#NNRaya Bersama Nuffnang.... More Than Just E"nuff"!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


23 Ogos lepas AJ berkesempatan pegi #NNRaya Open House 2014......
Pertama kali AJ join event dengan Nuffnang sepanjang berblog ni....
Terima kasih Nuffnang!!!! =D
Yeahhhh... finally my entry is out.... Hehehhehe....


Wanaka The Bangalow iaitu sebuah banglo yang sangat simple menjadi tempat NNRaya diadakan....
Memang terasa suasana raya kat rumah tu....
Dengan belon-belon disana sini, makanan yang sedap dan juga dengan kehadiran blogger dan pengamal media sosial yang lain tau....
Pendek kata kalau tak pergi memang rugi.... =D

Kat sana AJ sempat beramah mesra dengan beberapa orang blogger yang AJ kenali dan juga dengan blogger-blogger yang pertama kali bersua muka...
Antaranya Kak Red Mummy, Yuyu Zulaikha, Namee Roslan, Kak Farah Wahyda, Rosmiza Ali,  Rawlins Glam, Jae Hashim, MahaMahu dan ramai lagi....
Panjang berjela-jela 1 entri ni kalau AJ listkan semua......
Sepanjang majlis Rumah Terbuka Raya Nuffnang ni, banyak permainan yang dijalankan...
AJ sempatlah join 1.... Tiup sticky paper atas dahi...
Jenuh jugak nak meniup wehhh..... Mau gugur bulu kaki.. Ehhhh!!!?
Hahahhahhahah.....


Lepas tu pulak ade demo masakan dari blogger @kasihaleeya dan @ceeranoh.....
Masak lontong dan sambal ikan bilis....
Sedap wa baq ang...!!!!
Pastu kan ade kambing bakar lagi....
Pastu kan ade bihun sup, rendang ayam..... Semua sedap-sedap...
AJ siap makan atas batu lagi tau..... Hahahhahah.....

Banyak sponsor tau masa #NNRaya tu....
Ambipur bagi korang wangi-wangi sikit....
U-Mobile bagi korang buat call free, sms free, data free....
Doff untuk super duper comfy bag bean....
Carama untuk voucher service....
Ade wowbooth bagi korang amik gambar dengan prop comel-comel dengan baju raya korang tu.....
Dan banyak lagi.....

AJ tak dapat nak stay sampai habis, masa tak berapa nak mengizinkan...
Tapi AJ tak balik dengan tangan kosong tau.....
AJ bawak balik payung dari nuffnang dan juga buah tangan dari U-Mobile dan Ambipur okay!!!
Thanks nuffnang sebab sudi jemput AJ.....
Walau tak dapat S5 kannn....
Ehem tapi takpe, khabarnya masih ade chance kan? Yeayyyyyy!!!!!

Jom! Kita scroll gambar-gambar pulak yeee......
Yang tak dapat join, jangan jeles tau....
AJ dah wakilkan korang... =D


Dannnnnn.......
Jeng... Jeng... Jeng...

Ini adalah gambar paling WIN sekali dihati AJ....
Alololololo..... Kekonon paling sweet lettew.....
Candid by Nuffnang... =D

Nuffnang Raya.....
More than just e"nuff"!!!!
Harap-harap akan ade lagi untuk tahun seterusnya.... =D

P/s : Habis sudah mood raya....

Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke-60


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas, 25 Ogos 2014 Abah AJ genap 60 tahun.....
Alhamdulillah, Allah swt masih mengurniakan AJ dengan kasih sayang dan seorang insan bergelar Abah...
Macam sebelum ni, setiap kali hari lahir mak atau abah kitorang bawak pegi makan je...
Takdelah nak tiup-tiup lilin bagai kan...... =D


Dari siang AJ duk fikir nak bawak makan kat mana....
Tanye kakak AJ, dia pun takde idea....
Penyudahnya, fikir punya fikir.... Nu Sentral jadi pilihan.....
Senang sikit.....
Dekat dengan rumah dan tak payah tempuh jem....
Masa besday mak aritu, sejam setengah kot duduk dalam jem baru sampai lokasi....
Hehehehehehe....


Sampai kat sana, The Manhattan Fish Market yang jadi pilihan "birthday boy"....
AJ duk kalut jugak fikir sebenarnya...
Ade menu lain ke selain fish kat situ......
Yelah, AJ kan pelik sikit tak makan ikan.... Hehehhehehhe....
Alhamdulillah menu-menu kat situ menepati citara AJ...
Bukan tekak AJ je, paling penting menepati citarasa orang tua AJ....



