Bayar Hutang Blogwalking!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhh... Dah lame gile AJ tak blogwalking...
Seriously lame......
Hutang blogwalking pun menimbun-nimbum wooooo....
Maaf buat semua yang datang berkunjung dan terima kasih sebab masih sudi membaca serta tinggalkan komen kat blog AJ....

Petang nanti atau malam ni, AJ nak lunaskan sikit hutang blogwalking bermula dari bloglist AJ.....
Lepas tu AJ merayap sikit-sikit ke blog lain......
Hopefully tiada aral melintang, menegak etc lah.....

Gagah perkasa nak gi blogwalking ni....

P/s : Sejak keje kat sini, lagilah jarang dapat update blog....
Tu yang nak blogwalking pun payah tu.....


Baca Selanjutnya »

Perginya Seorang Abah Kepada Sahabat Baikku


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saat entri ni ditulis berjurai-jurai airmata AJ bile dapat perkhabaran seorang insan yang AJ gelar Abah merangkap bapa kepada sahabat baik AJ meninggal dunia tadi.....
Ya allah...... Sedih hati AJ ni tak terkata sangat.....
Terbayang segala gurau senda AJ dengan allahyarham.....
AJ ni jarang berjumpe dengan Abah....
Selalu jumpe pun time raye la....
Tapi raya lepas AJ tak dapat pegi sebab kes mate kene infection tu....

AJ dapat tau pun melalui FB.....
Tu pun Mr.JR call bagitau pasal post tu.....
Terus AJ call Fauziah, kawan baik AJ tu.....
Katenye Abah sihat je......
Semalam elok je dah keluar hospital, tup-tup dia dikhabarkan Abah dah takde.....
Dia cakap Abah sakit-sakit kepala, batuk je....
Suara kawan AJ tu tenang je..... Tapi AJ memang tak dapat nak tahan airmata dah....
AJ pun tak dapat cakap lame dengan dia, bateri hp dia abis dan dia dalam perjalanan ke Johor...

Allahyarham Abah akan dikebumikan di Johor....
Tak dapat AJ nak tengok Abah buat kali terakhir.....
Lagilah AJ sedih.....

Al-Fatihah Abah....
Semoga segalanya dipermudahkan dan Abah ditempatkan dikalangan insan beriman......


P/s : Dari jauh ku utuskan doa..... =(


Baca Selanjutnya »

Malam Pra-Tonton Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

filem sniper 2014

Malam tadi berlangsungnya Majlis Pra-tonton Filem terbaru Metrowealth (MIG) dibawah arahan Pierre Andre berjudul
SNIPER : Nyawa atau Nyawa....
Majlis berlangsung di TGV Sunway Piramid pada pukul 8 malam dihadiri oleh pengarah dan pelakon filem tersebut...

Filem ke-91 dari MIG ini memaparkan wajah-wajah baru dalam industri perfileman antaranya Mikail Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar..
Turut sama terlibat dalam menjayakan filem ini ialah Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati...
Filem Sniper menjalani pengambaran di sekitar Lembah Klang...

Sinopsis Filem Sniper

Ahmad (Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri.
Rafi (Fadlan Hazim) pula merupakan seorang atlet penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan.
Mereka berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang diciptakan oleh seseorang yang tidak dikenali.
Jim (Pablo Amirul) juga terpererangkap di dalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tiada seorang pun yang tahu siapa dalang disebalik permainan ini.
Harlina (Nina Iskandar) mengetahui yang tunangnya, Rafi telah diculik untuk permainan itu.
Dia kemudiannya panik dan risau mengenai kejadian itu.
Berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.
Dalam kemelut tersebut, Harlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan ini.

Siapakah dalang disebalik permainan ini?
Adakah Rafi dan Harlina terselamat?
Dan apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Ulasan AJ

Filem ini memaparkan aksi yang berlainan dari filem biasa...
Berlatarbelakangkan flat tinggal di Pekeliling dan di dalam hutan menjadikan filem ini nampak lebih mencabar...
Semasa filem ini ditayangkan, penonton akan turut sama berfikir siapakah dalang disebalik permainan yang melibatkan nyawa ini kerana terdapat beberapa babak yang membuatkan sangkaan penonton meleset mengenai identiti si pembunuh.
Setiap kronologi kejadian dipaparkan satu demi satu sehinggalah hampir dipenghujung cerita, identiti si pembunuh akhirnya terbongkar...
Identiti si pembunuh sebenar pastinya akan mengejutkan penonton...
Haaaa... Suspen tak???

