Buffet Ramadhan di The Royale Bintang , Kuala Lumpur


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bulan Ramadhan merupakan 1 bulan mulia dimana semua umat Islam diseluruh dunia mula menjalani ibadah puasa.
Setelah seharian menahan diri daripada lapar dan dahaga, waktu berbuka merupakan salah satu saat yang 
dinantikan malahan bukan sahaja bagi Umat Islam tetapi mereka yag berlainan bangsa dan agama juga... 

Biasanya amalan berbuka puasa di hotel adalah menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal di bandar 
seperti Kuala Lumpur. Amalan ini dikatakan mampu menjalinkan ikatan yang lebih mesra di kalangan anggota keluarga, sahabat handai serta rakan sekerja.

Displaying Ramadhan e-newsletter.jpg
Senarai harga untuk Ramadhan 2014

Harga Buffet Ramadhan
RM85++ dewasa
RM45++ kanak-kanak (6-12 tahun) / warga emas

Sepanjang Ramadhan ini, Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur menyediakan aneka juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citasara ala kampung yang menjanjikan kepuasan setelah seharian berpuasa.

Antara hidangan yang bakal disediakan sepanjang Ramadhan, Masak Lemak Ikan Masin Belimbing Besi, Siput Manis Rendang Pedas, Gulai Tulang Kambing dengan Pisang Muda, Lemak Cili Padi Salai, Ikan Bakar Daun Pisang, Ayam Percik dengan Lemang dan banyak lagi.
Bagi mereka yang rindukan manisan masakan kampung, anda juga berpeluang menikmati beraneka manisan traditional seperti Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang dan macam macam lagi.
Bagi pengemar sup, The Royal Bintang juga menyediakan pelbagai jenis sup untuk dinikmati... 

Tidak ketinggalan aneka ulam kampung yang juga di tawarkan seperti pucuk pegaga, ulam raja, kacang botol, hidangan kerabu serta berbagai lagi serta Sambal Belacan, Sambal Cili Hijau Sambal Tempoyak, Sambal Ikan Bilis, Air Assam, Sambal Chilli Kicap Manis, Budu, Cincalok sebagai penambah rasa.

Promosi menarik ini ditawarkan sepanjang Ramadhan bermula dari jam 7.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari bermula 2 Julai hingga 25 Julai 2014.

Untuk membuat tempahan awal, The Royale Bintang juga menawarkan harga promosi dengan pembelian 5 voucher, 1 voucher percuma sebelum 29 June 2014.

Displaying image002.jpg

Ruang solat turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Jom tengok hidangan buffet ramadhan yang AJ dah cuba di The Royale Bintang, Kuala Lumpur.







Lapar pulak kan bile tengok gambar-gambar diatas...


Antara blogger yang turut sama merasai keenakkan Buffet Ramdhan di The Royale Bintang, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03-21439898 sambungan 4809.
________________________________________________________________________

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

Syikhah Manaf
Marketing and Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2143 9898 ext. 3805
Fax : 603 – 2162 8644

P/s : Esok dah 1 Ramadhan....

Baca Selanjutnya »

MyGenovasi | Merintis Pemikiran Kreatif


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Hujung minggu lalu, AJ menghadiri 1 program yang dinamakan program MyGenovasi...
Program yang dianjurkan oleh Genovasi ini bertujuan menjana pemikiran kreatif untuk dijadikan innovasi dalam mencipta sesuatu untuk masa hadapan...
Genovasi merupakan satu-satunya "Design Thinking School" di Malaysia...
Antara program yang dianjurkan oleh pihak Genovasi ialah Innovation Ambassador Development Programme (IADP) dan The Design Thinking Bootcamp Program bertujuan menggilap daya pemikiran kreatif peserta..
Tapi sayangnya program ini sangat mendapat sambutan dan dah penuh pun....
Yang tinggal setakat hari ini :

Innovation Ambassador Development Programme (IADP)
Daily Dose (Full Time) 2014 (Closed)
Double Dose (Part Time) 2014 (Register)
The Design Thinking Bootcamp program. (Closed)


Masa mula-mula menjejakkan kaki ke sini, AJ terpegun dengan tempatnya yang bersesuaian dengan konsep Genovasi.... (Walaupun agak terlewat akibat sesat..)
Dari suasana tempatnya sehinggalah ke dekorasinya.... Tip top!




