Alhamdulillah.... Segalanya Dipermudahkan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulillah....
Pukul 6 petang tadi, selepas lebih kurang 2 jam operation Abah dah masuk wad balik....
Tengok dia pun ok je.....
Terus minta makan, lapar katanya.... =D

Sekarang ni Abah dah kene banyak berehat.....
Tak boleh angkat tangan tinggi sangat untuk seketika sampai betul-betul okay...
Lepas tu tak boleh angkat barang berat lebih dari 5kg...
Mungkin tak boleh nak driving sangat untuk 3-6 bulan bergantung pada keadaan....
Pastu tak boleh terlalu terdedah dengan bende-bende elektronik, elektromagnet semua....
Fuhhhhh.... Banyak jugak pantang larang ni....

Pesakit yang buat ICD ni kan, ade 1 kad macam IC la.....
Kalau kate nak naik flight ke atau ape-ape bende yang kene mengena dengan elektronik ni contohnya bende yang cam sensor check badan kat airport tu kan, Abah kene tunjukkan  IC tu...
So diorang tak boleh buat scan tu kat badan pesakitlah.....
Sebab ICD ni sensitif dengan bende-bende gitu la...
Even henpon pun tak boleh letak dalam poket baju......

Selfie lepas kuar operation theatre pulak....
Tengah kebas katenye, kesan bius dah nak abis....

Tapi tak kisahlah...
Janji Abah AJ sihat sudahlah kan.....
If takde aral, esok lusa Abah dah boleh balik dah....
Sekarang ni dia ade kat wad biase....
Btw, thanks kat semua yang memdoakan operation abah thru blog, fb, whatsapp etc...
Alhamdulillah.... Segalanya dipermudahkan Allah swt.....

P/s : Bertambah-tambah lega hati....
Lepas ni nak hantar Mak pulak teman abah kat Spital.... =D


Baca Selanjutnya »

Abah Operation, Semoga Dipermudahkan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sekarang ni Abah AJ ade dalam bilik pembedahan untuk ICD tu....
Semoga segalanya dipermudahkan....

Abah sepatutnya admit semalam....
Tapi dah masuk wad, tetibe ade bende pulak yang tak settle...
Surat kelulusan dari pihak DBKL tak dapat lagi...
Abah AJ pesara kerajaan.... So kami pun baliklah....
Dan tarikh operation pulak mungkin akan ditunda......

Pagi tadi AJ pegi Jabatan Kesihatan DBKL tu, minta surat jaminan.....
Surat jaminan / kelulusan tu memang sangat penting sebab kos ICD tu berjumlah RM 57,000....
Kalau takde atau tak dapat kelulusan memang tak boleh nak buat....

Surat bernilai RM57k ni...

Lepas tu terus ke PPUM, submit surat tu....
Ingatkan doc nak reschedule ke tarikh lain, lepas check-check terus kene admit dan pembedahan akan dijalankan hari ni jugak.....
Alhamdulillah.... Lega hati AJ...
Yelah, dah 2 hari AJ turun naik nak settlekan pasal operation ni....
Ingatkan tak jadi operate, tu yang adik beradik AJ yang lain tak jadi amik cuti....
AJ pun kalau tak jadi, esok AJ akan cancel cuti jugak..... Cuma arini je la amik nak settlekan surat tadi tu je.....

Selfie dulu sebelum operate.... Pening doc tengok perangai memasing...
Abaikan muke dah serupa zombie AJ tu.... Huhuhuhu..

Now AJ dalam wad tengah tunggu Abah abis operation, dia dah bagi pesanan penaja suruh tunggu sampai dia abis operate.....
Tadi doc kate operation dalam sejam lebih je....
Semoga cepat sembuh Abah.... =D

P/s : Wifi free takde ke En. spital???
Hehehehhe....

