Selfie Raya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

A Pieces of Eid Mubarak's
#SelfieRaya is a must!
Kannnnn.....

Rasanya semua orang ade masing-masing punya selfie raya....
AJ pun tak terkecuali.... Hehehehehe....
Dah kate "Queen of Selfie"... <---- Istilah ni kawan-kawan AJ la yang gelar....
Tak sah budak sorang ni kalau tak berselfie... 😜

Nah ni dia teaser bagi entri raya AJ....
Memule selfie, lepas tu kemain banyak wefie....
Tapi yang tu next entry raya la ye.....

 Raya pertama...

Raya kedua...

Raya ketiga...

Kenapa sampai raya ketiga je?
Sebab 3 hari tu je la AJ gi beraya pun....
Raya keempat onwards sampailah AJ start keje, duk rumah or lepak dengan kawan-kawan je...
Baju raya pun ade 2 pasang lagi belum pakai....
Errrr.... Actually 2 pasang ++, ade baju yang AJ beli last weekend.... Shopping lepas raya kate kooo.....

Eh! Konon nak bebel sikit je pasal selfie raya....
Penyudahnya melarat pulak celoteh + bebelan AJ ni.....
Ok daaaaa.... 🏃🏃🏃

P/s : Tengah mengarang entri raya...
Hehehehehehe.... =D

Baca Selanjutnya »

Iftar Dengan Team Denaihati Network


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, AJ sempat meluangkan masa bersama team Denaihati Network di Caurosel, Palace of The Golden Horses 14 Julai yang lepas.....
Terima kasih Tuan Haji Amir dan teamnya yang sudi menerima kehadiran AJ....

Iftar ni santai je.... Ada beberapa orang blogger yang turut sama hadir....
Selain makan, macam-macam kami semua berkongsi cerita....
Pasal blog, pasal hal-hal semasa, pasal bisnes.....
Masa tu jugak AJ dapat rasa Codi Belle dan Codi Cafe.....
Sedapnyaaaa.. Insyaallah lepas raya nanti AJ nak join diorang consume dengan produk Codi ni.....

Masa iftar ni pulak AJ semeja dengan Abg Kid, Deqnoor..
So makan memang takde control-control dah since diorang pun sedia maklum AJ ni buruk lantak!
Hahahahhahahahha....
Dari masakan melayu, western, kambing, daging semua AJ try.... Kihkihkih....
Alhamdulillah.... Kenyang perut AJ dan partner in crime, Mr.JR....

Lagi sekali terima kasih buat Tuan Haji Amir dan team Denaihati Network sudi berkongsi dengan AJ....
Alhamdulillah... Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian nanti....

Gambar pun tak banyak yang AJ amik....
Mehlah AJ belanja sekeping dua gambar....


Last but not least,
Partner in crime!


P/s : Dah abis dah episod iftar....
Nanti AJ buat entri raya pulak ye... =D

Baca Selanjutnya »

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masih lagi dengan entri Iftar yang tak abis lagi....
Heheheeee....

13 Julai AJ dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di JW Marriot Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.....
Majlis ini diadakan dengan usaha sama Amelfawz Beaute, Mefmoda dan Serangkai Kreatif dianjurkan bersama FS Medical dengan kerjasama Cool Hijab.....
Terima kasih buat Halim dari HaiBlogger! sebab sudi jemput AJ.....


Majlis bermula seawal jam 5.30 petang....
AJ pukul 5 dah sampai dah.....
Maklumlah time tu jalan pun tak berapa jem dan dekat dengan ofis.....
Anak-anak yatim dan Asnaf yang diraikan pula sampai tak lama selepas tu....
Mereka semua datang dari 3 buah rumah kebajikan yang berlainan.....
Iaitu dari Rumah Titian Kasih, Rumah Darrul Kifayah dan Rumah Limpahan Kasih...
Alahai... Comel sangat anak-anak syurga ni.....
Sejuk mata AJ memandang..... Dalam pada sejuk, sinar mata diorang tu ade yang buat hati kecil AJ ni terusik...
Tak dapat nak gambarkan macam mana......


