Rutin Harian Bertukar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Fuhhhh... Hari kedua di The LifeCo Phuket, memang rutin harian AJ terus bertukar...
Dari segi pemakanan, aktiviti seharian semuanya bertukar...

Kat sini seawal jam 7 pagi dah bersiap...
Lepas breakfast, pegi morning walk pulak kat tepi Nai Thon Beach....
Pemandangan? Tak payah cakap la... Phuket kan antara salah 1 pantai yang cantik.... =D


Petang pulak AJ buat beberapa aktiviti...
Antaranya, massage... AJ pilih sports massage....
AJ pilih sebab urutan ni memang sesuai untuk mereka yang banyak bersukan, dancer dan mereka yang aktif la...
Best sangat... Segala muscle-muscle yang keras tu dia picit....
Lega rasa badan...


Lepas massage join yoga... Ni pestime AJ join yoga...
Kebetulan tadi takde orang, sempatlah AJ buat 1 to 1 session dengan instructor tu....
Pegi gym, berenang kat outdoor pool dan jugak berspa...

Dari segi pemakanan pulak, lagi jauh berubah...
Kalau semalam kami dihidangkan dengan salad detox, arini, kami buat master detox pulak...
Menu dari pagi sampai petang adalah green juice sahaja.... 
Takde lain okay!
Mula-mula macam shock jugak... Tapi lepas tu okay je...
Surprisingly, takde pun rasa lapar.....


Esok apalah agaknya detox yang kami kene buat???
Harapnya okaylah.. =D

P/s : Rindu NASI! Ehhhh!!!!!
Agaknya macam mana la rupa nasi ye?


Baca Selanjutnya »

Hello dari The LifeCo Phuket!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ dengan 3 lagi geng #KelabBloggerBenAshaari (Abg Ben, Abg Sohoque dan Kak SS) ada kat Phuket....

"Hello dari The LifeCo Phuket!"

Tujuan kitorang kat sini untuk join program detox (kesihatan) dengan The LifeCo Phuket...
Alaaaaa... Yang beria AJ duk buat pre-detox sejak seminggu lepas tu....
Sebab nak join program ni la.....


Flight kitorang pukul 1.05 PM tadi...
Dan sampai sini pukul 1.20 PM.... Cepatkan? Hahhahahhahaha...
Takdelah, perjalanan makan masa sejam lebih jugak...
Tapi Thailand kan sejam awal... Pasal tu la sampai 1.20 PM.....

Kat sini apa yang boleh AJ cakap cantik pemandangan dia....
Jauh dari town... So kalau nak berehat memang sesuai sangat.....
Ni AJ share sikit gambar dengan korang....





Tadi sampai je, check-in terus makan lunch....
Nak tau apa menu dia???? 

Tadaaaaaa.....
Jangan mimpi la nak ada daging bakar ke, kambing golek ke...
Dah namanya pun program kesihatan....
Hahahahahha..... Nasib dah biasa makan sayur...
Tapiiii....... Tak tau la camne next-next day...
AJ dah la perut Melayu abis... Mesti nak nasi.... =P

Okaylah, sekarang ni AJ nak siap jap makan petang...
Nanti AJ story  dengan korang pasal full program ni tau...
Daaaaaaa.....

P/s : Nak gi terjun kolam jap...


Baca Selanjutnya »

Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni AJ cuba pakai balik contact lens, selepas 3 tahun AJ tak pakai akibat traumatik dulu tu...
Kalau korang follow blog AJ, dulu AJ penah cerita yang AJ hampir buta akibat contact lens!


Tapi baru ni AJ diperkenalkan dengan  Lacelle Diamond Contact Lens dari Bausch + Lomb iaitu keluaran terbaru selepas Bausch + Lomb Lacelle Jewel....
Produk ini telah dilancarkan di Hotel Royale Bintang, The Curve...
Sesi pelancaran ini telah dihadiri oleh Jane Chuck-penulis blog selebriti, Venice Min-media influencer dan model popular, Kiran Jassal-Miss Malaysia Universe 2016 dan Karen Kho-penulis blog...


"Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens | Bersinar Bak Bintang!"

Lepas dapat Lacelle Diamond contact lens ni AJ terus cuba....
Masa mula-mula nak pakai tu AJ memang seram...
AJ siap mesej kawan tanya macam mana... Hahahahhha....
Bila dah pakai AJ tak nafikan ianya memang selesa... AJ duduk dalam ofis yang berair-cond pun tak rasa mata kering...
Mata rasa moist dan AJ rasa seolah-olah tak pakai contact lens pun...


