BR1M Tarak, BROM Ada!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Amboihhhhhhhhhh..... Sakan na memasing update BR1M dah masuk...
AJ pun teruja jugak kot-kot lah dah masuk jugak....
Yelah, dah hujung-hujung ni kan.... Faham je la..
Bukak maybank2u hampa sekejap..
Oh... Not my turn yet.. :(
Takpe-takpe.... Sekeping not terakhir ade lagi sementara tunggu gaji Isnin ni.... =D

Tapi tengah hari tadi tetibe dapat mesej....
Eh eh eh...... Ade rezeki lain rupanya untuk AJ...
Alhamdulillah...... Memang tepat pada masanya rezeki tu masuk.....
So AJ namakan BROM je...
BR1M belum masuk, masuk pulak BROM.....
So apa lagi, panjanglah senyum AJ.......
Terima kasih ye abang "BROM"......
Hehehheheheheh.....

P/s : Alhamdulillah lagi rezeki dari hasil berblog.... =D
2 lagi ditunggu-tunggu...


Baca Selanjutnya »

Nombor Telefon Kedua Untuk Tujuan Blog?


ASSALAMUALALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni AJ memang busy gile..
Closing berapa hari lagi kan....
Ni AJ curi-curi masa kejap update blog ni.....


Entah macam mana tengah buat keje semua, AJ terfikir....
PERLU KE ADA NOMBOR TELEFON KEDUA UNTUK TUJUAN BLOG SAHAJA?
Haaaaaa... Caps lock kau...
Sekarang ni nombor AJ dah bercampur baur.....
Dimana semua bende tertumpu pada nombor yang sama.......
Sekarang ni memang AJ dah ade 3 nombor......
Tapi 2 nombor yang aktif tu memang untuk kegunaan semua propose.....
Whatsapp kat nombor ni, call kat nombor itu... Memang pening......
Kawan-kawan yang ade nombor AJ pun pening, tak tau nak call dan mesej nombor yang mana...
Hehehheheheh...
Actually dedua AJ pick up, tapi kadang ade jugak bende penting yang missed....

Itu yang buat AJ terfikir, nak ke guna nombor lain hanya untuk tujuan berblog?
Dan kalau nak guna nombor lain, maknanya AJ kene dapatkan lagi 1 telefon la.....
Lepas tu pulak, kos AJ akan bertambah sikit la...
Untuk topup semua.....
Korang rase macam mana??
Guna 2 nombor sedia ada atau aktifkan nombor 1 lagi tu untuk blog?
Dalam name card sebelum ni pun AJ letak sekali 2 nombor AJ..... Hurmmm...

P/s : Nak manage contact list......
Banyak sangat + bercampur...

Baca Selanjutnya »

Tukar Baju!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini disebabkan takde keje kat ofis ni, AJ tukarkan baju blog ni...
Kesian dia, dah lama baju tak bertukar since laptop AJ tak hantar repair lagi.....
Tapi ini sementara je.. Nanti AJ nak tukar lagi.....
So akan ade few entri yang alignment gambar nye lari sikit.....
Hehehhehehe....
Header pun buat ala kadar je, sebab ketandusan idea...
Lepas tu pendrive yang banyak gambar pulak AJ tak bawak..
Itu yang blog ni rupa macam asal hado je... =P

Oh ya, nak selit cerita lain sekali....
Tema annual dinner tempat AJ ni dah ditukar..
Kalau tak temanya arabian, now diorang tukar ke Hawaiian Paradise pulak..
Aduh! Dah 1 hal nak cari baju...
Takkan AJ nak pakai scallop dengan kain jurai-jurai tali rafia pulak...
Pengsan wehhhh...
Bukan orang lain, AJ sekali pengsan tengok diri sendiri nanti.....
Agaknya baju ape yang sesuai untuk tema ni ek?
Kalau boleh taknak la baju jurai-jurai duduk tepi pantai tu.....
Lemas pulak di lautan madu nanti.. =P

Okaylah, lagi banyak menaip lagi banyak AJ merapu kejap lagi...
Sementara nak tunggu pukul 1, AJ nak tengok-tengok baju untuk dinner tu...
Kasut dah beli dah semalam.. =D
Gigih kan????

P/s : To you my uninvited reader, someone said - MISS ME??????

Baca Selanjutnya »

Inovasi Hitam dan Putih NIVEA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak yakin memakai pakaian hitam atau putih apabila menggunakan deodoran?
Kini anda tak perlu risau lagi dengan kesan putih pada fabrik gelap dan kesan kuning pada fabrik cerah dengan NIVEA.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White merupakan deodoran pertama dengan perlindungan antipeluh selama 48 jam yang tidak meninggalkan kesan pada pakaian Hitam dan Putih anda..
Ianya juga direka khas untuk lelaki dan wanita.

Deodoran menyebabkan dua jenis kesan pada pakaian. Mengapa??
Ini disebabkan oleh sisa-sisa garam antipeluh yang digunakan dalam deodoran.
Walaupun kesan kotoran berwarna putih dan kekuning-kuningan itu boleh dibasuh dan tidak terlalu sukar dihilangkan, ianya tetap merunsingkan kita semasa berpakaian.
Sehubungan dengan itu Nivea telah berjaya menemui jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan bantuan teknologi istimewa pada tahun 2005.
Garam alumunium (dalam formula) dilarutkan dalam satu  emulsi akueus dan disaluti dengan minyak yang beftindak seperti kamoflaj yang membuatkan garam tersebut tidak boleh dilihat.

Hasil daripada penyelidikan ini, terciptalah satu teknologi tekstil, satu inovasi yang menakjubkan dan boleh didapati dalam NIVEA Deodorant Invisible for Black & White.
Dengan teknologi baharu ini, bahan -bahan yang menyebabkan kesan pada pakaian tidak boleh melekat secara efektif pada fiber-fiber tersebut dan menjadikan ianya mudah dihilangkan walaupun di dalam mesin basuh.
Keberkesanannya terbukti dengan kajian yang telah dilakukan oleh Institut Hosentein.

Konsep deodorant yang baharu ini menggabungkan penjagaan nivea Yang lembut dengan perlindungan deodorant antipeluh 48 jam dan satu haruman yang menyenangkan.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White memastikan hitam kekal hitam dan putih kekal putih untuk tempoh yang lebih lama.

Sehubungan dengan ini pihak NIVEA akan mengadakan 1 majlis bagi membuktikan kehebatan produk ini pada waktu berikut :

Tarikh : 13 Februari 2014
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Jaya33

Dan yang paling menarik, anda juga berpeluang melihat sendiri Koleksi Eksklusif Hitam dan Putih dari ZALORA!!!!

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri produk NIVEA Deodorant Invisible for Black & White dipasaran sekarang.

Untuk lelaki :

NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER spray 150 ml
NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER Roll-on 50ml

Untuk Wanita :


NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Spray 150ml
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Roll-on 50ml

P/s : Tampil lebih yakin!


Baca Selanjutnya »

WW #52 : PhotoBomb!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak buat entri Wordles Wednesday.....
Layannnnn..... Zasssssss... =D


























Haiwan pun tau nak menyelit dalam gambar tau...
Hehheheheheh...

P/s : Comel!

Baca Selanjutnya »