Be Strong Urap!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi Doc Azlan dari Kitty's Cottage ada call AJ.....
Dia nak bagitau laporan terkini ujian darah Urap....
Katanya, bacaan buah pinggang Urap still tinggi dan pembedahan buang kaki Urap perlu dilakukan segera..
Sebab doc takut bacaan tu akan naik lebih tinggi lagi....
So esokagi, urap akan menjalani pembedahan....
Dan yang agak tak sedap didengar, risiko pembedahan tu agak tinggi memandangkan Urap ada masalah buah pinggang....
Rasa terhenti jap jantung AJ mendengarnya....
Memang aritu Doc ada bagitau kalau bacaan tu tak turun memang berisiko operation tu...
Tapi dah dekat seminggu bacaan tu tak menurun, Doc pun takde pilihan dan terpaksa lakukan pembedahan tu jugak esok...
Nak nangis AJ dengar berita tu......
Dahlah arini AJ tak dapat nak lawat dia.......
Harapnya esok segalanya akan dipermudahkan....
Dan pembedahan Urap akan berjaya...
Insyaallah... AJ tau Urap kuat....
Korang semua, tolong doakan Urap ye.......
Petang esok kita jumpe ye Urap.....
Be strong Urap!!!! I know u can go thru all this....
I Love You!

Ni Urap masa AJ lawat dia semalam...

Kaki Urap dah nampak tulang dah....


Dia peluk AJ taknak lepas tau semalam.......
Yelah, 3 ari AJ tak dapat jumpa dia sebab cousin kawen pastu klinik pun tutup Isnin tu....
Pastu bile AJ nak balik, dia buat muke sedih macam gambar bawah sekali tu...
Urap kuat!!!

P/s : Jumpa esok Urap!

Baca Selanjutnya »

Event : Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan Ke-3


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi berlangsungnya Majlis Perasmian Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan Ke-3 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur..
Persidangan kali ketiga ini membawakan tema "Health Investment Throught Advancing Health Promotion", sjajar dengan tema Persidangan Promosi Kesihatan Peringkat Global anjuran The International Union for Health Promotion and Education 2013.
Persidangan bermula dari 8 - 10 Oktober melibatkan 300 orang pengamal kesihatan..


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan Doa, ucapan alu-aluan daripada Mr. K Manimaran selaku Pengerusi Persatuan Promosi Kesihatan Malaysia (MAHEO) dan ucapan daripada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dan seterusnya gimik perasmian serta tayangan video...
Penonton juga dihiburkan dengan persembahan "Tepuk Amai-Amai" dari adik-adik SK Taman Medan kalau tak salah AJ.....
Kat situ juga ada beberapa booth dibuka antaranya Antabax, Fontera dan Clorox...

Jom layan gambar dulu.. =D


Dan kami......
Blogger yang hadir mewakili Bloogers Dot Com.....

Cenderahati dari pihak Antabax dan Fontera...

P/s : Esok ada lagi.....

Baca Selanjutnya »

WW #50 : Sorry!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Dah lama sangat tak blogwalking, tak reply komen =(
Maaf!!!
Dan terima kasih banyak pada mereka yang masih berkunjung serta setia komen entri AJ....

P/s : Laaappppyyyyy!!!!!!!! I really need you!


Baca Selanjutnya »

Event : P&G Home


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJHATERA

Siang tadi AJ sempat meluangkan masa menghadiri event P&G Home bertempat di The Elements Sales Gallery, Jalan Ampang....
Event ini diadakan bersempena meraikan 175 tahun inovasi global melalui "The Everyday Effect".
P&G merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pasaran tempatan...
Antara produk keluaran P&G adalah Pantene, Head & Shoulder, rejoice, Downy, Febreze, Olay, Ambi-Pur, Gillette dan banyak lagi.....


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada CEO P&G Malaysia dan Singapura, Mr. Nicolas de La Giroday dan diteruskan dengan pelancaran majlis oleh beliau diiringi oleh Daphne Iking.....
Majlis diteruskan dengan tayangan video "Malaysian's The Everyday Effect Story" dan perkongsian cerita Daphne Iking mengenai pengalaman beliau menggunakan produk P&G....
Cerita beliau membuatkan semua orang mengimbau kenangan dengan "Fab Buku"...
Hahahahha....
Siapa tau pasal Fab Buku??? Angkat tangan! =P

CEO of P&G Malaysia & Singapore, Mr Nicolas de La Giroday

Daphne Iking

Seterusnya pihak media berpeluang menyertai P&G Hunt selama beberapa minit di dalam P&G Home....
Dalam P&G Hunt tu, baru AJ tau P&G ada keluarkan produk makanan kucing dan anjing premium jenama IAMS......
AJ kenal jenama tu, tapi tak tau la pulak tu pun produk keluaran P&G....
Ingatkan barangan rumah dan kecantikan je......

