Rawatan Muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beberapa hari lepas AJ sempat mengunjungi Biopearl di Bangi Gateway untuk sesi rawatan muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula....
Rawatan muka disini memang best dan khas untuk kaum hawa sahaja tau... Staffnya juga terdiri daripada wanita...
So memang privasi sangat bagi korang yang berhijab....

BioPearl Bangi Gateway
AJ ni selalu busy, jadi nak luangkan masa buat rawatan muka tu jarang sangat...
Bila dapat peluang nak buat facial kat Biopearl, memang rasa seronok gila kot..
Nak pulak kulit AJ memang tengah sunburn hasil berjemur masa Rainforest World Music Festival seminggu sebelumnya....


Okay tak nak berlengah, jom AJ nak cerita rawatan muka yang AJ buat dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula...
Disebabkan AJ terus dari ofis je, sampai sana terus AJ buat treatment dulu, sebab AJ sampai agak lewat dari jangkaan...
Selalunya sebelum facial treatment korang kene isi form dulu...
Untuk butiran diri dan kondisi kesihatan korang...
Yelah, mana tau kalau korang ada sakit apa-apa atau ada alahan ke kan... =D
Lepas tu barulah kita buat rawatan muka... Untuk sesi kali ni, AJ dirawat oleh Ell...
Lembut je orangnya... =D


Step by Step Rawatan Muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula


1. Facial Cleansing Oil

Berfungsi untuk menanggalkan mekap dan segala kekotoran yang melekat pada kulit muka...
Ianya diadun dari biji badam dan minyak zaitun bertindak lembut jauh ke dalam kulit yang menghalang dan mengawal pertumbuhan bakteria...

2. Sensitive Cleansing Gel / Sebum Control Cleansing Gel

Sensitive - Dirumus khas untuk kulit sensitif, kering dan matang...
Melarutkan minyak (bahan solekan ringan), menyingkirkan kekotoran dan habuk di permukaan kulit...

Sebum Control - Bertindak untuk membersih sebum dan menanggalkan kekotoran di kuilit wajah...
Sesuai digunakan untuk mereka yang mem[unyai kulit berminyak..

Macam kulit AJ ni memang kering dan agak berminyak di kawasan t-zone so AJ sesuai pakai Sensitive Cleansing Gel..

3. Skin Moisturizing Lotion / Essential Toning Lotion

Skin Moisturizing Lotion - Penyegar yang mengembalkan keseimbangan, kelembapan kulit yang kering dan matang selepas proses pembersihan (AJ guna yang ni!)

Essential Toning Lotion - Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. bertindak membantu mengawal lebihan minyak yang boleh  mengakibatkan pembiakan bakteria..

4. Soft Exfoliating Scrub

Fungsi scrub mestilah semua orang tau kan???
Ianya membantu menanggalkan sel kulit mati dan merangsang prtumbuhan sel kulit baharu... =D

5. Machine Vacubrasion

Okay yang ni rawatan yang special sikit...
Ell kata AJ orang pertama yang rasmikan treatment ni tau... Yeayyy!!! Over excited!
Machine Vacubrasion (proses memvacum wajah) ni berfungsi untuk menjadikan kulit lebih halus dan cerah, memberikan tenaga pada kulit kerana ianya mengandungi serbuk diamond partical, mencerah dan mengurangkan garis halus, menanggalkan sel kulit mati secara halus dan lembut sesuai untuk bahagian mata yang gelap....

Lepas proses Machine Vacubrasion muka AJ dibersihkan sekali lagi...

6. Stimulating Massage Oil

Sejenis minyak khas untuk wajah digunakan untuk mengurut wajah bagi membant melancarkan peredaran darah pada kulit wajah....
Teknik ni kan, buatkan kulit wajah nampak leih segar okay...

7. Gold Mask

Berfungsi untuk menegangkan dan menganjalkan struktur kulit, mencerahkan, membantu mengecilkan liang roma serta membuatkan wajah lebih glowing..
Masa pakai ni kulit rasa sejuk je....

