ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Beberapa minggu lepas AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari AJ join Kembara KBBA ke Taman Negara, Kuala Tahan yang terletak di Negeri Pahang selama 4 hari 3 malam....
Sepanjang minggu lepas, banjir FB dan IG dengan gambar-gambar kitorang kat sana...
Seronok sangat dapat berkumpul dan beriadah di sana dengan rakan-rakan yang sempoi dan havoc.....
Kembara 4 hari 3 malam kami bermula pada 19 Februari 2016, lebih kurang pukul 9 malam bas bertolak dari Matic...
Dalam 5 jam perjalanan kami sampai di tempat penginapan, Han Rainforest Resort iaitu penaja utama Kembara KBBA kali ni....
Bilik yang disediakan buat kami semua memang cukup selesa...
Ade 1 katil Queen dan 1 katil single.... AJ ditempatkan sebilik dengan kak Zura....
Nampak je katil empuk terus tak fikir pape... ZzzzzZZZzzzzzz.....
Menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling |
Hari kedua 20 Februari 2016, pagi lagi dah bangun... Settle breakfast kitorang bersiap ke Jeti untuk aktiviti trekking mendaki Bukit Terisek dan Canopy Walk.....
Nak pegi trekking ni kene seberang sungai dengan bot tau... Pemandangan pagi kat sane indah je dan damai je.....
Pemandangan dari Taman Negara |
Kitorang semua dibahagikan kepada 4 kumpulan.....
Sesi pengenalan dengan tumbuhan dan hidupan Taman Negara |
Setiap kumpulan ade 1 guide.. Guide kitorang Abang Alif, memang sempoi gile wa baq ang.....
Kelakar pun ye.... Sesambil jungle trekking kami dipelkenalkan dengan pelbagai spesis hidupan dan pokok yang terdapat di Taman Negara....
Kelakar pun ye.... Sesambil jungle trekking kami dipelkenalkan dengan pelbagai spesis hidupan dan pokok yang terdapat di Taman Negara....
Lebih kurang beberapa KM trekking, kami sampai ke puncak Bukit Terisek....Agak mencabar jugak perjalanan tu.... Naik bukit, turun bukit dan ade yang kene naik tangga lagi.... Fuhhhh.... Berpeluh!
Yeayyy!!! Berjaya! |
Pemandangan dari puncak Bukit Terisek |
Info : Bukit Terisek berketinggian 344 meter dan hanya 1.7KM dari Kuala Tahan.Dari puncak Bukit Terisek korang boleh nampak pemandangan Gunung Tahan.P/s : Perjalanan mendaki agak landai dan juga berbukit. Stamina kena kuat.Jangan lupa bawa air mineral okay!
Selepas turun dari Bukit Terisek kami berjalan meniti Canopy Walk....
Terdapat 6 laluan semuanya dan setiap 1 laluan tu ketinggian dia lain-lain... Siapa yang gayat tu confirm ketaq jugak kaki... Hihihihi.....
Tapi mase kitorang pegi tu, hanya 4 laluan dibuka... 2 lagi tu ditutup sementara....
Canopy Walk |
Info : Canopy Walk Taman Negara berketinggian lebih kurang 45 meter dan 510 meter panjang merupakan titian kanopi terpanjang di dunia.Korang boleh melihat flora dan fauna daripada atas....Yang gayat AWAS! =D
Kuyup! |
Memang habis basah kuyup..... Ramai juga yang terkorban HP termasuk AJ... Hahahahhaha....
Kemudian kami dibawa ke perkampungan Orang Asli Dedari yang terdiri daripada Kaum Batek untuk menyelami cara hidup mereka serta berkhemah....
Demonstrasi menghidupkan api menggunakan sumber alam |
Penduduk Kg Dedari |
Hari ketiga 21 Februari 2016, kami meninggalkan Kg Dedari dengan 1001 kenangan...Sebelum
pergi, kami sempat singah disetiap rumah penduduknya mengagih-agihkan
sedikit sumbangan makanan dari ahli KBBA dan para penaja... Seronok
sangat!
Kembara diteruskan dengan menaiki 4WD ke Hutan Lipur Ulu Tembeling....
Sepanjang perjalanan tu AJ memang enjoy habis.....
Duduk kat belakang 4WD feeling-feeling Gerua sampai terduduk atas riba blogger ittew....
Siapa ittew??? Krik krik krik... Empuk weh riba dia... Hahhahahah.. =P
Sampai sana, dah tak ingat apa dah... Terus terjun sungai sambil menikmati keindahan alam....
Sejuk gila air dia... AJ difahamkan Hutan Lipur ni dah lama takde pengunjung...
Ruginya kalau tak pegi sini... Suasananya damai...
Korang kalau ke Taman Negara jangan lupa singgah sini jugak tau!
Keluar perangai kanak-kanak semua! |
Smile! |
Aktiviti bebas, gaya bebas! =P |
Sebelah malam pula kami buat aktiviti karaoke dan juga aktiviti bebas....
Time ni abis bakat terpendam keluar..... Hahahhaha...
Ada juga yang amik kesempatan merehatkan diri.... AJ? Karaoke la..
Lepas tu keluar minum.... Haaaa... Kat Han Rainforest Resort ni ade wifi tau kat area jungle lounge dia... =D
Hari keempat 22 Januari 2016, merupakan hari terakhir Kembara KBBA ke Taman Negara ni....
Arini kami ade program "Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia dan Kelab Blogger Ben Ashaari"
Kami berbesar hati dapat turut sama dalam perasmian semula Han Rainforest Resort dan pecah tanah untuk Eco Adventure Camp yang diselia oleh Han Rainforest Resort.
Ahli KBBA juga berpeluang beramah mesra bersama YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin
Selain tu AJ sendiri berpeluang mengikuti rombongan YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin ke beberapa lagi tempat menarik seperti melihat pokok Tualang sebesar 27 pemeluk orang dewasa, memberi makan ikan kelah menaiki bot sepanjang perjalanan.....
Walaupun panas terik tapi AJ enjoy sangat.... Bukan senang nak dapat peluang macam ni....Ralit amik gambar, video dan sebagainya... Memang puas hati...
Lebih kurang pukul 8 malam, kami bertolak meninggalkan bumi Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang....
Memang 1 kenangan manis Kembara KBBA kali ni....
Dikesempatan ini AJ nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ben Ashaari selaku pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari kerana memberi peluang kepada kami 35 orang blogger dan juga kepada para penaja yang sudi menaja Kembara KBBA ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan,
27020 Jerantut, Pahang .
Tel : 09-2667888
Email : hanrainforestresort@gmail.com
Website : www.han-rainforestresort.com
#Camelus : Produk berasas susu unta.
#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.
#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.
#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.
#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki
P/s : Enjoy sangat walaupun balik KL kulit dah berubah warna...
Hahahhahahahah....