Powerbank Punya Cerita!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni, pegi mane-mane je mesti nampak orang bawak powerbank....
Dah macam 1 keperluan pulak powerbank ni....
Kalau orang spesis macam AJ ni, memang AJ akui powerbank tu memang berkepentingan....
Gile tak penting??? Henpon tak lekang dari tangan...
Bak kate parents dengan adik beradik AJ, henpon tu macam dah dijahit kat tangan....
Data pun ON 24 jam kan.......
Bile dah macam tu, bateri pun confirmlah cepat je turun....

Pada masa ni je, AJ dah ade 3 powerbank yang diusung kemane je.....
Kalau tak ade 4, tapi 1 tu dah kene kencing dengan kucing...
Hehehhehe....
Nasib yang 5200mAh je yang dikencing tu.... =P
Powerbank memang my life saver la...
Kalau takde or bateri powerbank AJ abis, resah hidup...
Rase macam ade yang tak kene je....
Punya besarnye pengaruh powerbank tu dalam hidup AJ ni kan.....


Gambar atas ni antara powerbank yang AJ gune.....

Yang Pisen tu, AJ dapat free masa event Trend Micro....
Yang Yoobao tu Mr.JR belikan masa powerbank lame AJ tu kene kencing....
Tapi tak best sangat sebab name je 13000mAh, performance macam 5000mAh je....
Kadang sekali je boleh charge!
Yang paling latest Pineng 11200mAh, boleh charge 3 - 4 kali full charge!

Dah alang-alang duk cerita pasal powerbank ni, AJ nak bagitau ni...
AJ ADE JUAL POWERBANK PINENG....
Yang ni memang ORIGINAL dengan warranty setahun....
Harganya RM 150 + free pouch untuk letak powerbank tu nanti.....
Postage RM 6 bagi Semenanjung Malaysia, RM 10 bagi Sabah dan Sarawak.....



Kalau korang berminat, boleh contact AJ thru email ayuejean@gmail.com
PM melalui Facebook atau Twitter...

P/s : Sempat kan nak promo =D

Baca Selanjutnya »

RSMY : Cheese Naan Terbaik


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa penggemar Cheese Naan??
Malam ni AJ nak share 1 restoran Cheese Naan best in town punya....
RSMY Cheese Naan Terbaik, Marvelous, Tip Top dan Meletop!
Haaaaaa... Memang best gile la pendek cite... =D
Sekali kena pasti nak lagi.......
Dah lama dah AJ nak share dengan korang sebenarnya, tapi asik lupe je.....
Memang dari dulu lagi restoran ni dah jadi salah 1 tempat favourite AJ.....
Even sekarang pun ade kat sini untuk kali kedua minggu ni... =P

Restoran ni name nye RSMY.....
Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)..
Landmark dia berhadapan dengan maju junction sederet restoran/hotel Lotus....
Kedai dia ni kat dalam sikit, tapi senang je nak cari....
Cheese Naan dia, memang terbaik terangkat wa baq ang.....
Takde lagi la kedai yang boleh lawan cheese naan RSMY ni......
Harganya memang agak mahal sikitlah nak dibandingkan dengan kedai lain....
Tapi berbaloi la dengan apa yang kita dapat.....
Cheese pun banyak, rasa dia pun memang umpphhhh....!!!
Kawan-kawan yang AJ bawak makan kat sini, semuanya datang balik....
Takde lagi la yang tak berpuas hati dengan harga yang diorang bayar....

Cite banyak pun tak gune kan...
Apa kate korang try sendiri....
Kalau yang ade kat luar KL tu, bile datang sini cubelah!

Sebelum korang nak pegi cube tu, meh layan seketul 2 gambar...
Kasi bakar line sikit...
Jemput makan semua..... =D



Terliur kan kan kan????
So ape lagi... Silalah serbu... =D

RSMY
House of Real Beriani
No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26970700 , 03-26971700 

Dijamin berpuas hati....
Sekarang ni rase macam dah tak larat pulak nak berjalan...
Huhuhuuhuhuhu....

P/s : Kenyang tahap gaban dah ni....
Alhamdulillah....

Baca Selanjutnya »

20 Tahun Highland Tower Menyembah Bumi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 11 Disember 2013, genap 20 tahun Highland Tower menyembah bumi....
Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang Selangor ini mengorbankan 48 nyawa apabila 1 daripada 3 blok nya tumbang ada tahun 1993....


Kejadian ini merupakan kejadian runtuhan bangunan yang pertama di Malaysia dan terburuk pada masa itu...
Runtuhan ini dikatakan berlaku akibat hujan yang berterusan menyebabkan tanah runtuh selain sistem saliran yang tidak sempurna...
Bermula dari pergerakan tanah yang menghentam tembok tempat letak kereta, tanah runtuh yang berlumpur itu juga telah meruntuhkan blok 1 pangsapuri mewah Highland Tower pada pukul 1.35 petang....
Mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat Malaysia serta 12 orang warganegara asing...

Usaha menyelamat dijalankan dengan bantuan dari pasukan penyelamat dari negara luar seperti Singapura, Perancis, Jepun, United Kingdom dan United States...
Dalam kejadian tersebut, hanya 2 orang mangsa disahkan terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan pengasuhnya....
Rakyat Jepun yang ditemui masih hidup ketika itu pula, disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 12 tengah malam.....
Manakala penghuni blok 2 dan 3 diarahkan berpindah serta merta...

Semasa kejadian runtuhan Highland Tower

Kini 20 tahun sudah berlalu, Highland Tower yang dahulunya cukup gah hanya tinggal sejarah dan ditumbuhi semak samun.....

