Inspirasi Berblog..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi Sheila ada review blog AJ.....
Katanya, cuba ubah alignment dalam entri.....
Sebab center nampak tak berapa kemas...
Okaylah, untuk entri ni AJ ubah alignment tu...
Jom kite tengok macam mane ek... =D


Boleh tengok review tu kat sini...


Dan juga, tadi Bro Framestone ada update status....
Ni yang AJ nak cerita ni...


Memang betul, AJ agak terkejut agak terkejut tengok nilai cek tu masa Bro minta simpankan...
Tak sangka, kalau kite serius dalam berblog hasilnya lumayan jugak ek...
Sebelum ni, AJ baca je entri dari nama-nama besar....
Tapi bile tengok sendiri, terus macam "Ohhhhh..... okay.."
Tak tau nak cakap apa....
Hehehehhe.....
Insyaallah Bro, thanks untuk inspirasi yang baru Bro suntik tu...
Tapi bukanlah inspirasi nak kejar nilai cek tu ye.....
Inspirasi nak aktif berblog...
Manalah tau, kot-kot ada rezeki terpijak lepas ni... AJ terima je... =D
Tapi yang AJ selalu tertanya-tanya....
Mana dapat idea kalau betul-betul dah takde idea??

P/s : Rasa awkward pulak ubah alignment ni... =D

Baca Selanjutnya »

5.30 Pagi : Tangerine VC Soft Mask!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah kemas-kemas semalam, jumpa 2 peket mask yang beli 2 bulan lepas.....
Ehh?? Lupe pulak ada beli mask tu dulu....
Okay takde tarikh tamat tempoh.....
So pukul 5.30 pagi bancuh mask tepek kat muka.....
Hasilnya...


Hambek!!!
Dah serupa tepung gomak.....
Hehehehhehe.. =P
Kucing tengok AJ pun dia lari......
Seronok pulak duk agah diorang time ni....

Okay mask ni name dia Tangerin VC Soft Mask...
Yang AJ pakai ni sesuai untuk semua jenis kulit...
Fungsinya untuk memutihkan kulit....
AJ bukanlah nak putih sangat pun sebenarnya....
Hahahhahaha......
Bau dia best! Bau lime, lemon camtu....
Masa pakai dan lepas cuci muke tu, rasa lembut dan tegang je kulit tu......

Sayangnya, AJ dah terbuang pamplet yang ada info lengkap pasal brand mask ni....
So tak boleh nak cerita panjang....
Harga dia kalau sebekas besar memang mahal....
Tapi kedai kat Putra Perdana, Puchong tu jual peket kecik-kecik dengan harga RM2 sepeket....
Ada macam-macam jenis sebenarnya...
Ada charcoal, gold, diamond etc.....
Nantilah, kalau AJ ade lagi pegi area sana AJ amik detail produk ni okay!



Best sangat...

P/s : Tak ingat sangatlah brand ape ni....
Sorryyyy....


Baca Selanjutnya »

Misi Satu Hari Satu Entri


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni AJ cuba nak jalankan misi ni.....
"Satu Hari Satu Entri"
Sebagai blogger, kekadang mood nak berblog macam tenggelam timbul je kan....
Biasalah blogger biase-biase je kannn... =P
Nak pulak bile dah puas perah otak tapi idea takmo jugak keluar.....
Penyudahnya terabai lah blog kita sehari tu...
Kadang bukan sehari je, berhari-hari...... Tu dah kategori parah sangatlah tu...
So AJ ingat nak maintain sekurang-kurangnya sehari ada 1 entri untuk AJ coretkan kat sini mulai dari arini.... =D
Kalau idea banyak, sehari dapat 2-3 entri pun lagi okay kan...
Hehehehehhehe...
Harap-harap tiada isu kekontangan idea la....
Kalau ada, parah jugak... =D
Yang pasti, AJ akan cuba untuk tidak update bende yang mengarut dan tak boleh diterima akal lah...
Takkan nak update "arini AJ makan maggi"
Pelik pulak kan jadinya... Hehehhehe....
Ada yang nak join misi ni tak??
JOM!!! =D


P/s : Mission Possible or Mission Imposibble???
Jeng Jeng Jeng....