8. Toner, Serum Vita-C, Pelembab, UV protection dan Miracle Beauty Balm


Ini merupakan langh\kah terakhir untuk proses rawatan muka....
Selepas selesai membersihkan wajah dan sebagainya kulit AJ dilapisi dengan toner untuk menyegarkan wajah, serum vita-c bagi mengurangkan garis halus, mencerah menguatkan imuniti kulit dari serangan radikal bebas serta mengurangkan kerengsaan kulit selepas rawatan muka, pelembab bagi melembabkan kulit, uv pretection untuk mengurangkan dan melindungi kulit dari sinar uv dan miracle beauty balm iaitu bb cream yang berfungsi merawat kulit secara tidak langsung..

Miracle Beauty Balm

BB cream yang diadun menggunakann pelbagai ekstrak tumbuh-tumbuhan yang istimewa. Berfungsi merawat kulit secara tidak langsung. Jika digunakan secara berterusan ianya akan membantu mengurangkan garis halus penuaan, menjadikan kulit lebih halus, cerah dan lembab...
Kalau dah pakai Miracle Beauty Balm ni kan korang tak perlu nak pakai foundation lagi...
Lepas tu kan, kalau tak pakai bedak pun takpe... Kulit terus sedia flawless tau....


Lepas selesai semua proses, AJ dihidangkan dengan teh halia yang panas....
Teh halia ni memang bagus untuk buang angin dalam badan...
Minum lepas rawatan muka pulak. memang seronok lah angin dalam badan tu keluar... =D

Nak tengok tak hasil sebelum dan selepas rawatan??

Sebelum - Kulit kering, kusam dan tak bermaya
Selepas - Kulit lebih lembab dan glowing
Okay, kalau korang berminat nak buat rawatan muka (facial treatment) dengan BIOPEARL Advanced Skin Care Bio Formula ni, sekarang tengah ada promosi tau!



Untuk sebarang info lanjut korang boleh kunjungi atau hubungi Biopearl terdekat...

Biofem Beauty Resources

Alamat :
No.29-1-1,
Jalan Setia Prima AU/13A,
Setia Alam.

No. Tel:
018-2168548


Bio Pearl Hq (centre) Bangi

Alamat :
No. 2A & 4A,
Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

No. Tel: 
0122339700/ 0122047711


Bio Pearl Skincare Bangi Gateway

Alamat :
Lot 2-11 & 2-12,
Block A, Persiaran Pekeliling,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Tel:
016-337 1566

Bio Pearl Kipmall Bangi Utama Shopping Complex (Warta)

Alamat :
Lot 2-05 Tingkat 2,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Tel :
012-233 7900
012-648 7900

Website:
www.biopearlonline.com

Facebook:

Instagram:


Bergambar kenangan dengan staff-staff BioPearl Bangi Gateway

P/s: Nanti nak buat lagi rawatan muka kat sini...
Memang best!


Baca Selanjutnya »

Part 2 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam AJ dah cerita pasal perjalanan dari KL ke Hatyai dalam entri Part 1, arini AJ nak sambung pulak Part 2 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand....

Ready to gooooo!!!
Lepas dah puas rehatkan diri dan makan tengah hari, arini kami nak bergerak ke Krabi pulak....
Perjalanan dari Hatyai ke Krabi amik masa lebih kurang 3 jam ke 4 jam...
Tapi sebelum ke krabi tu singgah jap kedai motor tukar tayar.....
Kat Thailand nak dapat barang spare part motor memang senang.. Patutlah orang suka pegi ride sana.....
Sambil-sambil Mr.JR tukar tayar motor kannnn... AJ pun "ter"berkenan 1 bende...

Telinga Minnie Mouse!!!!!
Yup jiwa kanak-kanak meronta-ronta nak beli....
Hahahahhahahha... AJ pantang sikit kalau nampak 2 karakter tikus Disney ni.... Hahahahahaha....
Lagipun kat KL memang takde bende ni...
Tak penah lagi AJ nampak ade orang pakai..... Tapi kat sini macam biase je...
Even mamat yang pakai superbike pun pakai tau... Tak caya???
Korang tengok kat gambar bawah ni....

