Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sabtu lepas bertempat kat Hotel De Palma Ampang, AJ berkesempatan join Bengkel Stylo Wawa Idris bersama Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertemakan Smart Santai.....
Ini merupakan pertama kali AJ join bengkel pembentukan imej yang telah di"conduct" oleh Puan Wawa Idris seorang perunding imej yang sangat dikenali....

Siapa Wawa Idris?



Wawa Idris merupakan seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah serta berpengalaman dalam mengenddalikan kursus dan seminar berkaitan pembentukan imej dan penjenamaan (personal branding)

Kepakaran Wawa Idris dalam tranformasi imej telah banyak diguna pakai oleh syarikat dan individu. Selain ketrampilan, beliau juga mengendalikan kursus berkenaan Komunikasi dan Protokol.
Menggunakan tagline Wow Attitude Wow Attire, beliau memiliki Master Degress dalam Komunikasi Korporat, menuntut Diploma di Style Coach Institute di London dan berpengalaman melebihi sedekad dalam bidang korporat dan Public Relation (PR).

Dalam Bengkel Style Wawa Idris ni kan banyak yang AJ belajar segalanya mengenai imej dan ketrampilan kita....
 Bagaimana cara untuk berpakaian mengikut kesesuaian majlis mengikut personaliti dan juga bentuk badan kita...
Selama ni AJ main belasah je ape AJ nak pakai.... Hehehehhehe.....
 Rupanya nak menampilkan imej kita ni taklah susah sangat..
Paling penting kita kena tau personaliti dan juga bentuk tubuh kita dengan lebih baik..... =D

Meh AJ nak share serba sedikit apa yang telah kami pelajari dari Bengkel Stylo ni....

1. ABC / SELFIE

A - Appearance (Penampilan)
B - Behavior (Kelakuan)    
C - Communication (Komunikasi)

Tau ke tidak setiap penampilan, kelakuan dan komunikasi kita menggambarkan siapa kita sebenarnya?
Dan first impression iaitu tanggapan pertama itu merupakan last impression orang lain terhadap kita?
Sebab tu ABC ni sangat penting dalam sebab dalam apa sahaja pertemuan segalanya mengenai kita diperhatikan....
Korang nak ke orang ingat korang dengan perkara yang tak berapa semenggah?
Mestilah tak nak kan?
So memang pentingnya kita menjaga penampilan, kelakuan dan cara kita berkomunikasi...

Caranya senang je... Kite SELFIE!

S -Stop comparing yourself
E - External perspective
L - List your awesome traits
F - Focus on achievement
I - Inner self
E - Embrace yourself



     
2. Personaliti


Terdapat 4 personaliti yang berbeza dalam imej dan cara kita berpakaian iaitu :

* Sporty / Natural
* Romantic
* Classic / Elegant
* Dramatic

Cara nak ketahui personaliti kita, setiap orang dalam bengkel perlu membuat ujian personaliti dengan menjawab beberapa soalan....
Dari situ, kami tau personaliti masing-masing....

Korang rasa AJ ape??? Hehehehheheheh.....
Yes right : DRAMATIC as always... =P
Ciri-ciri dia?? Tengoklah AJ pun macam mana kan.....


3. TOP

    T - Time (Masa)
O - Occasion (Majlis)
P - Place (Tempat)   

Haaaa.... Ini bukan iklan sabun TOP tau.... =D 
TOP perlu dititikberatkan oleh kita semua dalam membentuk imej...
Kita kena bijak memastikan apa yang kita pakai bersesuaian dengan masa, majlis dan tempat.....
    Kalau tersalah pilihan kita akan nampak janggal, silap-silap nampak selekeh dan mencacatkan tanggapan orang terhadap kita...
Nak ke macam tu?
   
4. Body Shape (Oh My Body!)

Tak semua pakaian dan corak bersesuaian dengan bentuk tubuh kita....
Lain orang, lain bentuk badannya... Tak semestinya apa yang nampak cantik dipakai, cantik pada tubuh kita....
 Oleh itu penting untuk kita kenali bentuk badan dan fizikal kita sama ada kita berbentuk
H, X, V, A atau O...

Gigih geng-geng KBBA mengukur nak dapatkan body shape & body type memasing.... =D

5. Aktiviti Mix & Match

Ini aktiviti yang paling AJ suka....
Setiap peserta bengkel diminta membawa 2 persalinan untuk dipadankan dengan personaliti dan aksesori....
Melalui aktiviti ini, peserta lebih peka dalam mengetahui apa yang kena dan tidak dalam penampilan dan imej....

