Potong Jugak Akhirnyaaaa.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Dah dekat sebulan sebenarnya AJ berkira-kira nak potong rambut pendek....
Sebabnya AJ cam dah bosan sikit berambut panjang....
Yelah, last AJ potong pendek raya tahun 2011/12 kot....
Lepas pada tu memang tak penah potong dah.....
Dan lagi 1 yang buat AJ tak potong bile ade yang membangkang... Mr.JR lettew... =P

Lepas tu recently ni perasaan ngengade nak potong rambut tu menjadi-jadi pulak....
Beriya la meng"google" fesyen rambut pendek pastu tunjuk kat mereka-mereka yang berkenaan tanye pendapat....
Tapi takmo la yang pendek sangat....
Medium length je la...=D
Tu pun dalam masa duk nak potong tu still fikir lagi + pujuk orang tu bagi AJ potong rambut!
Alasan malas nak manage rambut lah, rambut sebelah bawah tu rosak semua la....
Tapi memang betul pun...
Tabiat mewarna rambut AJ tu selalu buat hujung rambut AJ agak keras....
Tapi bahagian atas selalunya ok je.... =)

Before...

Semalam balik keje, AJ terus pegi salon dekat building ofis ni....
Perasaan masa tu cam nak called-off pun ade....
Dia cam nak potong, taknak potong....
Sampai salon AJ terus cakap nak cuci ngan potong....
Hairstylist tu pulak boleh tanye "Tak sayang ke nak potong pendek?"
Waaaaaa.... AJ cakap dengan dia "Janganlahhh.... Sayang memang sayang... I 50% je ni..." terus dia gelak....
Haku dahlah tengah nervous ngan 50-50 je lagi.... Boleh pulak dia tanye....
Tapi AJ nekad... AJ cakap "Takpelah, potong je... Rambut boleh panjang balik...."
Best kan ayat penyedap hati.....? =P
Sambil dia tengah potong tu, AJ cam jeling-jeling jugak rambut yang dia dah potong....
Hahahahaha.... Nampak-nampak? Konon nekad! =P

Akhirnya....
Ni la hasil menuai rambut.....


Yayyyy... Finallyyyy.....
Nasib hairstylist tu pandai stylekan rambut AJ....
Sebab tu AJ repeat balik gi salon tu...
Sebelum balik tu ade orang cakap dia dating ngan awek baru.... Cheittt....

P/s : Old me with new hairstyle! =D


Baca Selanjutnya »

C-Jello Collagen Jelly Bar (#SSAYUEJEAN)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Penah dengar tak pasal C-Jello Collagen Jelly Bar??
To be truth, ni memang pertama kali AJ dengar mengenai produk ni....
Jom AJ kenalkan korang dengan produk ni dulu... =D

Apa itu C-Jelly Collagen Jelly Bar?


C-Jello merupakan jeli kolagen yang bertindak untuk membantu pemulihan kulit bagi mengekalkan keremajaan dan menaikkan seri kulit wajah kita....
Merupakan jeli kolagen yang pertama yang didatangkan secara eksklusif dari Korea..
Korea sememangnya terkenal dengan pelbagai penghasilan produk-produk kecantikan..
Dan sebab tu jugak AJ taknak lepaskan peluang untuk mencuba.... =D

Diperbuat daripada 18 nutrien seperti
  • German Fish Collagen (Hydrolysed Collagen)
  •  Artichoke Extract (Cynara Scolymus Leaf Extract)
  • Mulberry Extract (Morus Alba Leaf Extract)
  • Vitamin C (Ascorbic Acid)
  • Rice Bran Extract (Oryza Sativa Bran Oil)
  • Gardenia Yellow (Gardenia Jasminoides Fruit Extract)
  • Hyaluronic Acid Mixture (Sodium Hyaluronate)
  • Purified Water (Aqua)
  • Locust Bean Gum (Hydrolyzed Ceratonia Siliquo Gum Extract)
  • Carrageenan Gum (Carrageenan)
  • Anhydrous Citric acid (Citric acid)
  • Xanthan Gum
  • Fructooligosaccharides
  • Crystalline Fructose (Fructose)
  • Sodium Citrate
  • Pear Concentrate (Pyrus Pyrifolia Fruit Extract)
  • Peach Concentrate (Prunus Persica Fruit Extract)
  • Melon Concentrate (Cucumis Melo Inodorus Fruit Extract)

