TERshopping di NILE.COM.MY Pulak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tadi nampak blogger femes Ben Ashaari post gambar dia beli barang kat NILE.COM.MY....
Makanya diri dan jiwa ini melonjak-lonjaklah nak pegi skodeng website tu.....

Tau takkkkk.... Bile AJ bukak je website tu terus dihidangkan dengan pemandangan indah yang bakal menipiskan duit poket korang....
Sebab barang-barang kat situ sumpah murah gile!!!
Ada yang berharga serendah RM2.90 je.....
Memang terbeliak-beliak la biji mata AJ.....

Hasilnya "TER"belilah sepasang jubah lycra....
Cantik dan murah pulak tu....
Kejap ni nampak pulak Felixia Yeap pun update pasal NILE.com.my.....
Memang murah berbaloi-baloi wa baq ang..
Kalau korang nak jenguk-jenguk apakah Nile ni...
Boleh jenguk www.nile.com.my (klik)


Antara pilihan yang terdapat di nile..

Oh ya, kat nile korang boleh pilih untuk COD jugak tau selain dari bank transfer.....
Kot-kat lah masa tu hanya ade duit dalam tangan je kan...
Lepas tu, confirmation dia tadi pun kejap je...
Pantas! Baru kejap ni pulak dapat email cakap barang AJ dah shipped....
Tak sabar pulak nak tunggu baju AJ sampai....
Hehehehehehe...
Serius memang shopping kat nile ni memudahkan....
Jimat masa dan juga jimat belanja!
Cita dia, bersambunglah episod "TER"shopping AJ lagi sekali.....

P/s : Gigih shopping pakai HP sebab tenet kat ofis dah kene block....
Kesian kami.... Krik Krik Krik.... =P

Baca Selanjutnya »

TERshopping!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Malam tadi AJ pegi jenjalan kat Masjid India.....
Kisahnya kawan AJ nak cari baju raya untuk anak dia.....
Tapi sayangnya jalan punya jalan tak jumpe saiz.....
Sama ada kecik sangat atau besar sangat.....
Saiz anaknya tu in between antara besar dan kecik......
Faham tak maksud AJ??? Kalau tak faham, silalah buat-buat faham ye...
Hehehhehehheheh.....

Fuhhhhh.... Malam minggu kan....
Cite dia memang ramai gile orang.....
Sampai jem lah jalan TAR tu......
Parking tak payah cakap, lagilah susah nak cari...
Kitorang pun parking jauh sikit dari bazar tu......
Nasib baik tak payah nak pusing berkali-kali untuk dapatkan parking, masuk je terus jumpe parking..... =D

AJ ni kononnya tak nak beli apa-apa lah....
Kecuali nak cari sepasang maxi skirt JE.....
Penyudahnya sampai sana TERshopping pulak.....
Orang cakap TER takpe kan...???? Kire tak sengaja... =P
Hasilnya dapatlah 2 pasang jubah (1 untuk AJ, 1 untuk mak) 2 pasang t-shirt Polo (1 untuk AJ, 1 untuk Mr.JR) dan 1 flower table lamp.....
Haaaaaaa.... hambek kau!
Lain dicari, lain yang jumpe....
Lepas tu pulak lain orang cari barang lain orang yang memborong sakan....
Tapi duit orang lain pun turut sama berkurangan....
Hehhehehhehe... Tq sayang! (Time ni la sayang!)

P/s : Shopping raya, dekat-dekat nak raya nanti la kot...
Tinggal Baju Melayu Abah & Mr.JR serta apa-apa yang dirasakan perlu....
#AkuMemangKakiShopping!!!


Baca Selanjutnya »

Bunuh Kucing Kerana Bumper Kereta


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pasti ramai dah baca mengenai tindakan seorang lelaki yang membunuh seekor kucing kerana bumper kereta tu kan??
Kalau belum tau korang boleh refer gambar dibawah....

Nama AJ tak sensored pasal status dia pun dah viral...

Sedih AJ bila baca pasal ni...
Yelah, sepatutnya sebagai manusia kita dikurniakan akal fikiran.....
Bukannya buat tindakan melulu sampai macam tu......
Itu kejam namanya......
Kalau kucing tu ade otak, dia pun takdelah melintas tiba-tiba....
Dah tentu dia pandai pandang kiri kanan......
Bulan-bulan puasa ni, ade jugak yang buat perangai macam ni......

Dengar kata, dia cakap status dia tu kononnya di"EDIT" seseorang...
Tapi entahlah.... Kita ade mate, ade telinga, ade akal fikirankan....
Rasenya boleh tau dia dipihak yang benar atau salah......
Takpelah, itu antara dia dengan Maha Esa.....
Kita pun bersangka baik je la (walau hakikat tak boleh nak bersangka baik)
Sesamalah doakan mamat ni diberi hidayah ke, petunjuk ke......

Kalau ikut hati, AJ pun teringin jugak nak maki dia berbakul-bakul...
Tapi pendam je la.......
Tak pasal pulak mengumpul dosa kering di bulan Ramadhan ni....

