SABAR...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Allah.... Minggu menduga, terduga dan diduga....
Bukan mudah nak handle perasaaan...
Puas dipujuk hati ni untuk bersabar....
Akhirnya gugur jua airmata perempuan......
Itu je yang mampu tatkala mulut tak mampu meluah.....

Sabar AJ sabar...
Insyaallah... Allah takkan menguji hambanya kalau dia tak mampu kan.....


P/s : Macam-macam hal pulak...
Terganggu emosi ni sekejap....

Baca Selanjutnya »

Viral : Beg Tangan Kucing buatan Piko!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam kawan AJ tag kat FB beg tangan kucing buatan Piko seorang surirumah warga Jepun....
Memang viral terus beg tangan tu kat media social....
Beg tangan kucing tu memang sebiji macam kucing betul....
Geram AJ tengok tapi 1 beg tu mencecah harga mencecah $950 Australian Dollar kau....
Kalau convert duit kite memang lagi mahal la kan...... Tercekik terus!

Beg tangan kucing ni difahamkan buatan tangan....
Kalau dah buatan tangan mestilah limited edition kan?
Kat Malaysia ni agaknya ade tak orang jual yang macam ni...
Kalau ade bagitau AJ ye.....
Jatuh cinta terus dengan beg tangan kucing ni weh... Huhuhuhuhu...

Jahat tau Piko ni! Saje bagi biji mate AJ terbuntang.....
Nah tengoklah antara koleksi beg tangan kucing buatan Piko ni sendiri....

cat bags
cat bag
 Macam #CikLulu AJ!

 cat bag
Local market: Pico said she would only sell her designs in Japan where they are hugely popular
Cat crazy: Pico's Twitter followers are huge fans of her designs, and are willing to spend big money to get their own cat bag
 The purr-fect bag: The cat purses are airbrushed with acrylic paint to give them unique markings

Kau ghase?? Tak meroyan ke nak beli?
Ini bawak masuk mall pun guard tak marah..
Lagipun senang nak jaga... Dia pandai behave! Hahahhahahah.....
 Waaaaaa.... Nak jugak beg tangan macam ni....
Haishhh susah betul bile catlover ni!

P/s : Baru tolong kawan fosterkan 2 ekor baby kucing...
Nasib dipujuk-pujuk ibu kucing AJ mau susukan budak kecik 2 ekor tu....

Baca Selanjutnya »

Review : Kari Kepala Ikan YKS @ Restoran Kampong Pandan (KKI_yks) Bikin Panas!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa penggemar kari kepala ikan kat sini??
Meh nak bagitau kari kepala ikan yang memang bikin panas kat KL ni....
Kari Kepala Ikan YKS @ Restoran Kampong Pandan (KKI_yks) yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng...
Sederet dengan Menara Ambank dan Megan Avenue II.....
Dulu AJ penah terbaca review yang tak berapa best mengenai restoran ni, kali ni AJ sendiri nak cuba...
Kite tengok macam mana pegi dia... =D
Untuk info, Kari Kepala Ikan YKS @ Restoran Kampong Pandan ni telah bertukar kepada management yang baru tau...


 Siapa yang kenal AJ sure tau yang AJ ni tak makan ikan dan hanya boleh telan beberapa jenis ikan je....
AJ cuma makan ikan pari, ikan keli goreng garing & ikan bilis yang juga digoreng garing...
Selain pada tu memang tak boleh diterima dek tekak.....

Sabtu lepas AJ terjah KKI_yks dengan geng #kelabbloggerbenashaari...
Masa tu memang dup dap dup dap jugak.....
Gila tak nervous? First time ever nak try kari kepala ikan kot....
Sampai sana staff KKI_yks tengah prepare hidangan untuk kami....
Kat sini AJ difahamkan ade 3 size kepala ikan yang dihidangkan untuk pelanggan...
Size S, M dan L... Haaaaa... Bukan baju je tau ade size, kari kepala ikan pun ade size dia....
Ikan yang digunakan biasanya ikan merah....
Kami semua dijamu dengan kari kepala ikan bersize L....
Memang besar gila.... Lebih besar dari 2 telapak tangan AJ...
Bile tenung lama-lama seram pulak! Hahahhahaha.....


