Konsert Teaterikal Suara Kita "Awie, Erra & Ziana", Mengancam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, 9 Mac 2014 bertempat di Istana Budaya berlangsungnya Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan gandingan mantap Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain....
Siapa yang tak kenal mereka kan??
Dari zaman sekolah lagi AJ memang sangat meminati 3 figura ini....
Masih AJ ingat lakonan mantap mereka antaranya Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan sebagainya.....



Berpeluang menonton persembahan mereka secara live sememangnya 1 penghargaan buat AJ....
Terima kasih kepada www.celcomESCAPE.com atas kesudian menaja tiket AJ, Mr. JR dan beberapa orang blogger lain.....
Persembahan petang itu boleh AJ katakan sebagai sangat mantap walaupun itu persembahan yang ke lapan dan terakhir buat mereka..
Bak kata Kak Ziana dah tinggal tenaga-tenaga terakhirlah aritu... =D

Persembahan dimulakan dengan tayangan VT dari zaman kegemilangan mereka sehinggalah kini....
Kemudian persembahan pembukaan oleh Erra Fazira, Ziana Zain dan seterusnya Awie...
Pihak penganjur juga memberi peluang buat penonton untuk merakamkan video dan mengambil gambar selama 10 minit pertama...
Wahhhhhh... Bukan senang tau! So apa lagi, keluarlah segala telefon dan kamera... =D
Tapi videonya AJ tak dapat nak transfer kat PC pulak..... Tak dapat nak tunjuk kat korang....
Tapi kalau nak tengok jugak, boleh Klik Sini...

Awie
Lakonannya sangat bersahaja....
Ada masanya, telatah Awie sangat mencuit hati para penonton...
Dah macam tengok Maharaja Lawak Mega pulak.... =P
Suaranya yang rock tu memang menggegarkan Panggung Sari..
Ternyata di usia 46 tahun, Awie masih lagi bertenaga...

Erra Fazira
Perwatakan ayu dan anggun sememangnya sinonim dengan wanita ini..
Vokalnya yang mantap memukau para penonton..
Lagi-lagi semasa beliau menyanyikan lagu "Pasrah" memang mengusik hati setiap orang...
AJ sampai menitis airmata, sedih sangat masa tu.....
Cara penyampaian Erra dalam setiap lagu yang dinyanyikan seolah-olah menggambarkan perjalanan realiti kehidupan yang dilalui selama ini..

Ziana Zain
Dia memiliki sifat yang selamba..
Lakonannya memang sangat spontan sampaikan penonton terpukau..
Tak sangka ibu kepada beberapa orang anak ini ada sifat humor, tak kering gusi dibuatnya.... =D
Vokal yang sememangnya lantang, tak payah nak cakaplah..
Meremang bulu roma woooo....

Overall persembahan mereka memang mantap dengan prop pentas yang menarik....
Siapa bawak masuk kereta, motor dan basikal lagi masuk pentas....
Haaaaa.... Mampu???
Rugilah siapa yang tak sempat menonton tu kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan semuanya lagu hits dalam filem-filem mereka... =D

Jom tengok dulu gambar yang AJ dapat snap sepanjang 10 minit pertama dan sebelum balik tu....


3 figura seni tanah air.....

P/s : Terima Kasih www.celcomESCAPE.com....


Baca Selanjutnya »

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 | #SBB2014 #SBBYEOS2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhhhh......
Orang dah berzaman, dah banyak entri pasal SBB2014 / SBBYEOS2014, AJ baru nak update....
Dah nak separa basi pun kisahnya kan...
Maaflah, kekangan masa buat AJ susah sikit nak update cepat-cepat..
Ini pun duk pending 2-3 entri lagi....
Hehhehhehehehehe......

