Disebalik Tabir Rakaman Takbir Raya Aidil Adha di IDCC Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Setiap kali menjelang Hari Raya mesti kita akan terdengar sayup Takbir Raya yang bergema...
Alhamdulillah, sabtu lepas AJ dan beberapa orang rakan #KelabBloggerBenAshaari berkesempatan melihat sendiri disebalik tabir rakaman Takbir Raya Aidil Adha yang bertempat di IDCC Shah Alam...


Rakaman takbir ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd dan Persatuan Belia Kota Gagasan dengan kerjasama IDCC Shah Alam untuk siaran stesen television Malaysia...
Rakaman ini menampilkan 60 orang artis lelaki tanahair yang terdiri daripada 2 genre iaitu Rock dan popular semasa...
Antara artis yang AJ dapat lihat Nash, Saleem Iklim Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Amenk Ababil, Ezam EYE, Raymie Febians, Aweera, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Firman Qody dan ramai lagi....


Rupanya bukan mudah untuk menjaya program ini kalau tiada usaha dan kerjasama yang gigih...
Lebih lagi ianya melibatkan 60 orang artis pada satu masa....
Tahniah buat krew yang bertugas bagi memastikan program ini berjalan lancar....


Dari segi pemilihan artis pula, kak Noraniza Idris menyatakan beliau mahu memartabatkan mereka yang terlibat dengan rakaman takbir raya ini dengan elemen keagamaan yang menyampaikan mesej berunsurkan masyarakat harmoni, islamik dan nilai murni....
Macam yang kita sedia maklum, elemen rock sendiri sering dilabelkan sebagai muzik yang adakalanya menjurus kepada aktiviti sosial...
Jadi inisiatif ini diambil sebagai salah satu tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat dalam membentuk akhlak dan sahsiah yang  mulia..


Tahniah sekali lagi buat Kak Noraniza dan krew penerbitan program rakaman Takbir Raya Aidil Adha ini yang jatuh pada hari lahirnya yang ke-48 serta genap 30 tahun beliau didalam industri....
Alhamdulillah.....
Kak Noraniza Idris kini sibuk membuat persiapan untuk Siri Jelajah Malaysia bagi tahun ke-4 bermula September ini turut berharap agar dapat membimbing artis pelapisnya untuk menyambung perjuangannya dalam bidang seni dan budaya...


Lokasi rakaman di IDCC Shah Alam


 Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah bangunan 8 tingkat yang mempunyai pelbagai fasiliti...
Di tingkat 7 bangunan terletaknya Pusat Konvensyen terbesar di Shah Alam yang dicatatkan dalam "Malaysia Book of Records" pada tahun 2015.

Ruangan yang sangat besar ini sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pamera/ekspo, acara korporat dan jjuga majlis perkahwinan yang boleh memuatkan seramai 8000 ke 10000 orang mengikut susun atur dewan...


Ianya merangkumi ruang niaga komersil, menara pejabat korporat 13 tingkat dan juga mempunyai sebuah hotel butik 198 bilik iaitu Pegasus Hotel iaitu sebuah hotel berjenama antarabangsa....
AJ juga difahamkan artis yang terlibat dengan program ini ditempatkan di Pegasus Hotel... =D

Sebarang info dan pertanyaan mengenai IDCC hubungi :  

Website :

Email :
enquiry@idcc.com.my

Tel :
+603 50313333

Kalau berminat nak tempah dewan boleh buat tempahan awal memandangkan sambutannya agak menggalakkan bagi apa jua majlis...

P/s: Hati AJ sayu setiap kali dengar takbir raya...
Boleh menitis airmata...

Baca Selanjutnya »

Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ tak tau macam mana nak mulakan entri ni...
Tapi AJ memang nak nasihatkan korang "Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!"


Baru ni AJ ade perasan orang viralkan kat FB pasal Decathlon Sri Damansara ni...
Actually, Decathlon dah mula beroperasi di Malaysia ni hujung bulan 5 lagi....
Sebelum puasa aritu....
Bila dah viral diri ni mulalah tergedik-gedik nak pegi sana....
Sebabnya orang kata kat sana memang banyak jual barang-barang sukan dan outdoor.....
As outdoor person, memang lagilah laju AJ nak pegi kan....

Al-kisahnya kelmarin AJ ada singgah tapi tak sempat nak tengok pape since kedai tu tutup pukul 9 malam.... AJ sampai je dah 8.55 malam, mana nak sempat...
Semalam balik keje AJ terus pegi sana dengan Mr.JR dan kawan-kawan AJ...