C-Jello juga terbukti mampu memberikan 18 manfaat kepada kulit seperti : 
  • Membantu penghadaman
  • Memulihkan tompok-tompok hitam
  • Mencerahkan kulit
  • Meningkatkan kelembapan dan tahap penghidratan kulit
  • Meningkatkan sistem immunisasi
  • Memberikan tenaga
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memberikan kesan pemutihan kulit yang lebih baik
  • Menghalang penghasilan melanin
  • Rendah kalori, kaya dengan nutrien penting dan vitamin
  • Menyerlahkan Awet muda
  • Menyihatkan sendi dan ligamen
  • Menyihatkan rambut dan mengukuhkan kuku
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Kaya dengan peptida dan antioksidan, anti karnisogen
  • Mengurangkan kehilangan kalsium
  • Meransang pertumbuhan kolagen
  • Meningkat kesihatan secara menyeluruh
banner

Cara pengambilan C-Jello Collagen Jelly Bar


Sesuai untuk mereka yang berumur 7 tahun keatas.
Dewasa : 1 sachet, 2 kali sehari (15 tahun dan keatas). Maksima 4 sachet sehari
Kanak-kanak : 1 sachet, sekali sehari (7 - 14 tahun)

Sebab AJ nak cuba C-Jello Collagen Jelly Bar

Tahun ni usia AJ dah berganjak ke 29 tahun... T_T
So bila usia dan makin meningkat, masalah kulit pun mula kelihatan...
Antaranya garis-garis halus dah mula kelihatan terutama disekitar bawah mata dan dahi......
Kulit AJ jugak kusam, tak sekata, dan kering.... =(
Tak percaya korang boleh tengok sendiri gambar AJ....


Auchh.... Agak susah sebenarnya bila kene reveal hakikat wajah sendiri.. Huhuhuh...
Sebab tu AJ selalu touch-up2 sikit bila kemana-mana....
Paling tidak pun berbedak dan lipgloss.... Rase kurang berkeyakinan bila tak pakai mekap.... =(

Kalau nak tau sejauh mana keberkesanan produk C-Jello Collagen Jelly Bar ni, tunggu review AJ selepas 2 minggu mengamalkannya.....
Tunggu tau!
AJ harap hasilnya tak mengecewakan.... =D 
Till we meet again! Daaaaa ~~~~

Let see what you can do.... =D

P/s : I'm so excited!

Baca Selanjutnya »

Trend Fesyen Muslimah Terkini


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
 

Dalam dunia fesyen, AJ dapat lihat trend fesyen busana Muslimah terkini cukup pantas berkembang di pentas-pentas peragaan tempatan....
Trend ini juga semakin mendapat perhatian bukan sahaja dari dunia peragaan tempatan, malahan turut mencuri perhatian di peringkat global atas usaha penggiat industri fesyen...
Kemunculan ramai pereka fesyen tempatan juga turut mencetuskan revolusi baharu dalam dunia fesyen.. Penglibatan nama-nama besar dalam mengetengahkan fesyen Muslimah ke peringkat antarabangsa membuahkan hasil kerana ianya mula mendapat tempat dan semakin diterima ramai tanpa mengira kaum dan agama....
Para pencinta fesyen tanah air juga telah menyaksikan kebangkitan trend gaya Muslimah dalam skala yang cukup besar...

Populariti trend pakaian Muslimah telah meningkat naik dengan penambahan beberapa unsur yang menampakkan lagi keistimewaan sesuatu rekaan busana Muslimah itu...
Para pereka fesyen kita juga muncul dan akan terus menghasilkan koleksi busana Muslimah daripada pakaian tradisional wanita yang biasa ditambahkan dengan unsur-unsur lebih komersial..

