Review : Chowrasta | Mesti Tengok!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

November lepas AJ berpeluang turut serta untuk Pra-tonton filem Chowrasta bertempat di GSC, Nu Sentral...

Filem yang dibintangi wajah baru Chem Amar, Nur Risteena dan juga pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi ini diinspirasikan dari kisah benar....



Chowrasta merupakan filem terbaru ke 38 arahan pengarah yang tidak asing lagi Dato' Profesor A. Razak Mohaideen dengan terbitan bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Studio Sdn Bhd ini diadaptasikan dari nashkah semi-biografi naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang berjudul "Mencorak Destini" berkisar mengenai perjuangan dalam memertabatkan bangsa Melayu....


Dato' Profesor A. Razak Mohaideen

Filem berlatarbelakangkan tahun 60'an dan 70'an ini penuh dengan adegan aksi, komedi, romantis dan juga sedih (sila bawak tisu!)... Terselit juga sedikit muzikal Bollywood yang AJ rasa macam trademark dalam kebanyakan filem Dato' Profesor A. Razak Mohaideen... =D

Cerita ini banyak mesej yang diterapkan mengenai perjuangan dan perjalanan hidup seorang lelaki dalam mengubah nasib anak bangsanya....




Sinopsis Chowrasta

Mengisahkan perjalanan hidup Hamid, pemuda Melayu yang miskin dan sering dihina bersama ibu dan juga adik-beradiknya di Hutton Road, Pulau Pinang...
Lantaran kemisninan, Hamid sering dicerca, lantaran itu Hamid menyertai seni mempertahankan diri Muay Thai dari kecil. Kegigihan Hamid telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi dan digeruni oleh pihak lawan.

Selain bertarung di gelanggang, Hamid menyertai kongsi gelap yang diketuai oleh bapa saudaranya Pak Ngah Don insan yang sering membela nasib Hamid serta mula berjinak dengan kelab malam....
Malahan Hamid juga mula rapat dengan seorang penyanyi kelab malam iaitu Zaharah...

Konflik demi konflik telah berlaku dalam hidup Hamid...
Pak Ngah Don yang tak mahu Hamid menjadi seperti dirinya telah menasihati Hamid untuk melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam....
Dia tak mahu Hamid terus dicerca dan mahu Hamid membuktikan anak Melayu mampu mengubah nasib dirinya serta anak bangsa yang lain...

Di ITM, Hamid telah berjaya membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berguna malahan disitu juga Hamid telah menemui cinta hatinya, Hanizah....
Walaupun bergelar seorang pelajar, kemiskinan membuatkan kerja sambilan bagi membantu meringankan beban ibunya di kampung menyebabkan dia gagal menumpukan perhatian dalam pelajaran dan disingkirkan dari ITM....
Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta....
Pada masa yang sama, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila beliau dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya Jali...

Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakunya 1 pertarungan sengit...

Hamid kemudiannya diberi peluang kedua apabila Miss Tan, pensyarahnya sanggup membiayai kos pengajian Hamid... Bermula dari itu Hamid bertekad ingin mengubah kehidupannya dan anak bangsanya tanpa menoleh ke belakang lagi....


Untuk mengetahui plot cerita dengan lebih lanjut, AJ sarankan korang sendiri tengok cerita ini.

Filem yang menelan belanja sekitar RM 2 juta ni merupakan sebuah biografi yang menyuntik semangat Melayu.

Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UiTM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa...

Yang paling menarik filem ini mendapat pengikhtirafan dalam Malaysia Book of Records selepas mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana awal Jun lalu..


Antara barisan pelakon Chowrasta




Datuk Rosyam Nor sebagai Pak Ngah Don


Nora Danish sebagai Hanizah

Chem Amar sebagai Hamid


Bagi AJ memang tak rugi kalau nak menonton filem ini...
AJ pun nak repeat balik tonton cerita ni dengan Mr.JR dan kawan-kawan lain....
Best sangat! Dah lama jugak rasanya tak tengok cerita Melayu yang sarat dengan mesej macam ni..

Chowrasta bakal mengegarkan lebih 60 pawagam di seluruh Malaysia bermula esok, 3 Disember 2015...

Tengok tau! Jangan tak tengok sebagai tanda sokongan kita terhadap industri filem Melayu... =D

P/s : AJ bagi 4.8 bintang!...