 
 Okaylah, AJ rase takde lagi ilmu yang kitorang belajar aritu tertinggal....
Kalau nak tau lebih lanjut lagi, apa kata korang join Bengkel Stylo Wawa Idris....
AJ gerenti korang takkan rasa rugi dan seronok dalam bengkel tu...
Celoteh Wawa Idris, insyaallah takkan membuatkan korang bosan dan kering gusi.....
Kalau diberi peluang, AJ memang nak join lagi.... =D
 
Kat sini AJ juga nak amik kesempatan mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan event ni dan juga para sponsor yang bermurah hati menaja cenderahati dan hadiah buat peserta Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama KBBA.....

Dan juga sekalung Tahniah buat para peserta yang menang lucky draw serta mereka yang dinobatkan sebagai pemenang Best Dress kategori lelaki dan wanita....

Photography by Uncle Kay Photography 
 Cinematography by Kaio Studio 
Butik Chemboja
Salees Food
Mbh MediSpa
Ratu Jannah & Raja Jannah
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan

Info : 

Instagram : @WawaIdris_ImejPatik 
Website : www.wawaidris.imejpatik.com


WOW Virtue Training & Image Consultant
Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara Keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 /  +603.2116.9619 
Fax: +603.2116.5999


Okay, jom tengok lagi gambar....
Kredit buat photographer dan juga rakan-rakan KBBA yang sudi share gambar sekitar Bengkel Stylo Wawa Idris Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari!





Pemenang Best Dress Lelaki : Najeeb dan PCL 

 
Pemenang Best Dress Perempuan : AJ dan Mar 
 
Group photooo!!!


P/s : Bengkel yang bermanfaat untuk semua... =D
 
Baca Selanjutnya »

Majlis Perlancaran Samsung Galaxy Note5


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

3 September 2015 secara rasminya Samsung Malaysia Elektronics telah melancarkan Samsung Galaxy Note5 terbaru bertempat di Orange LG Concourse, Sunway Pyramid...


Peranti ini telah dibentuk dan telah dipertingkatkan fungsinya dengan ciri-ciri berikut :
*Lebih nipis dan ringan
*Teknologi skrin terbaik bersaiz 5.7 inci
*Kualiti kamera yang lebih baik untuk menghasilkan gambar atau video yang berkualiti (13MP - back camera / 5 MP - front camera)

*Caj berwayar dan tanpa wayar yang lebih pantas
*Prosesor 4GB RAM yang sangat berkuasa
*S-Pen automatik yang dipertingkatkan dari keluaran yang lepas


Duta Samsung Galaxy Note Datuk Lee Chong Wei juga turut sama hadir di Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Note5


5 ikon bagi setiap legasi Samsung Galaxy Note dari 2011 sehingga ke 2015 turut serta memeriahkan majlis iaitu :

Yuna (Samsung Galaxy Note 1 dan 2),

Aaron Aziz (Samsung Galaxy Note 3),

Lynn Lim dan Tiara Jacquelina (Samsung Galaxy Note 4),

JinnyBoy dan Rueben (Samsung Galaxy Note 4 & 5)



Dan hari ini 4 September 2015 korang kene datang Consumer Launch tau!!!
Ade promosi beli 1 Galaxy Note5 dan enjoy diskaun 50% kalau beli lagi 1 okayyyy.....
100 orang pertama je tau....
Hanya di Roadshow kat bawah ni :


100 units at Orange Concourse, Sunway Pyramid (KL)
50 units at Main Concourse, Gurney Plaza (Penang)
50 units at Level 3 Concourse, Sutera Mall (Johor)

Datang jangan tak datang!!!

Kalau korang hadir ke roadshow kan, korang berpeluang untuk membeli Note5 dan mendapat battery pack dan wireless charger berharga RM538 secara PERCUMA.....
AJ ulang, PERCUMA okay!!!!!


Selain tu pengguna Note 1, 2, 3 dan 4 juga boleh trade-in Note korang kepada Samsung Galaxy Note5 baru jugak bermula hari ni sehingga ahad ni....

Jom tengok sendiri kemeriahan sekitar Media Launch dan Consumer Launch...
AJ pun ade tau....

