ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
17 Januari 2014, Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian bagi Persidangan Saintifik Tahunannya yang ke 11 di Hotel Shangri-La...
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini dilancarkan oleh Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah.
Turut melancarkan majlis ialah Proffessor Datin Dr. Chia Yook Chin, Professor Dr. abdul Rashid Abdul Rahman dan Assoc. Proffesor Dr. Sazzli Kassim.
Seramai 8 orang panel antarabangsa dan lebih kurang 30 orang jurucakap mewakili 400 delegasi juga dikumpulkan di bawah 1 bumbung selama 3 hari ini...
Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu hipertensi yang menjadi pembunuh no. 1 tanpa kita sedari.
Hipertensi lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi dikatakan pembunuh senyap kerana tiada simptom-simptom yang menunjukkan kita mengalami gejala hipertensi.
AJ sendiri pun baru tau rupanya tekanan darah tinggi ni tak bagi apa-apa tanda!
Antara penyebab hipertensi ialah :
-Berat badan berlebihan
-Merokok
-Pengambilan makan tak sihat / masin
-Kurang bersenam
-Stress melampau
-Sejarah keluarga
Dll.
Hipertensi juga boleh menyebabkan munculnya beberapa komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan hati, kerosakan buah pinggang dan juga strok.
Hipertensi boleh dikawal dengan menukar cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan makanan kurang garam, berhenti merokok dan menjauhi alkohol juga pengambilan ubat-ubatan.
Selain itu kita juga disarankan memeriksa ujian darah setiap tahun..
Wahhhhhh... Banyak sebenarnya yang kita tak tau mengenai bahayanya hipertensi ni kan??
Disebabkan tu, kita jangan culas atau lepas pandang mengenai kesihatan ni....
Kadang, kita sendiri tak sedar kita ade penyakitkan?
Nak tau lebih lanjut mengenai hipertensi boleh hadiri forum awam yang akan diadakan pada 19 Januari ni ataupun pergi je ke mana-mana hospital berhampiran...