Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak beberapa hari lepas, AJ mengamalkan pre detox diet.....
Fuhhh... Jujurnya, pre detox ni memang mencabar mental dan fizikal sungguh!
Sampaikan AJ tengok iklan makanan dalam TV yang sebelum ni AJ pandang biasa pun jadi luar biasa...
Padahal masuk arini baru hari keempat AJ pre detox....

 "Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!"

Apa itu pre detox?

Pre detox ialah 1 proses di mana korang perlu mengamalkan diet sebelum proses detox...
Pre detox ni perlu dilakukan seeloknya 2 minggu sebelum detox...
Tapi kalau korang tak cukup masa, ianya boleh dilakukan 3-4 hari minimum sebelumnya...
Diet pre detox ni sebenarnya bertujuan untuk membuatkan badan kita lebih bersedia sebelum proses detox..
Takdelah terkejut kalau tiba-tiba amik makanan sihat tanpa gula, garam dan sebagainya...
Kalau badan belum cukup bersedia, kita akan rasa sakit kepala dan mual lepas proses detox....

Nampak cabaran kat situ....
Ada banyak NO!

Dalam masa beberapa hari pre detox ni kan, memang AJ rasa sangat mental dan fizikal tercabar...
Mau tak? Sebelum ni AJ balun je makan apa bende yang AJ nak makan....
Sekarang ni ada kene cut-off apa yang AJ biasa makan... Hahahhahaha...
Untuk 2 hari pertama memang AJ rasa pening... Tapi start semalam dan arini semakin okay....
Mungkin badan AJ dah mula terima kaedah pemakanan sihat ni....
Tapi kannn.... Jujurnya adalah cheat sikit... Hahahhaha...
Ada jugak makan nasi goreng Mr.JR sesudu dua... Tak boleh tahan woooo.....
Tapi masih terkawal...
Paling mencabar kan bila tengok iklan KFC baru ni... Ayam goreng dengan cheese...
Ya Allah.. Memang menduga sungguh!

Jom tengok antara menu pre detox AJ..



Kenapa Pre Detox?
 
Okay mesti korang tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba AJ beriya amalkan pre detox kan?
Sebenarnya minggu depan AJ akan ke The LifeCo Phuket untuk program detox...


The LifeCo merupakan pusat yang pakar dalam program untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan dalaman dan luaran...
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui program kesihatan dengan The LifeCo ni antaranya melancarkan pencernaan, menjadikan kulit kita lebih sihat, meningkatkan metabolisme dan sistem imun badan, membersihkan usus dari anasir-anasir yang tidak perlu melalui pemakanan dan macam-macam lagi....
Nanti lepas balik dari sana, AJ akan cerita dengan lebih lanjut mengenai program di The LifeCo okay...
Kalau korang tak sabar nak tunggu AJ cerita boleh tengok kat www.thelifeco.com

Tengok gambar tempat tu memang cantik sangat....

http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5514176818_TheLifeCo_484-Edit.jpeg&width=800
http://www.thelifeco.com/download/images/5414975216_phuketslider.jpg http://www.thelifeco.com/download/images/3481734757_bodrum2.jpg http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5378645494_TheLifeCo_775-Edit.jpeg&width=800

Tak sabar nak tunggu minggu depan....
Tak sabar nak pegi dan segarkan tubuh badan.. =D
 
P/s : Sweet Escape!

Baca Selanjutnya »

Hindari Keguguran Rambut Dengan Syampu Tyzara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

*Siapa nak diskaun baca entri ni sampai habis*

Setiap orang pasti ada masalah keguguran rambut kan?
Cuma antara normal dan abnormal je la....
Macam AJ pulak, keguguran rambut bukan perkara asing... Lebih lagi dengan tabiat suka mewarna rambut AJ ni...
Kejap rambut biru, kejap hijau, kejap pink lebih memburukkan keadaan....
Rasanya dalam tahun ni je dah 4-5 kali AJ bertukar warna rambut....

