Review : Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


First sekali AJ nak ucap terima kasih kepada Natta Cosme dan Butterfly Project Malaysia - Beauty Blogger sebab bagi AJ peluang menjadi salah seorang rama-rama untuk review produk ni.....
Bile terima parcel dari Natta Cosme, AJ jadi sangat super duper excited!!!!
Nak tau produk ape?? Scroll down beauty!!!



Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner merupakan produk keluaran Natta Cosme.
Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner diperbuat daripada ekstrak pokok renek Witch Hazel (Hamamelis Virginiana) dan bahan campuran lain.
Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera berfungsi sebagai penenang yang menyegarkan kulit, melembut, meratakan tona kulit tidak sekata serta bertindak sebagai pembersih kulit.
Ianya merupakan rawatan semulajadi buat kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit normal dan kulit kering.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner :
Purified Water, Aloe Barbadensis Leaf (Certified Organic Filet of Aloe Vera), Glycerin (Vegetable), Fragrance (Natural Rose), Hamamelis Virginiana (THAYERS proprietary un-distilled Witch Hazel) extract, Rosa Centifolia (Rose) Flower Water, Citric Acid, Citrus Grandis (Grapefruit) Seed Extract, tocopheryl (Vitamin E) Extract..

Bagi pengguna muslim, jangan was-was untuk gunakan produk ni kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi....
Dan paling penting ianya ALCOHOL-FREE toner....
Yup produk Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera ni bebas alkohol..... =D

Jom tengok ape yang terkandung dalam parcel cute AJ terima dari pihak Natta Cosme!


1 : Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner


Didatangkan dalam bentuk cecair jernih yang berbau harum dan lembut bunga ros...
Dari hari pertama mencuba produk ni, AJ dapat rasa kesannye....
Kulit rasa tegang dan lembut je sebaik je AJ apply kat muka...
Packaging dia pun sangat simple dan mudah untuk digunakan.... Pendek kata mesra alam dan mesra pengguna....
Tonernya juga tak melekit macam sesetengah produk....
Dibotolkan dalam botol putih jernih berkuantiti 12 fl oz (355mL) dengan perincian mengenai produk dibahagian dalamnya... =D

2 : Lily Bell Lilian Puff dan Clinic Natta Cosme "read" medicine..... (something like Fortune Cookies :D)
Sangat menarik dan unik!


Bile bukak kapsul "read" medicine ade soalan pulak dalam tu... =D


Yup, AJ akui kapas muka (cotton pad) memang medium yang paling baik digunakan untuk menggunakan toner..
Strukturnya yang lembut memudahkan toner diserap masuk kedalam kulit dan segala kotoran pada wajah akan melekat pada kapas muka..
Buktinya, tengok gambar dibawah......
Tengok segala kotoran melekat pada kapas muka tu....

Tips dari AJ :
"Selepas mengunakan Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera, tepukkan secara lembut dan urut perlahan-lahan kulit wajah untuk melancarkan peredaran darah dan penyerapan yang lebih baik! =D"


Selepas seminggu gunakan produk Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera, AJ dapat rasa kulit jadi makin tegang, tona kulit yang tak sekata jadi makin sekata...
Dan AJ dapati ianya mencerahkan kulit juga... Wow!!!
Rasa bertuah sangat diberi peluang mencuba produk ni....
AJ puas hati sangat dengan hasilnya....

Extra :
"Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera juga boleh digunakan sebagai penanggal make-up juga sebagai pembersih berus make-up korang!
AJ dah cuba, terbukti berkesan!"

3 : Penerangan lebih lanjut mengenai produk dan diskaun untuk KORANG!!!!


Berita baik!
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli dan mencuba sendiri Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner, AJ nak bagi diskaun RM 5 untuk korang....
Layari laman web Natta Cosme dan masukkan kod LOVEBT untuk diskaun bagi setiap pembelian RM 50 keatas...
Diskaun RM 5 ni sah sehingga 15 Januari 2014.... Grab it!!!

Oh ya, harga Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner tengah promosi kalau beli sekarang tau... RM 45 instead of RM 55...

Dan akhir sekali.......

