ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ada kisah disebalik halusinasi yang AJ nak cerita ni...
Sebelum tu, jom baca dulu apa itu halusinasi.....
"MUNGKIN anda terdengar suara bisikan pada suatu malam yang gelap, atau terlihat lembaga berbulu yang menakutkan, sekilas melintas di sudut mata. Apabila semuanya hanya bayangan dan mainan perasaan, itulah yang dinamakan halusinasi.
Halusinasi merupakan fenomena ketika seseorang itu mengalami sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku.Halusinasi bukan sahaja melibatkan deria dengar dan pandang, fenomena ini merangkumi deria lain. Kadang-kadang lidah, seperti mengecap sesuatu rasa yang pelik walaupun tiada makanan di dalam mulut, kulit seperti diusap oleh sesuatu, tubuh seperti terasa hangat atau dingin, angin seperti bertiup meremangkan bulu roma. Selain itu, satu lagi jenis halusinasi dikenali sebagai halusinasi taktil, iaitu perasaan yang dialami saraf taktil. Contohnya, perasaan seolah-olah ada serangga merayap di bawah kulit ataupun sesuatu hidupan mencucuk-cucuk organ di dalam badan.
Fantosmia pula berkaitan dengan halusinasi hidung terbau sesuatu yang tidak wujud. Contoh paling lazim halusinasi jenis ini ialah terbau sesuatu yang busuk, seperti daging mereput, bau muntah, kencing, asap, dan kemenyan berlegar-legar atau seumpamanya. Fantosmia selalunya dicetuskan oleh kecederaan pada tisu olfaktori di dalam hidung. Kecederaan tersebut ada kalanya disebabkan oleh trauma atau beberapa penyakit, seperti barah otak atau jangkitan virus. Penggunaan dadah tertentu juga mencetuskan fantosmia."
Sumber : Dewan Kosmik Julai 2012
Adakah AJ ni berhalusinasi???
Kisahnya tengah malam tadi masa Mr.JR tengah drive kat highway Jalan Istana, AJ tetibe terperasan ade seekor anak kucing betul-betul kat tengah divider yang membahagikan kedua-dua arah jalan tu...
Masa tu AJ terus terjerit sampai Mr.JR yang tengah drive tu pun terkejut...
Anak kucing yang AJ nampak tu kecik sangat...
Dalam lingkungan 5 bulan besar dia.....
AJ ni memang tak boleh tengok macam tu....
Automatik AJ terus menangis dalam kereta... Sebab AJ nampak jelas anak kucing tu berjalan kat tengah divider...
AJ takut dia kene langgar dengan kereta lain..... (Tu punca nangis..)
Lepas tu, Mr.JR tanye nak patah balik ke tak....
AJ angguk....
Dalam hati AJ harap sangat anak kucing tu tak melintas jalan...
Yelah, highway kot... Kereta semua laju-laju..... =(
Bile dah sampai tempat AJ nampak kelibat anak kucing tadi tu, Mr.JR berhenti kat simpang tengah jalan depan sekolah Kuen Cheng sebelum simpang Mid Valley...
Kalau siapa biase lalu jalan tu, mesti tau kat tengah highway tu ada tempat macam nak U-turn...
Jalan tu boleh digunakan pada waktu tertentu je.... So memang selamat kalau berhenti kat tengah tu...
Sebab time kitorang berhenti dalam pukul 12.10am jalan tu tak boleh digunakan...
Turun kereta, terus AJ jalan kat rumput tengah highway tu cari anak kucing tadi.....
Intai tengah jalan, takde pulak kesan dia kene langgar ke ape... Fuhhhh.. Lega!
Cari punya cari, memang tak jumpa.....
Bile dah puas hati takde kelibat anak kucing kat situ, AJ masuk balik dalam kereta....
Mr.JR tanye, ada ke tak... AJ geleng...
Lepas tu dia cakap "u ni halusinasi ni"....
AJ cakap "tak, i sure i nampak ada anak kucing kat tengah tu tadi"...
Tapi dalam hati duk fikir jugak....
Betul ke ape yang AJ nampak tu betul-betul anak kucing??
Entahlah wallahualam.....
Lagipun, selekoh tu memang selalu ada kemalangan....
Kalau betullah memang ada anak kucing, AJ harap dia sekarang ni ada kat tempat yang selamat.....
Ataupun memang betul AJ berhalusinasi??
Ya Allah, mohon dijauhkan perkara macam tu....
Sampai rumah, terus mandi dan salin baju.....
Risau jugak kot-kot.................................................................. (Korang faham sendiri la ye..)
P/s : Korang penah ada pengalaman macam ni tak??