Tapi SUMPAH! Memang AJ MENYESAL sangat pegi Decathlon Sri Damansara tu.....
Tau kenapa?? Barang-barang sukan dengan outdoor kat sana murah gila kot!
Rasa nak histeria bila jejak kaki dalam tu.....
Korang bayangkan kat luar yang harga berpuluh, beratus korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah, serendah RM9!
Ko ghase????

Kalau ikutkan rasa hati memang AJ nak borong habis-habisan kat situ....
Yelah, mana lagi nak dapat harga barangan sukan yang super duper murah selain kat Decathlon Sri Damansara?? AJ gerenti korang takkan jumpa punya yang lagi murah pada kat sini...
Banyak gila barangan sukan boleh korang dapat..
Sebut je nak sukan apa... Diving? Running? Water Wave? Hiking? Camping? Cycling? semua ada....

Kalau tak percaya jom AJ bawak korang tour 1 Decathlon Sri Damansara...










Haaa??? Apa macam???
Sekarang  korang percaya tak cerita AJ??

So kalau korang nak ke Decathlon Sri Damansara... Ianya terletak betul-betul kat sebelah Courts Mammoth di Jalan Sg Buluh - Damansara....
Dari MRR2 menghala ke Sg Buluh tu korang terus je sampai jumpa Courts Mammoth dan masuk ikut Petron sebelah tu....

Kalau nak tau info lebih lanjut atau spesific location Decathlon Sri Damansara, korang boleh tengok kat bawah ni :

Alamat :
Decathlon Malaysia
8trium Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel :
+603-62806701

Waktu operasi :
9 pagi - 9 malam

Peta Lokasi :
Maps 

Facebook :

Instagram :


Lepas tu kannn... Jom tengok hasil tangkapan AJ kat sana...
Ni pun ade kenyit-kenyit mata sikit kat Mr.JR....
Dapatlah bayar kurang sikit.. Hahahahha.....
TQ kesayangan! =P



Oh ya.... Nak bagi pesanan penaja sikit..
Kat sini beg plastik tidak disediakan okay....
Kalau korang beli melebihi 5 barang dapatlah recycle bag tu....
Kalau nak beli pun boleh RM3 je....
Lepas tu barangan kat situ ada warranty selama 90 hari dan ade yang lifetime warranty...
So korang tak payah risau... Best kan?
Apa lagi! Jom ramai-ramai serbu DECATHLON Sri Damansara......



Sebab tu la AJ kata Tolong Jangan Pergi DECATHLON Sri Damansara, Malaysia!
*Kalau korang tak bawak duit banyak-banyak...
Mau meroyan tengok harga barangan sukan yang murah gila tu!*

P/s : Lepas ni banyak program outdoor...
Kakak suka!


Baca Selanjutnya »

Rawatan Muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beberapa hari lepas AJ sempat mengunjungi Biopearl di Bangi Gateway untuk sesi rawatan muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula....
Rawatan muka disini memang best dan khas untuk kaum hawa sahaja tau... Staffnya juga terdiri daripada wanita...
So memang privasi sangat bagi korang yang berhijab....

BioPearl Bangi Gateway
AJ ni selalu busy, jadi nak luangkan masa buat rawatan muka tu jarang sangat...
Bila dapat peluang nak buat facial kat Biopearl, memang rasa seronok gila kot..
Nak pulak kulit AJ memang tengah sunburn hasil berjemur masa Rainforest World Music Festival seminggu sebelumnya....


Okay tak nak berlengah, jom AJ nak cerita rawatan muka yang AJ buat dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula...
Disebabkan AJ terus dari ofis je, sampai sana terus AJ buat treatment dulu, sebab AJ sampai agak lewat dari jangkaan...
Selalunya sebelum facial treatment korang kene isi form dulu...
Untuk butiran diri dan kondisi kesihatan korang...
Yelah, mana tau kalau korang ada sakit apa-apa atau ada alahan ke kan... =D
Lepas tu barulah kita buat rawatan muka... Untuk sesi kali ni, AJ dirawat oleh Ell...
Lembut je orangnya... =D


Step by Step Rawatan Muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula


1. Facial Cleansing Oil

Berfungsi untuk menanggalkan mekap dan segala kekotoran yang melekat pada kulit muka...
Ianya diadun dari biji badam dan minyak zaitun bertindak lembut jauh ke dalam kulit yang menghalang dan mengawal pertumbuhan bakteria...

2. Sensitive Cleansing Gel / Sebum Control Cleansing Gel

Sensitive - Dirumus khas untuk kulit sensitif, kering dan matang...
Melarutkan minyak (bahan solekan ringan), menyingkirkan kekotoran dan habuk di permukaan kulit...

Sebum Control - Bertindak untuk membersih sebum dan menanggalkan kekotoran di kuilit wajah...
Sesuai digunakan untuk mereka yang mem[unyai kulit berminyak..

