Jahanam!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Berapa hari lepas, laptop AJ rosak......
Puas dah cuba ON, dia tetap takmo....
Memula AJ memang tak perasan pun...
Sekali masa nak join contest, baru perasan laptop ni dah buat gila dia pulak...
Aduhai... Poning kepalo den....
Lopeh rayo ni lak dio buek hal!! ( Haaaa... Amek! Terkeluar baso kampung Abah den.. =P)
Dahlah data dan segala khazanah dalam tu ade yang AJ tak backup...
Frust gila AJ... =(
Ni pun AJ update pakai gadjet...
Jenuh jugaklah nak menaip....
AJ pulak spesis kurang suka nak guna gadjet untuk update pape...
Rasa tak puas pulak mata memandang..
Yelah, kalau screen laptop tu besar gedabak kan...
Update sangatlah...
Ni pakai kecik cinonet, naik sebu mata dengan tangan ni.....
Pagi ni pun, usaha AJ nak hidupkan laptop tu gagal....
Saraf otak dia memang dah tak dapat nak selamatkan kot....
Huhuhuhuhu...
Sedihnyaaaaa....
Takpelah cik laptop, nanti kalau ade rezeki datang bergolek AJ hantar repair ye...
Untuk diri sendiri, pasrahlah bile semua harta Ismet Ulam Raja dalam tu kene FORMAT....
Waaaaaaaaaa.... Nangis okay!


P/s : Ganti baru bukan 1 pilihan.....

Baca Selanjutnya »

Contest : Destinasi Honeymoon Impian...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Destinasi honeymoon impian..... BALI!!!!!
Yup! Tidak lain tidak bukan Kepulauan Bali, Indonesia...

Setiap orang pasti mengimpikan satu destinasi hebat untuk saat-saat indah dengan insan tersayang...
Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga...
Macam tu juga AJ.....
Seumur hidup AJ, belum pernah AJ jejakkan kaki ke Kepulauan Bali yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok...
Melihatkan pada gambarnya saja sudah membuatkan kita nak rasa dan alami sendiri suasana romantis Bali....
Impian nak honeymoon ke Bali tu dah lama tersemat dalam hati dari dulu lagi...
Insyaallah suatu hari nanti adalah satu kemestian, mesti, mesti, mesti dan semestinya nak ke destinasi romantis tersebut....
Kalau menang ni contest pun, rezeki kan... =D
Tapi bile masanya nak pegi, KIV la kan...
Ehhhh?? Macam confirm menang pulak kan... Teeettttt.. =P


Bali menjadi pilihan AJ kerana menurut cerita rakan-rakan yang pernah kesana selain dari suasananya yang romantis dan seni binanya yang menarik, Bali terkenal dengan seni tarinya yang unik dan ada yang nampak menyeramkan pada AJ....
Antaranya Tari Kecak, Tari Legong, Arja, Tari Pendet dan sebagainya.....
Setiap gerak tarinya, ada makna dan ceritanya yang tersendiri....
Sambil honeymoon, dapat juga kita menyelami budaya dan adat negara lain kan....  =D
Rugi kalau tak amalkan "sambil menyelam minum air" ni kan....

Antara keunikan gerak tariannya...

AJ juga berangan-angan nak duduk di tepi Pantai Dreamland sambil menyaksikan panorama indah turun dan naiknya matahari, melihat keindahan airnya yang jernih bak kristal serta beriadah..
Kepulauan Bali kan memang terkenal dengan pulaunya yang cantik.... =D

Pemandangan indah Pantai Dreamland....

Berkuda dan menikmati makan malam atas kapal persiaran bersama insan tersayang mengelilingi sekitar pantai Bali....



Merasai makanan enak dan istimewa Bali seperti Pecal Lele Sambal Bali, Sate, Gado-Gado, Bubuh Injin dan juga Godoh Gedang...
Kat KL ni ada jugak Sate, Pecal Lele dan makanan Indonesia yang lain tapi mana nak sama dengan tempat asalnya...



Dan.... Paling utama memanjakan diri di spa dengan pemandangan indah dan tenang dalam suasana yang sangat romantis setelah penat berjalan sekitar kawasan Kepulauan Bali....
Bak kata orang, tak sah ke Indonesia kalau tak merasai nikmat spa nya kaaaannnnnnn....=D


Pastinya, honeymoon Bali bakal menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan setiap pasangan.....
Alahai.. Indahnya angan-angan AJ ni..... =D

Okaylah... Cukup sampai sini je cerita destinasi honeymoon impian AJ......
Kalau cerita semua impian ni, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis....
Hehehehheehehe.........

Jadi, apalagi....
Jom realisasikan impian honeymoon di Bali dengan contest yang dianjurkan ILuvTour  dan Tarreq Al-Jannah ni....


Klik http://iluvtour.com/contest-get-a-chance-to-win-honeymoon-package-to-bali/ untuk tau lebih lanjut syarat penyertaan contest ni.....
Manalah tau kalau-kalau impian korang ataupun impian AJ sendiri untuk berhoneymoon di BALI menjadi 1 kenyataan.....
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau.....
Ini bukan angan-angan Mat Jenin tau! Ini angan-angan yang berpotensi untuk direalisasikan..
Semoga berjaya semua!!

