ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Yup betul kata pepatah...
"Sahabat sejati ni susah nak cari.......
Kalau jumpa pun mungkin sekali dalam seumur hidup....."
Kadang dalam persahabatan kita sering salah percaturan.....
Ade yang kita anggap sahabat sejati, tapi bila kita susah hilang entah kemana...
Kawan macam ni bersepah... Kat memane je ade......
Tapi bila kita dah jumpa kawan yang waktu susah kita dia ade, waktu sedih dikesatnya airmata kita...
Peganglah dia, bersahabatlah dengannya selamanya, jangan lupakan dia diwaktu kita sedang meniti kesenangan hidup..
Kerana sekali kita hilang sahabat sebegini, selamanya kita akan berasa rugi...
Dia tiada galang gantinya.....
Alhamdulillah.....
AJ berpeluang jumpa sahabat yang berada dalam kategori sejati..
Terima segala berlakuan kurang senonoh AJ, loyar buruk AJ dan selalu menasihati dikala AJ dalam kesusahan ataupun bila perlakuan AJ tu tak cantik dipandang mata orang lain....
Kamu, kamu dan kamu yang layak AJ gelarkan sahabat sejati, tatkala membaca entri ni secara automatik kamu tau entri ini buat kamu tanpa perlu AJ mention nama...... =D
P/s : Alhamdulillah Syukur....