Runsing!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Runsing kepala otak ni bile fikir...
Kalau tak fikir pun, tak boleh jugak....


Pagi ni AJ bangun tengok kucing AJ semua dalam keadaan "okay" lah....
Cuma 2 ekor je nampak macam tak berapa okay.....
Si Lilo, dia sakit nak beranak.....
Semalam dia beranak sekor je... Tapi mase beranak tu, anak dia memang dah mati....
AJ rase macam ade sekor lagi nak keluar.....
So petang ni, kalau baby dia tak keluar nak bawak dia pegi vet....
Si Chimba pulak, semalam suhu badan dia panas gila....
Pagi ni AJ rase panasnye dah kurang...
Dia pun perlu dibawa ke vet jugak nampak gayanya....
Yang lain-lain takde tunjuk tanda-tanda sakit teruk...
Cuma Si Chiko dengan Si Comot je tak berapa ade selera makan dia....
Harapnya petang ni diorang dah okaylah......

Susah hati betul AJ dibuatnya.....
Jaga kucing risaunya macam jaga anak....
Huhuuhuhu.....
Ni jasad je kat ofis, hati tinggal kat rumah.....

P/s : Rase macam nak moody je.....
Mood, be nice be kind okay!


Baca Selanjutnya »

Allahu..... Diduga Lagi.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Saat ni, sedih hati AJ.....
Semua sebab kucing AJ...
Dari Selasa minggu lepas, sekor demi sekor kucing AJ mati.....
Kalau semalam dia aktif, arini muntah dan cirit, lembik terus mati....
AJ tak tau ape puncanya... Semua jadi cepat sangat....
Macam kene virus pulak....

Memula anak kucing AJ mati, lepas tu keesokkan arinya mati lagi....
Tadi pulak dah berjangkit kat kucing dewasa...
Gemol AJ yang sangat manja tu pulak mati...
Allahu..... Dalam seminggu ni dah 7 ekor mati.....
AJ tak sempat langsung nak buat apa-apa....
Pegi keje okay, balik keje dah takde......

Ya Allah...
Andainya ini dugaan buatku, aku terima....
Aku redha.....

AJ dah mesej veterinar....
Dia cakap takut kene "parvo"....
Rase berhenti jantung dengar perkataan tu...
Parvo memang penyakit yang sangat bahaya dan takde ubatnya....
Harapnya, bukan virus tu la....
Esok by hook or by crook AJ akan bawak kucing-kucing AJ ke vet.....

P/s : Hati, mohon tabah......

Baca Selanjutnya »

USD$550,000.00 Makcik KAYO!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bukak email, sekelip mate je dah kaya-raya......
"Rezeki" katanya....
Memang lotery draw USD$550,000.00..... Kalau convert kepada RM tu....
Fuhhhhh... Tak payah keje dah gamaknya......
Ni bukti yang kata AJ lucky winner tu....
ALHAMDULILLAH......


Tapi sebenarnya kan Alhamdulilah AJ tak mudah terpedaya dengan spam mail macam ni.....
Takpelah ye.... Rezeki yang ade sekarang pun, walaupun tak berapa nak banyak sudah cukup memadai buat AJ......
Kalaulah dihantarnye kepada orang yang rambang mate, tak pasal kene fraud gitu je kan.....

So, moral of the story.....
Nak susah tu senang je....
Tapi nak senang tu memang susah.....
Usaha tangga kejayaan... =D

Kalau kira balik, seminggu berkali-kali dapat spam macam ni wooo.....
millionaire pun kalah gini... =P 

P/s : Kalau betul memang AJ dah jerit kekuat "MAKCIK KAYO!!!!!"


