ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Sumber : Google
Jumaat lepas AJ berkunjung ke Madras Tekstil, Jalan Masjid India / Jalan TAR....
Niat hati nak beli kain....
Pilih punya pilih, AJ jumpalah sepasang kain ni...
Cantik pun cantik, material dia pun okay....
Disebabkan AJ nak 12 meter yang sama warna dan corak, makanya AJ nak carilah lagi sepasang...
Apa yang AJ jumpa sama warna, tapi tak sama corak....
Lepas tu datanglah sorang sales"makcik" ni....
Nak panggil salesgirl macam tak sesuai pulak memandangkan dia dah agak berusia.....
Bawah ni merupakan dialog AJ dan makcik tu....
"Makcik : Ye, U nak kain apa??
AJ : I nak kain yang macam ni lagi 1 dengan corak yang sama...
Makcik : Ini samalah, corak je lain sikit... Takpelah...
AJ : I nak corak yang sama sebab i nak buat baju kurung untuk 3 orang...
Nanti kalau amik yang ni akan ade seorang dapat baju lain, kain lain...
Makcik : Takpelah sama je, u tengok ini sama warna corak je lain....
Same je lah... Ini kain mahal tau.... (Nada mula meninggi)
AJ : Takpelah I nak yang corak sama...
Makcik : Ini kain mahal tau! Ini pun ade offer, mana ada yang sama..
Amik je la ini corak je lain-lain! INI KAIN MAHAL TAU! (Duk ulang perkataan kain mahal berkali-kali dengan nada yang tinggi dan minta penampar...)"
Dengar perkataan tu, AJ terus nak naik darah...
Mengenangkan dia tu dah berusia, AJ tahan jugak rasa nak marah tu.....
Memang bergetar je jiwa AJ masa tu.....
Kalau tak mau ade yang sakit jantung kene jerkah dengan AJ......
Bukan sebab frasa "customer always right" tapi cara dia cakap tu tak kena gaya..
Kalau customer dah taknak kain tu sebab corak tak sama, janganlah kau paksa-paksa..
Bila orang dah taknak kau nak marah pulak..... AJ pun faham, dia nakkan sales....
AJ pun apa lagi, terus tinggalkan kedai kain tu dengan tak beli apa-apa.....
Ikut hati yang panas, nak je AJ lempar kain dan duit depan muka dia...
Ingat aku tak mampu nak beli dan bayar ke kain mahal ko tu??????
Sesilap kedai-kedai dengan ko sekali aku beli.....! (Poyo)
Sorrylah Madras Tekstil, disebabkan seorang pekerja anda begini, nak berkunjung lagi kesana mungkin AJ akan fikir 3,4,5 kali.....
Kan tak pasal hilang customer..
Walhal ini bukan kali pertama AJ kesana tau....
Bila dah macam ni.... Bye-bye la jawabnya.....
P/s : Nak cari rezeki biarlah kena caranya.....
Kan tak pasal hilang customer..
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...