Event : Pelancaran Animation World, Mid Valley


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini berlangsungnya majlis pelancaran Animation World di Mid Valley...
Terdapat pelbagai karakter kartun kesayangan ramai di Animation world antaranya Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon...
Pengalaman unik membeli belah terbaru ini disampaikan oleh Anakku Sdn. Bhd sebuah syarikat terkemuka di Malaysia, membekalkan pelbagai rangkaian produk bayi dan kanak-kanak dijamin dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan...
Seriously, AJ teruja sangat masa pelancaran kedai konsep Animation World ni sebab dikelilingi karater kartun kegemaran AJ....
Majlis dirasmikan oleh Ms. Jasmine Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Anakku Sdn. Bhd...


Antara Koleksi yang terdapat di Animation World


Kalau korang berminat nak ke kedai konsep Animation World ni, boleh pegi Mid Valley yang merupakan kedai pertama seumpamanya bagi Anakku Sdn. Bhd berkeluasan 1,300 kaki persegi..
Selain kedai kedua di Queensbay Mall, Pulau pinang..
Manakala kedai di East Coast Mall, kuantan akan dibuka pada Oktober dan di Kulai, Johor serta Pavilion, Kuala Lumpur akan dibuka pada bulan November dan Disember ini....
Kalau korang nak rasai pengalaman membeli belah di Animation World boleh kunjungi Mid Valley di tingkat 1, North Court berhadapan dengan Lovely Lace....


Antara blogger yang hadir mewakili Bloogers Dot Com....
Memang meriah habis!!!

P/s : Now event Marigold

Baca Selanjutnya »

Be Strong Urap!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi Doc Azlan dari Kitty's Cottage ada call AJ.....
Dia nak bagitau laporan terkini ujian darah Urap....
Katanya, bacaan buah pinggang Urap still tinggi dan pembedahan buang kaki Urap perlu dilakukan segera..
Sebab doc takut bacaan tu akan naik lebih tinggi lagi....
So esokagi, urap akan menjalani pembedahan....
Dan yang agak tak sedap didengar, risiko pembedahan tu agak tinggi memandangkan Urap ada masalah buah pinggang....
Rasa terhenti jap jantung AJ mendengarnya....
Memang aritu Doc ada bagitau kalau bacaan tu tak turun memang berisiko operation tu...
Tapi dah dekat seminggu bacaan tu tak menurun, Doc pun takde pilihan dan terpaksa lakukan pembedahan tu jugak esok...
Nak nangis AJ dengar berita tu......
Dahlah arini AJ tak dapat nak lawat dia.......
Harapnya esok segalanya akan dipermudahkan....
Dan pembedahan Urap akan berjaya...
Insyaallah... AJ tau Urap kuat....
Korang semua, tolong doakan Urap ye.......
Petang esok kita jumpe ye Urap.....
Be strong Urap!!!! I know u can go thru all this....
I Love You!

Ni Urap masa AJ lawat dia semalam...

Kaki Urap dah nampak tulang dah....


Dia peluk AJ taknak lepas tau semalam.......
Yelah, 3 ari AJ tak dapat jumpa dia sebab cousin kawen pastu klinik pun tutup Isnin tu....
Pastu bile AJ nak balik, dia buat muke sedih macam gambar bawah sekali tu...
Urap kuat!!!

P/s : Jumpa esok Urap!

Baca Selanjutnya »

Event : Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan Ke-3


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi berlangsungnya Majlis Perasmian Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan Ke-3 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur..
Persidangan kali ketiga ini membawakan tema "Health Investment Throught Advancing Health Promotion", sjajar dengan tema Persidangan Promosi Kesihatan Peringkat Global anjuran The International Union for Health Promotion and Education 2013.
Persidangan bermula dari 8 - 10 Oktober melibatkan 300 orang pengamal kesihatan..


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan Doa, ucapan alu-aluan daripada Mr. K Manimaran selaku Pengerusi Persatuan Promosi Kesihatan Malaysia (MAHEO) dan ucapan daripada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dan seterusnya gimik perasmian serta tayangan video...
Penonton juga dihiburkan dengan persembahan "Tepuk Amai-Amai" dari adik-adik SK Taman Medan kalau tak salah AJ.....
Kat situ juga ada beberapa booth dibuka antaranya Antabax, Fontera dan Clorox...

Jom layan gambar dulu.. =D


Dan kami......
Blogger yang hadir mewakili Bloogers Dot Com.....

Cenderahati dari pihak Antabax dan Fontera...

P/s : Esok ada lagi.....

Baca Selanjutnya »

WW #50 : Sorry!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Dah lama sangat tak blogwalking, tak reply komen =(
Maaf!!!
Dan terima kasih banyak pada mereka yang masih berkunjung serta setia komen entri AJ....

P/s : Laaappppyyyyy!!!!!!!! I really need you!


Baca Selanjutnya »

Event : P&G Home


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJHATERA

Siang tadi AJ sempat meluangkan masa menghadiri event P&G Home bertempat di The Elements Sales Gallery, Jalan Ampang....
Event ini diadakan bersempena meraikan 175 tahun inovasi global melalui "The Everyday Effect".
P&G merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pasaran tempatan...
Antara produk keluaran P&G adalah Pantene, Head & Shoulder, rejoice, Downy, Febreze, Olay, Ambi-Pur, Gillette dan banyak lagi.....


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada CEO P&G Malaysia dan Singapura, Mr. Nicolas de La Giroday dan diteruskan dengan pelancaran majlis oleh beliau diiringi oleh Daphne Iking.....
Majlis diteruskan dengan tayangan video "Malaysian's The Everyday Effect Story" dan perkongsian cerita Daphne Iking mengenai pengalaman beliau menggunakan produk P&G....
Cerita beliau membuatkan semua orang mengimbau kenangan dengan "Fab Buku"...
Hahahahha....
Siapa tau pasal Fab Buku??? Angkat tangan! =P

CEO of P&G Malaysia & Singapore, Mr Nicolas de La Giroday

Daphne Iking

Seterusnya pihak media berpeluang menyertai P&G Hunt selama beberapa minit di dalam P&G Home....
Dalam P&G Hunt tu, baru AJ tau P&G ada keluarkan produk makanan kucing dan anjing premium jenama IAMS......
AJ kenal jenama tu, tapi tak tau la pulak tu pun produk keluaran P&G....
Ingatkan barangan rumah dan kecantikan je......

P&G Hunt

Sebelum majlis berakhir, ada pulak cabutan bertuah dan oenyampaian hadiah untuk P&G Hunt...
Tahniah kepada beberapa orang blogger yang dapat cabutan bertuah tu....
Dan paling tak sangka, AJ salah seorang pemenang untuk P&G Hunt okay....
First time ni jadi insan bertuah... =D
Lepas tu, macam biase lah..... Gambar!!! Itu wajib....
Hehehehehehe......

Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah P&G Hunt

Blogger yang turut sama memeriahkan suasana

Hadiah AJ

Cenderahati dari pihak P&G...
Takde kat pasaran Malaysia okay.... =D

Dan yang terakhir..........


AJ dan si cantik Daphne Iking.....
Seriously suka sangat kaler lipstick dia... =D

Untuk maklumat lanjut layari www.pg.com

Thanks to Blooger Dot Com yang bagi peluang AJ join event ni...

P/s : Sementara masih takde keje... =D

Baca Selanjutnya »