Nampak tak?? Dia ade telinga kucing...
Nama kedai moto yang kitorang singgah ni SakSiriBigBike...
Kalau kengkawan rider nak tau kat mana, boleh pegi kat FB diorang ni SAKSIRIBIGBIKE..
Scroll-scroll sikit page diorang tu tau... Nanti nampaklah seorang AJ kat situ... Hahhahhaa.. =P

Lepas siap tukar tayar, check motor apa yang patut kami teruskan perjalanan....
Nak jalan jauh kene pastikan kenderaan kita pun selamat.. Barulah confident sikit kan...
Oh bercakap bab jalan kan, jalanraya kat Thailand ni memang AJ impress sangat....
Jalanraya dia jauh lebih baik dari kat  negara kita...
Susah nak nampak lopak ke, lubang ke....
Dah tu pulak kalau naik motor, orang depan je pakai helmet, tu pun helmet kekura je.... Orang belakang tak payah pun...
Tapi takde pulak jumpa kemalangan ke apa masa tu...
Walau diorang macam ikut suke je pandu kenderaan tu kan...

Tenang dan cantik je jalanraya dia...
Ni AJ ade video road trip masa nak ke Krabi tu...
Enjoyyyy...



Macam-macam yang AJ jumpa dalam perjalanan tau....
Paling AJ suka tengok temple diorang... Senibina bangunan tu unik sangat...
Tapi tak berkesempatan nak singgah pada trip kali ni....
"Tengoklah bulan Januari 2017 nanti..." Krik krik krik... Nampak plan dia?? =P




Lebih kurang 9.30 malam AJ sampai kat Ao Nang Beach, Krabi...
Eh!!! Punyalah panjang entri lupa pulak nak mention tang  mana Krabi yang dituju.. Hahahhaha... Ampunkan beta...
Nasib baik masa sampai tu kan, receptionist kat tempat AJ menginap iaitu J Hotel tunggu kami sampai...
Ikutkan pukul 8.30 - 9 malam dia dah balik dah....
Kat sini memang malam takde orang tunggu kat lobby tu... Pakai sistem flash card kalau nak keluar masuk lepas pukul 9 malam...
Macam biasa, check in, bersihkan diri dan keluar makan lah....
Perut dah meronta minta diisi woi! Hahahhahha.....

Kat Ao Nang pun sama juga macam kat Hatyai... Makanan halal tak susah pun nak cari....
Kalau tak confident sangat ngan status halal tu korang cari je makan kat area Masjid Ao Nang.... =D

Masjid Ao Nang
Kat sini kan, makanan yang special dia kan Pancake....
Fuhhhh... Mengancam.... 3 hari duduk sini takdelah makanan lain dicarinya....
Pancake, pancake dan pancake...
Hahahhahahahha....


Sepanjang 3 hari kat Ao Nang, tak banyak aktiviti yang kitorang boleh buat....
Nak mandi laut, nak snorkeling, islands hopping pun tak boleh...
Sebab masa kitorang pegi ni musim hujan rupanya....
Salah pilih tarikh gamaknya... So berehat dan pusing kawasan sekitar je la...
Alhamdulillah walaupun hujan, kami tetap puas dapat berjalan... Cuma takde aktiviti je la....
Habis segala ceruk Ao Nang kami jelajah kau... Hahaahahhaha....

Jom AJ belanja gambar sikit kat Ao Nang Beach tu....
*Gambar campur-campur 3 hari*

Pemandangan dari bilik AJ kat J Hotel 
Sekitar pantai Ao Nang
Bazar jualan di Ao Nang Beach
Jumpa kawan baru : Tok Wan
Bazar depan masjid
Kat Ao Nang Beach ada bazar jualan tau... Kalau dari hotel yang AJ duduk tu, dekat sangat 50 meter dah jumpa.... Memang hotel tu dekat sangat ngan bazar...
Kalau korang nak beli barang kat situ kan...
Korang kene pandai ayat dan tawar menawar....
Bab ni memang AJ "agak" pakar berbanding Mr.JR.... Walaupun ade kedai yang tak berapa faham English tapi okaylah jugak....
AJ dapat beli bikini RM20 je kot.... Hahahhahhaa...
Kalau kat luar tak dapat de Jeb! =P

