Malam Pra-Tonton Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

filem sniper 2014

Malam tadi berlangsungnya Majlis Pra-tonton Filem terbaru Metrowealth (MIG) dibawah arahan Pierre Andre berjudul
SNIPER : Nyawa atau Nyawa....
Majlis berlangsung di TGV Sunway Piramid pada pukul 8 malam dihadiri oleh pengarah dan pelakon filem tersebut...

Filem ke-91 dari MIG ini memaparkan wajah-wajah baru dalam industri perfileman antaranya Mikail Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar..
Turut sama terlibat dalam menjayakan filem ini ialah Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati...
Filem Sniper menjalani pengambaran di sekitar Lembah Klang...

Sinopsis Filem Sniper

Ahmad (Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri.
Rafi (Fadlan Hazim) pula merupakan seorang atlet penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan.
Mereka berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang diciptakan oleh seseorang yang tidak dikenali.
Jim (Pablo Amirul) juga terpererangkap di dalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tiada seorang pun yang tahu siapa dalang disebalik permainan ini.
Harlina (Nina Iskandar) mengetahui yang tunangnya, Rafi telah diculik untuk permainan itu.
Dia kemudiannya panik dan risau mengenai kejadian itu.
Berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing.
Dalam kemelut tersebut, Harlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan ini.

Siapakah dalang disebalik permainan ini?
Adakah Rafi dan Harlina terselamat?
Dan apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Ulasan AJ

Filem ini memaparkan aksi yang berlainan dari filem biasa...
Berlatarbelakangkan flat tinggal di Pekeliling dan di dalam hutan menjadikan filem ini nampak lebih mencabar...
Semasa filem ini ditayangkan, penonton akan turut sama berfikir siapakah dalang disebalik permainan yang melibatkan nyawa ini kerana terdapat beberapa babak yang membuatkan sangkaan penonton meleset mengenai identiti si pembunuh.
Setiap kronologi kejadian dipaparkan satu demi satu sehinggalah hampir dipenghujung cerita, identiti si pembunuh akhirnya terbongkar...
Identiti si pembunuh sebenar pastinya akan mengejutkan penonton...
Haaaa... Suspen tak???

Untuk filem ini, AJ bagi 4 bintang dari segi aksi dan 3 bintang untuk jalan cerita kerana ada babak-babak di dalam filem ini kurang jelas pada pemikiran AJ......
Overall tidak rugi menonton filem Sniper ini... =D
Tahniah kepada MIG, Pierre Andre, para pelakon dan mereka yang menjayakan filem ini....

Kalau nak tau siapakah pembunuhnya, jangan lupa menyaksikan filem ini..

Nyawa atau Nyawa, Sniper akan menemui anda di pawagam berhampiran mulai 24 April ini..


Penerbit, Pengarah dan Para Pelakon Filem Sniper


Antara blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pra-tonton Sniper...

P/s : Terima Kasih MIG!

Baca Selanjutnya »

DSLR Pertama Nikon D3200!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Semalam secara rasminya AJ menjadi salah seorang pemilik Nikon....
Actually, bidang fotografi ni bukanlah minat AJ sangat...
Kalau takat amik gambar pakai kamera telefon tu memang tau sangatlah....
Ataupun yang lagi pakar camwhoring pakai DSLR orang lain je..
Hahahahhaha....

Tapi entah macam mane, TERbeli pulak....
Mula-mula AJ ingat nak beli telefon.... Tapi telefon AJ pun masih elok lagi..
Lepas tu pulak sayang kat telefon tu...
Yelah itu hadiah sempena ulangtahun kedua perkenalan AJ dengan Mr.JR dulu....
So fikir punya fikir, Nikon D3200 ni jadi pilihan AJ....
Okaylah tu, untuk beginner kan....
Lagipun dengan kamera senanglah sikit nak amik gambar bila ade event ke, nak jenjalan ke kan...
Tiada lagi masalah memori telefon penuh sampai naik hang hp AJ....
Hahahhahahha..... Terbukti dah kegilaan bergambar tu kan.....

Ade sesiapa tak yang dah pakar bab-bab kamera ni???
Mohon tunjuk ajar je....
Buat masa ni pakai auto mode je la....
Tak reti lagi nak godek-godek..
Kang salah godek kang lain pulak jadinya.....

P/s : Arini ade pra-tonton nak dihadiri....=D

Baca Selanjutnya »

Tanda Kasih...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hi blog dan blogger!
Lame AJ tak bersembang kat sini...
Sepanjang 2 minggu lepas AJ tersangatlah sibuk....
Banyak yang perlu diuruskan dan diselesaikan.....
Alhamdulillah.. Semuanya dah settle!

Arini AJ nak cite sikit pasal kekasih-kekasih AJ ni....
Mereka tak lain dan tak bukan, Mak dan Abah AJ....
Ramai yang cakap AJ ni beruntung..... Sangat beruntung!

