Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masih lagi dengan entri Iftar yang tak abis lagi....
Heheheeee....

13 Julai AJ dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di JW Marriot Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.....
Majlis ini diadakan dengan usaha sama Amelfawz Beaute, Mefmoda dan Serangkai Kreatif dianjurkan bersama FS Medical dengan kerjasama Cool Hijab.....
Terima kasih buat Halim dari HaiBlogger! sebab sudi jemput AJ.....


Majlis bermula seawal jam 5.30 petang....
AJ pukul 5 dah sampai dah.....
Maklumlah time tu jalan pun tak berapa jem dan dekat dengan ofis.....
Anak-anak yatim dan Asnaf yang diraikan pula sampai tak lama selepas tu....
Mereka semua datang dari 3 buah rumah kebajikan yang berlainan.....
Iaitu dari Rumah Titian Kasih, Rumah Darrul Kifayah dan Rumah Limpahan Kasih...
Alahai... Comel sangat anak-anak syurga ni.....
Sejuk mata AJ memandang..... Dalam pada sejuk, sinar mata diorang tu ade yang buat hati kecil AJ ni terusik...
Tak dapat nak gambarkan macam mana......


Majlis ni memang santai je....
Berbuka dan penyampaian sedikit cenderahati serta duit raya buat anak-anak syurga....
Seronok betul tengok anak-anak tu punya senyuman tau....
Lebih kurang 9 malam, majlis bersurai....

Macam biase jom kite tengok gambar yang sempat AJ snap semasa majlis tersebut berlangsung....


Okay last.......
Nak tanye ni, comel tak cik puan tanah??
#Ehhhh =P


P/s : 1 lagi entri Iftar yang AJ nak share dengan korang....
Lepas tu Raya! Yeayyy!!!!

Baca Selanjutnya »

Majlis Iftar P1 OMANITE 2015


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

8 Julai lepas AJ dijemput ke Majlis Iftar P1 OMANITE 2015...
Jom kita intai apa yang berlaku di sepanjang majliis tersebut....


Seawal 6 petang ramai dah mula membanjiri Holiday Inn Kuala Lumpur kat Glenmarie....
AJ antara orang petama yang sampai....
Yelah keluar ofis dalam pukul 4.45 petang, so jalan masih lancar tak berapa nak jem....
Sampai kat sana, AJ terus register dan 50 orang pertama yang register dapat complimentary 2 tiket wayang...
AJ pegi dengan partner in crime AJ, sape lagi kalau bukan Mr.JR....


Selain blogger, pihak P1 juga ade menjemput beberapa orag anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Sakinah.....
Comel sangat adik-adik tu....


Kat sana ade beberapa aktiviti yang diadakan...
Antaranya contest selfie dan wefie Instagram, penyampaian duit raya untuk anak-anak yatim dan juga pakaian terbaik (best dress)
AJ nak bagitau, antara semua diatas.... 1 pun AJ tak menang...
Kahkkahkah.... =P
Tak lupa, majlis diacarakan oleh seorang artis tanah air yang sangat humble dan ramah....
Sape lagi kalau bukan Atilia Haron....
Orangnya, alahai kecik molek je.... Rasenya lagi kecik pada AJ kot...
AJ suka tengok celoteh dia tu.. Santai dan bersahaja je....


Sepajang majlis, kami semua dihiburkan dengan persembahan dari Band Dischord yang mendengangkan beberapa buah lagu termasuk lagu hari raya....

Lebih kurang pukul 9 malam, majlis bersurai....
Di kesempatan ni AJ nak ucapkan tahniah kepada korang yang bertuah sepanjang Majlis Iftar P1 OMANITE 2015.....
Agak-agaknya nati P1 ade buat majlis hari raya tak?
Hehehhehehe.....

Okaylah jom layan gambar....


P/s : Puasa dah tamat, baru kuar entri bukak puasa AJ oiiii!

Baca Selanjutnya »

Raya Raya Raya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Hi blog dan hi korang!
Lama betul AJ tak jenguk blog..... Entri berbuka puasa pun tak abis tulis lagi.....
Beberapa minggu sebelum raya AJ agak sibuk....
Dengan kerja, majlis berbuka puasa dan persiapan raya semua.....
Alhamdulillah before raya settle semua.... Hehehheheh...

Raya ni AJ cuti seminggu terus....
Bukanlah beraya sakan, tapi sambil beraya sambil rehatkan diri dari kesibukan kerja.. =D
Raya pertama dan kedua, AJ raya kat KL...
Raya ketiga AJ beraya kat Perak..
Semalam AJ duduk rumah je... Tak kemana pun....
Penat balik kampung..... Hehehhehhe..
Balik tu jalan jem kot... Mau tak penat...
Jadi penumpang pun dah penat, ni kan pulak Abah yang drive kan....
Insyaallah kalau takde aral, weekend ni AJ nak balik Melaka pulak....

So raya korang macam mana?
AJ tengok kat fb, ig memasing meriah duk tayang gambar raya ye...
Sakan no korang..
Nanti AJ buat entri raya AJ pulak ok....
Sekarang ni nak settlekan entri yang pending-pending tu dulu.... =D

Okaylah, till we meet again....
Nah belanja 1 gambar.....
Hehehhhee....


P/s : Raya, raya, raya!