Oh ya, sepanjang seminggu AJ kat Thailand kan... Semua orang ingat AJ local.....
Takde pun yang tak cakap bahasa Thai ngan AJ tau...
Sob sob sob.....
Lepas tu bile diorang tau AJ bukan local semua terkejut gile...
Mau tak nye, diorang cakap kan AJ 100% cam orang Thai....
Next trip nanti AJ nak belajar bahasa Thai la....
Untung-untung dapat lagi banyak diskaun.... =P

Okay la korang... Sampai sini dulu..
Macam biasa kang AJ sambung Part 3.... Mungkin part 3 adalah entri terakhir untuk trip KL - Hatyai - Krabi AJ... =D

P/s : Jangan bosan baca tau....

Baca Selanjutnya »

Part 1 | Ride Santai Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau korang follow AJ kat Instagram atau Facebook korang mesti perasan hujung bulan Mei lepas AJ ade pegi Krabi, Thailand selama seminggu....
Pegi naik apa??? Kalau dah namanya ride santai, mestilah naik motor....
Ye, jangan tak percaya.... Memang AJ Ride Santai Ke Dari KL ke Hatyai dan Krabi, Thailand tu naik motor....
Tapi bukan AJ la yang bawak motor, Mr.JR la.... Kalau AJ naik yang bawak memang taktau sampai mana.... Hahahhahaa....

Jentera Kami
Ni sebenarnya trip pertama AJ yang very long distance....
Sebelum ni penah jugak jalan jauh naik motor... Tapi sampai Segamat je paling jauh seingat AJ.....
Masa Mr.JR cakap nak ke Thailand naik motor kan, memang AJ excited gile kot....
Dah lama simpan niat nak overlander naik motor kot... Ni ride AJ yang pertama dan yang kedua bagi Mr.JR...

Okay, plan asal maybe AJ pegi dengan dia je... Tapi tetibe ade kawan nak join sama, so kami pegi naik 3 biji motor...
Yeayyy!!! The more the merrier kan... =D
Kitorang semua bergerak dari KL tengah malam 27 Mei tu... Or lebih tepat awal pagi 28 Mei la senang cite.... =D



Lepas 12 jam setengah perjalanan kami sampai kat Border Malaysia -Thailand...
 Ikutkan perjalanan cuma makan masa 8-9 jam je dari KL, tapi kitorang banyak berhenti rehat since wife kawan Mr.JR tu tak sihat sangat.....
AJ pun adelah terlelap 15-30 minit kat bawah pokok masa kat Juru tu...



Masa kat Border kitorang siap cop pasport, geran semua dan teruskan perjalanan ke Hatyai...
Nanti dalam entri lain AJ cite pasal prosedur nak masuk ke negara jiran ni okay...
AJ difahamkan nak masuk ke Thailand ni ada beberapa pintu masuk....
Kami pilih untuk masuk melalui Changlun.... Tapi sebelum masuk kami dah siap tukar duit dan beli travel insurance la kat situ....




Untuk hari pertama, kitorang pilih untuk bermalam di Hatyai dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Krabi....
Dari border ke Hatyai dalam sejam lebih je... Masa kitorang dah masuk Thailand tu hujan pulak tengah jalan tu... Nak tanak redah je la... Dah alang-alang basah kan... Hahahhaha..
Barulah rider sejati kan... =P

Berhenti kejap tunggu kawan... Nampak hujan lebat tu?
Lepas singgah makan kitorang check-in dulu, bersihkan diri dan rehat sekejap....
Kami pilih untuk bermalam kat Hatyai Palace.....


Alhamdulillah bilik kat situ memang selesa dan harga dia pun murah je....
Hatyai Palace ni kan terletak lebih kurang 5-10 minit je kalau nak berjalan kaki pegi pusat bandar...

Since sampai pun dah lewat petang, lepas bersihkan diri kami terus keluar jalan kaki cari makan kat sekitar pusat bandar tu je la...
Tak berjalan sangat pun since badan dah penat ride dari KL ke Hatyai kan...
Kat sini nak cari makanan halal tu memang senang sangat.... So korang tak payah risau bab makan... =D
Seafood pulak memang meriah.. Harga pun murah.... Udang besar-besar tau!

