Slogan Baru AJ! Heheheheh....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Entri santai | Curi Masa Sikit.... =P
 

Kadang rasa macam tak cukup masa,
Kadang rasa tak memang tangan.....
Tapi kerja kene buat kan?
Part of tanggungjawab kata orang.....

Sekarang ni, masa keje memang AJ tak berapa nak ada masa....
Bak kate kawan AJ " Sejak U buat task baru, dah jarang nampak #selfie U "
Nampak nau ko ni Ratu Selfie kannnnn.... Kahkahkah......

Tapi memang lately ni AJ agak busy pun kat ofis....
Dah jarang nampak AJ berlegar-legar kat laman sosial waktu siang....
Baik FB, IG, whatsapp... Memang nan hado.....
Tapi takpelah, janji kerja kat ofis berjalan dan tak berapa banyak pending...
Now dah set dalam kepala otak, " BUSY is the new HAPPY "


P/s : Ade few entri agak backdated....
Akan curi masa sikit update...
Busy-busy jugak kan.. =D


Baca Selanjutnya »

SkyRides Festivals Park, Tarikan Terbaru di Putrajaya...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 
But first, let me take a selfie....
29 April lepas AJ berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Skyrides Festivals Park yang bertempat di Putrajaya.
Terletak bersebelahan Monumen Alaf Baru, taman tema kekeluargaan Skyrides Festivals Park Putrajaya (Skyrides) telah dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar negara pada 1 Mei yang lepas.
Ianya beroperasi sepanjang tahun dari jam 10 pagi sehingga ke 10 malam.
Majlis perasmian Skyrides ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
 Taman tema ini bakal menjadi destinasi pelancongan ikonik terbaru dalam kempen pelancongan Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015.

Pic taken via drone
  
Di Skyrides pengunjung berpeluang menikmati keseronokan berada di awangan berketinggian 120 meter dengan menaiki Skyrides Balloon, sebuah belon helium yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Di dalam gondola belon, anda boleh menikmati 360 darjah pemandangan indah dan melihat keunikan senibina bangunan serta landskap di sekitar bandaraya pintar Putrajaya!
Skyrides menjanjikan pemandangan yang menakjubkan yang berlatarbelakangkan lampu yang berkilauan pada waktu malam.

 Pemandangan 360 darjah sekitar Putrajaya dari ketinggian 120 meter atas udara

 Skyrides memiliki rekabentuk dan struktur yang kukuh dengan sistem takal berpaten dikendalikan oleh juru pandu yang terlatih dan berkelayakan serta merupakan satu-satunya belon helium bertambat atas air di dunia.



Selain menaiki Skyrides Balloon, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain di Skyrides Festivals Park seperti SkyWarrior Rainforest Challange bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar, Skykids sebuah galeri khas untuk kanak-kanak bermain sambil belajar, SkyGallery dan SkyDemo bagi mereka yang meminati kesenian dan kraftangan, dimana orang ramai boleh belajar membuat rekaan seni sendiri yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.
Bagi mereka yang meminati hiburan muzikal bolehlah berkunjung ke SkyStage, hilang juga lelah setelah seharian bekerja..
Dah berhibur pasti perut minta diisi kan?
Di SkyTaste terdapat gerai-gerai makanan yang menhidangkan pelbagai juadah untuk seisi keluarga....
Tak lupa juga SkyCruise yang menawarkan pengalaman manis menyusuri Tasik Putrajaya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyasarkan Skyrides antara penyumbang bagi MyFEST 2015 iaitu 29.4 juta orang bagi ketibaan pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM89 billion.


Jom beramai-ramai kunjungi dan jadikan Skyrides Festivals Park Putrajaya sebagai destinasi percutian dan riadah sekeluarga....
AJ memang rekomen sangat tau.. Sesuai sangat kalau nak bawak sekeluarga tak kira peringkat umur....
Oh ya, masuk adalah PERCUMA!
Caj hanya dikenakan untuk menaiki Skyrides Balloon dan SkyWarrior sahaja....
 
Info lanjut boleh layari :

Website :  www.skyridesfestivals.com
atau
Facebook : skyridesfestivals

Jom tengok lagi sekitar Majlis Pelancaran dan juga kawasan Skyrides Festivals Park dari lensa AJ...
Kredit to Mr. JR



Kalau tak puas tengok gambar, apa kata korang alami sendiri....
AJ pasti , tak rugi punya.. =D

P/s : Best sangat, nak pulak bila waktu malam.....
Terang benderang nampak dari atas belon tu... =D

Baca Selanjutnya »

Bila SEPHORA Datang Menggoda....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

SEPHORA 1 nama yang tak asing bagi mereka yang bagi wanita..... Termasuklah AJ....
Bulan ni memang menggila AJ shopping kat Sephora.....


Memula AJ datang nak beli mascara je pun....
Al-kisahnya la....
Lepas tu sambil tu AJ register sekali Loyalti Card.... Free registration okay...
Disebabkan run out of time, AJ beli mascara je dulu.... Masa tu tengah kejar masa nak tengok wayang..... Fast & furious 7....

Then, the next few days AJ pegi lagi....
Kekdahnya malam tu sempatlah jeling-jeling few item nak dibeli.....
AJ beli NYX Concealer & NYX Baked Blush dan try beli pencuci muka Sephora Soothing Cleansing Milk....

Cerita Sephora tak stop sampai kat sini je.....
Dalam seminggu lepas tu, AJ datang lagi....
Kali ni AJ beli terus pencuci muka yang besar...
Sebabnye pencuci muke tu memang best dan sesuai untuk kulit muke AJ yang jenisnye agak sensitif ni... Bukan beli tu je....
AJ beli sekali Sephora Metamorphosis Exfoliating Powder dan Express Body Scrub & Mask.....

