Review : Daiso Charcoal Mask


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini AJ nak review sikit produk Daiso Charcoal Mask...
Produk ni lebih kurang macam Kose Black Mask tu...
Tapi harga dia jauh lebih murah...
AJ beli dengan harga RM5 dekat Daiso....
Kalau online pun ada, tapi harganya dalam belas-belas ringgit la....
Produk ni memang laris.....
Kalau pegi Daiso pun, jarang nak nampak mask ni kat rak tu....
Asik habis stok je...



Mask ni berfungsi untuk menanggalkan bintik-bintik hitam dan putih....
Dan juga mampu mengecilkan liang roma, mengurangkan minyak dan membersihkan kotoran....
AJ selalu guna dekat hidung je...
Kalau nak sapu kat muka pun boleh je....
Cuma nanti bile nak tarik kuar mask tu, rasa sakit sikitlah..
Terasa macam bulu muke kita yang halus tu pun tercabut sekali...
Hehehehe....
AJ penah cuba okay! =D

Cara nak guna :
Bersihkan muka korang, lepas tu sapu je mask ni kat mana yang korang nak...
Tunggu dalam 10-15 minit atau sampai mask betul-betul kering dan tanggalkan dari bawah ke atas...
Gunakan 2 kali seminggu...
Senang je kan....

Hasilnya,


Haaaa....
Terkeluarlah segala bintik hitam atau putih kat muka tu.....

Sebelum pakai tu, sila baca label dulu tau...
Hentikan penggunaan kalau ade rasa gatal-gatal ke ape okay... =D
Untuk kulit sensitif sapukan minyak essential sebelum guna...

So kalau ada yang nak cuba produk ni, bolehlah ke cawangan Daiso berdekatan ataupun dapatkan secara online... =D

P/s : Rajin pulak buat review.. =D
Baca Selanjutnya »

Sambut Belated Birthday Abah..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu bertempat di Island BBQ Steamboat, Kg Melayu Subang...
AJ pegi makan-makan sempena hari lahir abah yang ke 59....
Sebenarnya, hari lahir Abah jatuh pada 25 Ogos yang lepas...
Tapi sebab masa tu Abah balik kampung, kami postponed la nak belanja makan tu ke hari lain.....
Fikir punya fikir, akhirnya kat sini la kami bawa Abah makan... =D
Dalam pukul 5 petang, kami sampai sana...
Masa tu belum ada siapa pun lagi...
Kiranye kitorang ni pelanggan pertama yang sampai..
Mulanya nak pegi malam, tapi masa call tu dah fully booked pulak pukul 8 malam tu....
Lastly petang tu je kitorang pegi.... =D
Nak cari tempat tu takdelah susah mane pun......
Jalan pun tak berapa jem, so dalam 30 minit dari KL je dah sampai...

Tempat tu pun agak menarik dan santai....
Pilihan makanan dia pun boleh tahanlah...
Kat situ nanti kita boleh pilih nak kuah sup ataupun tomyam...
Memula kitorang amik kuah sup...
Sup dia sedap.. Not bad....
Lepas tu kitorang amik kuah Tomyam pulak...
Pada kitorang, kuah dia agak kurang umphh....
Tak tau la selera orang lain kan....
Fasiliti kat situ pun okay...
Ada surau dan tandas pun bersih...

Okaylah, taknak bebel panjang dah....
Jom tengok pic yang AJ sempat snap sebelum busy makan...
Hehehehhe... =P

Handbag AJ dari SerPhora...
Sempat promote lagi tu...
Hehehhehehe....

Muke dapat makan...
Hahahaha....
Belakang tu, birthday boy menikmati pemandangan kot... =P


Okay, memang puas hati sangat makanan dia....
Sengkak perut lepas tu...
Hehehehhe....

Oh ya, harga pun berpatutan okay...

RM 21.90 / Dewasa
RM 9.90 / Kanak-kanak 6 -12 tahun
Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun....