4 : Egypian Magic All Purpose Skin Cream Trial Pack


Nampak tak soalan kat situ??
Selalunya, AJ akan pakai pelembab selepas menggunakan toner... =D


Seriously jatuh cinta sangat dengan produk ni....
AJ pasti akan teruskan penggunaannye.....

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner ni???
Lawari laman web berikut :

Natta Cosme Official Website
Natta Cosme FB Fanpage

Dan jangan lupa lawari Facebook Butterfly Project Malaysia jika anda seorang blogger... =D

Baca Selanjutnya »

My Journey To Braces : Set Penjagaan Gigi Si Braces


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak cerita pasal braces kan......
Okay arini AJ nak share sikit mengenai penjagaan gigi bagi mereka yang berbraces.....
Tapi rasanya penjagaan braces AJ kot... Hehehhe... =D
Braces ni ada lecehnya......
Antaranya makanan mudah terlekat pada bracket kita.....
Lagi 1, kalau berbraces ni jangan impikan gigi putih bak Fazura ye.....
Tapi janganlah pulak tak jaga sampai kuning macam kari....
Euwwwwww....

Okaylah bile berbraces ni, automatik rutin penjagaan gigi kita berubah...
Kalau dulu sebelum pakai braces, berus gigi time mandi je.....
Lepas berbraces rasanya macam nak gosok gigi lebih kerap, nak pulak lepas makan....
Ape yang diperlukan untuk si braces??

Berus gigi dan ubat gigi


Ini basic la bagi setiap orang kan....
Mesti ade berus gigi dan ubat gigi....
Cuma berus gigi untuk orthodontik ni lain sikit je.....
Dia lebih lembut...
AJ pakai berus gigi Colgate Ortho yang ade V-Trim Bristle System untuk bersihkan sekitar wayar bracket tu....
Tang ubat gigi pulak, AJ pilih yang ade sistem pemutihan walaupun awal tadi AJ dah cakap kalau berbraces jangan impi gigi putih kan...... =D
Pilihan AJ Colgate Optic White ataupun Darlie White Expert..

Ubat Kumur


Selepas memberus gigi AJ akan berkumur dengan ubat kumur untuk kesegaran nafas...
Selain tu ubat kumur berfungsi untuk membunuh bakteria, mengurangkan plaque, membasmi tartar, mengurangkan caviti etc....
AJ selalu pilih Listerine.... Tak kisahlah yang mana pun, purple ke hijau ke....
Fungsinya lebih kurang same je...
Hehehheh... =D

Dental Brush


Dental brush ni digunakan untuk memberus celah-celah bracket dan gusi.....
Dental brush ni kecik je, so dia boleh jangkau tempat dimane berus gigi tak boleh capai....

Wax


Wax ni digunakan untuk mengelakkan ulser pada mulut....
Orang tak berbraces, tak perlulah wax ni... Hehehhehehe..
Cara gunakan wax ni, gumpalkan sedikit dan tampalkan pada bracket tajam yang menyebabkan ulser pada mulut..
AJ tak guna sangat pun wax ni...
Sebab tak kerap dapat ulser pun....
AJ selalu pakai bile tukar wayar ataupun elastic band yang warna warni tu...
Kadang masa lepas tukar tu, rasa tajam wayar tu mencucuk-cucuk....

Travel kit


Bende-bende kat atas ni memang wajib AJ bawak dalam beg....
Kiranya macam travel kit la......
Selalunye lepas makan kat memane je, AJ akan berkumur-kumur dan bersihkan sisa yang terlekat.....
Tapi nak memberus gigi lepas makan tu, kene tengok tempatlah....
Kat Malaysia ni bukan macam negara luar....
Kalau kat sana, berus gigi lepas makan tu takdelah pelik mana...
Semua mereka buat perkara yang sama....
Kalau sini, orang pandang lain macam kot.... Pelik la, takde orang lain buat kan...
Seeloknya kat sini, lakukan urusan berus memberus tu dalam toilet ye... =D

Sebenarnya ade lagi yang AJ tak gunakan....
Antaranya dental floss dan beberapa bende lain......
Tapi kalau ade yang kat atas ni pun dah kire okaylah.....
Janji hadooooo... =D

Okaylah, sampai sini dulu...
Kalau nak tau more pasal my journey to braces, boleh tengok dekat sidebar....

