Demam Denggi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu ni je dah 2 kes denggi terjadi kat orang-orang yang AJ kenal....
1st, tunang kepada abang Mr.JR.. Lilian..
Lepas tu semalam pulak kawan Mr.JR, Malik aka Mok pulak admitted gara-gara denggi.....

Alamak.. Takut pulak AJ dengar..
Tambahan pulak AJ pun tengah demam on off ni..
Kejap panas, kejap sejuk.....
Kalau dalam few days lagi tak okay, AJ pegi chech darah kat hospital terus.....


Apa itu Demam Denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda-tanda Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
Rasa pahit pada lidah
Lemah dan tidak bermaya

Cara-cara pencegahan Demam Denggi

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.
Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
 Sumber : Wikipedia

Bahaya kan demam denggi ni...
So kalau korang ade rase tak sihat, demam berterusan ke, cepat-cepat dapatkan rawatan okay.....

P/s : Ofis ni air cond sikit punya kuat...
Sakit urat!

Baca Selanjutnya »

Kisah Disebalik Demam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam buruk juga rekod AJ kat tempat baru ni...
Gara-gara demam... Terpaksalah AJ MC.....
Huhuhuhuhu.......
Ikutkan hati malas nak MC, tapi badan dah panas sangat nak tak nak kene jugaklah...
Kang tak pasal pulak menyusahkan orang lain kat ofis kalau AJ keje jugak.....

Tapi ade kisah sebenarnya disebalik demam AJ tu...
Hehhheheheheh.....
Masa kat Palong aritu dah rase lain macam.......
Sebab cuaca kat sane berangin, tapi angin panas.....
Memang membahanglah kan......
Kat kenduri pulak sakan masing-masing teguk air berais......
Perghhhhh nikmat!

Balik KL tu, tekak AJ dah rase perit dah....
Gatal semacam je......
Tapi gigih jugak keluar melepak dengan Mr.JR, kawan-kawan lain......
Tak menahan siap naik Genting Highlands pukul 3 pagi semata-mata nak minum kat Oldtown...
Dengan takde baju sejuknye lagi.......
Esoknya pulak, AJ merayap lagi pegi Bukit Bintang, Lowyat....
Makan pulak berketul-ketul Big Apple dalam keadaan tekak perit tu....

Penyudahnya malam tu.... Ke klinik jugak akhirnya....
Dapatlah MC sehari...
Hambek kau!!!! Memang mintalah kan........
Dah demam baru tau ape itu erti penyesalan......
Huhuhuhuhuh....

P/s : Jalan tetap jalan!
hahahhahaha....

Baca Selanjutnya »

Tahniah Syafiq dan Ekynn


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hujung minggu lepas cousin AJ, Syafiq selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Ekynn....
Majlis berlangsung kat Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan....
Boleh tahan jauh jugak tempatnya...... =D

Dalam pukul 10 diorang dinikahkan..
Alhamdulillah sekali lafaz je dah sahlah mereka sebagai suami isteri....
Sorang lagi dah tamatkan zaman bujang....
Kite tunggu next siapa pulak kan... =D

Jomlah layan dulu berkeping-keping gambar masa majlis tu....
Macam biaselah kan, yang penuhnya bukan gambar pengantin....
Gambar sedara mara pengantin je....
Hahahahaha... =P


P/s : AJ nye turn kene tunggu la ye...
Sebelum ditanya, baik jawab dulu..
Kihkihkih....


Baca Selanjutnya »

Malang Tidak Berbau...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Benar kata orang, malang tu memang tidak berbau....
Pagi jumaat lepas, masa dalam perjalanan ke Negeri Sembilan kereta abah dilanggar dari belakang.....

Masa tu jalan tengah jem... Tetibe je berdentum dengar bunyi dari belakang......
Terus abah berhenti tengah-tengah jalan jem tu....
AJ pun sama keluar dari kereta nak tengok apa yang jadi.....
Perasaan masa tu, hanya Allah je yang tau... Yelah, mane penah kami berdentum kan.....
AJ tengok yang drive tu budak perempuan...Terketar-ketar dia dalam kereta.....
AJ pesan dengan abah suruh cakap elok-elok...
Maklumlah abah tu kepala angin boleh tahan..... Tengoklah kepala angin anak dia pulak kan... =P

Teruk jugak impak kemalangan tu... Abis bumper kereta abah bengkok...
Lepas tu lampu belakang pecah dan body bahagian bonet pulak agak lari....
Dah bukak bonet, tak boleh nak tutup pulak....
Abah memang frust habislah.....
11 tahun dia pakai kereta tu.... Tak penah jadi pape....
Setakat kemek, calar sikit tu biaselah.....



So after cerita-cerita dengan adik tu, kami sepakat nak buat report dan claim insuran dia....
Sebab kemalangan tu berpunca dari dia.....
Kesian jugak AJ tengok dia, mengigil-gigil masa salam dan minta maaf dengan parents AJ.....
Kereta dia lagi teruk AJ tengok...
Takpelah, nak buat macam mana, bende pun dah jadi....
After settle semua, kami teruskan perjalanan...
Nasib baik kereta masih boleh berjalan...
Abah gigihkan jugak memandangkan yang kawen ni saudara terdekat walaupun dalam hati bengkek je....
Esok nak hantar kereta pegi bengkel.....
Minta-minta cuaca okay sepanjang kereta ade kat bengkel nanti....

P/s : Arini pulak cousin AJ pun kemalangan petang ni...
Lepas tu malam ni pulak, kawan AJ juga terlibat dalam kemalangan...
Memang malang tak berbau sungguh......

Baca Selanjutnya »

Penyakit Guess The Emoji!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Nampaknya dah jadi fenomena pulak game "GUESS THE EMOJI" ni....
Memula AJ tak terjebak jugak...
Tapi sorang kawan AJ ni, asik duk post kat group whatsapp minta jawapan..
Penyudahnya abis 1 group tu terjebak termasuklah AJ, Mr. JR dengan mak bapak budak dalam tu....
Hahahahhaha...

Game ni seriously memang penyakit.....
Puas perah otak nak fikir mende apelah sebenrnya gambar tu...
Ada emoji yang langsung tak kena dengan jawapan......
Contohnya NASA..


Ramai yang tak tau apa kaitan bendera dengan roket.....
Hint dah habis pakai, haram tak dapat jawapan...
Bila dah dapat jawapan, perkataan yang keluar.. "Hek eleh, apa kaitan itu dan jawapannya???"

Kalau korang belum try game ni, trylah..
Best wooooo....
Lagi best bila AJ nak bagitau, AJ dah lepas sampai level 40...
Tengah tunggu dia update next level je ni....
Hahahhahahah..... =P

P/s : Kat facebook penuh orang minta jawapan....
Siapa nak jawapan??? Tanya kat AJ.. =P

Baca Selanjutnya »