Majlis Jamuan Aidilfitri di Ofis...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam ofis AJ buat majlis sambutan Aidilfitri.....
So mood nak buat keje tu memang nan hado la kan...
Hehehhehhe......

But first, let we take selfie!!


Posing dengan Mr.JR pulak....
Hehehhehehhe..... Menyempat!
(AJ dengan Mr.JR seopis sejak Jun lepas....
Tapi AJ senior okay... =P)

Datang keje warna warni je nampak......
Anggun dan kacak bergaya masing-masing dengan baju raya...
Tapi warna purple dengan biru memang memonopoli sambutan semalam..... Termasuklah AJ......
Niat hati nak pakai baju kurung yang AJ tempah untuk raya tu.....
Tapi malasnye la nak meng"iron" baju pepagi tu.... So AJ pilih baju 10 tahun lepas...
Wahhhhhh...... Tak sangka ek muat lagi.... Sampai kawan sekolah pun tegur kat fb....
"Macam kenal je baju tu beb.... Muat lagi ek...."
Bangga tau still muat......
Tapi yang peliknya, baju yang tempah 2 tahun lepas pulak dah sendat......

AJ si kuat makan....
Hehehehhehe...
(Cerita sebenar di bawah....)

Okay berbalik cite majlis aidilfitri.... Tersasar jauh dah cite AJ tadi.....
Majlis start pukul 12 tengah hari.....
Dalam majlis tu, adelah 2, 3 games diorang buat....
Ikat sampin, teka makanan, reka sampul duit raya dengan catwalk untuk best dress....
AJ diorang pilih untuk teka makanan.....
Haaaaa.... Asal bab makan bagi kat AJ kan.....
Tak sangka semua yang AJ teka betul... terutama kuih samperit....


Catwalk kate ko! =P

Lepas tu terpilih shortlisted best dress..
Walau tak menang, AJ enjoy gile..
Lagipun kan, AJ pilih baju tu bukan untuk best dress...
Pilih sebab baju tu tak payah nak iron..... =P
Dah kene warning, jangan menang best dress lagi... Hahahahha......
Ok fine... Tak menang pun kan....

Jom layankan gambar-gambar yang disnap oleh beberapa orang photog....
Berjalan-jalan kamera AJ, tuan kamera pulak foya-foya lah! =P


Haaaaa...... Sudah-sudahlah tu ek...
Kang kalau upload semua kat sini jenuh pulak korang nak scroll......
Total pic yang AJ upload kat album facebook tu pun dah 412 photos..
Hehheheheheh...

Amacam??? Nampak meriah tak???

P/s : Opsss.....
Terpanjang pulak entri ni.......

Baca Selanjutnya »

Review : Restoran DIB Coffees of Hawaii


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan 1 tempat makan yang sangat menarik dan suasananya lain dari yang lain.....
Restoran yang AJ maksudkan ialah DIB Coffees of Hawaii.....
Restoran ini terletak di Menara Gamuda, Damansara Perdana....
Ini merupakan kali pertama AJ jejakkan kaki disana....
Ingatkan kat situ ade bangunan pejabat je...
Rupanya tersorok 1 restoran yang tempatnya menarik dengan makanan yang super duper best!


DIB bermaksud "Deaf In Business"....
Uniknya ialah hampir kesemua pekerja di restoran ini merupakan golongan OKU yang cacat pendengaran dan bisu....
Memula AJ tak sangka pun.... Sehinggalah kami diberitahu oleh pengurus restoran.....
Setiap seorang pada mereka, ade speciality sendiri...
Contohnya salah sorang tu memang buat bakeri je....
So segala pastri dan kek dibuat oleh beliau sendiri...... :)

Staff DIB

Suasana di restoran ini tersangatlah tenang, selesa dan agak jauh dari hingar bingar....
Selain kopi, DIB menghidangkan pelbagai jenis makanan barat seperti steak, chicken grill, ceaser salad, kek dan sebagainya...
Harga yang ditawarkan juga tersangat berpatutan dengan posyen makanan yang agak besar....