Suasana dan dekorasi Genovasi

Kami juga diberi peluang mengikuti program ini selama lebih kurang 2 jam....
Dalam program berbahasa inggeris ini, terdapat 5 langkah yang perlu dijalani antaranya para peserta diberikan 1 situasi dimana kami sendiri diminta mendalami dan merasai sendiri kepayahan menjadi seorang pesakit yang tidak boleh menggerakkan jari-jemari....
Dengan keadaan sebegitu, kami diminta memegang pen dan menulis....
Kemudiannya kami diminta mendefinasikan dan menulis/berkongsi sendiri pengalaman serta apakah kesukaran yang dialami semasa berada dalam situasi pesakit tersebut dan berkongsi dengan rakan lain..
Kami juga diminta memikirkan sesuatu idea dalam membantu mereka menjalani kehidupan seharian yang kemudiannya dicipta dengan menggunakan beberapa bahan yang disediakan....
Prototaip yang dicipta oleh para peserta kemudiannya dicuba dan dinilai kelebihan serta kelemahannya...

The 5 Step!

Sebelum mengikuti program dengan Genovasi, banyak benda disekeliling yang AJ tak tau dan tak rasa....
Kadangkala bila tak penah lalui, kita tak tau kepayahan dan kesukaran orang lain dalam menjalani kehidupan seharian....
Program ini memang wajar kerana banyak perkara yang AJ telah pelajari dalam program ini....
Antaranya memahami keadaan orang lain dengan meletakkan diri kita ditempat mereka...
Membuatkan kita memikirkan sesuatu diluar kotak dan sebagainya....
Wahhhh... Paling tak sangka ialah AJ yang tak kreatif ni boleh berfikir secara kreatif...







Aktiviti semasa program dijalankan...

Kalau korang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program MyGenovasi, boleh hubungi :

Alamat :
Genovasi, Lot 2A, Jalan 13/2,
Seksyen 13, Petaling Jaya,
Selangor.

Website : www.genovasi.my
Twitter : twitter.com/MYGenovasi

Antara blogger yang turut hadir......

Tadaaaaaa..... Cik puan tanah pun nak posing jap.....

Oh ya, Genovasi sedang mengadakan beberapa contest...
Disini AJ sertakan kalendar untuki semua contest yang sedang berlangsung sepanjang bulan JUN dan JULAI :




P/s : Entri ini diterjemahkan oleh AJ melalui pemahaman dan pengalaman yang AJ rasai sendiri dari program berbahasa Inggeris, overall program ini memang sangat bagus....

Baca Selanjutnya »

OneCity Skypark USJ25, Tarikan Terbaru Di Selangor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


OneCity Skypark merupakan salah satu tarikan terbaru yang boleh korang kunjungi...
Satu pusat membeli belah yang terbaru dan dilengkapi panggung wayang serta hotel....
AJ dah beberapa kali berkunjung ke OneCity Skypark ni...

Masa first datang, mall ni baru je bukak... Tak banyak kedai pun...
Tapi yang bestnya, kat atas bangunan ni dibina dengan tempered glass...
Korang boleh berjalan di tingkat 10 dan menikmati pandangan terus ke bawah melalui kaca yang korang pijak....
Haaaaaa... Berani ke tidak???
Siapa yang ade penyakit gayat tu, AJ sarankan tak payahlah korang lalu atas kaca tu...
Lalu je la tepi-tepi tu..... Hhehehehehe.....

Dari KL, tak jauh pun tempatnya.....
Adalah dalam 30minit perjalanan... Itupun kalau jalan tak jem....
Korang boleh lalu LDP menghala ke Puchong.....
Lepas je plaza tol selepas IOI Mall tu, korang boleh amik exit sebelah kiri yang pertama dekat stesen minyak Shell...

