My Braces Journey : Auchh!! Cabut Gigi!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awas!
Entri banyak gigi....
Huhuhuhuhu... =P

Ni progress gigi AJ dari sebelum pasang braces sampai bulan Julai....
Nampak tak gigi bawah tu dah ada movement sikit?

Last week dan arini, AJ kene cabut gigi.....
Bagi pemakai braces, cabut gigi tu biase..
Tujuannye nak bagi gigi lain ruang untuk masuk perbarisan hari sukan sekolah! (Okay, mengarut!)
Tapi ada jugak kes yang tak payah kene cabut gigi... Untunglah.....
Kes AJ ni, kene cabut dua batang gigi....
1 atas dan 1 bawah....

Ni masa lepas cabut gigi bawah last week....

Okay sebelum tu AJ nak cite pasal kos cabut gigi ni dulu.....
Harga selalunya tak tentu, ikut klinik jugak.....
Kat Klinik Dr. Zarin ni, dia caj RM 55 bagi sebatang gigi....
AJ kene cabut dua batang, so kosnya RM 110.......
Tapi takde la doktor tu cabut terus 2 batang sekali gus kan.....
Last week AJ cabut bawah, this week cabut atas pulak....
Yang gigi atas tu, doktor gantikan dengan gigi sementara supaya AJ tak nampak rongak....
Cuma gigi bawah je la dia tak replace sebab tak nampak sangat... =D
Masa cabut tu, takdelah sakit pun...
Tapi lepas kesan bius dia tu hilang, berdenyut sikit....
Makan pulak macam biase je.... Takdelah pulak AJ makan bubur....
Tang tu memang AJ pelik sikitlah....
Sebab kebanyakkan kengkawan cakap lepas cabut semua, diorang tak boleh makan keras-keras...
Nasi pun susah nak kunyah....
Tapi elok je AJ melantak... Balik dentist tadi pun belasah makan nasi putih dan sup ayam siap kunyah-kunyah batang saderi dalam sup tu..... =D

Dan paling best....
Arini AJ tukar getah Hello Kitty!!!
Yang tu AJ beli sendiri la... Online je... =D

Kaler hijau floresence....
Dah sama pulak ngan cat rumah...
Hikhikhik....

P/s : Pasni kene pasang powerchain pulak...
Yang tu ramai cakap sakit...
Cuak pulak!
Ehemmm... Untuk entri lain mengenai braces, tengok kat sidebar ye... =D

Baca Selanjutnya »

40 Gejala Terkena Sihir dan Cara Mengatasinya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam Jumaat.... Arini merupakan hari terakhir dalam bulan Syawal....
Banyak tak dapat collect duit raya??
AJ plus minus adalah dalam beberapa puluh hengget! Tapi takpe, janji adoo... =D

Tertarik AJ membaca artikel yang AJ jumpe dalam facebook tadi.....
So AJ copypaste kan untuk korang baca bagi sesiapa yang belum bacalah ye....
Dalam zaman moden dengan kecanggihan teknologi ni, tak dinafikan masih ada segelintir masyarat yang masih mengamalkan sihir bagi tujuan tertentu...
Selalunya, sihir ni orang guna untuk tujuan tak betul dan mengancam orang lain.....
Selalunya letak dalam makanan atau minuman seseorang yang nak disihir tu....
Ataupun dihantar secara halus.... Haaaaa... 
AJ selalu dengar, orang yang mengamalkan sihir ni banyak pantang larang yang dia kene ikut.....
Itu tak boleh, ini tak boleh....
Dan lagi 1, kalau diperhatikan muka mereka takde seri...
Pucat lesi, kusam dan tak bercahaya (takde Nur la..).....
Lepas tu kalau umur tu muda pun, nampak tua macam ada belaan je....
Kite tengok pun takut!
Wallahualam.....
Tapi AJ peliklah, takkan lah tak tau ape yang diorang buat tu dah jatuh syirik, khurafat??
Dah tentulah mereka ni mendampingi dan didampingi oleh sesuatu belaan yang semestinya jauh menyimpang dari jalan Allah swt...
Bila bercakap soal sihir ni, takutnya AJ....
Yelah, kadang orang yang disihir sendiri bukan perasan kan...
Ingatkan sakit biasa je kan... Tau-tau dah makan dalam, sihir tu dah sebati.....
Ada jugak yang sampai muntah darah la, ape la....
Malahan ada yang sampai membawa maut!

Ya Allah...
Semoga kita semua dijauhi dari perbuatan sihir dan dengki khianat orang ni.......



Jom baca info yang AJ dapat dari Facebook tu...
Manalah tau, ada yang "tumpang" kita dalam tak sedar......
Nauzubillah....

DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid turun lebih 15 hari.
Batuk yang berpanjangan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh dengan izin Allah swt....


