Google Street View + Harga Minyak Naik = Tragedi Oktober


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Semalam dan harini ade 2 perkara yang menarik perhatian AJ.....
Pertama : Google Street View
Kedua : Kenaikan Harga Minyak

Semalam lepas baca pasal google street view, sajalah AJ duk skodeng ape yang best....
Haaaaa... Hambek kau....
Clear view dia bagi bile cari kawasan tempat tinggal kita tu....
Ade yang dapat view depan pintu rumah lagi......
AJ rase macam tak secure pulak mende alah ni....
Yelah, senang-senang je kot orang nak tau rumah kita.....
Nak pulak yang duduk landed house kannn...
Kalau duduk flat macam AJ, takdelah dapat sampai depan pintu dia captured....
Takat kat luar blok je..... Tak taulah esok luse kot boleh pulak....

Zoom in sikit... Kihkihkih...

Yang paling epic sekali bila AJ duk skodeng blok AJ tu, boleh pulak nampak kelibat Abah dalam tu.... Tergelak-gelak AJ....
Kebetulannya pulak semalam Abah memang pakai baju yang sama masa visual tu diambil....
Chehhh... Memati AJ ingat google street view ni adalah live view....
Rupanya tidak.... Tipah tertipu bang! :P

Dannn.....

Sejak malam tadi dan arini pulak kecoh pasal harga minyak naik 20 sen seliter
Dushhhhh... Makanya mereka-mereka yang naik kenderaan yang minyaknya perlu diisi bertambahlah bebannya....
20 sen memang nampak remeh.... Itu seliter tau....
Isi minyak kurang-kurang pun beberapa liter.... Ko ghase???
Baru AJ plan nak beli kereta... Nampak gayanya postponed dulu la sampai AJ betul-betul stabil...
Kang keluar je kereta, minyak jarang-jarang pulak berisi....
Yelah gaji AJ takdelah mewah mana....
Setakat cukup makan pakai.... Itupun kekadang termiss jugak....
Ini baru betul-betul "Tragedi Oktober" nama dia.....

Ini baru betul : Ayuuuueeeeeeeeee..... 20 sen!
Hahahhahah....

Oh ya, 2 Oktober iaitu arini birthday anak buah sulung AJ yang ke-8...
Ape ek hadiah yang sesuai untuk budak 8 tahun selain barang permainan...?
Ingat nak belikan kasut, since anak buah AJ tu mewarisi sifat gila kasut AJ....
Tapi size dia AJ tak berapa pasti... Kang main agak kang, terkecik pulak.....

P/s : Entri sebelum tidur... =P

Baca Selanjutnya »

Laptop atau Komputer???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah sekian lama laptop AJ rosak, arini AJ terfikir....
"Nak beli laptop baru ataupun beli komputer (PC) je?"
Dah agak lama sebenarnya AJ update blog pakai gadget je....
Kepuasan dalam berblog tu macam tak berapa ade....
Lepas tu pulak kan, kalau nak edit apa-apa widget ke, banner ke, bloglist ke terhad sangat.....
Bukan tak boleh nak edit, boleh je.... Makan masa sikit la...
Kalau pakai laptop atau PC laju dan pantas je rasenya... Hehehheeh...

Laptop AJ yang rosak tu, ade je lagi....
Skrin dia macam blank, tapi lampu yang wifi ke ape ke kat tepi tu still blinking.....
AJ tak pasti ape penyakit sebenar dia sejak dikencing oleh kucing AJ tu.. Skrin ke, motherboard ke...
Kalau motherboard lebih baik beli lain kata orang kan......
  Haaaaa..... Mampu kucing kau jadikan laptop sebagai tandas dia.....?
Sakit jiwa tuan kau dibuatnya kucing oiiii... Hahahahahahha......

Tapi nak buat pilihan ni la yang macam dilema sikit...
Laptop ke PC????


Dalam kepala otak AJ nak beli PC letak kat rumah je.....
Senang AJ nak simpan, upload, download segala gambar, dokumen ke ape tanpa hang dan penuhkan storage gadget AJ kan.....
Tapi dalam masa sama terfikir jugak la, PC tu tak portable.....



Kalau laptop pulak memang portable....
Tapi AJ tak pakai broadband yang boleh dibawa kehulu kehilir.....
Nak labur untuk broadband, i've to think first... Itu menambah komitmen sedia ada AJ lagi....
Unless kalau AJ boleh pastikan every month ade income dari sini yang bolehlah backup.... (Long way to go la cite dia...)
Dan AJ pun dah ade Ipad, so kalau nak update on the go tu takde masalah sangat....
Guna khidmat data je la...

So pada pendapat korang la kan...
Kalau korang sendiri la kat tempat AJ, mana 1 yang korang akan pilih...
Laptop atau Komputer (PC)?

P/s : Tengah survey-survey nih....
Harga dan internal laptop/PC tu....
Brand tak kisah pun.... As long dia ok....