Disini korang tak perlu risau mengenai masalah komunikasi....
Sebabnya selain menu, korang akan diberikan 1 panduan bahasa isyarat yang mudah....
Untuk pesanan pulak, korang boleh tanda sahaja diatas kertas yang telah disediakan......
Alaaaaa... Tanda je macam restoran white coffee tu..... =D
Mudah sangat tau....

Jom tengok apa yang kami makan



Errrr...... Ade yang terliur tak??
Nampak sedap dan memang sedap...
Food Presentation pun lulus! Macam kat hotel tau......

Jom kita intai kawasan sekitar DIB Coffees of Hawaii




Menarik kan??

Bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh layari :
Ataupun kunjungi :

1st Floor, Menara Gamuda,
PJ Trade Centre,
No 8 Jalan PJU 8/8A, bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 7.30AM - 6.45PM
Sabtu :  10AM - 6PM


Kemudahan surau untuk lelaki dan wanita juga disediakan...
Kalau nak buat private meeting ke, birthday ke apa-apa pun sesuai.....
Candle light dinner je tak boleh sebab malam tak bukak... 

Masa AJ pegi minggu lepas, DIB baru je 2 minggu beroperasi pada hari Sabtu... =D
So memang tak ramai oranglah....

P/s : 5 STAR!

Baca Selanjutnya »

Pra-tonton : Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kawan siapa mati dalam rumah sewa???
Kawan aku???
Siapa kawan aku tu????


Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem bergenre komedi seram arahan Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Mangkin Prestij milik Datin Jane Lim...
Filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak tempatan terdiri daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epy Kodiang dan ramai lagi....
Pelawak-pelawak yang pertama kali digandingkan dalam sebuah filem ini dijamin dapat memberikan sebuah lawak dan komedi segar dan lain dari yang kita pernah tonton...


Sinopsis

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (KAMDRS) mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Rudy (Achey) seorang pelakon tambahan yang sering memainkan watak hantu dalam setiap filem, Akhiruddin (Abam) seorang pekerja stesen minyak dan Remy (Fad) seorang penggilap kasut "proffesional" di kaki lima yang menyewa sebuah rumah milik Pak Osman Basah (Yassin SYJ).
Rumah yang didiami 3 sahabat ini telah tertunggak sewanya selama 3 bulan dan Pak Osman sering meminta duit sewa dari mereka kerana berniat ingin mengerjakan haji dengan tambahan duit sewa tersebut namun pelbagai alasan sering diberikan oleh 3 anak muda ini.

Pada suatu hari, anak saudara Pak Osman, Saipol (Epy Kodiang) yang merupakan seorang mat rempit ingin tumpang menyewa di rumah mereka kerana ingin menyertai lumba haram.
Pada malam perlumbaan Saipol telah memenangi sejumlah wang.
Secara kebetulan, apabila pulang kerumah Saipol telah terserempak dengan Rudy yang berpakaian pontianak mengakibatkan beliau terkejut lalu mati dilanggar oleh Akhiruddin dan Remy.
Ketiga-tiga mereka yang panik memikirkan Saipol yang telah mati telah menemui sejumlah wang, serta memikirkan cara bagaimana untuk merahsiakan kematian saipol dari pengetahuan Pak Osman Basah.

Apakah yang akan berlaku dan dilakukan oleh mereka semua??
Bagaimanakan mayat Saipol disembunyikan??
Dan apakah reaksi Pak Osman Basah??


Saksikan filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 14 Ogos 2014 ini.
Seriusly AJ bagi 5 bintang untuk filem ini... Tak rugi menonton....
Lakonan mereka sangat bersahaja dengan lawak yang buat korang takkan kering gusi dari permulaan cerita sehinggalah pengakhirannya..
Mr.JR yang katanya nak tidur tu pun tak jadi lelap penangan filem ini tau....
Lawak lain dari yang lain, lebih santai dan tak begitu berat untuk difahami..
Terima kasih kepada Bro Framestone untuk sepasang tiket tu... =D

Jom tengok sekitar majlis pra-tonton filem KAMDRS ini...


Last but not least, blogger-blogger yang turut sama memeriahkan majlis pra-tonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa...



P/s : Nak ajak kawan-kawan lain tengok sama lagi sekali!!!!
Best sangat......


Baca Selanjutnya »