Baca Selanjutnya »

Dating Dengan Blogger


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seminggu lebih peram cerita ni oii..... Heheheheh.....
Ahad, 30 Mac lepas AJ luangkan mase dating dengan 2 orang blogger ni iaitu Yanty Lee dan Ika Pukpuk...
Dah lame kami ni plan nak dating, tapi asik tertunda je..
Al-maklumlah, sorang Utara, sorang Selatan...
Yang AJ pulak tengah-tengah.....
Kebetulan pulak Ahad tu si Ika turun KL, dah terlanjur tu plan jumpe sekali la kan.... =D

Memula kitorang plan nak jumpe kat Mid Valley je..
Entah macam mane tetibe tersesat ke KLCC pulak... Hehhheheh...
Itupun last minit hasil bincang-bincang kat Whatsapp..... =P
Finally dapat jugak jumpe secara trio....
Ade jugak jumpe sebelum ni, tapi selalunya mesti salah sorang takde.....

Riuh kejap bile budak bertiga ni jumpe wa baq ang.....
Gossip-gossip, makan-makan dan secara tak sengaja TER shopping.....
TER tau, so memang tak sengajalah.......  =P
Macam-macam cerita, macam-macam khabar yang kami kongsi....

Alhamdulillah, terima kasih dunia maya kerana mempertemukan kami......
AJ harap ukhwah yang terjalin berkekalan.... =D


P/s : Ramai dah rakan alam maya yang dah jadi rakan alam nyata dengan AJ.....
Semuanya hasil hubungan melalui dunia blog....


Baca Selanjutnya »

Kejohanan Sukan Paintball Dibatalkan??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Pagi ni AJ terbaca berita yang Kejohanan Paintball yang sepatutnya berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka dibatalkan kerana dikatakan menyalahi Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.....

Seriously, masa baca berita tu AJ terkedu sekejap.....
Sukan Paintball ni dah lama bertapak kat Malaysia ni.....
AJ sendiri pun dari tahun 2006 dah berkecimpung dalam industri sukan Paintball ni sebagai operation crew dan pemain....
Walaupun dah 4 tahun tak join mana-mana tournament, AJ still ikut perkembangan dunia sukan Paintball ni...
Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat bermain.....
Dunia paintball dan AJ ni dah sebati.....
Paintball penah jadi sumber rezeki utama AJ kot.....

Tapi berita pagi ni buat AJ rase agak marah jugaklah......
Ini bukan kali pertama paintball ni dibuat kat Dataran Pahlawan.....
Dah bertahun-tahun pun....
Lepas tu kenapa dibatalkan bile barang dah transit, padang dah setup semua?
Kalau tak bagi buat kejohanan tu, bagitau je la awal-awal kan?
Lagipun nak anjurkan kejohanan tu confirmlah dah ikut prosedur semua kan?
Kesian kot..... Duit, tenaga nak buat keje tu semua sia-sia je.....
AJ faham macam mane perasaan penganjur dan peserta kejohanan......
Dahlah datang dari seluruh pelusuk negeri, tetibe bila dah sampai, dah ready nak bertarung kejohanan dibatalkan.......
Memang frust lah... Malahan lagi frust daripada kalah mase bertanding......

Mungkin ade salah faham yang berlaku menyebabkan kejohanan ini perlu dibatalkan.....
Apapun tunggu hasil perbincangan persatuan dengan pihak berwajib dulu....
AJ harap Sukan Paintball di Malaysia ni masih boleh diselamatkan.....
Paintball adalah sukan, jangan bunuh sukan paintball di Malaysia.......
Kepada rakan-rakan dari persatuan paintball, AJ doakan kejayaan kalian dalam menyelamatkan industri sukan Paintball kita.....

Sumber : Harian Metro Online

Antara kenangan AJ dalam dunia sukan paintball....


Sedar tak sedar 9 tahun dah AJ di dalam dan mengikuti perkembangan industri sukan paintball ni...

P/s : Kalau orang nak buat jenayah, pakai ape pun jadikan....
#JusySaying
Selamatkan Industri Sukan Paintball Malaysia....

Baca Selanjutnya »