Kini Berdomain - www.ayuejean.com....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya setelah sekian lama berdolak dalik, blog AJ berdomain jugak.....
Terima kasih atas bantuan Potia atas bantuan......
Sebenarnya AJ tak niat pun nak pakai domain tadi...
Entah macam mana, tetibe tanya kat dalam group mana nak beli domain.....
Dan Potia sarankan beli dari NetKL Network....


AJ pun terus je beli....
Caranya sangat mudah dan senang....
AJ beli domain dengan harga RM 35/setahun...
Pemasangan domain tu pun sekejap je.....
Tak perlu tunggu 2-3 jam untuk diaktifkan...
Lepas AJ buat pembayaran, hantar tiket kepada pihak NetKL Network untuk pemasangan domain dan Siap!

Sekarang dari ayuejean.blogspot.com, blog AJ berubah kepada www.ayuejean.com....

Kalau korang nak berdomain macam AJ, boleh [Klik Sini

P/s : ^___^


Baca Selanjutnya »

Review : Safi Shayla untuk Wanita Bertudung


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah cuba tak rangkaian syampu Safi Shayla yang direka khas untuk wanita bertudung tu??
Arini AJ nak review sikit mengenai syampu Safi Shayla ni....
Kata orang, tak kenal maka tak cinta..... Bila dah kenal, cinta mati beb!!!
Al-kisahnya, syampu AJ habis....
Lepas tu AJ nampak pulak syampu mak ni...
AJ pun dengan tanpa segan silu pakai syampu dia....
Bile dah pakai tu, syok pulak.... Terus AJ pakai kekal dengan syampu ni...
Dah masuk botol kedua pun... =D

Jom berkenalan dengan rangkaian Safi Shayla!



Safi shayla ni terdiri dari 4 jenis seperti syampu Anti Kelemumur, Kawalan Rambut Gugur, Licin Terurus dan Segar Bermaya....
Selain syampu, Safi Shayla dilengkapi dengan perapi rambut dan juga penyegar kulit kepala....
Setiap syampunya diperkaya dengan Habbatus Sauda yang mengandungi bahan bakteria semulajadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kurang selesa dan kusam...
Juga diperkaya dengan nutrien semualajadi yang menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut....

Dan setiap 1 syampu juga terdapat lain-lain nutrien iaitu :

-Safi Shayla Licin Terurus dengan Multivitamin
-Safi Shayla Segar Bermaya diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer
-Safi Shayla Anti Kelemumur dengan ZPT
-Safi Shayla Kawalan Rambut gugur dengan Protein

Haruman dia pun boleh kekal sehingga 48 jam*....


Yang paling AJ suka sekali mengenai rangkaian Safi Shayla ialah penyegar kulit kepala....
Lepas bersyampu, korang boleh urutkan penyegar ni kat kulit kepala....
Penyegar kulit kepala ni diperkaya dengan Mentol bertindak menyejukkan, menyegar, menyamankan dan mengurangkan kerengsaan kulit kepala.....

AJ ni ade masalah kulit kepala sebenarnya......
Dulu AJ pakai Sel*** Bl**, berkesan jugak tapi tak boleh digunakan selalu.....
Tapi bila AJ start gunakan Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla, boleh pakai setiap hari dan kesannya kulit kepala AJ dah tak gatal-gatal lagi...
Kalau tidak, bile tak cuci rambut walaupun sehari je mulelah gatal.....
Alhamdulillah, sekarang dengan Safi Shayla AJ tak perlu nak risau kalau tak sempat cuci rambut sehari dua.....
Confirm kulit kepala tak gatal dan rambut kekal harum....
Dan lagi 1, rambut AJ pun dah kurang gugur.....

Oh ye, bagi korang yang ingin mendapatkan Safi Shayla ni, boleh kunjungi pasaraya yang berhampiran....
Buat masa ni, rangkaian syampu ni takde lagi kat farmasi-farmasi terkenal macam Watson atau Guardian (dah banyak kali AJ cari tapi tak jumpe, tak tau lah kawasan korang ade ke tak)...
AJ jumpe pun kat pasaraya NSK, Mahatari, Mydin dan pasaraya biase-biase je........ =D

Harga pasaran bagi produk SAFI SHAYLA :

RM 12.70 bagi syampu
RM 7.90 bagi perapi rambut
RM 7.90 bagi penyegar kulit kepala

Selamat mencuba!

P/s : Sesuai untuk wanita tidak bertudung juga! =D


Baca Selanjutnya »

Piala Thomas 2014 Milik Jepun (Keputusan Mata Penuh)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nampaknya harapan Malaysia untuk membawa pulang Piala Thomas hanya harapan tinggal harapan.....
Dengan kekalahan tipis Liew Daren ditangan pemain Jepun tadi.....
Walaubagaimanapun, AJ bangga dengan para pemain Malaysia yang bertungkus lumus berusaha dalam pertarungan akhir Piala Thomas.....
Jepun tak memang dengan mudah......
Tahniah pasukan Malaysia....
Cuba lagi di perlawanan Piala Thomas akan datang....



