ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Actually cerita ni dah lama sangat jadi...
Tapi arini baru AJ nak cerita...
Kisah berlaku kat sebuah negeri di Selatan Tanah Air.... Tempat dia tak payah cakaplah...
Nanti takut ada yang tanak pegi pulak since tempat tu merupakan sebuah kawasan peranginan yang tak asing di sana....
Dulu AJ pegi sana sebab event..
Kalau ikutkan AJ 1 bilik dengan seorang lagi kawan...
Entah macam mana tetiba dia tunda perjalanan dia... So AJ kene bermalam sorang kat dalam bilik tu....
Penganjur pulak masa tu, mungkin main bagi je bilik mana-mana dan terbagi AJ bilik paling hujung yang agak terasing dari kawan-kawan lain....
Masa mula-mula sampai tu AJ tak rasa sesuatu yang pelik pun..
Tapi bila dah nak masuk Maghrib tu rasa sayup je.... Yang dengar hanya deruan ombak...
Bilik pulak jenis chalet kayu... Dan ada 1 bau macam bilik lama yang orang dah tak stay....
Korang tak tau tak bau dia macam mana?
Tapi AJ ni bajet jiwa kental sikit, so AJ tepis semua fikiran jahat tu.....
Tapi memang betul pun bilik tu dah lama takde orang tinggal...
Resort tu pulak macam hidup segan mati tak mau je....
Kebetulan masa tu abang angkat AJ ada kat event yang sama...
Bila dia dengar kawan AJ tak jadi datang, dia terus minta penganjur tukar bilik AJ....
Nak pulak masa tu AJ tengah period...
Masa nak tukar bilik tu la ada something yang menjelmakan diri....
Lepas kemas-kemas, AJ bawak keluar barang menuju ke bilik lain...
Tapi dah setengah jalan tu AJ baru perasan yang AJ ade tertinggal barang...
So masa nak patah balik tu, AJ dah dengar bunyi rantai diseret... Tapi AJ buat tak endah....
Dalam hati tak terfikir pulak apa-apa yang tak baik...
Bila AJ lalu balik tempat yang sama lepas amik barang yang tertinggal tu, tetibe AJ terasa ade sesuatu menuju arah AJ...
Bila AJ toleh je, tup-tup "kakak" tu jalan seret rantai depan AJ....
Time tu terus terkaku.... AJ tak nampak jelas muka dia, tapi susuk dia, rantai yang dia seret, rambut panjang dia cukup buat AJ gerun....
Bayangkan di kala Maghrib AJ dihidangkan dengan sesusuk yang sesiapa pun tak nak jumpa.....
Tapi Alhamdulillah AJ tak lemah semangat..
Kentalkan jugak diri memandang bende tu melintas.....
Time tu ayat apa pun dah tak ingat nak baca....
Nak lari pun kaki dah terpaku... Dengan diri yang tak bersih, lagilah risiko tu tinggi...
Lepas je kakak tu berlalu baru AJ rasa tak terpaku....
Laju je terus kaki melangkah... Takde nak pandang belakang dah....
Malam tu nak pegi mana AJ ajak orang teman...
Rupanya aritu bukan AJ je kena kacau dengan susuk tu..
Kawan AJ dari bilik yang area-area dengan bilik AJ yang awal-awal tu pun dikacau....
Katanya bende tu pusing-pusing sekitar bilik diorang...
Fuhhhh... Kalaulah AJ duduk sorang kat bilik terpencil hujung tu, agaknya apalah jadi????
P/s : Seram dia AJ je yang tau!
Bila sebut pasal kisah seram teringat pulak nanti ada 1 filem seram bakal ditayangkan...
Kisah seram yang berzaman kita dengar... Volkswagen Kuning...
Sinopsis Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan
untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa
mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula
berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Trailer Filem Volkswagen Kuning
Disebalik tabir Volkswagen Kuning
Agaknya kan, cerita AJ lagi seram ke Volkswagen kuning lagi seram?
Nak menang OPPO F1?
#OppoF1s & #SelfieExpert
Layari http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/
Mane tau rezeki korang?
#OppoF1s & #SelfieExpert
Layari http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/
Mane tau rezeki korang?