Selamat Pengantin Baru Blogger Nadia Johari!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Still backdated entry.... Huhuhuhuhu....
Ahad lepas, 27 April 2014 AJ sempat menghadiri undangan perkahwinan blogger Nadia Johari dan pasangan....
AJ pegi majlis sebelah lelaki, memandangkan yang sebelah perempuan AJ tak dapat nak attend.....
Sedihnya mase tu.....
Anyway thanks to nad yang jemput AJ ke kenduri side lelaki.....

 

Mase majlis tu tak ramai pun blogger yang ade...
Al-maklum la, diorang dah attend majlis sebelah perempuan kan.....
Yang AJ jumpe masa tu, Hawa dan Dedeq je.....
Hawa dah berapa kali dah AJ jumoe sebelum ni...
Dedeq pulak baru first time AJ jumpe..... =D

Majlis sebelah lelaki ni simple je.....
Pengantin sampai lepas Zohor tak silap AJ....
Seriously, AJ suka sangat baju Nad....
Tak simple sangat dan tak sarat sangat...
Sempatlah AJ risik-risik tempah kat mane...
Manelah tau kot-kot AJ pulak nak menempah lepas ni....
Hehehheeh...

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Nad dan pasangannya...
Semoga hubungan yang dibina ni berkekalan sehingga ke hujung nyawa....
Ehemmm! Cepat-cepat dapat baby tau!!!

Antara Blogger yang hadir.....

Partner Of The Day..
As usual Mr.JR...

P/s : My turn??
Sooner or later, Insyaallah.... =D

Baca Selanjutnya »

Restoran Golek-Golek Suasana Kampung, Ilham Rasa Ahadiat Akashah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Restoran Golek-Golek Suasana Kampung terletak di tempat yang unik di Gombak, Selangor...
Kawasannya agak tersorok dan terletak di Puncak Bukit di tepi lebuhraya....
Laluan masuknya betul-betul bersebelahan MRR2 menghala ke Taman Melati....
Kalau korang tau Sukhumvit Garden kat MRR2 tu, lagi senang korang nak jumpe Golek-Golek ni, sebab simpangnya terletak berseberang jalan tu je.... =D


Restoran Golek-Golek ini dikelilingi dengan rimbun hutan di tanah berkeluasan 0.6 hektar...
Boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa.....
Memula korang sampai, korang akan nampak sebuah rumah berusia 100 tahun yang dipindahkan terus dari Melaka sebagai latarbelakang restoran ini...
Selain itu, suasananya yang sememangnya sangat tenang benar-benar membuatkan korang terasa aura kampung dan tradisionalnya..
Senyap, sunyi dan jauh dari keriuhan hiruk-piruk kotaraya...



Dari segi menu, restoran golek-golek mengamalkan konsep pengkhususan...
Mereka lebih menumpukan kepada hidangan ikan bakar yang dihidangkan dengan gabungan tiga jenis sambal iaitu sambal tumis, sambal cili dan sejenis sambal khas bagi menyedapkan rasa...
Untuk menambahkan keenakan ikan bakar tu, korang boleh pilih ikan bakar sambal yang dicampur dengan petai...
Perghhhhhhhh memang mengancam.... Terangkat rase dia....
Ikan bakar tu pun dibakar dengan daun pisang.... Memang sedap!
Selain tu, terdapat menu lain seperti ketam atau udang telur masin, kombinasi sayur kacang bendi dan kacang botol yang digoreng, sayur terung ikan masin dan juga sup ayam ditambah pula dengan seliter jus kedondong asam boi atau tembikai yang segar.....
Harga untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan dan berbaloi.... =D

Bagi korang yang ingin merasai sendiri keunikan suasana dan resepi di Restoran Golek-Golek, restoran ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja...

Alamat :
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM 10, Gombak, 68100 Selangor.