Untuk lebih lanjut klik Island BBQ Steamboat

P/s : Hidup untuk makan!!
Heheheh.. =P


Baca Selanjutnya »

Tolong UNDI AJ!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang semua...
AJ nak minta tolong korang undi gambar AJ ni..
Boleh tak....? Tak susah pun...
Derma 1 klik je untuk peraduan "Truly Asian Beauty"
Kalau sesiapa nak derma undi tu, boleh KLIK SINI....
Masa entri ni ditulis, AJ ada kat page 16...
Kalau korang klik sekarang mungkin dah kat page 17 keatas la tu...
Berbatu-batu, berkilo-kilo dah tertinggal jauh undi tu.....
Hehehehhee....


Cari gambar kat atas ni tau...
Tengok tu, ada 6 undi je...
Waaa... Waaa... Waaa...

Dan ada lagi 1 gambar tau...


Yang ni kat page 1...
Takde undi pun lagi.....
Tapi apps ni tak boleh surf pakai mobile...
Kene pakai pc or laptop....

P/s : Terima Kasih Daun Keladi... =D


Baca Selanjutnya »

Alat Solek aka Mekap


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wanita dan alat solek memang tak dapat dipisahkan....
Macam tu jugak AJ... Selain suka beli kasut, baju dan beg tangan, AJ suka beli alat solek...
Kat dalam rumah ni, entah berapa banyak mekap ada dalam laci meja solek AJ tu...
Dah tu baru ni tambah lagi koleksi dari Avon pulak...
Hehehehehhe.....
Arini AJ nak share sikit, jenama solekan yang selalu AJ pakai...
Tapi kadang tu, AJ ni ada mood jugak...
Time rajin nak mekap tu, mekaplah...
Berjam-jam duduk depan cermin.. =P
Kalau malas, tepek bedak je... 2 minit siap!
AJ jarang la nak pakai mekap tebal-tebal sangat...
Kecuali ada ape-ape event, ataupun majlis yang kene hadir....
Selalunya, AJ mekap ikut kesesuaian majlis la....
Takkan pegi event sukan, nak bersolek macam pegi makan malam kan??
Kang pelik je orang tengok AJ.. =P

AJ ni agak bernasib baik jugaklah...
Kulit AJ jenis sesuai dengan apa-apa jenama....
Tapi AJ tak pakailah mekap yang jual kat tepi jalan or bazaar ni...
Bukan pandang serong, tapi terdetik jugak rasa ragu-ragu nak guna tu.. =D
Cuma ade 1 jenama tu je, AJ tak boleh pakai foundation dengan mascara dia..
Kulit jadi berminyak dan rasa gatal je kat akar bulu mata AJ ni...

Jom tengok alat solek apa yang AJ selalu guna....


GARNIER BB Cream
Silky White BB 2 Way Powder + Foundation
Elianto Sheer Loose Powder
MANLY 120 Color Eye Shadow
Elianto Glitter Blusher
AVON Ultra Glimmerstick Eyeliner / AVON Metallic Liquid Eyeliner
AVON Super Shock Mascara
Maybelline Baby Lips Lip Balm
AVON Lipstick

Haaaa.....
Ni la produk yang selalu AJ guna....
Ade lagi sebenarnya, tapi yang AJ snap gambar ni yang paling kerap pakai la...
Eyeliner dan lipstick memang paling banyak...
Sebab AJ suka ubah solekan dengan warna...
Kalau eye shadow, memang dah ade 120 warna dalam 1 bekas tu...
So tak payah nak beli banyak-banyak kan... =D

Kalau nak tengok AJ mekap, next entri la kot...
Hehehehhe....

P/s : Kalau dah jantinanya perempuan kannn...
Kihkihkih....


Baca Selanjutnya »

Halusinasi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ada kisah disebalik halusinasi yang AJ nak cerita ni...
Sebelum tu, jom baca dulu apa itu halusinasi.....