Alhamdulillah.... Ada rezeki AJ untuk belanja Abah makan......
Gaji pun keluar tepat pada waktunya.... Kannnnnnnnn... =D
Yang paling seronok lagi, bila AJ tengok abah tersenyum gembira.....


Untuk Abah...
Selamat Hari Lahir yang ke-60...
Takde hadiah mewah yang dapat adik hulurkan...
Sekadar yang termampu je....
Adik doakan Abah sentiasa panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.....


Anak yang degil ya amat ni sayang kat Abah sangat-sangat tau... =D

P/s : Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat senyuman bahagia insan tersayang...



Baca Selanjutnya »

Review : Rose Hair Perfume Dari Legacy Secret


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Rose Hair Perfume??
Pernah dengar??
AJ pasti ade antara korang yang penah dengar dan cuba sendiri kan?
Selain badan, AJ paling menjaga kesihatan rambut AJ....
Bila ade masalah dengan rambut, kulit kepala semua AJ akan jadi runsing....
Selagi ada produk selagi tu lah AJ akan cuba.. =D
Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan Rose Hair Perfume ni pulak...

Rose Hair Perfume merupakan 1 produk yang dihasilkan khusus untuk wanita terutamanya wanita bertudung..
Produk ini berfungsi sebagai wangian rambut bagi mengurangkan bau-bauan kurang enak...

Produk keluaran Legacy Secret Sdn Bhd ini diperkaya dengan ekstrak ros menjadikan rambut anda berbau wangi bak haruman bunga mawar.
Selain itu ianya diperkaya dengan collagen dan vitamin E serta air suling menjadikan rambut lebih mudah diurus, tak cepat rosak dan juga membantu melebatkan rambut.

Antara kelebihan / khasiat Rose Hair Perfume :

-Membantu menyihat rambut.
-Membantu mewangikan rambut terutama bagi wanita bertudung.
-Membantu mengelakkan rambut  rapuh.
-Membantu mengatasi rambut gugur.
-Membantu pertumbuhan rambut baru.

*Kajian mendapati 10/10 pengguna mengakui rambut masih berbau harum walaupun lebih 8 jam memakai tudung.

Cara penggunaan Rose Hair Perfume :

Ambil sedikit dan ratakan ke seluruh rambut..
Gunakan selepas mandi..

AJ selalu guna selepas mandi ketika rambut masih separa basah...
Lepas guna tu kan, memang rambut nak letak kat hidung je la...
Bau dia wangi sangat.... Macam bau potpuri.. =D


Harga pasaran bagi sebotol Rose Hair Perfume 25gm:
RM 30 bagi Semenanjung Malaysia
RM 35 bagi Sabah dan Sarawak


Ehhhhhhh.... Kejap-kejap....
Belum habis lagi..... Scroll la lagi....
AJ ade lagi 1 info penting untuk maklumat korang tau.....

Cara Mengenalpasti Produk Asli dan Tiruan


Sekarang ni terlalu banyak lambakan barang tiruan dalam pasaran kan...
So macam mana nak tau produk yang dibeli ni original dari Legacy Secret??
Meh AJ bagitau korang info penting ni....

Melalui beberapa cara di bawah, korang boleh tau produk itu asli atau tidak.

1. Pengesahan Melalui Visual
Korang boleh tengok perkataan "LS" dari sudut 15 darjah.


 2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Korang boleh rasa ada cetakan yang timbul bila menyentuh label dengan jari.


3. Pengesahan Melalui QR applikasi WeChat
Imbas kod dari label yang terdapat pada produk, dan info mengenai produk akan dipaparkan.
WeChat ID : harummalam



Ingat ye.... 1 QR kod tu korang boleh imbas 5 kali je....
Jika melebihi had, korang akan diberikan nombor telefon untuk pengesahan produk....

Haaaaaa..... Pastikan korang beli yang asli ok!
Produk tiruan dikhuatiri akan memberikan kesan sampingan.....
Kang nak cantik, wangi terus jadi teratai layu di tasik madu pulak kang gara-gara terbeli produk tiruan....


Dah tau kan? Jangan beli produk tiruan pulak ye... =D

Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman sesawang yang AJ sertakan kat bawah ni....

www.legacysecret.com
www.harummalam.com
www.facebook.com/WanitaPerfect
www.facebook.com/HarumMalamHQ
www.facebook.com/LegacySecretTrading

P/s : Wangi, harum semerbak!
Baca Selanjutnya »

Review : Serum Rambut COOLHIJAB



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Dah hampir 2 minggu AJ mencuba produk serum rambut COOLHIJAB....
Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan hati AJ.....