Waktu Operasi :
Jumaat, Sabtu dan Ahad (7 petang - 12 tengah malam)

Untuk Tempahan / Pertanyaan 

016-2269140 (Daus)
017-4070007 (Atie)

Jom intai lagi suasana di Golek-Golek


Terasa macam balik Melaka pulak...
Hehehehehhe.....

P/s : Tak rugi mencuba!


Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Mak!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini backdated entri sebenarnya...
Hari lahir Mak AJ jatuh pada hari Jumaat lepas, 25 April 2014...
So malam Jumaat aritu, AJ bawak mak pegi makan-makan je....
Lokasinya Restoran Golek-Golek Suasana Kampung....
Next entry AJ cerita pasal restoran ni pulak....

Tahun ni umur Mak AJ "16" tahun tau.... Tapi korang terbalikkanlah ye...
Hehehheheh...
Alhamdulillah, Allah swt masih mengurniakan kami seorang emak dan masih ade doa nya buat kami.....
Di hari kelahiran Mak ni, Adik doakan emak sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan...
Terima kasih untuk segalanya...

Alhamdulillah jugak Mak suke tempat yang kitorang bawak tu walaupun mase nak pegi tu jemnye bukan main.....
Thanks juga buat Abah yang sudi drive kan kami ke sane.... =D

Sekali lagi,

"SELAMAT HARI LAHIR EMAK KE - 61!!!!"


P/s : Love you Mak!

Baca Selanjutnya »

Henpon Tertinggal!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini entah ape AJ berangan pagi tadi, tak bawak henpon gi ofis......
Mengong sekejap kat ofis sampai ke petang.....
Sampai bantal bulat AJ kat ofis tu AJ duk hello-hello.....
Sampai ofismate cakap AJ dah naik gile.....
Hahahahahahahahaha......

Selalunya AJ ni spesis henpon melekat kat tangan.....
Dah macam kene gam...
Pagi tadi pulak bolehkan tertinggal.... Dedua nombor pulak tu....
Yang bawak, Ipad je sebab memang ade dalam beg........
Itupun setengah jam lepas sampai ofis baru AJ perasan henpon takde....
Hati risau jugak sebenarnye, sebab AJ tak tau henpon betul tinggal kat rumah ataupun cicir kat memane....
AJ akui, AJ ni spesis careless sikit.... =(

AJ try call, nombor tu masih ON...
So AJ assume je la henpon oat rumah...
Nak minta orang kat rumah checkkan, diorang semua takde....
Parents AJ hantar pakcik dan makcik gi airport untuk tunaikan umrah....
Kakak AJ pun kat tempat keje...
Jadinya, pasrah je la.....

Balik tadi terus check henpon...
Hambek! Beribu mesej whatsapp dan banyak gile call....
Sorry ye kepada semua.....
Kang AJ respon okay.....
Nasib kat ofis FB tak block, boleh jugaklah berinteraksi...
Kalau tak..... Mati katak weh!!!
Hahahhahahhaha......

Apalagi, terus selfie dengan henpon....
Rindu sangatlah kononnye tu....
Hahahahha... =P



P/s : Lain kali jangan pelupa sangat!!!!

Baca Selanjutnya »

Bayar Hutang Blogwalking!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhh... Dah lame gile AJ tak blogwalking...
Seriously lame......
Hutang blogwalking pun menimbun-nimbum wooooo....
Maaf buat semua yang datang berkunjung dan terima kasih sebab masih sudi membaca serta tinggalkan komen kat blog AJ....

Petang nanti atau malam ni, AJ nak lunaskan sikit hutang blogwalking bermula dari bloglist AJ.....
Lepas tu AJ merayap sikit-sikit ke blog lain......
Hopefully tiada aral melintang, menegak etc lah.....

Gagah perkasa nak gi blogwalking ni....

P/s : Sejak keje kat sini, lagilah jarang dapat update blog....
Tu yang nak blogwalking pun payah tu.....


Baca Selanjutnya »