Last week pulak AJ singgah lagi kat Sephora beli shower cream, mascara dan few item....
Racun sungguh kedai name Sephora ni.....
I can't resist! Tapi so far, produk Sephora ni memang best....
Later AJ share dengan korang pulak produk-produk yang AJ guna.... =D

Kire punya kire, AJ dah abiskan RM400++ kat Sephora....
Good thing is.....
My WHITE card turns BLACK now!!!
Yeayyyyy......

P/S : Bulan ni koyak kat SEPHORA kauuuuu.....

Baca Selanjutnya »

Baru Nak Amik Ujian Undang-Undang Ke??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu lepas AJ pegi ujian undang-undang.....
Datang dengan tak prepare pape pun..
Baca buku?? Memang "rajin" sangatlah AJ kan....
Time dah kat situ barulah rase cuak tak baca buku tu muncul....

AJ sampai terus register, amik nombor dan gambar....
Masa menunggu pun tak lama....
AJ pandang kiri kanan, ramai duk selak buku.....
Masa nombor AJ dipanggil, AJ masuk je.... Malas nak fikir pape.... Hehehhehe....

Dari masa 50 minit untuk ujian tu, AJ guna 7 minit je.... Hahahahaha.....
Express kan??
Hasil ujian dia LULUS!

46/50... Seksyen C kantoi sikit....

Alhamdulillah... Settle dah 1 bab....
Lepas ni kene belajar memandu pulak...
Haishhh... Tu la, dulu takmo amik lesen lagi...
Now, padan muke! =P

P/S : Sabtu ni 9 pagi.....
Alahaiiii.... Malasnye rase... =P

Baca Selanjutnya »

AABC Hangout #UnlockTheFunAABC di Escape Room, Berjaya Times Square!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


 28 Mac 2015 yang lalu AJ dijemput untuk menyertai AABC (Air Asia Bloggers Community), #UnlockTheFunAABC di Escape Room, Berjaya Times Square..
Ini merupakan event yang pertama AJ dengan geng AABC.....
Of course i was so excited! Thanks Air Asia atas kesudian menjemput AJ dan beberapa orang rakan-rakan dari #KelabBloggerBenAshaari.. =D

Nampak tak meriah dia?

Lebih kurang jam 12 tengah hari kami daftar di Escape Room yang terletak di tingkat 7...
Seramai lebih kurang 80 orang blogger turut sama hadir memeriahkan suasana.....
Ada yang AJ dah kenal dan ade juga yang AJ baru nak kenal....
Kami dibahagikan kepada 18 kumpulan... Dan AJ dapat kumpulan 18... Hehehehhe...
 Dan dari 18 kumpulan, kami dibahagikan kepada 2 group lagi.....

Mula-mula sekali, group pertama (kump 1-9) kene kerah IQ kat Escape Room manakalagroup kedua (kump 10-18) diminta naik ke atas untuk management game.....
Dari situ kami akan diberikan mata...
AJ 1 kumpulan dengan 2 orang blogger yang sweet iaitu Ana dan Sharon.... =D

The 18th Clan!
Ana, Sharon, AJ

1st game kene melukis... Pilih 1 gambar dan lukis, kemudia orang kedua kene lukis gambar yang dilukis orang pertama.... Orang ketiga pula kene teka apa yang dilukis.....
AJ?? Jadi orang pertama la pulak... Dah lah skill melukis memang superb! Hasilnya dapatlah teka 5 lukisan dengan betul... Hehehehhehe.....
Game kedua tarik tali 3 penjuru.... Kami yang perempuan ni memang kene buli la... Hahahhahaha...
Game ketiga, 2 orang dari team kene blind fold, sorang bagi instruction untuk cari kunci...
Kami? Last sekali! Hahhahahaha... =P


Dan 45 minit seterusnya group kedua kene masuk dalam Escape Room....
Team AJ dapat scene "Taken".... Kene cari gadis yang diculik tu...
Masa dalam Escape Room tu memang mencabar...
Kita kene perah otak cari clue untuk ke stage seterusnya...... AJ bab ni memang terus terang cite "failed!"... Nasiblah Ana dan Sharon genius... Tapi semua petunjuk kitorang pakai habis.....
Kami lepas sampai ke stage ketiga, sayangnya masa dah tamat... Minit ke 50 baru sampai last stage tu....
Mencabar jugak Escape Room ni rupanya....

The Winner... Congratssss... =D

Masa penyampaian hadiah tu AJ jeles gile dengan semua pemenang...
Mana taknya hadiah utama tiket penerbangan ke Cebu, Filipina.....
Lucky draw pun tak kurang hebat.... Tiket penerbangan ke India, Hoong Kong dan Cebu...
Tahniah kepada semua pemenang.... Rezeki korang.. =D
Tapi kitorang semua tak balik tangan kosong tau.....
Air Asia ade sediakan goodie bag untuk semua dan paling best kami semua dapat T-shirt khas untuk AABC.... Yeayyyyyy!!!! melaram Mak Jemah lepas ni uolssss.... =D
 Thank you again Air Asia...

AABC (2)
The AABC's


The Air Asia Crew

Jom layan gambar lagi!


Memang seronok dan meriah sangat AABC hangout #UnlockTheFun ni....
Hope next time dapat join lagi....=D

P/s : Maaf entri backdated...
Tetibe terasa cam syok je kalau dapat gi Thailand sekarang.... Songkran Festival!!!

Baca Selanjutnya »