selanjutnya »

Rutin Harian Bertukar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Fuhhhh... Hari kedua di The LifeCo Phuket, memang rutin harian AJ terus bertukar...
Dari segi pemakanan, aktiviti seharian semuanya bertukar...

Kat sini seawal jam 7 pagi dah bersiap...
Lepas breakfast, pegi morning walk pulak kat tepi Nai Thon Beach....
Pemandangan? Tak payah cakap la... Phuket kan antara salah 1 pantai yang cantik.... =D


Petang pulak AJ buat beberapa aktiviti...
Antaranya, massage... AJ pilih sports massage....
AJ pilih sebab urutan ni memang sesuai untuk mereka yang banyak bersukan, dancer dan mereka yang aktif la...
Best sangat... Segala muscle-muscle yang keras tu dia picit....
Lega rasa badan...


Lepas massage join yoga... Ni pestime AJ join yoga...
Kebetulan tadi takde orang, sempatlah AJ buat 1 to 1 session dengan instructor tu....
Pegi gym, berenang kat outdoor pool dan jugak berspa...

Dari segi pemakanan pulak, lagi jauh berubah...
Kalau semalam kami dihidangkan dengan salad detox, arini, kami buat master detox pulak...
Menu dari pagi sampai petang adalah green juice sahaja.... 
Takde lain okay!
Mula-mula macam shock jugak... Tapi lepas tu okay je...
Surprisingly, takde pun rasa lapar.....


Esok apalah agaknya detox yang kami kene buat???
Harapnya okaylah.. =D

P/s : Rindu NASI! Ehhhh!!!!!
Agaknya macam mana la rupa nasi ye?


Baca Selanjutnya »

Hello dari The LifeCo Phuket!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ dengan 3 lagi geng #KelabBloggerBenAshaari (Abg Ben, Abg Sohoque dan Kak SS) ada kat Phuket....

"Hello dari The LifeCo Phuket!"

Tujuan kitorang kat sini untuk join program detox (kesihatan) dengan The LifeCo Phuket...
Alaaaaa... Yang beria AJ duk buat pre-detox sejak seminggu lepas tu....
Sebab nak join program ni la.....


Flight kitorang pukul 1.05 PM tadi...
Dan sampai sini pukul 1.20 PM.... Cepatkan? Hahhahahhahaha...
Takdelah, perjalanan makan masa sejam lebih jugak...
Tapi Thailand kan sejam awal... Pasal tu la sampai 1.20 PM.....

Kat sini apa yang boleh AJ cakap cantik pemandangan dia....
Jauh dari town... So kalau nak berehat memang sesuai sangat.....
Ni AJ share sikit gambar dengan korang....





Tadi sampai je, check-in terus makan lunch....
Nak tau apa menu dia???? 

Tadaaaaaa.....
Jangan mimpi la nak ada daging bakar ke, kambing golek ke...
Dah namanya pun program kesihatan....
Hahahahahha..... Nasib dah biasa makan sayur...
Tapiiii....... Tak tau la camne next-next day...
AJ dah la perut Melayu abis... Mesti nak nasi.... =P

Okaylah, sekarang ni AJ nak siap jap makan petang...
Nanti AJ story  dengan korang pasal full program ni tau...
Daaaaaaa.....

P/s : Nak gi terjun kolam jap...


Baca Selanjutnya »

Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni AJ cuba pakai balik contact lens, selepas 3 tahun AJ tak pakai akibat traumatik dulu tu...
Kalau korang follow blog AJ, dulu AJ penah cerita yang AJ hampir buta akibat contact lens!


Tapi baru ni AJ diperkenalkan dengan  Lacelle Diamond Contact Lens dari Bausch + Lomb iaitu keluaran terbaru selepas Bausch + Lomb Lacelle Jewel....
Produk ini telah dilancarkan di Hotel Royale Bintang, The Curve...
Sesi pelancaran ini telah dihadiri oleh Jane Chuck-penulis blog selebriti, Venice Min-media influencer dan model popular, Kiran Jassal-Miss Malaysia Universe 2016 dan Karen Kho-penulis blog...


"Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!"

Lepas dapat Lacelle Diamond contact lens ni AJ terus cuba....
Masa mula-mula nak pakai tu AJ memang seram...
AJ siap mesej kawan tanya macam mana... Hahahahhha....
Bila dah pakai AJ tak nafikan ianya memang selesa... AJ duduk dalam ofis yang berair-cond pun tak rasa mata kering...
Mata rasa moist dan AJ rasa seolah-olah tak pakai contact lens pun...


Lepas pakai tu korang tak perlu nak fikir untuk bersihkan atau cuci contact lens ni sebab ianya direka untuk penggunaan harian.... Dah pakai boleh terus buang je...
AJ akui memakai daily used contact lens ni memang lagi selamat berbanding monthly used..

Apa istimewanya Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens?

Lacelle Diamond ni direka dengan corak berlian... So bila korang pakai memang mata akan ade effect bersinar bak bintang...
AJ pilih warna Champagne Brown..

Close Up!

Diameter coraknya 13mm membuatkan mata si pemakai kelihatan lebih besar dan paling penting nampak natural....
Kalau bermekap nampak lagi terserlah mata tau....
Ianya didatangkan dalam 3 warna dan korang boleh pilih mengikut personaliti korang...



Aqua Glacier - Kilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.


Champagne Brown - Menyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.


Pink Rose - Untuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan

Kalau korang nak cuba sendiri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens, ianya boleh didapati di semua kedai optik seluruh negara...

Harga pasaran :

RM42 sekotak untuk 10 keping (5 pasang)
RM110 sekotak untuk 30 keping (15 pasang)

Maklumat lanjut :

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email: Vivian.Hoong@bausch.com 
Tel: 03-7680 8830

Sekarang AJ dah berani nak kembali memakai contact lens...
Terima kasih Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens!

P/s : Shine bright like a diamond!

Baca Selanjutnya »