Lepas pakai tu korang tak perlu nak fikir untuk bersihkan atau cuci contact lens ni sebab ianya direka untuk penggunaan harian.... Dah pakai boleh terus buang je...
AJ akui memakai daily used contact lens ni memang lagi selamat berbanding monthly used..

Apa istimewanya Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens?

Lacelle Diamond ni direka dengan corak berlian... So bila korang pakai memang mata akan ade effect bersinar bak bintang...
AJ pilih warna Champagne Brown..

Close Up!

Diameter coraknya 13mm membuatkan mata si pemakai kelihatan lebih besar dan paling penting nampak natural....
Kalau bermekap nampak lagi terserlah mata tau....
Ianya didatangkan dalam 3 warna dan korang boleh pilih mengikut personaliti korang...



Aqua Glacier - Kilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.


Champagne Brown - Menyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.


Pink Rose - Untuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan

Kalau korang nak cuba sendiri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens, ianya boleh didapati di semua kedai optik seluruh negara...

Harga pasaran :

RM42 sekotak untuk 10 keping (5 pasang)
RM110 sekotak untuk 30 keping (15 pasang)

Maklumat lanjut :

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email: Vivian.Hoong@bausch.com 
Tel: 03-7680 8830

Sekarang AJ dah berani nak kembali memakai contact lens...
Terima kasih Bausch + Lomb Lacelle Diamond Contact Lens!

P/s : Shine bright like a diamond!

Baca Selanjutnya »

Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak beberapa hari lepas, AJ mengamalkan pre detox diet.....
Fuhhh... Jujurnya, pre detox ni memang mencabar mental dan fizikal sungguh!
Sampaikan AJ tengok iklan makanan dalam TV yang sebelum ni AJ pandang biasa pun jadi luar biasa...
Padahal masuk arini baru hari keempat AJ pre detox....

 "Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!"

Apa itu pre detox?

Pre detox ialah 1 proses di mana korang perlu mengamalkan diet sebelum proses detox...
Pre detox ni perlu dilakukan seeloknya 2 minggu sebelum detox...
Tapi kalau korang tak cukup masa, ianya boleh dilakukan 3-4 hari minimum sebelumnya...
Diet pre detox ni sebenarnya bertujuan untuk membuatkan badan kita lebih bersedia sebelum proses detox..
Takdelah terkejut kalau tiba-tiba amik makanan sihat tanpa gula, garam dan sebagainya...
Kalau badan belum cukup bersedia, kita akan rasa sakit kepala dan mual lepas proses detox....

Nampak cabaran kat situ....
Ada banyak NO!

Dalam masa beberapa hari pre detox ni kan, memang AJ rasa sangat mental dan fizikal tercabar...
Mau tak? Sebelum ni AJ balun je makan apa bende yang AJ nak makan....
Sekarang ni ada kene cut-off apa yang AJ biasa makan... Hahahhahaha...
Untuk 2 hari pertama memang AJ rasa pening... Tapi start semalam dan arini semakin okay....
Mungkin badan AJ dah mula terima kaedah pemakanan sihat ni....
Tapi kannn.... Jujurnya adalah cheat sikit... Hahahhaha...
Ada jugak makan nasi goreng Mr.JR sesudu dua... Tak boleh tahan woooo.....
Tapi masih terkawal...
Paling mencabar kan bila tengok iklan KFC baru ni... Ayam goreng dengan cheese...
Ya Allah.. Memang menduga sungguh!

Jom tengok antara menu pre detox AJ..



Kenapa Pre Detox?
 
Okay mesti korang tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba AJ beriya amalkan pre detox kan?
Sebenarnya minggu depan AJ akan ke The LifeCo Phuket untuk program detox...


The LifeCo merupakan pusat yang pakar dalam program untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan dalaman dan luaran...
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui program kesihatan dengan The LifeCo ni antaranya melancarkan pencernaan, menjadikan kulit kita lebih sihat, meningkatkan metabolisme dan sistem imun badan, membersihkan usus dari anasir-anasir yang tidak perlu melalui pemakanan dan macam-macam lagi....
Nanti lepas balik dari sana, AJ akan cerita dengan lebih lanjut mengenai program di The LifeCo okay...
Kalau korang tak sabar nak tunggu AJ cerita boleh tengok kat www.thelifeco.com

Tengok gambar tempat tu memang cantik sangat....

http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5514176818_TheLifeCo_484-Edit.jpeg&width=800
http://www.thelifeco.com/download/images/5414975216_phuketslider.jpg http://www.thelifeco.com/download/images/3481734757_bodrum2.jpg http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5378645494_TheLifeCo_775-Edit.jpeg&width=800

Tak sabar nak tunggu minggu depan....
Tak sabar nak pegi dan segarkan tubuh badan.. =D
 
P/s : Sweet Escape!