P/s : Next week monthly check-up...
Nak tukar kaler ape ek?
This month dah pakai grey + pink... =D

Baca Selanjutnya »

Jom Makan di M2 Cafe dan Catering...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lepas habis ChurpOut2013, AJ bergegas pula ke M2 Cafe dan Catering yang bertempat di Setapak, berhadapan dengan Festival City Mall dan sederet dengan Microphone Karaoke....
Siapa biase pegi karaoke kat situ, sure tau...... =D



First sekali terima kasih buat M2 Cafe dan Catering kerana sudi menjemput kami dari Blooggers Dot Com bagi mencuba steamboat kat sana....
Terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dipilih kat situ......
Selain steamboat, AJ difahamkan M2 Cafe ada pelbagai pilihan makanan lain antaranya Western Food dan Asian Fusion....

M2 Cafe bukan hanya menjalankan khidmat di restaurant, malahan menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis keraian antaranya majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya....
Menarik kan???

Walaupun AJ sampai agak lambat aritu, sempatlah AJ cuba makanan kat sana.....
Untuk steamboat ade 2 pilihan kuah iaitu tomyam dan sup.....
Dan........ AJ suka sangat air yang disediakan...
AJ ni buta rasa sikit.... Tak berapa pasti pulak air ape......
Air Yam kot, warna purple gitu......
AJ pun ade try nasi goreng... Sedap!!! =D
Hilang segala keroncong dan gendang gendut AJ malam tu......

Jom layan gambar sikit... =D


Antara blogger yang menghadirkan diri malam tu....


Muke happy dapat makan... =D


Last ni special sikit.....
Gambar curi oleh Nizam....
Terserlah kelaparan kan....
Dah tak pandang kiri kanan dah......
Hahahhahahahhaha....

Kalau korang nak mencuba kepelbagaian makanan di M2 Cafe dan Catering boleh ke Fanpage mereka......
Book now! Sure tak menyesal... =D

P/s : Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati....
Terima kasih M2 Cafe, lain kali jemputlah lagi....
Hehehhehehhe... =D

Baca Selanjutnya »

ChurpOut2013 : Yang Super Duper!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam entri ChurpOut2013, AJ cakap ade jumpe mereka-mereka yang famous amos gitu.....
Nak tau siapa?? Check it out.......
Yang ade dalam fb dan instagram AJ mesti dah tau kan....
Tapi AJ nak share kan jugak......
Kalau tadi blogger, sekarang siapa???

Tepek dulu si tuan rumah....
Hehehhehehehehe...

Now jom reveal siapa mereka...

1. Farah Nazira (Heroin Hoore Hoore)


Terserempak dengan Farah secara tak sengaja.....
Masa tengah duduk-duduk kat Starbucks sementara tunggu hujan berhenti tu, AJ nampak dia lalu...
AJ tegurlah dia.... Dia pun tak sangka AJ boleh sampai situ.... =d
Pastu, lepak sekejap chit-chat2......
Blogger lain memula tak perasan tu pelakon filem Hoore-Hoore sampailah AJ bagitau..
Hehehhehehe...
Yelah, Farah yang dulu bukanlah yang sekarang.....
Haaaa.. Gitu kan..... =D

2. Yuyu Zulaikha (Si Kupu-Kupu Kecik)



Masa ni Yuyu tengah frust sebab tak dapat try ChurpBungee...
Berat tak cukup katanye.....
Kesian Yuyu.... Takpelah Yuyu mane tau lepas-lepas kawen nanti berat naik...
Bolehlah Yuyu cuba....m=D
Yang bagusnya Yuyu ni ingat pulak siape AJ.....
Walaupun jumpe sekali je sebelum ni.....

3. Kak RedMummy (Si Pecinta Merah)


Masa nak tegur kak RedMummy, AJ agak segan...
Duk teragak-agak, nak tegur ke tak nak......
Lastly tegur jugak...
Kak RedMummy tak sombong pun....
Humble je....