P/s : Kuat Verangan kann AJ ni.... =P
Kata orang setiap kejayaan bermula dengan Impian.. =D


Baca Selanjutnya »

WW #47 : Rabak!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Yang warna hijau kat tengah anak mata kiri dan kanan AJ tu la koyaknya kornea mata AJ raya pertama aritu...
Bile tengok balik, scary gila kau....
Entri penuh : Tragedi Raya

P/s : Doc cakap stop dalam 3 bulan..
AJ pulak cakap, No No No & Never!!! Serik!!!


Baca Selanjutnya »

Kad Raya Dari Blogger!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Setakat arini, AJ baru menerima 4 keping kad raya dari blogger...
Alhamdulillah, masih ada ingatan kalian titipkan buat AJ....
AJ hargai sangat....
Maaf, tak dapat AJ nak balas kad raya tu pada kali ni..... =(

Okay jom kite tengok kad raya dari siapa....
Jeng.... Jeng.... Jeng.....













Dari kiri : Kad raya dari Blogger HazwanHairy dan Blogger Apit....
Apit siap kasi RM50 lagi... hehehehhe...


Dari kiri : Kad raya dari Blogger YanaSakura dan Blogger FairusMamat....

Terima kasih kalian atas ingatan tersebut......
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin... =D

Masih menanti kot-kot ada lagi yang bakalan tiba...
Hikhikhik... =P
Ade Kerrrr!!!!!

P/s : Ehem... Pagi ni AJ nak gi check mata kat HKL....
Harapnya okaylah.....
Ehhhh?? Ada yang dah start keje tak arini??

Baca Selanjutnya »

Tragedi Raya!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tahun ni, raya AJ memang tersangatlah tragedi. Dari sebelum raya, sampailah ke hari raya.

Al-kisahnya, hari raya pertama tu AJ dah bersiap-siap. So macam biasa, AJ memang akan pakai contact lens. Entah mana silapnya, masa kat rumah makcik AJ tu, AJ dah terasa tak selesa. Rasa macam mata AJ masuk habuk. AJ pun cabut terus lens tu, tak pakai dah.

Lepas pada tu, mata AJ memang terus jadi kelabu. AJ duk tanya kakak, "jerebu ke??" Dia cakap takde. Balik dari rumah makcik tu, AJ tidur kejap, dengan harapan bangun tidur mata okay je. Then bangun tu, AJ still rasa kelabu je pandangan tu.

Masa jumpa Mr.JR tu pun AJ mengadu mata kelabu, pandangan blur. Kitorang sempat beli eyemore, pastu pegi makan KFC. Masa kat KFC tu, penglihatan AJ makin teruk. Terus Mr.JR bawak pegi klinik, pastu kene refer kat HKL sebab doktor tu cakap dia tak boleh buat.

Sampai HKL mata AJ langsung tak boleh bukak dah. Terus gelap dunia. Doktor mata sahkan kornea mata AJ koyak di kedua-dua belah mata. Doktor buat ujian penglihatan pun apa benda pun AJ tak boleh nampak. 



After dah bagi ubat semua, AJ masih lagi tak boleh bukak mata. Balik tu AJ ingatkan dah okaylah sikit. Tapi, dalam pukul 5 pagi AJ tak tahan sangat. Mata ni rasa macam kene cucuk je pedihnya. Terus AJ minta kakak AJ bawak pegi HKL balik.

Dah masuk ubat semua, okaylah sikit. Parents AJ pulak balik kampung. Nasib ada Mr.JR dengan kakak AJ. Amik kau, 3 hari jugak AJ tak boleh bukak mata langsung. Hilang terus daya penglihatan. Masa tu menangis pun dah tak guna. Apapun tak nampak. Bayangkan la selama ni korang celik, tetiba tak boleh melihat.

Akhirnya raya ketiga barulah mata ni boleh bukak. Tapi still kabur dan blur, mata panas je. So lepas pada ni memang bye-bye contact lens. Huhuhuhuhu.

AJ Serik!!! Serik buta. Serik rasa hilang pengluhatan secara tiba-tiba. Pedihnya masa tu Allah je yang tau. Mata rasa terbakar dan macam dicucuk, disiat-siat je. Tak tau macam mana AJ nak gambarkan.


Keadaan Malam Raya Pertama. Lepas pada ni memang tak boleh bukak mata langsung!


Keadaan pagi Raya Ketiga. Alhamdulillah mata dah boleh bukak tapi tak berapa nampak. Mata pun berair dan merah je.


Malam Raya Ketiga. Keadaan makin baik, mata dah kurang berair. Penglihatan okay sikit than before.

Alhamdulillah AJ masih diberi peluang untuk melihat. Cukuplah 3 hari macam orang buta. Seksanya Allah swt je la yang tau.

Tapi ada pengajaran disebaliknya. Dapat juga AJ muhasabah diri dan hargai nikmat melihat.

P/s : Lens??? NO!

Baca Selanjutnya »