Keputusan penuh Piala Thomas Malaysia vs. Jepun

Dato Lee Chong Wei vs Kenichi Tago
21-12, 21-16

Hiroyuki Endo / Kenichi Hayakawa vs. Tan Boon Heong / Tien How Hoon
21-12, 17-21, 21-19

Chong Wei Feng vs. Kento Momota
21-15, 21-17

Keigo / Takeshi vs. Goh V Shem / Tan Wee Kiong
21-19, 17-21, 12-21

Liew Daren vs. Takuma Euda
21-12, 18-21, 17-21

Seriously AJ tersangatlah frust....
Bukan frust tak dapat cuti, tapi frust tak menang....

P/s : Rase nak nangis....



Baca Selanjutnya »

Dapatkah Malaysia Kembali Menjulang Piala Thomas???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Saat ni, Jepun tengah mendahului Malaysia dengan 2-1....
Dato Lee Chong Wei dah menang...
Beregu pertama Tan Boon Heong dan Hoon Thien How kalah.....
Chong Wei Feng pun kalah kejap ni.....
Tertekan pulak AJ tengok cara permainan dia tadi.....
Nampak macam dah putus harapan je....

22 tahun dah Malaysia tak julang Piala Thomas....
22 tahun juga penyokong Malaysia kecewa dengan kekalahan pasukan negara.....
Apakah tahun ke 22 ini Malaysia dapat mengembalikan Piala Thomas??
Sama-sama kita saksikan perlawanan akhir badminton Piala Thomas ni....

AJ kat rumah dah tak senang duduk dah.....
Harapnya Malaysia masih lagi ada harapan......
Go Malaysia Go!!!
Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kalian.....
Jangan hampakan kami....

Sekarang beregu kedua Goh V Shem dan Tan Wee Keong pulak sedang bertarung...
Kene menang jugak.....
Wajib menang!!!!!

P/s : MH370 masih tak luput diingatan....


Baca Selanjutnya »

Majlis Pelancaran Produk Havarline Diamond Sdn Bhd


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jumaat, 23 Mei 2013 AJ dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Produk Havarline Diamond Sdn Bhd.
Majlis gilang gemilang dan penuh glamour ini dilangsungkan di Hotel The Royale Chulan, Damansara dengan bertemakan biru....


Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB) telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan terlibat secara aktif dalam menyediakan suplemen kecantikan berkualiti tinggi dan produk kosmetik di Malaysia.


Menurut Pengarah Urusan HDSB Cik Noor Haniem Baharom, suplemen kecantikan dari HDSB menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sejak memperkenalkan produk sulungnya, D-Collagen yang menggabungkan kolagen marin dan bahan-bahan premium lain seperti sarang burung, madu, Pitera, Goji berry dan delima telah terbukti secara klinikal untuk memprbaiki keadaan kulit dan telah diuji di makmal USM serta diikhtiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk HDSB meliputi pelbagai suplemen kecantikan yang kini boleh didapati di lebih 200 rakan kongsi perniagaan diseluruh negara.


Majlis ini telah dilancarkan oleh Yang Bhg Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanifah, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Rangkaian produk Havarline Diamond

Turut dilancarkan dalam majlis tersebut ialah rangkaian produk baharu termasuk D-Collagen, D-Babes iaitu White Coffee minuman intim dan dalaman untuk wanita serta rangkaian pilihan D-Soap iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap dan Marine Collagen Soap.

HDSB bukan sahaja menembus pasaran di Malaysia, malahan kini sedang berusaha untuk memasarkan produk-produk kosmetik yang berkualiti ke seluruh negara dan negara-negara serantau melalui jalinan rakan niaga yang komited terhadap objektif syarikat HDSB...
Antara negara yang dikenalpasti ialah Singapura dan Indonesia....
AJ harap HDSB sentiasa sukses dalam memasarkan produk keluaran mereka....

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk keluaran Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)

Hubungi :

Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Hotline : +6019 968 8000
Phone : +603 7731 1021
Fax : +603 7731 1021
Email: sales@havarlinediamond.com

Ataupun layari :

Website : dcollagen.asia
Facebook : DCollagen

Jom lihat lagi gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Produk Havarline Diamond..

Antara rakan blogger dan media yang hadir..

Sesi Q&A dan bergambar dengan pihak Havarline Diamond..

Last but not least,
Outfit of the day..


Credit photo :  Me, Anwar Abdullah dan Mohd Rasul

P/s : Nantikan review AJ pulak....


Baca Selanjutnya »