Baca Selanjutnya »

Harapnya Awak Selamat.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Balik keje petang tadi hujan memang lebat.....
AJ benti tepi jalan nak pakai baju hujan....
Turun je motor nampak sekor kucing dalam lingkungan 5-6 bulan kat tepi highway tu....
AJ panggil, dia datang dengan terkedek-kedek......
Comel dan manja..... Bile AJ usap-usap, pegang dia elok je dia mengiau.....

Time tu, dalam kepala duk fikir.....
Mane datangnya kucing kat highway....
Situ mane ade kawasan kediaman..... Memang jalanraya semata......
Kesian tengok dia....
AJ dah terfikir cara nak bawak dia keluar dari situ....
Plannye nak kendong dia dalam baju hujan AJ tu....
Masukkan dia, bukak zip sikit untuk dia bernafas kan.... Kalau zip abis, takut dia tak bernafas....
Kalau zip sikit je, takut dia melompat pulak.....

Tetiba.......... Lalu sebuah lori, brek mencicit kat tepi jalan tu...
Terus kucing tu lari menyorok entah kemana....
AJ tak sempat nak kejar or ikut... :(
Ralatnya rasa....... AJ dah niat nak selamatkan dia...
Tapi nampaknya, tak dapat... Dia pun dah lari......
Now, AJ hanya mampu berdoa kucing tu jaga diri dan pandai cari tempat berlindung je la.....


Bila bende melibatkan haiwan ni, hati AJ mudah sangatlah tersentuh...
Even tengok rancangan TV pun, if haiwan dalam tu mati AJ boleh menangis...
Contohnya cerita king kong..... Ending dia mase king kong jatuh dari menara tu pun dah teresak-esak nangis.... Huhuhuhuhu.....

P/s : Awak yang comel dan manja tadi, saya harap awak baik-baik je....
Jangan melintas jalan besar tau... Kereta banyak......
Maaf ye, saya dah cuba nak selamatkan awak.....
Tapi mase lori tu brek, awak lari.... Maaf ye awak...... :(

Baca Selanjutnya »

Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semua dah sedia maklum, komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah ditubuhkan sejak sekian lama....
Dan baru-baru ini, laman web Kelab Blogger Ben Ashaari telah dilancarkan...
Sekalung tahniah buat Beben dan mereka yang berada dalam komuniti ini.....

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sedikit sejarah mengenai komuniti KBBA

Ditubuhkan sejak tahun 2009 oleh di bawah naungan tak lain dan tak bukan Ben Ashaari seorang blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blog......
Sejak penubuhan KBBA, komuniti ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 14,000 blogger dari pelbagai niche dan segenap pelusuk dunia blog.....
KBBA menggunakan tagline "Bukan Sekadar Blogger" dan hashtag #KelabBloggerBenAshaari sebagai pengenalan komuniti ini...
Diharapnya komuniti KBBA akan semakin berkembang maju sehari demi sehari....

Tahniah Tahniah dan Tahniah!

Oh ya, kalau korang berminat untuk turut sama dalam komuniti KBBA korang boleh ke laman web Kelab Blogger Ben Ashaari dan follow Google+ +Kelab Blogger Ben Ashaari, boleh tanya admin dan moderator okay......
Korang juga boleh follow IG : @kelabbloggerbenashaari untuk segala update aktiviti yang telah dijalankan oleh KBBA... =D

P/s : Selamat berblogging semua!

Baca Selanjutnya »

Entri Santai Petang Selasa!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Few days AJ tenggelam tanpa cerita....
Busy dan stress sangat kat ofis ni...
Tambahan pulak internet connection AJ pun agak limited sekarang......
Hehehehehhe.. Al-maklum, gaji tak masuk lagi....
Makanya bil internet pun belum berbayar la..
Ibarat hidup segan mati tak mahu je la cite dia kan..... =P

Last weekend pulak AJ agak tak sihat... Lepas tu busy dengan kenduri kawen cousin AJ lagi...
Lagilah masa nak menghupdate tu takde....
Tapi Alhamdulillah dalam tak berapa nak ade masa tu, AJ dapat siapkan beberapa task pada waktunya.... =D

Sekarang ni kan, memang AJ perlukan cuti sangat..
Nak rehat puas-puas.... Taknak fikir keje, taknak fikir apa-apa....
Tapi kene struggle dalam sebulan lebih lagi baru dapat cuti...
Sabaq na hati...... Pejam celik, pejam celik sekeeeejapppppp je... =P (Ayat penyedap hati)
 Nak kumpul duit cukup-cukup dulu, baru syiok nak cuti...
Tarikh dan lokasi dah ade dah.....
Insyaallah kalau takde aral, jadilah perancangan tu kan.....
Dekat-dekat sini je, tak jauh pun... =D

Hurmmmm.... Kalaulah boleh cuti untuk 6 bulan, 2 kali setahunnn..
Heaven woiiiii!!!!!!!
Hahahhahahhaha.... Harapan je la AJ oiii... =P

P/s : Entri santai petang Selasa je ni...
Buat-buat panas enjin... =D

Baca Selanjutnya »