Sebelum AJ start, jom berkenalan dulu dengan serum rambut COOLHIJAB

COOLHIJAB merupakan serum rambut yang dicipta khas untuk wanita bertudung...
Tapi, bukan wanita bertudung saja yang boleh menggunakannya tau...
Sesiapa yang berambut boleh cuba dn mesti cuba.....
Produk ini memastikan kulit kepala dan rambut kita berada dalam keadaan selesa, suci dan membuatkan kita lebih berkeyakinan.....
Yelah, kalau kulit kepala dan rambut kita tak berada dalam keadaan yang selesa, nak berdepan orang ramai pun rasa tak yakin kan...?

chweb1a

Serum rambut ni banyak kelebihannya... Antaranya :

-Menghilangkan bau hapak
-Menyejukkan kepala dan rambut
-Melembutkan dan menyinarkan rambut
-Mengurangkan kelemumur
-Mengelakkan kegatalan kulit kepala
-Memperbaiki rambut yang rosak
-Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
-Melegakan sakit kepala dan migrain
-Memberikan kesegaran minda
-Merawat kepala yang berminyak atau kering
-Menghitamkan rambut beruban

COOLHIJAB diperbuat daripada bahan yang halal dan berkualiti, dijamin boleh gunakan tanpa was-was.... 


chweb7

 Apa yang membuatkan AJ suka dengan serum rambut COOLHIJAB ni?

Haaaaaa..... AJ ni boleh dikatakan hari-hari naik motor...
So bila dah naik motor, confirm lah hari-hari pakai helmet kan??
Helmet ni kita tak cuci macam cuci baju.... Setiap kali pakai, setiap kali lah cuci kan.......
Jadi, kulit kepala AJ akan rasa gatal je.......
Nak pulak bila menunggang time-time tengah hari, panas rembang tu kan.....
Bila start pakai serum ni bukak helmet je rase sejuk... Takde dah nak garu-garu kepala macam berkutu....

Lepas tu, AJ ni pewarna rambut tegar....
Boleh dikatakan setiap 3-4 bulan sekali AJ akan warnakan rambut....
So rambut AJ ni sometime akan jadi kasar macam dawai...
Nak pulak lepas sesi warna rambut......
Dengan COOLHIJAB, AJ dah tak payah risau pasal isu rambut bak dawai tu......
Rambut pun dah bertambah sihat, tak kusam....
Bau dia pun wangi je..... Tak rasa berminyak pun bila pakai....

Acaner???
Ade rasa nak "cuba try test" serum rambut COOLHIJAB ni tak???
Kalau ada korang boleh hubungi AJ terus.....
Boleh PM AJ kat facebook ataupun email je....
Komen kat sini pun boleh...
Kalau korang serius nak membeli, AJ akan bagi contact no untuk memudahkan urusan ok..... =D 

Eh!! Sekejap!!!
Lupa pulak nak bagitau harganya.....
Haaaaaaaaa...... Takdelah sampai beratus-ratus kan....
Harga mampu milik.....
Sebotol cuma RM 65 sahaja untuk 30ml.......
So apalagi dapatkan COOLHIJAB dari AJ tau...
\
chweb6b

P/s : COOLHIJAB... Sooooooooooooooooo COOL!


Baca Selanjutnya »

Sungguh Hati Tak Tega.... #MH17


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sungguh hati ini tak tega....
Saat melihat keranda berbalut Jalur Gemilang diusung keluar dari perut pesawat...
Saat melihat keranda mangsa diusung anggota pertahanan negara ke kereta jenazah...
Saat melihat airmata setiap ahli keluarga mangsa MH17 berderaian jatuh...
Malahan turut mengundang airmata jutaan rakyat Malaysia.......

Sungguh hati tak tega....
Melihat ibu dan bapa menangisi pemergian anakanda tercinta...
Melihat anak kecil dikendong lelaki beruniform kerana disangka itulah bapanya...
Melihat anak-anak kehilangan ibu atau bapanya...

Sungguh hati tak tega....
Melihat segala tangisan dan airmata....
Membaca setiap luahan mereka yang mengalaminya...
Mendengar kata-kata semangat untuk setiap ahli keluarga mangsa...

Sungguh hati aku tak tega....
Ya Allah.. Sedihnya, sebaknya dada.....
Al-Fatihah buat semua mangsa dan takziah buat keluarga mereka.....
Semoga diberikan kekuatan, ketabahan hati dalam menempuhi ujianNYA.....

Nukilan,
"AyueJean aka AJ ,
22 Ogos 2014"

 Senarai nama mangsa yang dibawa pulang hari ini...


 
P/s : Tak sanggup nak scroll FB ke ape ke...
Sedih bila tengok gambar-gambar ahli keluarga yang tinggal tu....
Tak taulah macam mana kalau berada ditempat mereka.....

 







 
Baca Selanjutnya »