OneCity Mall bukak macam biasalah, 10 pagi ke 10 malam...
Tapi kalau korang nak ke Skypark, tengah-tengah malam pun boleh naik lagi....
Pemandangan kat situ pada waktu malam memang sangat cantik..korang boleh nampak KL dan Shah Alam dari atas bangunan tu.....
Kalau nak rase tenang sekejap bolehlah pegi atas tu.. =D

Jom tengok pemandangan dari OneCity Skypark...
Tapi gambar dalam mall takde la, sebab AJ naik pukul 11 lebih....



Tinggi kan??
Tapi kalau nak pegi, AJ sarankan pegi waktu malam dan time cuaca elok....
Masa AJ pegi siang tu, panas woooo...
Yelah rooftop kan.....

Oh ya, untuk memudahkan korang lagi...
Kalau pakai applikasi WAZE, type je "ONECITY USJ25"
Lepas tu ikutlah mane waze bawak korang... =D

P/s : Gayat tak gayat lah cite dia....
Huhuhuhu...

Baca Selanjutnya »

Al-Fatihah.. Perginya Blogger Syuhada Baharudin..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak terucap dengan kata-kata saat dapat khabar ni sekejap tadi....
Terus berlinang-linang airmata AJ bila dapat tau kak syuhada Baharudin pemilik blog www.syuhadabaharudin.com telah pergi menghadap Ilahi petang ni.....

Kali terakhir AJ jumpa kak Da, masa event Havarline Diamond akhir Mei lepas.....
Lepas tu beberapa minggu lepas, kak Da ade whatsapp AJ minta ganti tempat dia untuk eye treatment....
Tapi sebab AJ keje, terpaksa AJ tolak......

Ya Allah....... Tak sempat AJ ziarah almarhumah....
Last weekend AJ nak pegi, tapi terbaca post adik Kak Da cakap dia tak boleh nak terima pelawat.....
So AJ batalkan hasrat nak ziarah..
Tak sangka itulah berita terakhir yang AJ dengar mengenai kak Da.....

Kak Da, Allah swt lebih sayangkan Kak Da...
Semoga Kak Da lebih tenang di alam sana....
Hanya doa yang mampu AJ kirimkan buat kak Da.....

Buat keluarga almarhumah, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah swt......
Takziah......

Al-Fatihah....



Baca Selanjutnya »

Takziah Buat SepupuKu (2)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

3 bulan lepas AJ penah menulis entri Takziah Buat SepupuKu....
Hari ini, sekali lagi AJ mencoretkan entri yang sama.....
Berita sedih ini AJ terima 11.45 pagi semalam......
Anak sepupu AJ yang berusia 3 bulan lebih disahkan meninggal dunia......
Memang terkejut sangat saat dapat khabar ni......

Sehari sebelum tu, anak dia AJ ni memang demam....
Lepas tu pagi semalam, sepupu AJ hantar ke rumah pengasuh...
Katanya masa hantar, anak dia memang khayal je... Yelah, demam kan...
Dalam pukul 11 pagi, sepupu AJ dapat panggilan dari pengasuh kata anaknya batuk-batuk, berkahak.... Di hujung talian tu, supupu AJ dengar suara anaknya menagis...
Bila sampai dirumah pengasuh, anak dia dah kebiru-biruan dan telah disahkan meninggal dunia....

Ya Allah...... Beratnya dugaan buat sepupu AJ tu....
Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari hanya dipinjamkan 3 bulan sahaja...
Sepupu AJ redha dengan pemergian anak sulungnya Muhammad Ammar Zafran.....
Sedih sangat masa tengok jenazah Ammar kat hospital tu....
Macam tidur je.... Kami tak dapat nak menahan airmata....... Sebak!

Ya Allah, kau berilah ketabahan hati buat Fiza dan Mazly dalam menempuhi dugaan ini...
Mungkin belum rezeki korang.... 
Tabahkan hati, anak kalian menanti di pintu Syurga...
Dia ade kawan kat sana, Rayyan anak cousin AJ yang meninggal sebelum ni.....
Kedua-duanya anak pertama dan anak syurga....

Al-Fatihah.......


Bersemadilah kalian disana sayang....
Maksu sayang kalian....

P/s : Terlalu banyak berita sedih....
Anak Ema, anak buah mak sedara yang jatuh eskalator tu dan sekarang anak Fiza....
Saudara-saudaraku, moga kalian tabah........


Baca Selanjutnya »