Macam kulit AJ ni memang kering dan agak berminyak di kawasan t-zone so AJ sesuai pakai Sensitive Cleansing Gel..

3. Skin Moisturizing Lotion / Essential Toning Lotion

Skin Moisturizing Lotion - Penyegar yang mengembalkan keseimbangan, kelembapan kulit yang kering dan matang selepas proses pembersihan (AJ guna yang ni!)

Essential Toning Lotion - Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. bertindak membantu mengawal lebihan minyak yang boleh  mengakibatkan pembiakan bakteria..

4. Soft Exfoliating Scrub

Fungsi scrub mestilah semua orang tau kan???
Ianya membantu menanggalkan sel kulit mati dan merangsang prtumbuhan sel kulit baharu... =D

5. Machine Vacubrasion

Okay yang ni rawatan yang special sikit...
Ell kata AJ orang pertama yang rasmikan treatment ni tau... Yeayyy!!! Over excited!
Machine Vacubrasion (proses memvacum wajah) ni berfungsi untuk menjadikan kulit lebih halus dan cerah, memberikan tenaga pada kulit kerana ianya mengandungi serbuk diamond partical, mencerah dan mengurangkan garis halus, menanggalkan sel kulit mati secara halus dan lembut sesuai untuk bahagian mata yang gelap....

Lepas proses Machine Vacubrasion muka AJ dibersihkan sekali lagi...

6. Stimulating Massage Oil

Sejenis minyak khas untuk wajah digunakan untuk mengurut wajah bagi membant melancarkan peredaran darah pada kulit wajah....
Teknik ni kan, buatkan kulit wajah nampak leih segar okay...

7. Gold Mask

Berfungsi untuk menegangkan dan menganjalkan struktur kulit, mencerahkan, membantu mengecilkan liang roma serta membuatkan wajah lebih glowing..
Masa pakai ni kulit rasa sejuk je....

8. Toner, Serum Vita-C, Pelembab, UV protection dan Miracle Beauty Balm


Ini merupakan langh\kah terakhir untuk proses rawatan muka....
Selepas selesai membersihkan wajah dan sebagainya kulit AJ dilapisi dengan toner untuk menyegarkan wajah, serum vita-c bagi mengurangkan garis halus, mencerah menguatkan imuniti kulit dari serangan radikal bebas serta mengurangkan kerengsaan kulit selepas rawatan muka, pelembab bagi melembabkan kulit, uv pretection untuk mengurangkan dan melindungi kulit dari sinar uv dan miracle beauty balm iaitu bb cream yang berfungsi merawat kulit secara tidak langsung..

Miracle Beauty Balm

BB cream yang diadun menggunakann pelbagai ekstrak tumbuh-tumbuhan yang istimewa. Berfungsi merawat kulit secara tidak langsung. Jika digunakan secara berterusan ianya akan membantu mengurangkan garis halus penuaan, menjadikan kulit lebih halus, cerah dan lembab...
Kalau dah pakai Miracle Beauty Balm ni kan korang tak perlu nak pakai foundation lagi...
Lepas tu kan, kalau tak pakai bedak pun takpe... Kulit terus sedia flawless tau....


Lepas selesai semua proses, AJ dihidangkan dengan teh halia yang panas....
Teh halia ni memang bagus untuk buang angin dalam badan...
Minum lepas rawatan muka pulak. memang seronok lah angin dalam badan tu keluar... =D

Nak tengok tak hasil sebelum dan selepas rawatan??

Sebelum - Kulit kering, kusam dan tak bermaya
Selepas - Kulit lebih lembab dan glowing
Okay, kalau korang berminat nak buat rawatan muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula ni, sekarang tengah ada promosi tau!



Untuk sebarang info lanjut korang boleh kunjungi atau hubungi Biopearl terdekat...

Biofem Beauty Resources

Alamat :
No.29-1-1,
Jalan Setia Prima AU/13A,
Setia Alam.

No. Tel:
018-2168548


Bio Pearl Hq (centre) Bangi

Alamat :
No. 2A & 4A,
Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

No. Tel: 
0122339700/ 0122047711


Bio Pearl Skincare Bangi Gateway

Alamat :
Lot 2-11 & 2-12,
Block A, Persiaran Pekeliling,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Tel:
016-337 1566

Bio Pearl Kipmall Bangi Utama Shopping Complex (Warta)

Alamat :
Lot 2-05 Tingkat 2,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Tel :
012-233 7900
012-648 7900

Website:
www.biopearlonline.com

Facebook:

Instagram:


Bergambar kenangan dengan staff-staff BioPearl Bangi Gateway

P/s: Nanti nak buat lagi rawatan muka kat sini...
Memang best!


Baca Selanjutnya »