Dress Muslimah boleh didapati dengan rekaan yang lebih moden dan stylish kini membuka lebih banyak peluang untuk kita sebagai pembeli memilih...
 Menggayakan busana Muslimah moden sangat mudah jika kita memberikan sendiri sentuhan kreatif untuk gaya yang lebih menyerlah dan selesa dengan menyesuaipadankan busana Muslimah dengan aksesori bersesuaian seperti mengenakan tudung terkini ataupun shawl, bangle, bracelet, handbag atau clutch dan tidak dilupakan juga sepasang kasut pilihan anda sama ada ballerina flat, wedges ataupun high heels....
Macam AJ sendiri, AJ sukakan rekaan busana Muslimah yang lebih simple sebab AJ suka bereksperimen macam suaipadankan dengan rantai dan subang.... =D
Kalau untuk event-event dinner atau pada sebelah malam kan, AJ suka yang lebih berperincian...


Kini, anda tak perlu lagi bersusah payah untuk keluar bagi mendapatkan pakaian wanita terkini kegemaran kerana koleksi busana Muslimah yang paling cantik dengan harga yang murah boleh didapati di butik fesyen Muslimah online yang mempunyai koleksi pakaian tradisional wanita yang sangat besar dengan ratusan jenama terkenal...
 Mudah kan? hanya dengan 1 klik memiliki koleksi fesyen Muslimah terkini bukan lagi sesuatu yang mustahil... =D

P/s : AJ pembeli online tegar...

Baca Selanjutnya »

Realitinya.......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu ni 2 orang tag AJ untuk bende yang lebih kurang sama...
Eh yeke??? Hahahahaha...
Okaylah... Lepas ni AJ diet mata ek....
Diet makan tak boleh.... =P



Gambar-gambar kat atas ni yang diorang tag AJ kat FB....

Tapi memang ade betulnya jugak ape yang diorang tag tu...
AJ ni kuat makan, tapi badan macam tu jugak....
Yang naik pun pipi je.... Hahahahaha....

 P/s : I is om nom nomnivor... =P

Baca Selanjutnya »

1 Syawal 1436H / 2015


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri raya yang dalam entri sebelum ni cakap tengah mengarang...
Karang punya karang, nah 3 hari kemudian baru entri keluar...
Hahhahahhaha.... 

Perkara pertama, Ku pohon restu Ayah Bonda....

 Family photo! =D

1 Syawal macam kebiasaannya AJ akan beraya dekat KL je....
Kebanyakan family sebelah mak AJ memang ade kat KL....
So, hari raya pertama rumah AJ memang rumah pertama yang dikunjungi.....
Makanya penuhlah teratak Abah dan Mak dengan sanak saudara... =D
 Tapi tahun ni macam tak berapa ramai sangat....
Cousin AJ beberapa orang tak dapat datang...
Ade yang anak admit kat hospital dan ade yang balik sebelah mertua....
Tapi kemeriahan raya tu tetap juga ada....

Sakan memasing bila nampak kamera! 
Siap ade yang belum pakai baju raya pun... Ngeh ngeh ngeh...

Lepas rumah AJ kami akan bergerak pulak ke rumah adik-adik Mak...
Tak jauh pun semua kat area flat AJ tu jugak.....
Senang sangat kalau nak datang beraya pun..... =D



Dah habis beraya rumah saudara mara, baru balik kat rumah tunggu tetamu lain yang datang..
Malam tu pulak kawan-kawan AJ dan Mr.JR datang beraya....
Tahun ni merupakan pertama kali Mr.JR raya kat rumah AJ....
Macam tahun-tahun sebelum ni, bila hari raya je dia kene keje tapi tahun ni shift dia malam....
So sempatlah dia singgah rumah sebelum masuk keje....
Kalau tak tengah hari raya je mesti AJ hantarkan lauk... =D

My extended family - kawan masa susah dan senang....
Alhamdulillah..


My partner in crime...
Tetibe gambar nampak macam "shy-shy cat!" Cheissss! =P

So macam tu lah al-kisahnya raya pertama.....
Kat KL dan area-area rumah je.... =D
Seronok raya kat KL  ni.... Jalan lengang je....
Seketul jem takde... Hehehehehehe.....

Jom tengok gambar dulu.. =D

Okay dah.... Sorry ter"blast" banyak pulak gambar raya...
Hehehehhehe...

P/s : To be continue dengan entri raya kedua pulak....
Tapi tak taulah berapa hari pulak... =P
 
Baca Selanjutnya »