Kalau sesiapa yang ada gejala-gejala kat atas, cubalah amalkan ayat-ayat Al-Quran ataupun berubat dengan orang yang lebih arif mengenai sihir.....
Jangan salah jumpa "ustaz/ustazah" sudahlah ye...

P/s : Papepun, mintalah pertolongan dari Allah swt......


Baca Selanjutnya »

Busy


ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Kepala berdengung, tak cukup tidur....
2-3 hari ni memang AJ susah nak tidur malam... Insomnia ke???
Tambah pulak sekarang ni AJ, Mr.JR dan kengkawan tengah busy merangka banyak agenda...
Termasuklah nak run business sikit-sikit dan nak struktur kan semula Kelab Sukan Bermotor kitorang tu...
Insyaallah bulan 10 nak buat balik ride charity event macam last year untuk kelab...
Sekarang ni pun AJ tengah tolong kawan settlekan hal online shop dia...
Sambil tu, selit-selit la jugak produk yang AJ fikir nak jual... =D
Dia pun tengah cari kedai.....
Kalau AJ belum dapat keje tetap, AJ akan tolong kat kedai la...
Atleast AJ ade income sikit kan....
Insyaallah dalam bulan Oktober, startlah segala perancangan kami tu...
Semoga segala urusan dan perancangan tu dipermudahkan Allah swt.....

So kemungkinan besar AJ akan tenggelam timbul dalam blog ni......
Hehehehheh...
Ni pun nak kene pegi dentist...
Tapi macam tak larat je...
Pagi tadi duk bincang semua bende sampai ke Subuh...
Lepas tu dah balik rumah, pukul 8 pagi baru AJ tidur...
Kalau tak, by hook or by crook esok kene jugak ke dentist tu....
Sebab gigi atas kene cabut...
If tak cabut, lambatlah progress braces AJ ni.....

P/s : Merabak + rasa cam ade nyamuk duk racing dalam kepala otak ni...
Huhuhuhu..... =P

Baca Selanjutnya »

Keyword Hari Ini...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhh......
Arini semua tempat baik facebook, twitter dan blog pun penuh dengan keyword ni...
Minyak, RON95, Diesel, Harga Naik, 20 Sen,
Lepas Buletin Utama tadi, lagilah penuh keyword tu kat mana-mana......
So memang confirm la kan minyak tu naik kan kan kan..
Tapi kan isu ni tak jejaskan AJ pun....
Sebabnya AJ ni pengguna setia kenderaan awam......
Hehehehehehehe......
So kepada semua para pemandu, selamat berpusu-pusu ke stesen minyak isi minyak siap-siap.....
Start tengah malam ni, harga minyak dah naik 20 sen....
Apapun, jangan cepat nak tunding jari pada kerajaan atau papepun......
Tengok dari setiap sudut mengenai kenaikan harga ni...
Mungkin ada relevannya kan....
Okay taknak type panjang-panjang......
Semua orang nampaknye tengah HOT........

Tapi yang peliknya kan....
Bile harga ROKOK naik, perokok-perokok yang memandu kereta ni takde pulak bising?? (Tak semualah...)
Musykil jap!
Errrrrrrrrr........

Ini penting : Tolong jangan point AJ pro memana parti POLITIK berdasarkan entri ni...
Ini hanyalah pendapat general AJ sahaja........
Harap maklum dengan pencerahan AJ ni... =D



P/s : Meriah stesen minyak...
Macam ada bagi minyak percuma pulak......



Baca Selanjutnya »

Pelamin Anganku... Cewaaahhhh...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini disebabkan asik tengok orang post pasal kenduri kawen, tangan ni gatal nak type dan mata ni bukan main galak nak skodeng PELAMIN....
Bukan tak sabar nak kawen ye kawan-kawan.....
Saja amik mood setahun dua lebih awal..
Kahkahkah....
Gedik betul bunyinya....
Ni antara gambar-gambar "Pelamin Anganku Musnah" yang menjadi idaman hati...
AJ google je...
Meh jamu mata sekali dengan AJ..
Manalah tau ada yang jadi inspirasi buat sesiapa yang nak naik pelamin dalam masa terdekat ni ke....
Haishhh.... Kalaulah boleh naik pelamin banyak kali....
Semua pelamin ni AJ tempah untuk majlis kawen nanti tau....
Amboih kemain seorang AJ....
Heheheheh.. =P















Amacam????
Cantik-cantik kan pelamin dia....
AJ suka yang nampak macam garden gitu..... =D
Mr.JR datang pinang cepat sikit boleh tak...?
I tak sabar nak naik pelamin ni....
Hahahhahha...
Amboih! Dashyat statement kau kan... =P

P/s : 3-4 tahun lagi, entah macam mana rupalah Pelamin ni kan...
Sekarang pun dah vogue da vassss.....

Baca Selanjutnya »