New Girlfriend : Hello Kitty Body Butter


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini AJ nak review 1 produk yang sangat comel dan cute.....
Memperkenalkan my new girlfriend "Hello Kitty Body Butter"!!!!


Ni merupakan kali pertama AJ guna produk body butter ni....
Tu pun sebab AJ dapat voucher RM 50 masa pembukaan Animation World tempoh hari....
Seriously, memula guna terus jatuh hati.....
Bau dia pun wangi dan lembut je... Bau Cherry....
Bila sapu kat badan pun rasa lembut.....
Tak rugi rasanya pilih produk ni......
Harganya pun tak mahal...
RM 14.90 untuk 50gram.....


Body butter dia pekat, sapu sikit je pun dah cukup....
Rasanya memang boleh tahan lama ni.....
Dan yang paling penting, saiznya pun comel...
So mudahlah nak muatkan dalam beg dan bawa kemana-mana....
Bagi sesiapa yang nak cuba produk ni, boleh kunjungi Animation World yang terletak di Mid Valley...
Ataupun try survey di cawangan Anakku yang berdekatan....
AJ pun tak sure dah ade ke tidak produk Hello Kitty Body Butter ni kat Anakku tu..... =D

Oh ye, produk ni direka dan dikeluarkan di Switzerland dan ekslusif untuk Beauty & Care AG...
Fungsinye melembutkan kulit kite lebih baik daripada losyen sebab kandungannye lebih lembut gitu....

Bagi yang nak mencuba tu, selamat mencuba!!!

P/s : Pink selalu tarik perhatian AJ... =D


Baca Selanjutnya »

Pertama Kali Main Ice Skating!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, adik-adik blogger AJ duk ajak main Ice Skating.....
Memula tu memang AJ taknak main....
Sebab tak reti main pun.... Hehehhehe..... =P
Tapi kalau tak cube, bile lagi kan...
So dengan berbaju peplum nye AJ masuk gelanggang Ice Skating tu dengan Tya, Ainaa Roseberry dan Nadia Johari.....
Masuk-masuk tu, pegang dulu dinding tepi tu....
Yelah kang kot jatuh gedebuk, sesia je.......
Lepas tu, bile dah dapat tune dan rentak dia dinding pun dah tak jumpe.....
Thanks to Tya, yang duk pegang tangan AJ memule tu......

Ohhhhh... Sebenarnya main Ice Skating ni takdelah susah mane pun...
Dia macam roller blade jugaklah lebih kurang...
Tapi kat gelanggang Ice Skating, kene lebih pandai imbangkan badan sebab lantai dia tu terlalu licin.....
Salah imbang, memang terduduklah jawabnye...
Alhamdulillah masa main tu, sekali pun AJ tak jatuh...
Siap boleh pimpinkan orang main lagi....
Siapa yang AJ pimpin tu, biarlah rahsia...
Hahahahaha... =D

So next time memang nak repeat lagi...
Nak ajak Mr.JR pulak...
Tu pun dia duk perli untunglahhhh.....
Hahahahhahahaha...
Tu la, siapa suruh keje weekend kan??? Takpe next time kite pegi ek... =D

Ni caj masuk Sunway Pyramid Ice Skating..


So korang bawaklah stokin sendiri kalau nak jimat...
Dan kalau ada glove beli kat Genting, Cameron ke bawak jugak...
Dah jimat RM 13 macam AJ... =D
Lepas tu kalau korang nak sewa kasut yang okay dan selesa sikit, tambah RM 5...
Nanti kat kaunter tu korang bagitau la..... =D

So jom tengok kami masa sebelum main....
Masing-masing macam excited je.....
Termasuklah AJ!!! =D



Excited kan muke kitorang???
Hahhahahah....
Mate AJ masih bengkak masa ni....
Thanks korang sebab ceriakan AJ masa tu...
Sebelum balik, singgah dulu makan McDonalds sambil sedut ilmu berblog tunang Nadia....
Hehehehhehe... =D

P/s : Happy! Nak repeat pleaseeeeee!!!!!


Baca Selanjutnya »

Salam Aidiladha 1434H


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Masih belum terlambat untuk AJ ucapkan Salam Aidiladha buat para tetamu blog AJ....
So macam mana raya korang??
Meriah ke?!
AJ macam biase je.... Beraya kat KL macam biase...
Kalau Aidiladha memang tak keluar rumah siang-siang hari....
Sebab taknak tengok orang buat ibadah korban....
Nanti AJ tak boleh nak makan pulak..... =D
Petang ni baru nak pegi berjalan...
Hehehhehehe.....

Walau dimana pun korang beraya, semoga semuanya sihat dan baik-baik belaka...
Mana yang berjalan jauh tu, berhati-hati di jalanraya.....
Makanan sedap-sedap tu jangan lupa tapaukan untuk AJ...
Hehehhehe......

Oh!!! menu kat rumah ni rendang kerang, nasi impit dan lemang...
Siapa yang nak merasa makan rendang kerang tu, jemput datang rumah... =D


Jom raya!!

P/s : Terkenang pulak kat Si Urap.....
Semoga dia baik-baik je.... =D
Selesai sudah tanggungjawab AJ pada dia.....
Amin...


Baca Selanjutnya »

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia Sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini










Baca Selanjutnya »

Event : Design For Good, Tetra Pak

,
Sabtu 10102013, selepas event Animation World, bergegas pula ke Publika untuk event Design For Good, Tetra Pak ni.....
Majlis ni diadakan bersempena Majlis Penyampaian Hadiah Eco Design 2013...
Eco Design ialah sebuah pertamdingan rekacipta daripada kotak minuman terpakai...
Pertandingan ini telah diadakan selama 4 bulan dan 20 rekacipta yang disenaraipendekkan akan dikomersilkan dan hasilnya dimanfaatkan kepada Beautiful Gate Foundation bagi orang kurang upaya....



Tema "Design for Good" dilancarkan pada bulan Jun adalah hasil gabungan Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)...
Ini merupakan tahun kedua pertandingan ini diadakan...

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Terrynz Tan, Communication and Environment Director Tetra Pak Malaysia dan ucapan oleh Puan Futom Shikh Jaafar, Senior General Manager Majlis Rekabentuk Malaysia..
Seterusnya Visual keseluruhan acara oleh Manjula Murugesan, Environment Manager Tetra Pak Malaysia dan pengumuman pemenang....


Kreatif sungguh hasil rekabentuk dan idea dari para peserta..
AJ sendiri pun tak terfikir nak buat bende-bende macam tu dari kotak minuman terpakai tu...
Tau je, dah habis minum terus buang je kotak tu....

Jom tengok gambar sekitar Event Design for Good, Tetra Pak ni....


Kreatif kan???

Thanks to Bloogers Dot Com!

P/s : Tahniah buat semua!


Baca Selanjutnya »