Kerja Baru, Suasana Baru, Rakan Sekerja Baru!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Haaaaa..... Tak sempat update blog...
AJ update pulak kat Dayre...
Sesiapa yang belum install dayre, silalah install....
Jangan lupe follow AJ sekali ye! Sempat kau nak promo kan... =P

Dah 3 hari AJ kat tempat baru.....
Segala-galanya baru, rakan sekerja baru, skop kerja baru, suasana yang baru......
Alhamdulillah, buat masa ni AJ boleh je sesuaikan diri.....
Bagi yang tanye AJ keje ape aritu, AJ jawab kat entri ni ye....
AJ keje sebagai account admin....
Memang rezeki AJ ni bahagian account je kot....
Masuk keje ni, dah 3 kali AJ keje dalam account department....
Dahlah masa sekolah MATH FAILED!!!! Serius okay, AJ failed math.....
Tapi pusing-pusing, bende kire-kire yang AJ tak suka tu la lekat...=D
Alhamdullillah...... Itulah namenye rezeki....
Kadang bende tu tak penah kite jangkakan pun...

Tempat keje baru AJ ni terletak kat Southgate...
Dekat jugaklah dari rumah....
Tapi..........
Susah jugak nak pegi! Kene naik 3 public transport! Bas, Putra dan Star....
So pagi macam biase la, Abah akan hantar AJ...
Balik pulak, Mr.JR amik ataupun AJ tumpang bestie AJ, Aja......
Yup, AJ 1 tempat keje dengan kawan AJ....
Dialah yang submit resume AJ aritu..... =D
Thanks Aja ek.....

Okaylah, nanti AJ story lagi...
Nak buat keje sikit ni....
Al-maklum, keje pun serba baru... So banyak nak kene belajar....
Psssttt... Internet tak block! =P
Tapi AJ tetap update pakai gadget AJ sendiri la....

P/s : Syukur Alhamdulillah.... =D


Baca Selanjutnya »

R.I.P Paul Walker (Fast & Furious)


ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

30 November 2013, dunia digemparkan dengan berita kematian Paul Walker....
Paul Walker merupakan salah seorang hero di dalam filem Fast & Furious...
Memegang watak Brian O Conner...

R.I.P Paul Walker (12 September 1973 - 30 November 2013)

Paul Walker, 40 mati akibat kemalangan di Valencia, Utara Los Angeles California...
Kereta Porshe yang dipandu rakannya dikatakan merempuh tiang lampu / pokok lalu terbakar mengakibatkan kedua-dua pemandu dan penumpang meninggal di tempat kejadian...
Ketika kejadian, Paul Walker dikatakan dalam perjalanan ke upacara kebajikan untuk "Reach Out Worldwide"

Keadaan kenderaan yang dinaiki Mendiang Paul Walker...

1 kehilangan besar dalam dunia perfileman Hollywood......
AJ suka tengok mate dia! Cantik!
Sayangnya, umur tak panjang....
R.I.P Paul Walker.....
U'll be missed...

P/s : Tiada lagi hero mate kelabu ku..... :(

Baca Selanjutnya »

Berita Baik Pagi Jumaat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah.....
Setelah sekian lama, penantian AJ selama berbulan-bulan berakhir jua.....
Dah lebih 6 bulan AJ menganggur.....
Pegi interview berkali-kali, kadang rase macam dah give up.....
Serious give up!

Akhirnya, pagi tadi AJ dapat 1 call yang menyatakan AJ diterima bekerja.....
Alhamdulillah... Tak tau macam mana nak cakap rase happy tu....
Macam 1st time dapat keje pulak perasaannye tu......
Ade jugak rezeki AJ....

Interview tu AJ pegi last week, dengan demamnya AJ gagahkan juga diri....
Tapi yang peliknya, time demam tu AJ pegi interview relax je..
Kalau tak gugupnye kemain...
Kadang sampai tak boleh nak jawab bile orang tu tanye.......
Hehehehhhe...
Tapi yang ni, mudah je AJ jawab soalan interviewer tu.....
Mungkin dah tertulis ini rezeki AJ.....
Apapun, Alhamdulillah sangat.......
Terima kasih Ya Allah.....



P/s : Nampaknye lepas ni dah jarang la nampak kelibat entri AJ....
Huhuhuhu......

Baca Selanjutnya »

WW #51 : Welcome To The World Baby!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini Wordless Wednesday AJ kembali...
Lame bersara dari WW ni kan... Hikhikhikhik....


Selamat Datang ke dunia nyata "Baby Ash" !!!!
Siapalah Baby Ash???!
Merupakan anak sulung seorang blogger...
Baru dilahirkan semalam 26 November 2013.......

Nak tau siapa Mummy Baby Ash dan name penuh Baby Ash???
Kene tunggu Mummy Baby Ash reveal sendiri la.....
Hehehhehehe....
Kene la Mummy dia yang bagitau dulu kan... =D

Nanti Aunty AJ datang visit tau!
Xoxo..

P/s : Panjang betul WW AJ ni... =P

Baca Selanjutnya »

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah lame rasenye AJ tak join Giveaway ni kannn???
Pagi ni AJ nak join GA anjuran Kak Mia dan Ephyra ni...
Manalah tau kalau bertuah kan....
Dapatlah cantik bersama Ephyra pulak.......

Nak tau apa itu Ephyra dan Giveaway ape??
Jom baca bawah ni..... =D

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


Baca Selanjutnya »