P/s : Sadis!


Baca Selanjutnya »

Salam Ramadhan 1435H


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Sekejap je dah 4 ari umat Islam berpuasa kan.....
Baru ni la AJ berkesempatan nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog AJ ni.....
Alhamdulillah... Bertemu lagi dengan Ramadhan.....
So macam mana denga puasa korang??
Ade yang dah kantoi ke?? Ke ade yang tak gastrik tetiba gastrik....
Haaaaaa... Janganlah begitu.... Tak baik tau!
Kang tak pasal ade yang kene culik dengan van putih karang.....
Hehehhehehehhe....

Ade ke yang dah buat persiapan raya??
AJ, baju dah tempah dah... Cuma tak siap lagi..
Tahun ni buat baju kurung je... malas dah nak buat baju fesyen2.....
Faktor Usia kot... Hahhahahhaa... =P
kasut raya pulak out of stock!
Sedihnya... takpelah kasut AJ pun berlambak...
Tak payah membazir kan....

Kuih raya pulak, seminggu dua sebelum raya Insyaallah baru AJ start buat...
Taknak buat banyak pun... Dalam 4-5 jenis cukuplah...
Budak sekarang datang pun bukan nak makan kuih raya sangat....
Nak kan duit raya je.....
Sesilap kuih raya tu "sendiri buat, sendiri makan" je.......

Itu je lah kot.....
Buat masa ni masa AJ untuk update terhad sikit..
Maklumlah bulan puasa kan..
Kat ofis kene berkejar siapkan keje... Balik pulak 4.30 petang..
Lepas tu nak kene cover keje sepanjang cuti raya..
Alhamdulillah cuti raya AJ dah approved last month...
Tak lama pun, seminggu je... Kihkihkih...

Oh ya, AJ nak plan berbuka puasa dengan blogger ni..
Agak-agaknya ade yang sudi join??
Area KL atau Selangor....
Kalau ade, drop your comment okay.... Bye....

P/s : Sehingga bertemu lagi....


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant (BGR)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sempena Ramadhan ni AJ nak bagitau 1 lagi tempat yang korang jadikan tempat pilihan untuk berbuka puasa...
Bangi Golf Restaurant (BGR) yang terletak di Bangi Golf Resort....
First terima kasih Sally sebab sudi jemput sama AJ dan Mr.JR.. =D

Buffet Ramadhan yang bermula dari 2 Julai sehingga 26 Julai 2014 merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM.
Terdapat lebih daripada 200 hidangan yang ditawarkan sepanjang Ramadhan nanti di Bangi Golf Restaurant antaranya hidangan Melayu, Barat, Cina dan banyak lagi....

AJ nak cuba hampir kesemua makanan di sana, tapi disebabkan terlalu banyak pilihan AJ makanlah apa yang sempat dijamah.....
Memang AJ jamin korang pasti akan berpuas hati sebab kesemua makanan yang AJ cuba takde 1 pun yang mengecewakan deria rasa AJ....

Antara menu yang disajikan Kambing Bakar, Satay, Kuey Teow dan Mee Goreng yang dimasak di hadapan tetamu sendiri, Lasagna Daging, Ayam tanpa tulang Grill dengan sos Cendawan yang lazat, Kuih-kuih Tradisional Melayu, Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Kawah Daging dan sebagainya.....
Disertakan juga pelbagai pencuci mulut antaranya Kek Red Velvet, Jelly Kelapa Muda, Jelly Laici dan Tembikai dan banyak lagi!

Sepanjang Ramadhan tahun ini, BGR akan memperkenalkan konsep baru iaitu dapur terbuka...
So, tetamu boleh melihat sendiri cara chef-chef BGR menyajikan makanan...
Dalam masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan Muzik Tradisional Melayu secara live dari 6.30 petang sehingga 9 malam...

Menurut Chef Kamaruddin, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant selalunya menjadi pilihan untuk keluarga, kawan-kawan, rakan niaga sepanjang Ramadhan...
Mereka akan memastikan kepelbagaian makanan dan mengekalkam rasa dan tradisi supaya tetamu akan kembali ke bangi Golf Resort Restaurant... =D

Kemudahan Surau untuk lelaki dan wanita juga disediakan di sana... =D

Kalau korang nak mencuba sendiri Buffet Ramadhan di sana boleh hubungi :

Bangi Golf Restaurant
Website : www.bgrrest.com
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com



Jom tengok antara hidangan yang sempat AJ cuba...

Banyak lagi pilihan makanan yang lazat dan menyelerakan kat sini sebenarnya....

Cik Puan Tanah suka bebeno la dengan dessert Chocolate Mousse ni......
Bertambah-tambah.. Al-maklum hantu coklat kan... =D

Antara blogger yang turut sama hadir....

P/s : Bulan Ramadhan ni, AJ akan repeat balik kat sini.... =D
Serius rugi tak cuba!!!

Baca Selanjutnya »