Tukar Baju!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini disebabkan takde keje kat ofis ni, AJ tukarkan baju blog ni...
Kesian dia, dah lama baju tak bertukar since laptop AJ tak hantar repair lagi.....
Tapi ini sementara je.. Nanti AJ nak tukar lagi.....
So akan ade few entri yang alignment gambar nye lari sikit.....
Hehehhehehe....
Header pun buat ala kadar je, sebab ketandusan idea...
Lepas tu pendrive yang banyak gambar pulak AJ tak bawak..
Itu yang blog ni rupa macam asal hado je... =P

Oh ya, nak selit cerita lain sekali....
Tema annual dinner tempat AJ ni dah ditukar..
Kalau tak temanya arabian, now diorang tukar ke Hawaiian Paradise pulak..
Aduh! Dah 1 hal nak cari baju...
Takkan AJ nak pakai scallop dengan kain jurai-jurai tali rafia pulak...
Pengsan wehhhh...
Bukan orang lain, AJ sekali pengsan tengok diri sendiri nanti.....
Agaknya baju ape yang sesuai untuk tema ni ek?
Kalau boleh taknak la baju jurai-jurai duduk tepi pantai tu.....
Lemas pulak di lautan madu nanti.. =P

Okaylah, lagi banyak menaip lagi banyak AJ merapu kejap lagi...
Sementara nak tunggu pukul 1, AJ nak tengok-tengok baju untuk dinner tu...
Kasut dah beli dah semalam.. =D
Gigih kan????

P/s : To you my uninvited reader, someone said - MISS ME??????

Baca Selanjutnya »

Inovasi Hitam dan Putih NIVEA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak yakin memakai pakaian hitam atau putih apabila menggunakan deodoran?
Kini anda tak perlu risau lagi dengan kesan putih pada fabrik gelap dan kesan kuning pada fabrik cerah dengan NIVEA.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White merupakan deodoran pertama dengan perlindungan antipeluh selama 48 jam yang tidak meninggalkan kesan pada pakaian Hitam dan Putih anda..
Ianya juga direka khas untuk lelaki dan wanita.

Deodoran menyebabkan dua jenis kesan pada pakaian. Mengapa??
Ini disebabkan oleh sisa-sisa garam antipeluh yang digunakan dalam deodoran.
Walaupun kesan kotoran berwarna putih dan kekuning-kuningan itu boleh dibasuh dan tidak terlalu sukar dihilangkan, ianya tetap merunsingkan kita semasa berpakaian.
Sehubungan dengan itu Nivea telah berjaya menemui jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan bantuan teknologi istimewa pada tahun 2005.
Garam alumunium (dalam formula) dilarutkan dalam satu  emulsi akueus dan disaluti dengan minyak yang beftindak seperti kamoflaj yang membuatkan garam tersebut tidak boleh dilihat.

Hasil daripada penyelidikan ini, terciptalah satu teknologi tekstil, satu inovasi yang menakjubkan dan boleh didapati dalam NIVEA Deodorant Invisible for Black & White.
Dengan teknologi baharu ini, bahan -bahan yang menyebabkan kesan pada pakaian tidak boleh melekat secara efektif pada fiber-fiber tersebut dan menjadikan ianya mudah dihilangkan walaupun di dalam mesin basuh.
Keberkesanannya terbukti dengan kajian yang telah dilakukan oleh Institut Hosentein.

Konsep deodorant yang baharu ini menggabungkan penjagaan nivea Yang lembut dengan perlindungan deodorant antipeluh 48 jam dan satu haruman yang menyenangkan.
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White memastikan hitam kekal hitam dan putih kekal putih untuk tempoh yang lebih lama.

Sehubungan dengan ini pihak NIVEA akan mengadakan 1 majlis bagi membuktikan kehebatan produk ini pada waktu berikut :

Tarikh : 13 Februari 2014
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Jaya33

Dan yang paling menarik, anda juga berpeluang melihat sendiri Koleksi Eksklusif Hitam dan Putih dari ZALORA!!!!

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri produk NIVEA Deodorant Invisible for Black & White dipasaran sekarang.

Untuk lelaki :

NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER spray 150 ml
NIVEA FOR MEN Deodorant Invisible for Black & White POWER Roll-on 50ml

Untuk Wanita :


NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Spray 150ml
NIVEA Deodorant Invisible for Black & White CLEAR Roll-on 50ml

P/s : Tampil lebih yakin!


Baca Selanjutnya »

WW #52 : PhotoBomb!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak buat entri Wordles Wednesday.....
Layannnnn..... Zasssssss... =D


























Haiwan pun tau nak menyelit dalam gambar tau...
Hehheheheheh...

P/s : Comel!

Baca Selanjutnya »

Mengantuk Tahap Gaban!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini memang AJ mengantuk tahap gaban.....
Padahal malam tadi punyalah awal AJ tidur.....
Dalam sejarah bila lepas isya' dah tidur..... =D
Selalunya memang takde manenye la nak tidur seawal tu kan....

Tapi yang peliknya, bila AJ tak tidur tu elok je mate ni bertahan....
Macam semalam la, sehari AJ tak tidur dari ari Ahad....
Huhuhuhu....


Sekarang ni, baru pukul berapa AJ dah mengantuk kat ofis ni.....
1 keje pun tak jalan... Adoiiii memang cari penyakit sungguh!
Minggu ni pulak TL AJ dah balik dari cuti, memang payah la nak mengular....
Kalau minggu lepas, macam honeymoon je kat ofis...... Hehehehehhe.....
Tengok jam baru pukul berapa..... Tetibe rase waktu lunch tu lambat je.......

Mate oh mate..... Bertahanlah ye....
Pukul 12 kang kite lelap tau.......
Itupun kalau perut tak menjerit minta makan la....

P/s : Padan muke!

Baca Selanjutnya »

Bertambah Lagi Nampaknye....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nampaknya ahli keluarga kucing AJ ni dah nak bertambah.....
Balik keje je tengok kucing AJ yang sekor tu dah sibuk cari tempat, dah tak tentu arah....
Itu memang tanda-tanda nak beranak lah tu......


Kat rumah ni dah ade 16 ekor.....
Tak tau lah berapa ekor pulak keluar kali ni......
Lepas tu next ade lagi 3 ibu pulak nak beranak.......
Memang jadi puluh-puluh ekor la lepas tu.....
Hehehehheheh....

Takpe-takpe, orang kate bela kucing tu pun part of rezeki kan.....
Alhamdulillah......

P/s : Yang sibuk nak mengawan lain pulak kisahnya.....
Aiyark!


Baca Selanjutnya »