Yup AJ akui, AJ beruntung.....
Diusia 28 tahun, abah masih lagi menghantar AJ ke tempat keje....
Kadang tu, bukan pegi ofis je....
Pegi mane-mane pun abah hantarkan......
AJ tak penah rase malu ataupun terkongkong bile abah hantar.....
Malahan AJ bangga, tak semua orang masih berpeluang rase tanda kasih abah yang ni kan?

Mak pulak memberikan tanda kasihnya melalui masakan....
Serius, AJ kadang bawak makanan yang mak bekalkan...
Setiap pagi mak masakkan untuk AJ....
Nak pegi keje je, bekal dah siap tersedia...
AJ ni tak makan ikan, bile mak masak lauk ikan je dia mesti masak lauk lain untuk AJ...
Dia taknak anak dia yang ni kelaparan....

Tapi...... Ini bukan tandanya AJ ni anak yang tak pandai atau tak tau berdikari.....
Yelah, pegi memana abah hantar...
Lepas tu, mak pulak masakkan makanan.....
Ini adalah tanda kasih mereka buat anak-anak.......
Alhamdulillah, masih berpeluang merasa tanda kasih....
Ya Allah, kau lindungilah kedua ibubapa ku....


P/s : I love Mak and Abah!

Baca Selanjutnya »

Takziah Mat...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang Ahad lepas, Ibunda kepada Mat kawan kepada Mr.JR meninggal dunia.....
Maknya disahkan mengidap kanser tahap keempat....
Masa dapat tau berita pemergian mak Mat tu, terus Mr.JR menangis sebak....
Yelah diorang dah kawan lame, sure dah kenal rapat dengan mak Mat.....

Jenazah almarhumah ibunda Mat telah disemadikan pada pukul 10 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda....
Al-fatihah... Semoga almarhumah ditempatkan dikalangan insan beriman.....

Sebulan lepas, mak Mat mengidam nak makan rambutan....
Alhamdulillah, hasil carian kami kawan-kawan Mat dapatlah dia merasa buah rambutan tu...
Bile mengenangkan kisah tu, AJ pun sebak...
Yelah, sampai pukul 3-4 pagi mencari selama beberapa hari tu....
Sampaikan kawan blogger pun AJ minta tolong carikan....
Nak pulak, mak Mat dah berada di tahap terakhir....

Semoga Mat sekeluarga tabah menghadapi dugaanNya....
Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ibunda Mat dan juga umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah......


P/s : Putus sudah doa seorang ibu buat anak-anaknya.....
Kini, masa anak-anak pula doakan kesejahteraan ibunya di alam sana.....


Baca Selanjutnya »

Sabarlah AJ.......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

(Sambungan kisah INI dan INI..)
Kesabaran yang tinggi memang diperlukan pada minggu ni.......


Pertama, kucing AJ mati 7 ekor dalam masa seminggu.....
6 ekor baby kucing, sekor kucing dewasa...

Kedua, kucing AJ yang masih hidup suspek parvo..... (Nanti AJ buat entri pasal ape itu parvo..)
Dah hantar beberapa ekor yang lemah tu buat rawatan.... Harap mereka akan semakin sihatlah...
Tapi tak boleh nak warded kan sebab takut berjangkit kat kucing lain kat vet tu...

Ketiga, kucing AJ yang sekor tu pulak kene operation sebab baby dalam perut takmo keluar....
Hasil operation, sekor anak dia memang dah mati dalam perut dan sekor masih hidup.... Alhamdulillah...

Keempat, ibu kucing tu pulak tersangatlah lemah after operation dan doc cakap kemungkinan untuk survive 50-50 kalau dia stay weak......

Kelima, malam tadi nak withdraw duit kad ATM AJ kene telan....
Aduhai, macam mane boleh salah nombor pin pulak...
Kad bank tu memang lame dah AJ tak guna....
Tapi bulan 2 aritu ade transaksi yang masuk kat bank tu......
Tu yang nak kuarkan duit dari situ....

Allahuakbar... Rase nak menangis pun ade.....
Bertimpa-timpa ujian datang dalam 1 masa.....
Kalau tak kuat, mau jatuh tersungkur wehhhhh....

Alhamdulillah, AJ dipilih menjadi salah seorang yang diuji....
Ujian menandakan Allah tu sayangkan AJ....
Ujian menjadikan AJ lebih dekat dengan pencipta......
Allah pun takkan uji kita melampaui kemampuan kita kan....

Sekarang ni, AJ masih lagi tenang dan sabar....
Isnin ni AJ nak pegi bank buat kad lain...
Kalau tunggu kad ATM yang ditelan tu, alamatnya memang lambatlah kan....
Nasib baik Isnin lepas AJ ade apply cuti untuk Isnin ni sebab nak pegi dentist...
Nampak gayanya sebelum ke dentist, kenelah ke bank dulu.... =D
Pasal kucing tu, AJ harap semuanya dipermudahkan....
Dan yang sakit-sakit tu, AJ minta semakin sihat la....

P/s : Sabarlah AJ...
Bawak bertenang....
Keep Calm and SMILE! =D

Baca Selanjutnya »