Media Launch

Consumer Launch
Orang ramai beratur untuk mendapatkan telefon pintar mereka...

Info :
www.samsung.com/my/galaxy/note5 
bit.ly/myGalaxyNote5Launch

P/s : I want it, I want it!!!

Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Abah!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

25 Ogos lepas Hari Lahir Abah AJ yang ke-61...
So macam tetiap tahun AJ akan bawak family AJ pegi makan-makan.....
Tahun ni kitorang pegi Restoran Tupai-Tupai dekat dengan Dewan Bahasa tu je since birthday Abah pun jatuh hari keje kan...
Kalau nak pegi yang jauh sikit, jalan confirm jem.....

AJ sampai awal sikit kat Restoran Tupai-Tupai tu....
Sempatlah suruh staff diorang simpankan kek yang AJ beli kat kedai kek bawah ofis tu...
Gigih bawak kek naik motor kau... Hehehehhehe...
Birthday Abah kali ni, Mr. JR pun join sama....


Dalam pukul 8 malam tu Abah, mak , kakak dan 2 orang anak buah AJ pun sampai....
AJ pilih untuk makan Ala Carte...
Kat situ ade steamboat buffet jugak...
Tapi AJ taknak sebab nanti bukan makan sangat....
Rasanya AJ sorang je kot yang kuat makan kat situ... Hahahhahahha.....

Kami order beberapa jenis lauk dan jus buah...
Seronok pulak perasaan bila dapat treats family AJ makan-makan....
Abah orang paling seronoklah malam tu...
Al-maklum birthday boy kan... memang rase special sikitlah..... =D



Habis makan tu saje AJ berlengah-lengah...
Nak surprise kan Abah dengan kek pulak... Dia pulak duduk menghadap tempat orang lalu lalang...
Sure nampak punya..
Nasib AJ ade partner in crime yang duk alihkan perhatian Abah sementara AJ minta staff dioarng bawakkan kek...
Masa nyanyi lagu birthday tu nampak riak muka Abah terkejut...
Alhamdulillah menjadi jugaklah kek surprise tu..
Hehehheheheh.....




Selamat Hari Lahir Abah..
Adik doakan Abah panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki....
Takde hadiah mahal yang mampu Adik bagi...
Makan-makan je la..... Tapi bila tengok Abah punya senyum, Adik tahu Abah happy kan kan kan???
Alhamdulillah....



P/s : Kalau ade rezeki lebih memang AJ suka ajak diorang gi makan.... =D
Doakan AJ sentiasa ade rezeki ye korang!


Baca Selanjutnya »

Aplikasi Smule Buat Si Gila Karaoke!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape kat sini suka karaoke??
Angkat tangan!!!
AJ salah sorang rakyat jelata yang gila karaoke...
Tapi suara memang tak sedap langsunglah! Korang dengar sure nangis...
Hahahhahahaha...

Baru ni AJ tertengok video Zulin Aziz ngan Ariz Forteen yang kawan AJ share...
TERtengok tau!
Pastu tertarik pulak dengan apps yang diorang guna....
AJ pun tanpa segan silu duk download....
Nama Apps tu SMULE...


Tapi yang tak bestnya apps ni kene bayar baru best guna..
Kalau yang basic tu tak banyak pilihan lagu pastu nak nyanyi free kene open call or join berduet dengan orang lain..... Huhuhuhuh...
 So AJ pilih untuk bayar apps tu...
RM35 untuk setahun....
Membazir?? AJ rasa kalau korang suka karaoke, tak membazir kot.....
Lagipun kalau gi pusat karaoke pun dah berapa RM kan per session...
Hehehhehehe...

Seronok jugak bila AJ download apps ni....
Dalam tu macam-malam lagu ade, english, malay, k-pop pu ade tau!
Tapi i is tak layan k-pop... mak lidah melayu uolss... Hahahha...
Kalau dah bosan sangat AJ bantai melalak kat situ..... Terhibur jugaklah hati sendiri... =P
Hahhahaha... Suara??? Janganlah korang nak cuba-cuba dengar..
Memang kelaut peginya... =P

Jangan follow kalau takmo menyesal atau dilanda kemurungan... hahhahahahaha....

Apa lagi??
Pegilah cuba try test download....
Bolehlah kite berduet sesama nanti... Hhehehhe...

P/s : Hujan oh hujannnn.... Hahahhaha....

Baca Selanjutnya »