Untuk filem ini, AJ bagi 4 bintang dari segi aksi dan 3 bintang untuk jalan cerita kerana ada babak-babak di dalam filem ini kurang jelas pada pemikiran AJ......
Overall tidak rugi menonton filem Sniper ini... =D
Tahniah kepada MIG, Pierre Andre, para pelakon dan mereka yang menjayakan filem ini....

Kalau nak tau siapakah pembunuhnya, jangan lupa menyaksikan filem ini..

Nyawa atau Nyawa, Sniper akan menemui anda di pawagam berhampiran mulai 24 April ini..


Penerbit, Pengarah dan Para Pelakon Filem Sniper


Antara blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pra-tonton Sniper...

P/s : Terima Kasih MIG!

Baca Selanjutnya »

DSLR Pertama Nikon D3200!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Semalam secara rasminya AJ menjadi salah seorang pemilik Nikon....
Actually, bidang fotografi ni bukanlah minat AJ sangat...
Kalau takat amik gambar pakai kamera telefon tu memang tau sangatlah....
Ataupun yang lagi pakar camwhoring pakai DSLR orang lain je..
Hahahahhaha....

Tapi entah macam mane, TERbeli pulak....
Mula-mula AJ ingat nak beli telefon.... Tapi telefon AJ pun masih elok lagi..
Lepas tu pulak sayang kat telefon tu...
Yelah itu hadiah sempena ulangtahun kedua perkenalan AJ dengan Mr.JR dulu....
So fikir punya fikir, Nikon D3200 ni jadi pilihan AJ....
Okaylah tu, untuk beginner kan....
Lagipun dengan kamera senanglah sikit nak amik gambar bila ade event ke, nak jenjalan ke kan...
Tiada lagi masalah memori telefon penuh sampai naik hang hp AJ....
Hahahhahahha..... Terbukti dah kegilaan bergambar tu kan.....

Ade sesiapa tak yang dah pakar bab-bab kamera ni???
Mohon tunjuk ajar je....
Buat masa ni pakai auto mode je la....
Tak reti lagi nak godek-godek..
Kang salah godek kang lain pulak jadinya.....

P/s : Arini ade pra-tonton nak dihadiri....=D

Baca Selanjutnya »

Tanda Kasih...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hi blog dan blogger!
Lame AJ tak bersembang kat sini...
Sepanjang 2 minggu lepas AJ tersangatlah sibuk....
Banyak yang perlu diuruskan dan diselesaikan.....
Alhamdulillah.. Semuanya dah settle!

Arini AJ nak cite sikit pasal kekasih-kekasih AJ ni....
Mereka tak lain dan tak bukan, Mak dan Abah AJ....
Ramai yang cakap AJ ni beruntung..... Sangat beruntung!

Yup AJ akui, AJ beruntung.....
Diusia 28 tahun, abah masih lagi menghantar AJ ke tempat keje....
Kadang tu, bukan pegi ofis je....
Pegi mane-mane pun abah hantarkan......
AJ tak penah rase malu ataupun terkongkong bile abah hantar.....
Malahan AJ bangga, tak semua orang masih berpeluang rase tanda kasih abah yang ni kan?

Mak pulak memberikan tanda kasihnya melalui masakan....
Serius, AJ kadang bawak makanan yang mak bekalkan...
Setiap pagi mak masakkan untuk AJ....
Nak pegi keje je, bekal dah siap tersedia...
AJ ni tak makan ikan, bile mak masak lauk ikan je dia mesti masak lauk lain untuk AJ...
Dia taknak anak dia yang ni kelaparan....

Tapi...... Ini bukan tandanya AJ ni anak yang tak pandai atau tak tau berdikari.....
Yelah, pegi memana abah hantar...
Lepas tu, mak pulak masakkan makanan.....
Ini adalah tanda kasih mereka buat anak-anak.......
Alhamdulillah, masih berpeluang merasa tanda kasih....
Ya Allah, kau lindungilah kedua ibubapa ku....


P/s : I love Mak and Abah!

Baca Selanjutnya »