Iftar : Citarasa Unik Flamo, Restoran Ayam Kampung


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

14 Julai 2014 bersamaan 16 Ramadhan 1435H, AJ dan Mr.JR serta beberapa orang blogger berkesempatan beriftar di Restoran Ayam Kampung....
Terima kasih kepada pemilik Flamo, Restoran Ayam Kampung kerana sudi menjemput kami beriftar di sana....
Pada mulanya, AJ sangkakan kami akan dihidang dengan pelbagai juadah yang berasaskan ayam kampung....Namun jangkaan AJ meleset sama sekali.....
Kami telah dihidangkan dengan pelbagai citarasa unik dari negara China dan Arab....

Sebelum AJ mula, jom berkenalan dengan  FLAMO dahulu....


FLAMO ialah sebuah jenama dibawah syarikat perusahaan makanan (milik 100% Muslim) Restauran Ayam Kampung Wangsa Maju, telah didaftar di Malaysia, di bawah Akta Syarikat 1965 pada 2014. Sebelum ditukar kepada sebuah syarikat Sdn Bhd, telah beroperasi sebagai sebuah syarikat Pemilik Tunggal dengan nama Restauran Ayam Kampung Enteprise sejak 2009.
Menurut pemilik Flamo, En. Zulkarnain dan Puan Norazlina Restoran Ayam Kampung ini diambil alih 3 tahun yang lepas, tapi mereka masih mengekalkan nama restoran yang sama......
Mereka juga masih lagi menyajikan hidangan ayam kampung pada waktu tengah hari... =D

Sajian Flamo mula dhidangkan seawal jam 5 petang....
Terdapat pelbagai jenis hidangan menarik dan unik antaranya Satay.....
Juga hidangan utama istimewa dari Resepi Yunnan iaitu Mi Xian yang dihidangkan sama ada kering ataupun berkuah..... Kami juga dihidangkan dengan kebab yang lazat dengan sos tahini...

Hidangan pertama yang AJ cuba adalah Mi Xian....
Resepi dari Yunnan ini ternyata akan mampu membangkitkan selera korang.....
Korang boleh memilih Mi Xian kering atau berkuah bersama ayam atau daging.....
AJ memilih Mi Xian ayam berkuah manakala Mr.JR Mi Xian daging kering...
AJ difahamkan sup Mi Xian perlu direneh selama 9 jam dengan 22 rempah rahsia didatangkan khas dari Yunnan.... Patutlah sedap!
Mi Xian Berkuah

Mi Xian Kering

Selepas itu kami dihidangkan dengan satay....
Terdapat beberapa jenis satay yang boleh dicuba antaranya satay ayam, satay daging, satay jumbo kambing..... Juga terdapat satay cendawan dan satay daun kuchai.... Unik kan?? First time AJ dengar dan cuba......
Satay-satay ini disediakan dengan salutan Cili flakes dan diperap dengan ramuan istimewa.....
Memang terasa sedap dan pedasnya tu.....
Paling AJ suka adalah satay jumbo kambing dan satay cendawan.... =D
Satay daun kuchai pun best.... Pelik dan unik... Hehehehe.....

Satay Ayam
Satay Daging
Satay Jumbo Kambing
Satay Cendawan
Satay Daun Kuchai

Tak lupa juga kebab yang dihidangkan dengan sos tahini....
Sos asli dari negara timur tengah itu membuatkan kebab menjadi lebih lazat......
Terdapat 3 pilihan kebab antaranya kebab ayam, daging dan kambing.....

Kebab Sos Tahini



Seriously, rugi kalau korang tak mencuba makanan unik dari flamo ni tau...
Bagi korang yang teringin nak mencuba boleh ke :

Restoran Ayam Kampung
No. 41, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel : 019-2113433 (En. Zul)

Waktu operasi : Isnin - Sabtu (11 pagi - 11 malam)
*Ramadhan : 4 petang - 11 malam

Facebook : FLAMO

Oh ya, bagi korang yang ingin membuka peluang perniagaan adalah sangat dialu-alukan.... =D


Sikit je lagi gambar untuk tatapan korang...

Penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan tau....

Antara blogger yang hadir serta harga bagi menu utama di Flamo... =D

P/s : Unik dan sedap!
Boleh pegi lagi ni.....