Baca Selanjutnya »

Hanya kerana RM 1.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ halfday.....
Abah kene masuk wad petang ni...
Tadi dari ofis AJ naik bas sampai Jalan Silang, pastu jalan sampai CM naik bas pulak sampai rumah....
Kebetulan pulak AJ naik bas yang dipandu oleh sorang pakcik ni.....
Pakcik memang kasar gile kalau cakap dengan penumpang.....
Last time AJ penah buat report pasal attitude dia.....
Bukan sekali tapi betkali-kali nampak dia herdik penumpang.....

Tadi kat 1 perhentian ni, naiklah sorang makhluk Allah memang dari negara India....
Dari pakaian dia, nampaknya dia pekerja pembersihan camtu....
AJ tak tau mane dia nak pegi... Tapi nampak dia bayar tambang RM 1....
Pakcik driver bas ni tak tau ape dia duk sok sek sok sek depan tu, tak jalan-jalan pulak....
Tetibe AJ dengar dia halau orang yang naik bas tu turun....
Berkali-kali dia suruh orang tu turun....
Dari butir bicara dia, AJ dengar macam dia minta orang tu bayar lagi RM 1....
Orang tu pun diam je.... Dia duduk seluk-seluk poket....
Lepas tu bile bas dah jalan, orang tu pun duduk....
Tetibe pakcik bas tu panggil dia balik...
"Ei.. Ane sini!" dengan nada kasar...
Terpinga-pinga dia bangun balik.....
Entah ape pakcik driver tu marah-marah dia.....
Dia diam je... Nasib dalam bas tu memang tak ramai orang...


Tetibe sorang pakcik ni panggil....
"Ane, mari sini.... Nak pegi mane?"
Orang tu pun tunjuk tiket.....
Pakcik tu terus bukak wallet hulurkan beberapa keping note warna biru.....
"Nah ambik ni... Pegi bayar lagi RM 1 tu.... Lain tu u simpan.."
Time tu sebaknya dalam hati AJ....
Mulia sungguh hati pakcik tu.....
Entah kenapa AJ sendiri macam tak amik pusing dari mula orang tu naik bas.....
Tapi bile pakcik tu hulur duit kat dia, terasa insaf dalam diri....
Semuanya hanya kerana RM 1...

P/s : Jangan terlalu bersikap tak ambil tau dan jangan terlalu bersikap menyibuk nak tau...


Baca Selanjutnya »

Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Abah merupakan salah seorang pesakit jantung sejak lebih 10 tahun yang lepas tak salah AJ....
Hari Rabu atau Khamis ni Abah AJ akan menjalani ICD di PPUM.... 
So AJ pun cari info serba sedikit mengenai proses ICD ni dan share dengan korang...
Penulisan AJ ni mungkin kurang bertepatan dengan terma-terma atau bahasa perubatan ni...
Apa yang AJ faham, AJ cuba kongsi dengan korang ye.....
Pape nanti hari Rabu atau Khamis AJ edit mana yang kurang tepat tu ye... =D


Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?

ICD ialah sebuah alat sebesar pager yang diimplan di bawah kulit bagi memantau jantung untuk mengesan apa-apa denyutan luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung.
Menerusi ICD, pesakit boleh dielak daripada SCA atau mati secara mengejut.. 

Siapa Yang Memerlukan ICD?

ICD ini akan diberikan kepada pesakit yang pernah ada (serangan jantung) dan terselamat.
Ianya juga digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah ventricular tachycardia (denyutan jantung cepat yang berbahaya) atau ventricular febrile (denyutan jantung cepat dan tidak teratur).

 Bagaiman ICD Dilakukan?

ICD tidak memerlukan pesakit membuat pembedahan besar.
Sebelum ICD dilakukan biasanya pesakit dibius dan kira-kira 2 inci panjang akan ditebuk di atas bahagian dada sebelah kiri.
Satu atau dua wayar nipis berpenebat akan dimasukkan melalui saluran vena ke jantung dan kemudiannya peranti akan disambungkan dan diprogra menguikut keperluan pesakit.
1 kantung akan dibuat di bawah lapisan kulit bagi menempatkan peranti dan kesan tebukan tadi akan dijahit..
Selepas itu doktor akan menguji peranti tersebut bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik...
Pesakit biasanya akan debenarkan pulang dalam masa 24-48 jam selepas proses ICD dijalankan....