Baca Selanjutnya »

#TSDayOut | Hari Keempat : Menerokai Gua Fairy dan Gua Angin (Fairy Cave, Wind Cave)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari Keempat | 3 November 2015

Hari terakhir sepanjang 4 hari 3 malam bersama team #TSDayOut Special...
Seriously rasa tak puas sangat menjelajah bumi Sarawak ni....
Banyak khazanah dan tempat menarik di Sarawak yang belum sempat kami jelajahi....


Aktiviti hari keempat ni pun agak mencabar...
Kami dibawa menerokai 2 buah gua iaitu Gua Fairy dan Gua Angin....
Kedua-dua buah ini terletak agak berdekatan antara 1 sama lain...



Gua Fairy ada ceritanya yang tersendiri....
Dikatakan bahawa pada ketika dahulu ianya merupakan sebuag perkampungan....
Perkampungan ini telah disumpah oleh seorang tua yang miskin kerana orang-orang kampung memandang hina akan kedudukannya.....
Pada suatu hari seorang tua tersebut memakaikan seekor kucing baju dan orang kampung mentertawakan kucing tersebut... Akibat sumpahan, 1 perkampungan termasuk penduduknya telah menjadi batu.... Kalau dilihat dari rupa bentuk batu gua tu, korang sendiri boleh nampak ade yang menyerupai susuk tubuh manusia...







Gua Angin pula dinamakan gua angin kerana laluan angin keluar masuk dikedua-dua buah jalan masuk ke gua ini...
Kalau nak meroka gua angin, korang kene bawak lampu suluh tau...
Keadaan dalam gua tu memang gelap...
Ianya juga merupakan sarang kelawar.... Banyak gila kelawar disekitar dinding gua tu...
Oh ya, kalau tak bawak lampu suluh korang boleh sewa lampu suluh di pintu masuk.... =D





Antara dua gua ni kan, Gua Fairy la agak mencabar sikit...
Sebab nak masuk gua ni korang kene mendaki tangga naik ke atas...
Fuhhhh... semput jugak nak sampai ke atas tu.... Huhuuhu...


Selepas meneroka gua ini, kami dibawa makan tengah hari di Tandoori Palace di Kuching waterfront...
Pihak tourism juga telah membuat keputusan untuk membawa kami ke City Tour....
Sepatutnya City tour ni dijalankan pada hari  kedua... Tapi disebabkan masalah denagn flight, kami tak dapat pegi....
Masa city tour kami  dibawa ke muzium dan membeli kek lapis...
Hujan yang turun buat kami tak dapat nak amik masa yang lama...
Takpelah, kami tetap berpuas hati....





Dan usai membeli kek lapis, tibalah masa untuk meninggalkan bumi Kuching...
Alahaiii... rasa tak nak balik pulak....
So tamatlah sudah penjelajahan kami dengan #TSDayOut special...

Dikesempatan ini AJ nak ucapkan terima kasih buat Tourism Selangor dan Sarawak Tourism Board atas layanan selama 4 hari 3 malam....
Penat kan nak layan karenah kitorang??? Hehehhehe....
Terima kasih juga buat para penaja seperti AirAsia, Hotel Empire Subang dan banyak lagi...
AJ harap dapat join lagi TS Day Out pada masa akan datang.....

Lagi entri #TSDayOutSpecial :

#TSDayOut | Hari Pertama : Klang Heritage Walk
#TSDayOut | Hari Kedua : Kuching Aku Datang!!!!
#TSDayOut | Hari Ketiga : OrangUtan Semenggoh dan Aktiviti Kayak Semadang


P/s : Dah tamat cuti.....

Baca Selanjutnya »

#TSDayOut | Hari Ketiga : OrangUtan Semenggoh dan Aktiviti Kayak Semadang


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari Ketiga | 2 November 2015

Hari ni lebih mencabar dari hari-hari sebelumnya...
Pada sebelah pagi kami dibawa ke Botanical Research Center Semenggoh atau Pusat OrangUtan Semenggoh.....
Menurut staff di sana, sekarang ni musim buah...
Mereka tak boleh nak janji sama ada pelawat dapat tengok orang utan atau tidak....
Orang Utan disini masih dalam kategori liar so mereka pandai mencari makanan sendiri....



Wajah-wajah teruja nak tengok Orang Utan.... Hehehehhehe



Selepas diberikan sedikit briefing kami dibawa masuk ke dalam hutan di mana ianya merupakan habitat Orang Utan....
Kami menunggu lebih kurang 15-20 minit....
Akhirnya Orang Utan yang ditunggu-tunggu sampai... Nampaknya nasib pelancong yang datang pada hari ini baik...
AJ difahamkan sehari sebelum tu, takde seekor pun orang utan yang keluar.....