Baca Selanjutnya »

Hindari Keguguran Rambut Dengan Syampu Tyzara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

*Siapa nak diskaun baca entri ni sampai habis*

Setiap orang pasti ada masalah keguguran rambut kan?
Cuma antara normal dan abnormal je la....
Macam AJ pulak, keguguran rambut bukan perkara asing... Lebih lagi dengan tabiat suka mewarna rambut AJ ni...
Kejap rambut biru, kejap hijau, kejap pink lebih memburukkan keadaan....
Rasanya dalam tahun ni je dah 4-5 kali AJ bertukar warna rambut....

"Hindari Keguguran Rambut Dengan Syampu Tyzara"


Siapa yang tak risau bila kadar keguguran rambut tu lebih pada biasa....
AJ lagilah risau, nak pulak AJ ni memang free hair...
Kadang kat baju yang AJ pakai pun melekat rambut-rambut gugur....


Tapi baru-baru ni AJ diperkenalkan dengan Syampu Tyzara..
Satu produk tempatan yang direka khusus untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut macam AJ ni...
Mulanya AJ macam kurang yakin dengan produk ni, yelah sebelum ni dah banyak produk yang AJ cuba tapi semua nampaknya macam tak berkesan....
Tapi betullah kata orang, belum cuba belum tau.... Dah cuba sendiri baru tau macam mana kan....

Tapi bila sekali AJ dah cuba, AJ tak boleh ragui keberkesanannya terhadap rambut AJ....
Kalau sebelum ni, sekali tarik je banyak rambut yang lekat kat tangan dan sikat...
Sebab tu AJ tak suka sikat rambut...
Kalau kat lantai tu memang bersepah rambut...
Tapi sekarang rambut yang gugur semakin hari semakin berkurangan...

Sebelum menggunakan Syampu Tyzara... Ini baru sikit...

Cara penggunaan Syampu Tyzara :

Sebenarnya ada 2 cara yang boleh AJ saran menggunakan syampu Tyzara ni...
Cecair berwarna biru muda dan berbau wangi macam mint sikit memang best sangat..


Cara 1 :
Kalau korang ada masalah keguguran rambut yang teruk korang boleh amik sedikit syampu Tyzara dan urut pada akar rambut dan kulit kepala sebelum tidur.
Buat macam serum la kiranya... Ianya berfungsi untuk menguatkan lagi akar rambut kita...
Esok pagi bangun tidur baru cuci rambut seperti biasa...


Cara 2 :
Ambil sedikit syampu Tyzara dan ratakan pada rambut dan kulit kepala...
Urut kulit kepala secara lembut dan biarkan meresap selama 5-10 minit sebelum dibilas...
Time ni memang korang rasa kepala sejuk je....

Selain untuk menghindari masalah keguguran rambut kan, syampu Tyzara boleh membantu korang yang mengalami masalah kelemumur, kulit kepala berminyak, kering dan gatal-gatal yang biasanya terjadi kepada mereka yang aktif dengan aktiviti luar (salah 1 masalah AJ jugak), menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala...

Sekarang ni AJ pun dah tak risau lagi pasal masalah rambut gugur dan kegatalan kulit kepala...
Lepas ni bolehlah lagi kerap buat aktiviti luar dan warnakan rambut! =P

Okay kalau korang berminat nak dapatkan produk Syampu Tyzara korang boleh hubungi :

Website : www.tyzara.com

Maklumat lanjut mengenai Syampu Tyzara : goo.gl/VyEOXs

Harga : 
RM89.90 (Semenanjung)
RM99.90 (Sabah/Sarawak)


Ehhh.. Tunggu dulu, belum habis lagi...
Tadi AJ dah janji nak bagi diskaun kan?

Kalau nak beli Syampu Tyzara dengan harga diskaun tu, korang boleh Whatsapp Kod Promo "AYUE" ke 0192944799
Ingat tau AYUE bukan Senah, Peah ke Joyah tau...

Nak tengok lagi sejauh mana keberkesanan Syampu Tyzara???
Klik testimoni!

Kat sini AJ nak ucap terima kasih Tyzara kerana membantu AJ menyelamatkan mahkota kesayangan AJ ni...
Dan juga terima kasih kepada rakan yang mempelkenalkan AJ dengan Tyzara...
Nampak gayanya panjang jodoh AJ dengan Tyzara nanti ni... =D

P/s : Seronok pulak bila hari-hari cuci rambut bila kepala rasa sejuk segar ni...

Baca Selanjutnya »