Sabtu lepas bertempat di Saloma Bistro berlansungnya Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 ni...
Tahun lepas AJ tak sempat nak join, lagipun masa tu tak berapa nak aktif berblog..
So segan sikitlah nak join...
Tahun ni bile pendaftaran dibuka je, memang AJ terus je daftar..
Alhamdulillah dapat tempat.... =D
Sampai pagi tu dah ramai blogger yang berkumpul...
Dah selesai register, AJ pun bertegur sapa, bergurau senda dulu dengan blogger-blogger yang ada.....
Yelah, tak semua event kan jumpe blogger.. Nak pulak blogger luar dari Kuala Lumpur...
So inilah masanya nak bertukar kad nama, beramah mesra....
Ada yang blogger yang AJ biase jumpa dan ada jugak blogger yang baru AJ jumpe...
Excited gile bile dapat bersua muka ni.....
Maaf pada yang AJ kurang cam tu.... Yelah, dalam blog, FB muke lain..
Dah jumpe ni lain pulak rupa kan.....
Terima kasih pada yang tegur AJ dulu pada hari tu... =D

Bila majlis dah start, semua mate tertumpu atas pentas....
banyak perkongsian yang dikongsikan oleh blogger-blogger hebat, antaranya Ben Ashaari, Zarul Umbrella, RedMummy, Hazman Fadzil serta ucapan dari para penaja yang menjayakan majlis ni...
Sesekali AJ terganggu dan terleka jugak dengan skrin yang memaparkan tweet dari blogger dengan hashtag #SBB2014 dan #SBBYEOS2014.....
Tak cukup bertentang mata, tweet pulak lagi.....
Masa majlis tu, AJ dapat banyak hadiah dari Yeo's tau... Sampai kene gelar Ratu Yeo's lagi....
Dan AJ juga menang hadiah dari contest instagram Yeo's..
Alhamdulillah, walaupun tak dapat lucky draw Iphone 5s semua kan.....
Tapi meja 19 yang AJ duduk tu memang meja bertuah lah...
Boleh dikatakan hampir semua dapat hadiah.... Hehehehhehe...
Harapnya kalau ada lagi majlis blogger macam ni tahun depan, lebih ramai lagi blogger dapat join.....

Jom tengok gambar yang sempat AJ snap kat sana.....









HAVOC!!!

P/s : Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja untuk majlis ni...
Best!


Baca Selanjutnya »

HAUTEbysa Memang Berbaloi!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, AJ nak promo sikit 1 online shop yang memang hot...

Tak lengkap rasanya bergaya tanpa dipadankan dengan aksesori kan??
Barulah ade style!
Kadang susah sangat nak cari aksesori untuk disesuaikan sesuatu majlis bertema...
Contohnya macam flower headband yang AJ pakai masa dinner ofis aritu....
Seriously, kalau nak beli pun mahal.. Lepas tu belum tentu memenuhi citarasa kita....
Sekarang tak payah risau... Di HAUTEbysa, korang boleh custom made aksesori seperti flower headband, bracelet ikut apa yang korang nak.....
Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi....
AJ sangat berpuashati dengan hasil kerja HAUTEbysa, kemas dan cantik!

Untuk pengetahuan korang, HAUTEbysa merupakan IG Shop milik seorang penyanyi, Sheila Abdull....
So apa tunggu lagi....
Jom intai IG Shop beliau....
Klik --------> HAUTEbysa
Boleh add mereka di WeChat juga : HAUTEbysa


 

Cantik kan???

P/s : Nanti manalah tau dah sampai seru nak kawen, nak buat tema garden wedding siap pakai crown bunga-bungalah...
Semestinya dari HAUTEbysa...
VERANGAN! =P

Baca Selanjutnya »

Bertemakan Hawaiian Paradise : TYCO Annual Dinner


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepanjang hujung minggu lepas, memang AJ busy sangat....
Dengan beberapa event yang perlu dihadiri......
Antaranya, annual dinner ofis pada 7 Mac 2014 bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Club...

Tema untuk annual dinner kali ni "Hawaiian Paradise"
Bile dapat tau je temanya, terus terbayang something yang berbunga-bunga......
Memula AJ terfikir jugak nak beli dress baru......
Tapi rase macam membazir pulak......
So AJ decide untuk guna apa yang ada je......
Jom tengok apa yang AJ pakai, mana tau nanti korang pulak kene tema macam ni kan.....
Ini adalah inspirasi Hawaiian Paradise AJ je.... =D


WRAP DRESS
AJ memilih untuk pakai pareo yang AJ turn kan jadi wrap dress......
Senang je sebenarnya nak jadikan pareo tu kepada dress.....
Janji kene pandai ikat.... Kalau tak mau tercabut kain korang tu.......
Lepas tu pandailah nak pin mane yang patut.... Hehehehe....