"Hindari Keguguran Rambut Dengan Syampu Tyzara"


Siapa yang tak risau bila kadar keguguran rambut tu lebih pada biasa....
AJ lagilah risau, nak pulak AJ ni memang free hair...
Kadang kat baju yang AJ pakai pun melekat rambut-rambut gugur....


Tapi baru-baru ni AJ diperkenalkan dengan Syampu Tyzara..
Satu produk tempatan yang direka khusus untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut macam AJ ni...
Mulanya AJ macam kurang yakin dengan produk ni, yelah sebelum ni dah banyak produk yang AJ cuba tapi semua nampaknya macam tak berkesan....
Tapi betullah kata orang, belum cuba belum tau.... Dah cuba sendiri baru tau macam mana kan....

Tapi bila sekali AJ dah cuba, AJ tak boleh ragui keberkesanannya terhadap rambut AJ....
Kalau sebelum ni, sekali tarik je banyak rambut yang lekat kat tangan dan sikat...
Sebab tu AJ tak suka sikat rambut...
Kalau kat lantai tu memang bersepah rambut...
Tapi sekarang rambut yang gugur semakin hari semakin berkurangan...

Sebelum menggunakan Syampu Tyzara... Ini baru sikit...

Cara penggunaan Syampu Tyzara :

Sebenarnya ada 2 cara yang boleh AJ saran menggunakan syampu Tyzara ni...
Cecair berwarna biru muda dan berbau wangi macam mint sikit memang best sangat..


Cara 1 :
Kalau korang ada masalah keguguran rambut yang teruk korang boleh amik sedikit syampu Tyzara dan urut pada akar rambut dan kulit kepala sebelum tidur.
Buat macam serum la kiranya... Ianya berfungsi untuk menguatkan lagi akar rambut kita...
Esok pagi bangun tidur baru cuci rambut seperti biasa...


Cara 2 :
Ambil sedikit syampu Tyzara dan ratakan pada rambut dan kulit kepala...
Urut kulit kepala secara lembut dan biarkan meresap selama 5-10 minit sebelum dibilas...
Time ni memang korang rasa kepala sejuk je....

Selain untuk menghindari masalah keguguran rambut kan, syampu Tyzara boleh membantu korang yang mengalami masalah kelemumur, kulit kepala berminyak, kering dan gatal-gatal yang biasanya terjadi kepada mereka yang aktif dengan aktiviti luar (salah 1 masalah AJ jugak), menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala...

Sekarang ni AJ pun dah tak risau lagi pasal masalah rambut gugur dan kegatalan kulit kepala...
Lepas ni bolehlah lagi kerap buat aktiviti luar dan warnakan rambut! =P

Okay kalau korang berminat nak dapatkan produk Syampu Tyzara korang boleh hubungi :

Website : www.tyzara.com

Maklumat lanjut mengenai Syampu Tyzara : goo.gl/VyEOXs

Harga : 
RM89.90 (Semenanjung)
RM99.90 (Sabah/Sarawak)


Ehhh.. Tunggu dulu, belum habis lagi...
Tadi AJ dah janji nak bagi diskaun kan?

Kalau nak beli Syampu Tyzara dengan harga diskaun tu, korang boleh Whatsapp Kod Promo "AYUE" ke 0192944799
Ingat tau AYUE bukan Senah, Peah ke Joyah tau...

Nak tengok lagi sejauh mana keberkesanan Syampu Tyzara???
Klik testimoni!

Kat sini AJ nak ucap terima kasih Tyzara kerana membantu AJ menyelamatkan mahkota kesayangan AJ ni...
Dan juga terima kasih kepada rakan yang mempelkenalkan AJ dengan Tyzara...
Nampak gayanya panjang jodoh AJ dengan Tyzara nanti ni... =D

P/s : Seronok pulak bila hari-hari cuci rambut bila kepala rasa sejuk segar ni...

Baca Selanjutnya »

Atasi Ketakutan di Nights of Fright 4, Sunway Lagoon


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bermula 7 Oktober sehingga 31 Oktober ini, Sunway Lagoon membuka pintunya di kala kegelapan sempena Nights of Fright 4 yang bakal membawa pengunjung bertemu secara face to face dengan hantu-hantu dari lagenda tempatan, ikon hollywood dan juga kisah misteri moden yang dibawakan secara live dan eksklusif....