Baca Selanjutnya »

Seram Sejuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Yup, AJ seram sejuk....
Tapi bukan seram sejuk nampak hantu...
Badan ni yang seram sejuk....
Dalam 2 hari ni memang rasa macam nak demam....
AJ rasa ada kene mengena dengan cabut gigi Jumaat lepas.....
Masa cabut tu, tak rasa apa lagi.... Even lepas tu pun okay lagi sebab kesan bius ada lagi...
Tapi lepas 2 ari cabut tu AJ rasa sakit sangat bile nak mengunyah makanan....
Tu yang naik lemah 1 badan tu...
Tambah pulak dengan lenguh-lenguh badan penangan Paintball Sabtu lepas kannn....
Siang tadi badan AJ panas gile.....
Tapi rasa sejuk....
Haaaaa... Petanda la tu kan.....
Lepas AJ makan panadol, tidur...
Alhamdulillah dah rasa okay....
Badan pun dah tak seram sejuk......



P/s : Tu yang buat hilang kejap... =D

Baca Selanjutnya »

Avon You Make It Beautiful Tour...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

This is so cool!
Lepas paintball, mandi semua terus je ke Plaza Sungei Wang dengan Bro Framestone untuk event  
"Avon You Make It Beautiful Tour"...
Event di langsungkan bersempena pelancaran Koleksi Mekap Terbaru dari Avon...
AJ merupakan salah seorang pengguna Avon...
So memang sesuai sangat la tu....
Produk yang AJ suka glimmerstick eyeliner... =D

AVON merupakan 1 jenama besar yang cukup dikenali dan tidak asing lagi...
Telah bertapak selama 127 tahun di pasaran global dan berada di Malaysia sejak 36 tahun yang lalu...
Siapa yang tak kenal dengan Avon tu memang rugi... =D

Majlis pelancaran dimulakan dengan acara memotong reben dan melepaskan belon oleh Pn. Carolyn Nur Amira Lee, Pengarah Urusan AVON Malaysia diiringi oleh Safirah Harudin (Bekas pesakit kanser & Wakil Avon), Azlina Abdullah (Avon sales leader) dan Maggie Goh (Pemilik butik Avon)...
Mereka merupakan antara insan yang telah berjaya dengan Avon..
Selepas itu persembahan dari tarian Kumpulan Soul Krazy, finalist rancangan 8TV Showdown dance show..






Soul Krazy

Kelihatan Bro Framestone dan Yana Yassin khusyuk mengambil gambar.. =P




Antara blogger yang turut hadir...

Dan yang paling menarik semasa acara berlansung, makeover oleh professional makeup artist dengan rangkaian produk mekap terbaru dan photoshoot... =D
AJ pun diberi peluang mencuba mekap terbaru dari Avon ni.. Yeayyy!!!


Sebelum dengan muka comot baru berpaintball...

Semasa, menyempat je nak snap kan... =D

Selepas, bertukar wajah menjadi extra comel...
Kihkihkih.. =P
#WhySoSerious AJ time ni???

Dengan koleksi terbaru dari Avon..

Koleksi terbaru Avon ni direka khas untuk setiap tona kulit, menampilkan warna berpigmentasi tinggi dengan Teknologi Color True agar warna pada solekan anda adalah sama warna sama ang menghiasi bibir dan mata anda...

Jom intai koleksi terbaru mereka...

Ultra Color Rich Lipstick
Teknologi Pire Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri mberi warna terang yang kekal sejati.
Ia menutrisi bibir dngan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E yang menjadikan bibir licin dan lembab serta merta.
Direka untuk pelbagai rona kulit dengan 16 rona baru dlam bekas elegan dengan tetingkap jernih yang memudahkan anda melihat rona semua gindu anda sekilas pandang!

Ultra Glazewear Lip Gloss
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembab yang sama dengan gincu Avon.
Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar.

True Color Eye Shadow Quad
Warnakan mengikut nombor!
Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet.
Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata.
6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor.

Ultra Glimmerstick Lip & Eye Liner
Menggaris dengan warna kekal sejati.
Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masala comotbatau berkeping....
Tersedia dalam 4 rona.

Sebelum balik, para blogger diberikan sedikit cenderahati dari pihak Avon...
Thanks AVON!!!
I'm super duper EXCITED... =D



Koleksi mekap baharu ni telah berada di pasaran September ini..
Temui Wakil Avon atau lawati Butik Kecantikan Avon untuk mendapatkannya...
Road Tour ni pulak berlangsung sepanjang bulan September di beberapa lokasi....
Dan dengan pembelian RM30 keatas korang berpeluang memenangi Samsung S4 dan percutian ke BALI melalui cabutan bertuah yang diadakan...
Dan dengan pembelian RM50, dapat makeover dan photoshoot lagi... =D
Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook page Avon Malaysia atau laman web http://www.my.avon.com/ ...

P/s : Superb !!!

Baca Selanjutnya »