P&G Hunt

Sebelum majlis berakhir, ada pulak cabutan bertuah dan oenyampaian hadiah untuk P&G Hunt...
Tahniah kepada beberapa orang blogger yang dapat cabutan bertuah tu....
Dan paling tak sangka, AJ salah seorang pemenang untuk P&G Hunt okay....
First time ni jadi insan bertuah... =D
Lepas tu, macam biase lah..... Gambar!!! Itu wajib....
Hehehehehehe......

Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah P&G Hunt

Blogger yang turut sama memeriahkan suasana

Hadiah AJ

Cenderahati dari pihak P&G...
Takde kat pasaran Malaysia okay.... =D

Dan yang terakhir..........


AJ dan si cantik Daphne Iking.....
Seriously suka sangat kaler lipstick dia... =D

Untuk maklumat lanjut layari www.pg.com

Thanks to Blooger Dot Com yang bagi peluang AJ join event ni...

P/s : Sementara masih takde keje... =D

Baca Selanjutnya »

Top To Toe..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini AJ nak share sikit produk yang AJ gune from top to toe....
AJ ni bukanlah seorang perempuan dalam kategori "Beauty Queen"...
Tapi sebagai perempuan, AJ tak lari dari produk penjagaan dan kecantikan kulit dan badan.....
Ecewaaaahhhh... Kemain ayat ko kan... =P
Jom kite intai produk-produk tu.....



Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo & Conditioner
AJ start pakai produk ni dengan travel pack...
Masa tu memang tengah cari shampoo yang sesuai dengan rambut AJ....
Sebelum ni AJ gune shampoo Selsun Blue diselang seli dengan shampoo lain sebab AJ ni ade masalah kegatalan kulit kepala....
Tapi lepas shampoo tu habis, masalah kulit kepala AJ pun dah takde... So AJ stop penggunaan...
Tapi masalah lain pulak timbul....
AJ tak boleh pakai shampoo tu, shampoo ni... Jadi gatal dan rambut gugur tahap kronik....
Ngengada je kan.... Hehehehhe...
Bile AJ try schwarzkopf ni, elok pulak.....
Rambut pun jadi senang nak diurus since AJ ni spesis malas nak sikat rambut sangat.....
Dengan produk ni, even rambut tak bersikat pun tak kusut.....

Garnier Skin Naturals Sakura White
Pencuci muka dan pelembab ni, AJ baru sangat je guna....
Sebelum ni AJ pakai Safi Sari Susu Manggis...
Tapi bile pencuci muka tu dah nak habis, AJ dah tak jumpe Safi warne purple tu kat mane-mane..
Tak tau lah kot Safi dah tak produce Safi Sari Susu Manggis tu lagi....
So AJ decide untuk pakai Garnier....
Masa baru pakai ni, rasa okay je...
Lepas cuci muka dan pakai pelembab, kulit rasa lembut je....
Nanti lepas sebulan ke, AJ review pasal produk ni..
Sekarang ni awal lagi nak cerita kan... =D

Listerine Total Care Antibacterial Mouthwash
Bagi kebersihan mulut, AJ memang amalkan ubat kumur ni...
Tambahan pulak AJ ni berbraces, memang tang tu penting.....
Ade part yang susah berus gigi nak bersihkan, so inilah fungsinya ubat kumur tu.....
Selain membersihkan celah-celah gusi dan braces tu, Listerine juga menyegarkan nafas.... =D
So nak bercakap dengan orang pun tak risau sangat pasal mulut berbau....
Dalam beg pun, AJ pastikan ade 1 yang kecik tau... 

Sabun JF Skin Solutions Anti-Acne
Sabun ni dah bertahun AJ pakai...
Yelah, AJ ni dulu seorang yang aktif dan selalu buat outdoor.....
Bile dah berpeluh-peluh tu, badan senang naik jerawat.....
Yup, kulit badan AJ ni lagi sensitif pada kulit muke.....
Bile dah berpanas, berhujan dan berpeluh-peluh tu lagilah jerawat naik bagai nak gile....
AJ penah cube T3 dan produk yang agak mahal tapi tak berkesan....
Bile dah start pakai sabun ni, alhamdulillah berkesan pulak.....
So AJ continue sampailah arini....
Dalam masa same, AJ pakai juga shower cream lain sebab kadang sabun ni mengeringkan kulit AJ...=D
Harganya pun tak mahal RM 7.90....
Kadang ade offer buy 2 free 1 lagi... =D

Lotion Vaseline Total Moisture Nourishing
Since kerap berpanas, kulit AJ jadi kering....
So AJ pakai losyen vaseline ni......
Bile pakai tu, kulit rasa lembut dan tak kering....
Selalunya, lepas mandi AJ akan sapu kat kaki dan tangan AJ....
Kalau masa keje dulu, AJ akan pastikan ade sebotol kecik dalam beg....
Keje dalam aircond lagi buat kulit kering kan......

Okaylah, dah panjang sangat AJ membebel ni.....
Hehehehhehe.... =D
Ni je yang AJ nak share ngan korang...

P/s : I'm not Beauty Queen...
Hehehehhe... =P


Baca Selanjutnya »