"MUNGKIN anda terdengar suara bisikan pada suatu malam yang gelap, atau terlihat lembaga berbulu yang menakutkan, sekilas melintas di sudut mata. Apabila semuanya hanya bayangan dan mainan perasaan, itulah yang dinamakan halusinasi.
Halusinasi merupakan fenomena ketika seseorang itu mengalami sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku.Halusinasi bukan sahaja melibatkan deria dengar dan pandang, fenomena ini merangkumi deria lain. Kadang-kadang lidah, seperti mengecap sesuatu rasa yang pelik walaupun tiada makanan di dalam mulut, kulit seperti diusap oleh sesuatu, tubuh seperti terasa hangat atau dingin, angin seperti bertiup meremangkan bulu roma. Selain itu, satu lagi jenis halusinasi dikenali sebagai halusinasi taktil, iaitu perasaan yang dialami saraf taktil. Contohnya, perasaan seolah-olah ada serangga merayap di bawah kulit ataupun sesuatu hidupan mencucuk-cucuk organ di dalam badan.
Fantosmia pula berkaitan dengan halusinasi hidung terbau sesuatu yang tidak wujud. Contoh paling lazim halusinasi jenis ini ialah terbau sesuatu yang busuk, seperti daging mereput, bau muntah, kencing, asap, dan kemenyan berlegar-legar atau seumpamanya. Fantosmia selalunya dicetuskan oleh kecederaan pada tisu olfaktori di dalam hidung. Kecederaan tersebut ada kalanya disebabkan oleh trauma atau beberapa penyakit, seperti barah otak atau jangkitan virus. Penggunaan dadah tertentu juga mencetuskan fantosmia."

Sumber : Dewan Kosmik Julai 2012


Adakah AJ ni berhalusinasi???

Kisahnya tengah malam tadi masa Mr.JR tengah drive kat highway Jalan Istana, AJ tetibe terperasan ade seekor anak kucing betul-betul kat tengah divider yang membahagikan kedua-dua arah jalan tu...
Masa tu AJ terus terjerit sampai Mr.JR yang tengah drive tu pun terkejut...
Anak kucing yang AJ nampak tu kecik sangat...
Dalam lingkungan 5 bulan besar dia.....
AJ ni memang tak boleh tengok macam tu....
Automatik AJ terus menangis dalam kereta... Sebab AJ nampak jelas anak kucing tu berjalan kat tengah divider...
AJ takut dia kene langgar dengan kereta lain..... (Tu punca nangis..)
Lepas tu, Mr.JR tanye nak patah balik ke tak....
AJ angguk....
Dalam hati AJ harap sangat anak kucing tu tak melintas jalan...
Yelah, highway kot... Kereta semua laju-laju..... =(
Bile dah sampai tempat AJ nampak kelibat anak kucing tadi tu, Mr.JR berhenti kat simpang tengah jalan depan sekolah Kuen Cheng sebelum simpang Mid Valley...
Kalau siapa biase lalu jalan tu, mesti tau kat tengah highway tu ada tempat macam nak U-turn...
Jalan tu boleh digunakan pada waktu tertentu je.... So memang selamat kalau berhenti kat tengah tu...
Sebab time kitorang berhenti dalam pukul 12.10am jalan tu tak boleh digunakan...
Turun kereta, terus AJ jalan kat rumput tengah highway tu cari anak kucing tadi.....
Intai tengah jalan, takde pulak kesan dia kene langgar ke ape... Fuhhhh.. Lega!
Cari punya cari, memang tak jumpa.....
Bile dah puas hati takde kelibat anak kucing kat situ, AJ masuk balik dalam kereta....
Mr.JR tanye, ada ke tak... AJ geleng...
Lepas tu dia cakap "u ni halusinasi ni"....
AJ cakap "tak, i sure i nampak ada anak kucing kat tengah tu tadi"...
Tapi dalam hati duk fikir jugak....
Betul ke ape yang AJ nampak tu betul-betul anak kucing??
Entahlah wallahualam.....
Lagipun, selekoh tu memang selalu ada kemalangan....
Kalau betullah memang ada anak kucing, AJ harap dia sekarang ni ada kat tempat yang selamat.....
Ataupun memang betul AJ berhalusinasi??
Ya Allah, mohon dijauhkan perkara macam tu....
Sampai rumah, terus mandi dan salin baju.....
Risau jugak kot-kot.................................................................. (Korang faham sendiri la ye..)

P/s : Korang penah ada pengalaman macam ni tak??


Baca Selanjutnya »