Risiko ICD

ICD merupakan cara paling selamat dan efektif....
Hanya 1% bagi mereka yang melakukan ICD akan mengalami pendarahan pada tempat yang ditebuk, pneumotoraks (kebocoran udara dari paru-paru) , risiko infeksi jangka panjang dan malfungsi pada peranti... Pendek kata takde risiko sangatlah ICD ni....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....

Itu sahaja yang dapat AJ kongsikan dengan korang......
Nanti AJ cuba betulkan dan tambah mana yang perlu lepas cakap lebih lanjut dengan doktor Abah nanti.....
Jangan lupa doakan kesihatan Abah AJ selalu ye korang....
Oh ya, kesihatan Mak AJ jugak tau... =D
 AJ pun mendoakan kesejahteraaan kalian semua...
Aminnn... =D

P/s : Mula-mula risau jugak...
Tapi bila baca pasal ICD ni tak bahaya dan efektif, lega sikit hati AJ....



Baca Selanjutnya »

Review : Rosken Skin Repair, Krim Untuk Kulit Kering Terbaik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masalah kulit kering, menggelupas memang dah sinonim dengan AJ....
Nak pulak kulit bahagian badan......
Kalau AJ pakai produk macam shower cream atau losyen yang tak sesuai dengan kulit memang tak lame lepas tu kulit AJ jadi ular nak bersalin kulit dan bersisik-sisik lebih lagi kat bahagian kaki AJ.....
Memang teruk gila kot....
Sampaikan kadang diri sendiri yang segan walaupun orang tak nampak.....

Macam-macam produk AJ dah cuba... Pendek kata, asal ade produk baru mesti AJ akan cuba....
Sampailah AJ terjumpa produk Rosken Skin Repair Cream ni.....
Memula memang AJ agak ragu jugaklah...... Yelah, produk tu memang agak mahal sikitlah.....
Kang buatnya tak sesuai, dah membazir pulak....
Lepas tu, AJ google sikit pasal produk ni... Ramai yang cakap memang bagus...
So AJ decide nak cuba yang kecik dulu....


Balik tu, terus AJ cuba dan amalkan sapu setiap kali lepas mandi ataupun bila-bila yang AJ rasa kulit kering...
Kesan dia memang sangat-sangat menakjubkan...
Dalam masa beberapa hari je AJ dah nampak kesan....
Kulit AJ yang menggelupas dan bersisik tu dah jadi semakin licin.....
Sekarang ni pegi mana-mana je AJ akan pastikan Rosken Skin Repair Cream ni ade je dalam beg AJ tau....

Gambar diambil selepas 3-4 hari menggunakan Rosken Skin Repair Cream

Rosken skin repair ade beberapa jenis antaranya :
Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion untuk kulit normal sehingga kulit kering, 
Rosken Skin Repair Dry Skin Cream untuk kulit kering sehingga kulit yang terlalu kering (Ini yang AJ guna), 
Rosken Skin Repair Sensitive Skin Cream untuk kulit sensitif,
Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream,
Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm untuk tumit kaki yang merekah dan banyak lagi....
Produk ni PH balanced so sesuai digunakan untuk badan, tangan dan juga muka!

So apa lagi, kalau korang nak cuba sendiri keberkesanan produk Rosken Skin Repair boleh ke farmasi atau pasaraya yang berhampiran....
Harga yang kecik 75ml macam AJ ni RM14.90, kalau botol besar pulak RM43.90 untuk 550ml kalau tak salah...

P/s : Berbaloi keluar duit untuk produk macam ni.... =D


Baca Selanjutnya »