"Atasi Ketakutan di Nights of Fright 4, Sunway Lagoon"

Tarikan terbaru di Asia ni memang menjanjikan ketakutan maksimum dan juga keseronokkan berganda..
Macam mana pulak tu? Takut tapi seronok lah kan??
Banyak karakter hantu dan hantu -hantu yang berlegar di sekitar Taman Tema Sunway Lagoon....
Bukan tu je ada 8 buah rumah hantu, 6 zon yang menakutkan dan juga 11 rides yang boleh korang naik selepas gelap malam....



AJ sempat merasai sendiri suasana Nights of Fright 4 dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari...
Memang gamat 1 Sunway Lagoon dibuatnya...
Ada yang bergelak ketawa, ada yang terkejut dan ada yang sampai mengalirkan airmata dikejar dek hantu.... Hahahahha....


Adventure kami bermula dengan Malaya High School dimana korang kene masuk  ke sebuah sekolah dimana berlakunya tragedi di sebuah kelas yang terletak di tingkat atas....
Selepas tu kitorang masuk pula ke Chaonei No #81 yang mana korang kena pakai spek mata UV3D...
Kat sini memang AJ banyak terkejut-terkejut sebab tak boleh nak beza mana hantu....
Tambahan pula kene pakai cermin mata 3D memang hantu-hantu tu dekat je dengan kita.....
Difahamkan kat Chaonei penah berlaku 1 kejadian tragik melibatkan penyanyi opera yang berscandal dengan  tuan rumah....



Perjalanan diteruskan pula ke Diyu - Journey of Judgement dimana korang perlu berjalan mengikut nasib korang di sebuah jambatan....


Selain tu ada juga Kevil Hill Cryonic Corporation HQ.. Sebuah kilang misteri yang mendedahkan dunia dimana terdapat banyak half-life zombies berikutan berlakunya 1 letupan besar di kilang tersebut...



Korang juga akaan dibawa menerokai New York yang menakutkan melalui Ghostbuster Adventure Live, spooky Angoscia Theater dan kawasan Zombie Apocalypse yang meraikan semua mayat hidup!



Jangan lupa singgah di Ah Wing's Butcher Shop yang menyediakan bag drip berdarah untuk korang nikmati, Tanah Perkuburan Bukit Lang yang dihantui dengan suara-suara roh yang tak tenteram, The London Fog, Kevin Hill Township, The Zombie Walk dan The Clown Collective.....
Hantu-hantu yang berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon ni mesti buat korang tak senang duduk...
Jangan pulak nanti tak boleh beza mana satu hantu, mana satu korang sudahlah! Hahahahahaha...


Okaylah kalau korang nak alami sendiri dan atasi ketakutan di Nights of Fright 4, Sunway Lagoon boleh tengok butiran kat bawah ni :

Venue :
Taman Tema Sunway Lagoon

Tarikh :
7 Oktober - 31 Oktober 2016

Hari :
Jumaat - Ahad

Masa :
7.30pm - 11.30pm

Tiket :
RM58 (harga biasa)
RM50 (harga pelajar)
RM120 ( Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket NOF4 
RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)

Untuk info lanjut :

Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com
Facebook : Sunway Lagoon Malaysia


Rugi tau kalau tak pegi tengok..
Nanti tak tau bila ada lagi....

P/s : AJ takut hantu ke, hantu takut AJ?

Baca Selanjutnya »

Perempuan Dan Mekap!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Perempuan dan mekap... Memang tak dapat dipisahkan...
Sekasar mana pun dia, mesti ada 1 atau 2 alat mekap...
Tipulah kalau sebatang lip gloss pun takde kan....

AJ? Tak ingatlah tabiat suka mekap ni datang dari mana...
Yang AJ tau seawal umur 4-5 tahun dah duk bersolek....
Habis lipstick mak AJ kerjakan... Hahahhahahhaha....
Kalau kat kawasan setinggan dan flat tu, orang tau dah anak siapa....
Anak siapa?? Anak DIN la! Hahahhahahhaa.....