 Bab rasa pulak AJ memang tak boleh tipu nak cakap tak sedap....
"Kalau orang yang tak makan ikan boleh makan ikan, korang rase sedap ke tidak?"
Table kitorang saje habis licin 2 kepala ikan..... Hahahhaha...
Biasenya kalau korang order kari kepala ikan kat KKI_yks ni, ianya akan dihidangkan dengan nasi, ayam goreng dan timun je... Kuah kari dia pun lain dari kuah kari untuk nasi kandar sebab menurut pengurus restoran En. Hamid akak Papa Black, mereka nak mengekalkan rasa dan kualiti kari kepala ikan yang dihidangkan...
Kalau banyak sangat dish yang dihidangkan bersama, nanti kurang umphhh lah kari kepala ikan tu....


Harga untuk sepinggan kari kepala ikan pun berpatutan....

Size S :
RM65
Size M :
RM80
Size L :
RM90

Pengurus restoran Papa Black bersama Abang Lutfy...

Muka tak sabar nak makan...
Nyum nyum....

Selain kari kepala ikan, Restoran Kampong Pandan ade jugak stall-stall yang sediakan makanan lain....
Ade satay, char kuew tiaw, ayam goreng spicy dan macam-macam lagi... =D
Kalau korang datang pada malam minggu ade team busking untuk menghiburkan korang dari 9-12 malam...
Sambil makan, sambil dihiburkan... Bestkan.... =D


Haaaaa... lagi 1 kat sini jugak port lepak-lepak geng-geng bikers okay...
Nak join TT dengan diorang bolehlah datang.....
Hehheheheh... Mr JR pun jumpa geng dah datang sini...
Pakej gitu... Dapat makan, dapat kawan eratkan silaturrahim.. =D

Antara kemudahan lain yang terdapat disini adalah surau dan juga 2 buah buah function room....
So kalau nak rase sendiri keenakan Kari Kepala Ikan Terbaik di Restoran Kampong Pandan, ataupun nak tau sebarang info lanjut boleh hubungi :

Alamat :
Kari Kepala Ikan YKS @
Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Sdn Bhd
No. 2 Lorong Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur. 
Waktu Operasi :
24 JAM
Tel :
+603 2161 2525 / +6018 325 2554
(En. Hamid aka Papa Black)
Facebook :
Kari Kepala Ikan YKS
FB fanpage :
karikepalaikan_yks
Instagram :
karikepalaikan_yks

Kat sini jugak AJ nak ucapkan ribuan terima kasih buat Papa Black pengurus Kari Kepala Ikan YKS @ Restoran Kampong Pandan dan En Lutfy atas kesudian menjemput AJ dan rakan-rakan blogger #kelabbloggerbenashaari menjamu selera kat sini....
Alhamdulilah... Semoga terus success!!!

Terliur? Motif gambar kat atas ni memang nak bagi korang terliur pun...
Hehehhehe.....

Last but not least.....

Geng #kelabbloggerbenashaari... Gadis-gadis je semua...
Hehhehehhe...

BIKIN PANAS tak BIKIN PANAS????
Memang BIKIN PANAS!
Terangkat woo kari kepala ikan dia..... =P

P/s : 1 lagi menu ikan yang berjaya masuk list...
Al-maklum AJ budak baru belajar... Hehhehehehe.....



Baca Selanjutnya »

Rolling In The Deep (Lirik)





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
 
Main-main pulak lagu ni dalam kepala AJ petang ni....
Bukanlah lagu baru pun....
Tapi dah alang-alang ade dalam kepala otak, AJ share sikit dengan korang...
Selamat mendengar... Sambil-sambil tu bolehlah nyanyi sekali...
Hehehhehehhe.....


 
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and it's bringing me out the dark
Finally I can see you crystal clear
Go 'head and sell me out and I'll lay your ship bare
See how I leave with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and its bringing me out the dark

The scars of your love remind me of us
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love they leave me breathless, I can't help feeling
We could have had it all (You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand (You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat (Tears are gonna fall, rolling in the deep)

Baby I have no story to be told
But I've heard one on you and I'm gonna make your head burn
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there 'cause mine sure won't be shared

The scars of your love remind me of us (You're gonna wish you never had met me)
They keep me thinking that we almost had it all (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
The scars of your love they leave me breathless, I can't help feeling
We could have had it all (You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand (You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat (Tears are gonna fall, rolling in the deep)

We could've had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it with a beating

Throw your soul through every open door
Count your blessings to find what you look for
Turned my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow

(You're gonna wish you never had met me) We could've had it all
We could've had it all (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
It all, it all, it all, (You're gonna wish you never had met me)
We could have had it all (You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside of your hand (You're gonna wish you never had met me)
And you played it to the beat (Tears are gonna fall, rolling in the deep)

We could've had it all (You're gonna wish you never had met me)
Rolling in the deep (Tears are gonna fall, rolling in the deep)
You had my heart inside your hand (You're gonna wish you never had met me)
But you played it, you played it, you played it, you played it
To the beat

P/s : Entri santai di petang hari...
Hhehehhehehe....
Baca Selanjutnya »

Sofeeya Diamond Kini Melebarkan Sayapnya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sofeeya Diamond bukan 1 jenama asing dalam pengeluaran produk kecantikan dan kesihatan terkemuka...
Antara rangkaian produk di bawah jenama ini D-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre....
Sebut nama duta dia mesti korang kenal punya... Siapa lagi kalau bukan Yana Samsudin kannn.... =D

Bermula dengan produk minuman kesihatan, D-collagen pada tahun 2013 yang mendapat permintaan yang tinggi dan memberansangkan, Sofeeya Diamond kini melebarkan sayapnya dengan usahasama bersama Ameelya Mekanik Beauty untuk menjadi rakan kongsi pemasaran
Kerjasama ini dijalankan bagi memasarkan produk pertama dari Ameelya Beauty adalah Pimple Pop khusus untuk masalah jerawat...
Tahniah buat Sofeeya Diamond dan Ameelya Mekanik Beauty!





Setiap produk yang dihasilkan Sofeeya Diamond akan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dan produk terbarunya adalah limited edition D-COLLAGEN yang diformulasikan dengan formula terkini CEREPRON F dari Jepun.
Kesemua rangkaian produk Sofeeya Diamond diiktiraf kerajaan melalui majlis perasmian oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah pada Mei tahun lalu....
Kalau nak tau pasal perasmian ni boleh klik sini...



Menurut En Hamka Shahar, pengasas Sofeeya Diamond permintaan terhadap produk d-collagen amat menggalakkan dan mencecah lebih 50,000 unit setakat Ogos tahun ini.
Malahan Sofeeya Diamond mensasarkan 150,000 unit d-collagen ada tahun akan datang dan eksport ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China sekaligus merealisasikan misi Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.

Pada sesi Teh Tarik bersama Yana Samsudin dan Sofeeya Diamond di Restoran Puteri taman Tun Dr Ismail sabtu lepas, para stokis dan pengedar yang menjadi tulang belakang Sofeeya Diamond telah diberikan bimbingan dimana mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan ilmu pemasaran produk untuk memiliki kekuatan jati diri dalam menempuh cabaran peniagan serta cara berniaga yang betul dengan bimbingan saudara Amir Faisal...



AJ bangga dapat ikut serta dalam majlis ni...
Selain dapat beramah mesra dengan duta produk dan pengasas Sofeeya Diamond serta agen-agennya, AJ dapat perkongsian ilmu yang bermanfaat... Siapa tau nanti AJ akan terjun ke bidang perniagaan kan...
Ilmu yang AJ dapat ni bolehlah AJ manfaatkan.. =D



Dalam santai teh tarik ini juga Jualan Amal Volume 1 telah dilancarkan dan produk yang dipasarkan adalah produk terbaru D-Collagen limited edition dan kolaborasi bersama Tudung Ayana iaiu jenama keluaran yana Samsudin sendiri..

Sebarang info mengenai produk Sofeeya Diamond layari :

Websitewww.sofeeyadiamond.com
Alamat : 3a25 Level 3A, Blok A,
No. 1 Jalan ss20/27,
Damansara Intan,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 016-6666619
Emel : sales@sofeeyadiamond.com

Dalam santai Teh Tarik bersama Yana Samsudin dan Sofeeya Diamond, ada lucky draw tau disediakan untuk peserta yang hadir....
AJ pun dapat jugak sehelai tudung Ayana.. Alhamdulillah lucky no 11... =D
AJ hadir pun bukan sorang je.. Dengan beberapa orang lagi geng #KelabBloggerBenAshaari....
Alhamdulillah... Dapat ilmu dan dapat hadiah sekali... =D
Seronok sangat...
AJ doakan semoga Sofeea Diamond dan juga rakan pemasarannya Ameelya Meknik Beauty serta Ayana sentasa success dalam bidang perniagaan....







Best!

P/s : Tak mekap pun cantik!

Baca Selanjutnya »