AKSESORI
Untuk aksesori bunga di kepala dan tangan tu pulak, AJ memilih untuk tempah je.....
Nak buat sendiri, memang tak gigih.....
AJ beli melalui instagram je....... Kebetulan ternampak 1 IG shop ni jual, AJ pun teruslah tempah...
Next entri, AJ bagitau korang pasal IG shop tu okay...

KASUT
Kasut pulak AJ beli dari Zalora......
Kiss & Tell Charlotte Wedges......
Kasut ni AJ beli bukanlah untuk dinner sebenarnye.......
AJ dah lame peram kasut ni dalam wishlist...
Kebetulan beberapa minggu sebelum dinner, kasut ni ON SALE....
Terus AJ sambar 1.... Yelah, harga sebenar RM139 kot.....
Tak gigih pulak nak keluar duit banyak tu hanya untuk sepasang kasut...
Tapi seriously, kasut ni memang very comfy.....

MEKAP
Mekap pulak, AJ memilih warna-warna sunset untuk mata...
AJ lebihkan pada solekan mate sebab dinner kannn.... =D
Warna yang AJ pilih pula, kuning, oren dan juga purple gelap......
Actually ini kali pertama AJ cuba solekan ni....
Alhamdulillah, bile AJ ni dikurniakan bakat menyolek......
Senanglah sikit kejenye, tak payah make up artist... Kihkihkih.. (Ingat ko retis???!)
Untuk pipi pula, AJ layang pemerah pipi warm berwarna Mauve...
Dan oleskan gincu berwarna pink......


Masa annual dinner tu pulak, AJ dapat hadiah lucky draw...
Tapi hadiah tu membuatkan semua orang tercengang termasuk AJ....
Kerana hadiah tu, AJ kene bahan tau.....
Mana taknye, dapat KAYU GOLF!!!
Celah mane pulak AJ tau main golf....
Sampai pegi SBB2014 pun blogger duk tanye tau...
Sampai ofis apetah lagi.....
Hahahahahaha....


Dan AJ juga menang "Best Dress Female" malam tu....
Alhamdulillah.......
Dapatlah 1 set penjagaan diri jenama L'Occatine....


Jom tengok gambar sikit sekitar TYCO Annual Dinner ni...


Memang meriah suasana!
Berwarna-warni!

P/s : Tahun depan tak tau lagi masih di TYCO atau tidak.....

Baca Selanjutnya »

Takziah Buat SepupuKu


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam merupakan hari paling sedih buat sepupu AJ...
Anak pertama yang dikandungnya selama 9 bulan, pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya setelah 3 hari dilahirkan.....
Ya Allah..... Berat sungguh ujianMu....

Bayi lelaki yang cukup sifatnya dilahirkan pada 8 Mac 2014......
Masa dilahirkan tak nampak pulak macam baby tu sakit.....
Cousin AJ cakap masa pertama kali dia menyusukan, beberapa kali hisap baby muntah.... Ada lendir yang keluar dari hidung dan mulut baby.....
Lepas tu terus nurse amik dan baby dikejarkan dalam NICU.....
Memula doc suspek baby mungkin ada masalah paru-paru, lepas X-ray doc cakap baby ada masalah salur pernafasan dan salur makan tersumbat serta memerlukan pembedahan segera.....

Namun lebih kurang 12.30 tengah hari, 10 Mac 2014 baby disahkan meninggal dunia sebelum dibedah.....
Menurut cousin lagi, masa tebuk tu je baby dah lemah dan meninggal dunia.....
AJ dapat tau pun petang semalam, tak sempat tengok jenazah baby..... Sampai je tanah perkuburan, jenazah telah dikebumikan satu liang lahad dengan arwah datuknya.....

Saat yang paling memilukan bile dia menangis masa AJ peluk dia sambil cakap "Ayue, aku takde anak dah Yu.....
Aku pantang takde anak....."
Berderai airmata AJ.....
Takpe Ema, Nizam..... Insyaallah ade rezeki lain buat kalian nanti.....
Aku doakan korang tabahkan hati.....
Di pintu syurga Mohd Rayyan Haidar menunggu korang....
Insyaallah.......
Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul......

Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah....


P/s : Allah menguji insan yang mampu menghadapinya.....
Doa aku sentiasa ada buat kalian.......
#PrayForMH370



Baca Selanjutnya »