Tabiat bermekap ni sampai ke besar panjang dibawanya....
Walaupun most of the time AJ rasa muka ni polos je sebab malas nak bermekap...
Tapi entah, mekap tu dah jadi macam makanan...
Ada je nak dibelinya walaupun kadang tu tak pakai sangat pun.. =D

Kelmarin duk kemas-kemas barang mekap..
Barulah AJ nampak sebenarnya banyak jugak koleksi mekap AJ....
Tu pun baru sebahagian yang AJ keluarkan....
Fuhhhh...



So conclusion nya?
Perempuan dan mekap memang berpisah tiada..
Lagi-lagi Seorang Ayue!

P/s : Tu semua termasuk hadiah, barang review dan TER beli!
Hahahahhaah...

Baca Selanjutnya »

Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua, iaitu hari terakhir di Sungai Lembing kami dibawa oleh pihak Xcape Resort ke Rainbow Waterfall yang terlatak tak jauh dari resort. Jauh tak jauh 20 minit jugak kot. =D

Seawal jam 7 pagi semua dah berkumpul, selesai je breakfast semua bersiap sedia naik 4x4. Tapi sebelum pegi tu ada sikit rintangan. Ada pokok tumbang kat laluan menuju  ke sana. Lepas dah alihkan kami terskan perjalanan macam biasa. Disebabkan malam sebelum tu hujan, memang laluan tu berlumpur dan licin. Tapi kalau nak 4x4 apa ada hal??



"Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!"


Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sampai di Rainbow Waterfall. Tapi tu baru sampai kat jalan masuk je tau. Nak ke sana korang kene seberang sungai dan hiking lebih kurang 1000 meter. 1 km jugak tu!d Adalah dalam 45 minit perjalanan.


Jangan risau, laluan mudah je nak hiking tu. Panjat-panjat bukit sikit je. Hehehehheh.


AJ sarankan kalau korang nak naik ke Rainbow Waterfall, pakailah kasut yang sesuai. Jalan dia tu agak licin sikit. Jangan lupa bawak dry bag sekali tau!



Sampai kat Rainbow Waterfall, pemandangan dia memang menakjubkan. Tak dapat AJ nak gambarkan dengan penulisan. Tak percaya korang boleh tengok sendiri.


Kalau nak tengok pelangi, korang kene berada kat sana dalam pukul 8 pagi ke 10.30 pagi. Pelangi akan muncul bila terkena sinaran matahari terbit. Lepas pada tu pelangi tak muncul punya. Kami agak bernasib baik, dapat juga tengok pelangi walaupun tak besar... =D

Nampak tak pelangi tu?
Sampai kat sini, AJ terus terjun dalam air. Sejuknya tak payah cakap. Sampai naik biru dibuatnya. Kat atas tu nanti korang akan dihidangkan dengan maggi dan air milo. Dah puas mandi, bolehlah isi perut dengan maggi. Kalau tak makan maggi, korang bawaklah biskut-biskut dalam beg ye.


Nasib AJ ada bawak underwater camera. So dapatlah rakamkan moment-moment indah kat Rainbow Waterfall.


Tengok! Terkeluar perangai masing-masing! Hahahhahah. Seronok sangat. Terasa tak nak turun. Tapi memandangkan kami kene balik ke Xcape Resort untuk bersiap balik, pasrah je semua turun. Hehehhehhehe....

Tapi yang pasti kami geng #kelabbloggerbenashaari akan kembali lagi ke Sungai Lembing....

Kat sini AJ nak ucap terima kasih kepada Cik Fied dari Xcape Resort dan juga pihak Xcape Resort sendiri kerana menjemput kami ke Fun Trip ni. Yup kami sangat fun! 1 pengalaman berharga yang takkan kami lupa. Terima kasih!



Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami dijamu dengan Mee Jawa Pok Yeh yang terkenal kat Sungai Lembing. Sedap weh! Ramai yang makan bertambah tau!


Sungai Lembing! Semoga bertemu kembali.....

P/s : Enjoyable trip!

Baca Selanjutnya »