Baca Selanjutnya »

Live Update : Majlis Iftar P1 OMANITE 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

2 minggu lepas AJ dapat jemputan dari P1 untuk Majlis Iftar P1 OMANITE 2015....
Terima kasih kepada P1 atas kesudian jemput AJ lagi menghadiri event P1....
Majlis Iftar P1 OMANITE berlangsung di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie....


Sampai sini AJ tengok ramai rakan-rakan blogger yang hadir dengan pakaian yang berwarna-warni.....
Ini mesti nak beat untuk "Best Dress" ni... Hehehheheh.....
Suasana kat sini meriah sangat... Dah rase macam raya pun ye jugak....
Semua tengah amik mood pre-raya ni.....
Dengar pulak dendangan lagu raya, lagi membuak-buak rase nak raya tu kannn..... =P

Banyak akitiviti dan sajian makanan yang sedap-sedap dihidangkan untuk kami kat sini...
Puas tekak wa baq ang.....

Kalau nak tau apa aktiviti dan siapa yang bakal menang best dress, korang tunggu AJ punya next entry okay......
Nak tau meriah tak meriah, check this out!
AJ payung beberapa keping gambar... =D


 Okay cukup.....

P/s : AJ ni kalau gi keje jarang pakai baju kurung, sebab nak join Iftar P1 OMANITE AJ berbaju kurung...
Ofismate semua cakap macam dah raya... Cheiitttt!
Hahahhahahahhaa....



Baca Selanjutnya »

Projek Biskut Raya AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lebih kurang 2 minggu je lagi dah nak raya... Cepat gile masa berlalu...
Persiapan raya AJ dah 80 peratus siap kot....
Sabtu lepas AJ dah redah Jalan TAR beli tudung untuk mak dengan baju melayu Abah dan Mr.JR....
Fuhhh.... Lega rasanya....
AJ malas nak beli last minute..... Nanti susah nak cari size ngan kaler....
Tapi memang kalau beli last minute tu harga runtuh kow-kow.....
Btw, thanks Mr.JR tolong ikut like every year padahal dia kurang gemar gi tempat-tempat yang crowd gile ni.... Dan ade tolong bayar jugak! Hahahahhaha....
Ehhhh... Tersasar pulak cerita.... =P

So 1 part dah settle... Sekarang AJ dah start projek biskut raya pulak...
AJ jaranggggggggg sangat beli biskut raya... Kalau beli pun kerepek camtu je.....
Or bile dah memang tak sempat sangat nak buat biskut raya.... =(
AJ lagi suka buat biskut sendiri.... Lagi puas hati dari beli...
Sedap ke, tak sedap ke dah tentu dari hasil air tangan kita sendiri....
Beli pun mahal jugak.... Nak pulak dengan keadaan ekonomi sekarang... Rakyat didahulukan kate ko!
Nasib baik harga barang bakery still okay... Masih dalam bajet walaupun GST di mana-mana....
#SyukurSelalu (Tak tau sejak bila AJ mula jadi sarcastic ni...) Hahahhahaha.....

Hari ahad lepas AJ dan kakak dapat siapkan 3 jenis kuih.....
Bab projek biskut raya ni AJ tukang adun, uli dan bentuk.... Kakak AJ pulak bab prepare dan bakar dalam oven.....
Dugaan sungguh buat kuih siang hari ni.....
Nak rase tak boleh.... Dah keluar dari oven, entah ape la rasanya..... Hikhikhik.....
Al-maklum AJ ni takat nak bake sikit-sikit tu bolehlah... =D
Tahun ni tak buat banyak pun.... Mungkin 3-4 jenis atau lebih sikit je.....
Buat banyak pun takut membazir pulak... Budak sekarang bukan macam zaman kita dulu...
Datang nak collect duit raya je.. Kalau bagi makan minum pun, tak terjamah selalunya.....
 Ini bukan cakap kosong, rasanya korang sendiri pun penah experience bende yang sama kan.....

Kuih yang AJ sempat siapkan Biskut Red Velvet.... Tapi tak berapa nak red sangat sebab pewarna merah habis pulak mase tengah buat tu...
Dia jadi ala-ala maroon nak ke brown.... Kihkihkih... =P

Lepas tu Biskut Choc Chips.... Ini biskut wajib buat bile buat kuih raya.....
Hantu coklat kan.... Biskut berasaskan coklat ni memang wajib!

Biskut Red Velvet (atas)
Biskut Choc Chip (bawah)

Then Biskut Samprit Susu Dwi-warna....
AJ first time buat samprit ni sebenarnya... So bolehlah...
Tak kembang sangat, tak layu sangat..... =P
Doh dia pulak terlembik sikit.. AJ terletak susu lebih! Manis jadinya....
Tapi rasanya macam malas je nak buat samprit lepas-lepas ni....
Renyah jugak nak masukkan adunan dan menekan dari acuan tu.....

Biskut Samprit Susu Dwi-Warna

Next AJ nak buat Biskut Mazola, Biskut Cornflakes Coklat je la kot...
Then adun lagi biskut yang dah buat kat atas-atas tu bagi perabih tepung dan bahan-bahan bakery....
Nak simpan kang takut expired gitu je since AJ ni bukannya selalu sangat nak buat biskut....
  
So persiapan korang  macam mana?

P/s : AJ antara rakyat yang still berbelanja (#MemetikAyatAhliPolitik) ..
Dah tu??? Kami yang bergelar rakyat ni ade pilihan lain ke?

Baca Selanjutnya »