Lepas makan, balik bilik dan Zzzzzzzz.....
Cuaca pulak sejuk, sebab masa sampai Hatyai hujan sampai ke malam kot... =D

Disebabkan hujan, makanya seorang AJ transform uniform...
Nanti AJ sambung pulak part 2 okay....
Tu pun kalau korang nak baca...
Segala review pasal accommodation AJ kat sana kan, AJ cerita kemudian... =D

P/s : Fuhhh... Buat entri je pun dah rasa nak fly gi sana sekarang jugak... =D




Baca Selanjutnya »

Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ bersama geng #kelabBloggerBenAshaari pegi menjejak hantu..
Kat mana??? Ghostbusters Adventure Live di Scream Park, Sunway Lagoon....


Yup betul kat Sunway Lagoon sekarang ni memang banyak sangat hantu yang berkeliaran....
Kalau korang nampak tu jangan takut okay...
Baca je apa-apa yang patut, larilah hantu tu nanti...... =P

Okay sebenarnya AJ nak bagitau korang Ghostbusters Adventure Live di Scream Park ni merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Taman Tema Air tak asing lagi Sunway Lagoon...
Sejak dibuka 7 tahun lepas, ni pertama kali Scream Park membawakan Ghostbusters Adventure secara langsung untuk para pengunjung.... 


Kat sini korang boleh jumpa dengan karakter dan hantu depan-depan muka..
Kalau pegi rumah hantu, korang boleh tengok hantu yang statik je... Tapi kat sini hantu-hantu nya memang berkeliaran je kat dalam tu.....
Sesiapa yang penakut tu memang gugur jantung....


Keadaan dalam Scream Park tu memang tersangatlah gelap.....
So pemandangan korang dalam tu memang terhad....
Hantunya pulak memang real! Sumpah sepanjang dalam tu memang banyak kali AJ terkejut...
Bayangkan dalam keadaan yang gelap tu korang kene terjah dengan hantu.... Nasib tak terpelanting segala benda dalam tangan masa tu.....


Perjalanan menakutkan lebih kurang 20 minit ni memang betul-betul ikut sebiji macam lokasi dan jalan cerita Ghostbusters tau... Rugilah kalau korang tak pegi dan rasai sendiri pengalaman tu...
Bagi AJ tarikan terbaru ni memang best dan tak terdapat lagi kat mana-mana...
Perasaan dalam tu tak macam korang pegi rumah hantu kat funfair... Lain sangat..
Hantu pun lebih real...
AJ memula masuk tu gelak-gelak lagi..... Dah berjalan dalam tu terkeluar segala latah mak nenek...

 Jom AJ tunjuk korang sikit apa ade dalam tu...





Takut tak????

Encik tengko!
Okay bagi  korang nak merasai sendiri pengalaman Ghostbusters Adventure Live di Lynton V. Harris Scream Park, Sunway Lagoon, ianya sudah dibuka kepada pengunjung bermula 14 Julai 2016 yang lepas....


Kunjungi Sunway Lagoon sekarang okay!

Tiket berharga :

RM150 (12 tahun keatas)
RM120 (12 tahun kebawah)

Waktu operasi :

11 pagi sehingga 6 petang (setiap hari)

Info lanjut hubungi :

+603-56390000 


Okay berita baik untuk korang!
Sekarang ni ada contest "Spend and Win" untuk rakyat Malaysia yang berbelanja RM300 dan keatas dalam 1 resit...
Korang berpeluang memenangi sebuah Proton Iriz...
Apalagi?? Pegi Sunway lagoon sekarang okay!

Ghostbuster Contest
*terms and conditions apply*


AJ ade teka teki untuk korang ni...
Dalam gambar kat atas ni kan, korang rasa sapa jerit paling kuat????
Hahahahahahahaha.....

P/s : Habis kene kejar hantu berendam pulak kat dalam kolam Sunway Lagoon tu...
Memang terus gelap kulit AJ lepas tu.. Hahahhaha.....


Baca Selanjutnya »