AJ sangat teruja bile dapat tengok sendiri orang utan yang tinggal dalam habitat semulajadi ni dengan lebih dekat... Kat zoo pun tak dapat tengok dekat macam ni....
Sampai nyaris kepala kene baling dengan kelapa dek salah seekor dari orang utan kat situ....
 Nasib dia jatuh sipi je... Kalau kene kepala betul-betul, benjol wooo... Hahahahahaha.....


Selepas habis melihat Orang Utan Semenggoh, kami dibawa ke Kg Bengoh untuk sesi berkayak sepanjang 11 KM....
Terima kasih buat crew Semadang Kayak atas kesudian menerima kunjungan kami....
11 KM memang paling mencabar ketahanan mental dan fizikal...
Selalunya AJ kayak sejam dua dah penat... Inikan pulak 11 KM....
Sepanjang 11 KM kami merentasi 3 buah kampung iaitu Kg Bengoh tempat bermula, Kg Danu tempat kami singgah untuk makan tengah hari dan Kg Semadang penamat aktiviti kayak....




Sepanjang perjalanan, kami telah mengharungi sungai yang berliku dan banyak batu....
Lenguh jugaklah tangan nak mengayuh kayak tu... Hahahaha...
AJ dapat partner dengan KhaiArtfar.... Memang riuh lah jadinya....



Semasa makan tengah hari di Kg Danu, kami telah dihidangkan dengan lauk-lauk dari Sarawak seperti manok pansuh, masak asam terung dayak, sayur pucuk ape ntah.... AJ tak ingat pulak.... Ohhh... My bad!
Manok tu korang tau tak ape? Manok tu ayam... Hehehhehe....



Usai makan tengah hari, kami sambung berkayak dan singgah di Tanjung Baru Semadang untuk sesi memberi ikan makan...
AJ memang sah-sah "jakun"! Haahhahaha.. banyak gile kot ikan dia....
Ade ikan kap, ikan lampam dan sebagainya.....
Paling best part main air..... Macam-macam perangai keluar! Hahhahaha...


AJ siap terbang-terbang dalam air tu....

Dah nak sampai ke penamat kayak, hujan turun dengan selebat-lebatnya....
Orang KL dapat main hujan dalam hutan memang seronok gile!
Hahaahhaha.. Mengalahkan bebudak siap amik gambar lagi.... Hahhahahhaha...

Kalau korang teringin nak rasai pengalaman berkayak di Sungai Semadang ni korang boleh lawati www.semadangkayak.com 

Pada sebelah malam pula berlangsungnya malam penutup di Tribal Borneo...
Semua berdebar-debar nak tau siapa pemenang Amazing Hunt untuk hari pertama dan juga 6 pemenang untuk contest Instagram coverage dan juga pemenang lucky draw...
Hadiah yang ditawarkan menang gempak dan best belaka.....
 Kalau nak tau AJ memang semua kategori....
Alhamdulillah mungkin nasib AJ baik kot....





AJ memang tempat pertama untuk Amazing Hunt dengan partner AJ, Adam....
Lepas tu AJ juga salah seorang yang menang untuk Instagram contest tu....
Dannnn... AJ menang lucky draw jugak!!!! Yeayyyyyy.....

Antara hadiah yang AJ menangi, tiket all park Sunway Lagoon dan voucher RM30, penginapan 2 hari 1 malam di Acapella suite dan 4 hari 3 malam penginapan serta media access untuk Rainforest World Music Festival di Kuching dan 3 hari 2 malam penginapan serta media access untuk Borneo Jazz music Festival di Miri!!! Meriah wehhh... Jackport sungguh...
Terima kasih Tourism Selangor dan Sarawak tourism Board....
Dan tahniah juga buat pemenang lain... =D

Lagi entri #TSDayOutSpecial :

#TSDayOut | Hari Pertama : Klang Heritage Walk
#TSDayOut | Hari Kedua : Kuching Aku Datang!!!!
#TSDayOut | Hari Keempat : Menerokai Gua Fairy dan Gua Angin (Fairy Cave, Wind Cave)

P/s : Rasa sedih pulak, lepas ni nak tulis ade hari keempat iaitu hari terakhir journey dengan #TSDayOut Special ni...

Baca Selanjutnya »