ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Hari ahad yang sedih buat AJ......
Khamis lepas, AJ hantar kucing AJ pegi vet...
Tak tau kenapa tetibe kat bahagian hidung dan pipi dia bengkak....
Lepas tu kucing AJ pun monyok, takmo makan.....
Doc kate, simptom dia tu nampak macam sporo...
Tapi kucing AJ ni indoor.... So memang chances unuk dijangkiti sporo tu tersangatlah kurang....
Bila diagnose, memang kucing AJ bebas dari penyakit tu....
AJ pun tak tau kenapa... Dia macam kene sengat something je nampak.....
Semalam AJ datang jenguk dia kat vet, doc cakap hidung dia dah start berdarah.....
AJ bersihkan hidung dia sebab dia takmo orang lain usik bahagian tu.....
Di pun duk ngiau-ngiau lemah je masa AJ dukung, peluk dia tu......
Doc cakap keadaan dia agak membimbangkan..... =(
Tadi dalam pukul 1 lebih, AJ dapat call dari vet...
Gemul dah takde.... Terus airmata AJ berjurai-jurai jatuh...
Takpelah Gemul, dari terseksa baiklah Gemul pegi.....
Mummy sayang Gemul.... Walaupun jodoh kita ni tak panjang.....
Sekurang-kurangnya seksa Gemul dah habis.....
Sekejap lagi AJ nak pegi amik Gemul kat vet dan tanam dia....
Ya Alllah... Sedihnya perasaan.....
I know u will left me.... I can feel it last night when the doc said u're in a critical condition...
Goodbye Gemul... U will be missed my naughty boy...
P/s : Selamat tinggal Gemul..... =(