Baca Selanjutnya »

Iftar : Dengan Kesayangan's di Umai Cafe, Putrajaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


4 Julai 2014 bersamaan 6 Ramadhan 1435H, AJ beriftar dengan sahabat-sahabat lama dari dunia Paintball...
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini masih diberi kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat lama ni...
Actually semenjak AJ dah tinggalkan dunia paintball, AJ jarang berjumpa diorang....
Melainkan ade wedding ataupun setahun sekali berbuka bersama.....
Yelah, masing-masing dah ade haluan sendiri kan...
Kadang tu, AJ miss jugak join diorang.....
Al-maklumlah ade jugak masa-masanya yang AJ busy dengan hal lain yang tak dapat dielakkan....


Okay iftar tahun ni bertempat di Umai Cafe, Putrajaya...
Ini merupakan kali pertama AJ kesini.....
Sampai sesat-sesat nak mencari mane restorannya tau.....
AJ ni, kalau masuk kawasan Putrajaya, memang tak sah kalau tak sesat!
45 minit jugaklah AJ dan Mr.JR berpusing cari tempatnya.... =D

Umai Cafe menyediakan sajian makanan melayu serta kuih-kuih tradisional.....
Bulan Ramadhan ni ade special sikitlah...
Ape lagi kalau bukan kambing bakar.......
Harganya pun masih lagi berpatutan RM39.90 seorang.....
AJ tak sempat nak snap pic memandangkan AJ sampai, dah nak masuk waktu berbuka....
Hehehhehe....
Lagipun AJ datang sebab nak lepaskan rindu dengan kengkawan paintball AJ.....

Ini je sempat snap....
Lepas habis makan... =P

So jom layan gambar dengan kesayangan-kesayangan AJ.....
Tapi sayangnya tak cukup kroni....
Ade beberapa orang tak dapat join.... =(
Hope next Ramadhan dapat berjumpa lagi.....


Si gadis, si dara, si manis...


Si Jejaka, si hensem, si kacak...


Happy sangat jumpe diorang....
Sampai sakit-sakit perut tergelak-gelak...
Sampai restoran nak berkemas, kami kat situ lagi....
Hehehehhehe...

P/s : Sahabat selamanya... =D

Baca Selanjutnya »

Teaser : Iftar Ramadhan 1435H...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kesibukan melanda diri.....
Nak siapkan keje, kejar closing date sebelum bercuti raya nanti.....
Banyak cerita beriftar yang pending dari seawal puasa.....
Later AJ story okay.....
Ade yang rindu?? Tengok la pic dibawah...
Hehehheheh....

Cik Puan tanah dan partner in crime....

Sementara tu, tengok dulu teaser antara iftar yang AJ sempat hadiri....
Putrajaya - Wangsa Maju - Saloma Bistro

Umai Cafe, Putrajaya

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju

Saloma Bistro, Jalan Ampang

P/s : Baju raya dah 4 pasang, tapi mood raya takde lagi pulak....
2 baju kurung, 2 jubah dress....
Purple, gold, merah, pink.... =P





Baca Selanjutnya »

OlaBola | Germany vs Argentina


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pagi ni berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia 2014 antara GERMANY dan ARGENTINA......
So mana 1 pilihan korang??
Siapa yang korang rasa bakal menjulang Piala Dunia yang dirangkul oleh Sepanyol sebelum ni???

AJ nak sokong siapa agaknya???
Nak tau tak?? Nak tau tak???
AJ sokong.........
.............
......
.
.
.
.
.
.
Scroll sikit lagi pleaseeee....... =P












































GERMANY!!!!!
go germany, go germany!

My prediction for this final game is 2-0...
Cukuplah kot.....
Hehehhehhe....

Jom reramai kita tengok siapa bakal menjulang Piala Dunia 2014 ni.....

P/s : Jangan ade yang MC ataupun tak datang keje pulak nanti ye.........

Baca Selanjutnya »

Warna-warni Kehidupan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Quote of The Day :

"Hidup ini penuh dengan warna-warni.....
Kadang warnanya suram, kadang warnanya ceria....
Selalunya memandang keatas, adakalanya di atas itu ada sinar pelangi yang menantimu...."
-via ayuejean-



P/s : Dah pertengahan Ramadhan dah kan....



Baca Selanjutnya »