4. Hanis Zalikha (Si Tinggi Lampai)


Dan last sekali AJ dapat jumpe Hanis Zalikha....
Ya ampunnnn.....
Tingginye dia... Dah jengket kaki pun still tak boleh challange dia tau....
Heheheheehe... =P
Hanis ni sempoi je.... Tak sombong pun...
Dia layankan je perangai AJ tu.....
Oh ye, aritu dia bawak Jaguhbi dia...
Tapi duk excited dapat jumpe dia terus lupe pasal Jaguhbi...
Kalau tak habislah dia AJ gomol-gomol.... =D

Sebenarnya ramai lagi kat situ...
Tapi tak berkesempatan nak bergambar dengan faktor cuaca yang mendung, hujan tu.....
Ade JinnyBoy, SazzyFalak etc.....
Next time hopefully dapat jumpe diorang lagi...


Baca Selanjutnya »

ChurpOut2013!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Banyak cerita nak dikongsikan dengan korang...
Yelah dah berhari-hari jugak tak update kan......
Let's start with Churpout2013!!!

Hyper AJ =D

Sabtu lepas kat Setia City Mall ade event ChurpOut2013 anjuran Churp-Churp....
AJ pun last minute baru decide nak pegi....
Pagi tu AJ naik komuter sampai Klang... Gigih kan... =D
Sampai Klang, i missed the shuttle bus....
Oh oooo... Nak tunggu next trip, 2 jam lagi...... Adusssss!!!!
So AJ cari altenatif lain...
Nak naik teksi RM 30 kau dia nak...
Oh my!!! Teksi sapu banyak betul kat sini...
Okay, after call blogger yang familiar dengan area Klang, AJ naik bas ekspress sampai Klang Sentral....
Dari Klang Sentral pulak, terpaksa jugaklah naik teksi dengan tambang RM 15....
Wuwuwuuwuw... Menangis kau dengar harga tambang dia......
Okay enough dengan journey AJ nak ke Setia City Mall....
Rasanye kan, sekali je kot... Kihkihkihkih... =P

Sampai sana, orang tak berapa nak ramai pagi....
Lepas register, AJ trrus masuk mall cari Nizam..... Nasib dia tunggu AJ, kalau tak memang terpongeh aku sensorang kat situ..... =P
Kebetulan pulak kat tempat yang Nizam tunggu AJ tu, ade blogger lain yang memang dah plan nak jumpa ngan AJ...
Dia ialah blogger Ainim Suju..... Tak sangka pulak dia boleh duduk kat situ jugak....
Nasib AJ cam dia dan dia cam AJ.....
Seronoknye dapat jumpa dia.....
Selalu duk komen-komen dalam blog je...... =D
Lepas tu bile Farid Laham dah sampai, AJ minta diri nak berjalan kat ChurpOut tu.....
Thanks Ainim Suju, sudi jumpa AJ yang tak seberapa ni....
Lepas tu jumpe blogger Nadia Johari juga......

AJ, Ainim Suju

Nizam, AJ, Farid

Nizam, AJ, Nadia Johari

Yeahhh... Kat sini dah start excited.....
Kitorang start pusing dari 1 booth ke 1 booth....
Habis semua AJ pulun dari photobooth, karikatur, etc....
Dan yang paling AJ nak try.... REVERSE BUNGEE!!!!
Walaupun lepas tu hujan, tak menghalang kami nak berjalan tau..
Gigih!!!
Okay dah cukup dah bebel-bebel....
Jom tengok gambar kat ChurpOut2013 tu.....

Wow PhotoBooth

Karikatur dari Ms Bulat

Takde keje sementara tunggu hujan berhenti...
Sambil test Lenovo K900 pinjam seminggu.. =P

Reverse Bungee...
The main reason why im there..... =D

Dan yang paling super super super dan super duper excited......
AJ jumpe beberapa orang yang sememangnya famous amos gitu...
Nak tau siapa???
Tunggu next entry okay... =D

P/s : 10am - 12am AJ berjalan Sabtu lepas.... =D
14 jam kau!!!

Baca Selanjutnya »