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tragedi ni, korang search je history channel Highland Tower..
Nanti ade 1 dokumentari penuh dan pengalaman penghuni blok lain....
Dah berkali-kali AJ tengok tau...

P/s : Sampai sekarang orang masih ingat Tragedi Highland Tower ye....


Baca Selanjutnya »

Bantuan Untuk Mangsa Banjir


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, semalam kami dapat menghulurkan sedikit bantuan buat mangsa banjir....
Walaupun tak banyak, kami harap bantuan kami dapat meringankan sedikit beban mereka yang kurang bernasib baik di sana.....
Thanks buat friend family yang membantu....
Mr.JR, Aja, Ayap, Carlos, Kak Lin, Wan, Nurul dan beberapa orang lagi yang tak dapat nak AJ sebutkan name.....
Antara barangan yang kami kumpulkan, bahan makanan, baju, kasut, tudung.....

Dalam beberapa hari ni, kami akan usaha collect lagi dari sesiapa yang sudi membantu dan salurkan kepada mereka disana melalui badan-badan berkenaan....
Kalau sesiapa yang nak hulurkan bantuan sama, boleh hubungi AJ melalui email ayuejean@gmail.com ataupun Twitter ataupun PM AJ kat Facebook...
Untuk kawasan KL je tau...
Kalau korang takde transport nak hantar ke, tapi ada nak bagi bahan makanan ataupun baju-baju terpakai yang masih elok tu Insyaallah kami akan arrange untuk amik dari korang dan wakilkan....
Sumbangan kecil tu, kalau dari ramai pihak akan jadi banyak kan... =D

Jom sama-sama kita hulurkan bantuan buat meringankan beban saudara-saudara kita disana.....
Allah swt je yang mampu balas jasa semua orang.....


Alhamdulillah, selesai 1 part....

P/s : Hari ini hari mereka, esok lusa kita tak tau kan...

Baca Selanjutnya »

Clinicell Buka Peluang Jana Pendapatan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

"Entri ini melekat sehingga 7 Disember 2013...
Sila scroll untuk entri terbaru..."

Anda impikan kulit cantik, awet muda, anjal dan putih berseri???
Clinicell adalah jawapan kepada impian anda!

Clinicell merupakan 1 produk dengan ekstrak dari tumbuh – tumbuhan dan juga dari sumber semulajadi bagi memberikan produk yang terbaik dan tiada kesan sampingan.
 Jenama Clinicell menepati prinsip dan kepercayaan kami bahawa tumbuh – tumbuhan dan alam semulajadi mampu memberikan penyelesaian terbaik kepada manusia umumnya dari segi kecantikan dan juga kesihatan.
Clinicell juga membuka peluang untuk anda menjadi rakan niaga seperti stokis, pengedar dan agen dropship.
Bagaimana??
Jom kita berkenalan dahulu dengan produk dari Clinicell..
  
Clinicell Oral SkinCare
Pada 15 November 2013, Clinicell telah melancar 1 produk yang dinamakan Clinicall Oral Skincare. Ianya merupakan 1 produk yang mampu mengembalikan keanjalan dan kecerahan kulit secara menakjubkan.
Sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan disamping memberikan kelembapan kulit.



Di formulasikan oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Clinicell Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM) .
Menggunakan salah satu bahan aktif anti penuaan dan pemutihan kulit yang terhebat di dunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang di buat menunjukkan ianya : - 
• 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
• 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
• 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
• 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
• 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³
• Disahkan Halal oleh Jakim
• Kilang yang berstatus GMP
• Bahan aktif dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
• Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana kualiti yang setara.
• 100% selamat dan tiada kesan sampingan
• Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana pengambilan secara oral ( makan/minum )
• Kadar keberkesanan yang tinggi
• Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi
• Sesuai untuk semua jenis kulit
• Cara penggunaan yang mudah, hanya larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur.
• Perisa oren yg sedap dan tidak terasa seperti ubat
 Selain itu, Clinicell juga memiliki beberapa khasiat antaranya :
• Anti Penuaan
• Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan
• Memutihkan kulit
• Meremajakan kuit
• Menganjalkan kulit
• Melindungi dari sinaran UV
• Melembapkan kulit
• Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
• Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
• Menyihatkan tubuh badan
• Membantu menguatkan rambut
• Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
• Menguatkan kuku rapuh
• Mengeluarkan toksin dalam badan
• Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait
dengan sel seperti Parkinson dan Strok


  
Cara-cara penggunaan Clinicell Oral Skincare.
Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari
kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi
oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar
metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.
Alami keberkesanannya dari seawal 2 minggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Clinicell adalah seperti berikut :
Follow Instagram Clinicell @clinicell4u
ATAU
 Like Facebook Fanpage Clinicell www.facebook.com/clinicell.cosmeceutical
Jika anda berminat untuk mencuba sendiri kehebatan produk Clinicell, anda boleh membuat pembelian secara online di
www.clinicell.com.my dengan harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM 135 sekotak.
Pembelian secara pakej juga ada di sediakan. Shaker akan diberikan secara percuma.
Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM

 DAN
Berminat untuk menjadi Rakan Niaga dan keluarga rangkaian perniagaan Clinicell, anda boleh mendaftar di website
www.clinicell.com.my

ataupun

hubungi Hotline 03 - 41618199

Jangan lepaskan peluang anda, inilah masanya untuk anda menjana pendapatan dengan Clinicell dan dijamin pulangan yang tinggi sedia menanti anda =D


Baca Selanjutnya »