Majlis ni memang santai je....
Berbuka dan penyampaian sedikit cenderahati serta duit raya buat anak-anak syurga....
Seronok betul tengok anak-anak tu punya senyuman tau....
Lebih kurang 9 malam, majlis bersurai....

Macam biase jom kite tengok gambar yang sempat AJ snap semasa majlis tersebut berlangsung....


Okay last.......
Nak tanye ni, comel tak cik puan tanah??
#Ehhhh =P


P/s : 1 lagi entri Iftar yang AJ nak share dengan korang....
Lepas tu Raya! Yeayyy!!!!

Baca Selanjutnya »

Majlis Iftar P1 OMANITE 2015


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

8 Julai lepas AJ dijemput ke Majlis Iftar P1 OMANITE 2015...
Jom kita intai apa yang berlaku di sepanjang majliis tersebut....


Seawal 6 petang ramai dah mula membanjiri Holiday Inn Kuala Lumpur kat Glenmarie....
AJ antara orang petama yang sampai....
Yelah keluar ofis dalam pukul 4.45 petang, so jalan masih lancar tak berapa nak jem....
Sampai kat sana, AJ terus register dan 50 orang pertama yang register dapat complimentary 2 tiket wayang...
AJ pegi dengan partner in crime AJ, sape lagi kalau bukan Mr.JR....


Selain blogger, pihak P1 juga ade menjemput beberapa orag anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Sakinah.....
Comel sangat adik-adik tu....


Kat sana ade beberapa aktiviti yang diadakan...
Antaranya contest selfie dan wefie Instagram, penyampaian duit raya untuk anak-anak yatim dan juga pakaian terbaik (best dress)
AJ nak bagitau, antara semua diatas.... 1 pun AJ tak menang...
Kahkkahkah.... =P
Tak lupa, majlis diacarakan oleh seorang artis tanah air yang sangat humble dan ramah....
Sape lagi kalau bukan Atilia Haron....
Orangnya, alahai kecik molek je.... Rasenya lagi kecik pada AJ kot...
AJ suka tengok celoteh dia tu.. Santai dan bersahaja je....


Sepajang majlis, kami semua dihiburkan dengan persembahan dari Band Dischord yang mendengangkan beberapa buah lagu termasuk lagu hari raya....

Lebih kurang pukul 9 malam, majlis bersurai....
Di kesempatan ni AJ nak ucapkan tahniah kepada korang yang bertuah sepanjang Majlis Iftar P1 OMANITE 2015.....
Agak-agaknya nati P1 ade buat majlis hari raya tak?
Hehehhehehe.....

Okaylah jom layan gambar....


P/s : Puasa dah tamat, baru kuar entri bukak puasa AJ oiiii!

Baca Selanjutnya »

Raya Raya Raya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Hi blog dan hi korang!
Lama betul AJ tak jenguk blog..... Entri berbuka puasa pun tak abis tulis lagi.....
Beberapa minggu sebelum raya AJ agak sibuk....
Dengan kerja, majlis berbuka puasa dan persiapan raya semua.....
Alhamdulillah before raya settle semua.... Hehehheheh...

Raya ni AJ cuti seminggu terus....
Bukanlah beraya sakan, tapi sambil beraya sambil rehatkan diri dari kesibukan kerja.. =D
Raya pertama dan kedua, AJ raya kat KL...
Raya ketiga AJ beraya kat Perak..
Semalam AJ duduk rumah je... Tak kemana pun....
Penat balik kampung..... Hehehhehhe..
Balik tu jalan jem kot... Mau tak penat...
Jadi penumpang pun dah penat, ni kan pulak Abah yang drive kan....
Insyaallah kalau takde aral, weekend ni AJ nak balik Melaka pulak....

So raya korang macam mana?
AJ tengok kat fb, ig memasing meriah duk tayang gambar raya ye...
Sakan no korang..
Nanti AJ buat entri raya AJ pulak ok....
Sekarang ni nak settlekan entri yang pending-pending tu dulu.... =D

Okaylah, till we meet again....
Nah belanja 1 gambar.....
Hehehhhee....


P/s : Raya, raya, raya!

Baca Selanjutnya »